8 April 2022

Buffet Ramadhan 'Citarasa Keluarga Malaysia' Hanya Di GBW Hotel Johor

Buffet Ramadhan 'Citarasa Keluarga Malaysia' Hanya Di GBW Hotel Johor

Bismillah.
Assalammualaikum.

Buffet Ramadhan 'Citarasa Keluarga Malaysia' Hanya Di GBW Hotel Johor | GBW Hotel Johor Bahru  menyajikan kepada semua buffet sempena ramadhan yang telah bermula dari 4 April 2022 sehingga 1 Mei 2022. Bertemakan 'Citarasa Keluarga Malaysia' lebih dari 100 menu yang dihidangkan yang semestinya kebanyakkannya berasaskan citarasa keluarga Malaysia. 

Pilihan menu yang terbaik pasti akan membuatkan pengunjung kembali lagi untuk merasainya. Hidangan dari menu nasi, menu berlauk, salad, aneka kerabu dan juga sup, yang kesemuanya mempunyai citarasa tersendiri, membuatkan hidangan buffet kali ini cukup istimewa.

Menu utama yang menjadi tumpuan pengunjung adalah menu Daging Salai Lemak Rebung, juga Kambing Golek, Nasi Biryani Kambus, Sotong Sambal Petai dan juga Satay.

Buffet Ramadhan 'Citarasa Keluarga Malaysia' Hanya Di GBW Hotel Johor

GBW Hotel

GBW Hotel

GBW Hotel

Korang kena cuba Sayur Lemak Pucuk Paku tau, memang sangat sedap! Mulanya aku taknak makan, tapi dah semua kata sedap, akhirnya aku makan juga, ternyata memang sedap giler!! Memang rata-rata semua orang makan lauk tu. 

Juga adanya 'Live Action Station', di mana korang boleh minta (order) menu makanan panas contohnya: Char Kuey Tiaw, Mee Goreng, Roti John dan Aneka Goreng. Dan tidak lupa juga bahagian Ulam Ulaman dan juga Sambal-sambal. Pelbagai jenis ulam ulaman dan aneka sambal yang boleh korang nikmati. Dan kalau korang taknak makan nasi, ada juga warung Laksa Johor, dan juga Pasta dan Spageti. Pilih aje dan semua ada di sana. 

GBW Hotel

Untuk bahagian pencuci mulut atau kuih-kuih tradisional, juga di hidangkan Rojak Buah, aneka buah-buahan, dan juga bagi peminat durian, korang boleh nikmati Serawa Durian dan juga Durian Goreng. Kuih-kuih tradisional melayu juga banyak pilihan yang di sediakan.

Yang sukakan hidangan pencuci mulut pun ada dan juga aneka Bubur, termasuk Bubur lambuk. Bubur lambuk dia sedap! Memang sedap, jujur aku kata.. korang cubalah sebab sedap itu subjektif hehehehe.. 

Kalau ko nak tengok lebih banyak gambar, ko beleklah kat facebook Kat page tu, memang aku letak banyak gambar untuk ko belek, mana tahu ko berkenan nak berbuka kat GBW Hotel Jb.


Jadi tunggu apalagi, masih tercari tempat nak berbuka puasa? Apakata mai le ke sini dan mencuba hidangan buffet ramadhan di GBW Hotel ini. Harga pun tidak terlalu mahal, mampu beli. Untuk info, korang boleh baca di bawah ini ya..

Buffet Ramadhan GBW Hotel 'Citarasa Keluarga Malaysia' 
9R, Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor 

Harga: RM98.00nett dewasa 
Harga: RM48.00 nett untuk kanak² (6-12 tahun ke bawah) & warga emas/citizens berumur 60 & ke atas. 

Untuk tempahan : 

Mr Syahmi : +6016 710 0048 
Ms. Aiza : +6016 723 3558 
Ms. Urfa : +6016 710 0073

Email : sales@gbwhotel.com.my 
Niat & Cara Solat Sunat Tarawih Paling Ringkas Dan Mudah (Panduan Lengkap Rumi)

Niat & Cara Solat Sunat Tarawih Paling Ringkas Dan Mudah (Panduan Lengkap Rumi)

Assalammualaikum.
Bismillah.




Niat & Cara Solat Sunat Tarawih Paling Ringkas Dan Mudah (Panduan Lengkap Rumi) | Alhamdulillah, malam tadi dah bermula solat tarawih. Disebabkan covid 19 ni, masjid pun dah limitkan beberapa jemaah sahaja. Jadi, daku pilih untuk berjemaah di rumah sahaja. Risau takut covid 19 ni berjangkit pulak. Kita kan jaga kita. In syaa Allah, segalanya dipermudahkan oleh Allah swt. 

Solat sunat tarawih antara amalan-amalan yang dituntut untuk melakukannya di sepanjang bulan Ramadhan. Kita juga boleh menunaikannya secara bersendirian mahupun berjemaah di masjid dan surau tapi di PKP kan? Buat je di rumah ye. Panduan solat tarawih ni daku sertakan dalam bahasa rumi, dan in shaa Allah membantu mereka yang mempunyai masalah membaca huruf jawi. 


#1 Apa Maksud Solat Sunat Tarawih?


Tarawih (تَرْوِيحَة) bermaksud Istirahat. 

Maka solat ini dilaksanakan secara berselang-seli dengan berehat seketika. Kita tak bolehlah nak terus solat tarawih tanpa berhenti. 

Lagipun, tujuan berehat seketika adalah untuk memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat terutama kepada warga emas. Bila dah lepas berbuka, perut kita ni perlu elak daripada ketegangan badan sebab itu kena berehat seketika semasa melakukan solat sunat tarawih.





#2 Waktu Untuk Mengerjakan Solat Sunat Tarawih


Solat sunat tarawih ni dilakukan selepas solat Isyak sehinggalah terbit waktu fajar. Jangan hentam solat selepas Maghrib pulak. Tak pernah dibuat orang tau. 


#3 Jumlah Rakaat Solat Sunat Tarawih


Bilangan rakaat solat sunat tarawih yang biasa dilakukan Rasullulah SAW adalah 11 rakaat, terdiri daripada 8 rakaat solat tarawih dan 3 rakaat solat sunat witir. Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia. Biasanya solat sunat tarawih dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam. Daku biasanya akan buat 8 rakaat, setiap 2 rakaat diakhiri dengan satu salam. 

Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadailah dengan lapan rakaat sahaja. Kalau rasa tak mampu, jangan paksa diri, buat je 8 rakaat. Simple kan?


#4 Lafat Niat Solat Sunat Tarawih


Terdapat 2 lafaz niat yang boleh dilafazkan sama ada secara bersendirian atau berjemaah. Lafaz niat membantu kita sewaktu berniat solat (rukun) semasa Takbiratul Ihram. 

Solat Sunat Tarawih Bersendirian


Lafaz niat solat sunat tarawih secara bersendirian ialah: 




Maksudnya: 

"Sahaja aku solat sunat tawarih dua rakaat kerana Allah Taala."


Solat Sunat Tarawih Berjemaah (Makmum)



Lafat niat solat sunat tarawih secara berjemaah (sebagai makmum) adalah seperti berikut:




Maksudnya: 

"Sahaja aku solat sunat tawarih dua rakaat makmum kerana Allah Taala"

Niat solat sunat tarawih perlu dibaca sebelum setiap kali mengangkat takbir.  Maka solat sebanyak lapan rakaat, maka niat perlu dibaca sebanyak empat kali. 


#5 Cara Solat Sunat Tarawih Dan Surah Yang Boleh Dibaca



Lafaz niat solat tarawih ialah "Sahaja aku solat sunat tawarih dua rakaat makmum kerana Allah Taala". Allahu Akbar

Solat la 2 rakaat macam biasa. Lepas cukup 2 rakaat, bagi salam. Lepas tu naik lagi solat 2 rakaat lagi. Lepas cukup 2 rakaat, bagi salam.

> Lepas dah selesai 4 rakaat, ambillah masa sikit untuk berehat. Bolehlah kalau nak betulkan urat saraf tu yang mana sakit-sakit atau lenguh-lenguh, tapi jangan lama-lama pulak tau.

> Then, sambung lagi 2 rakaat. Kemudian, lengkapkan lagi 2 rakaat. Cukuplah semua sekali 8 rakaat.

Jadi, ini yang paling ringkas untuk korang kena tahu. In syaa Allah selesai dan sahlah solat sunat terawih secara berjemaah. Bagi yang bersendirian pula, pun boleh guna cara yang macam ini.

Disebabkan 8 rakaat, daku cadangkan surah-surah berikut untuk dibaca selepas Sural Al-Fatihah pada setiap rakaat. Jadual yang sama ini, boleh recycle pada setiap malam. Depends pada korang yang melakukannya.

  • Rakaat pertama - Surah Al-Maun
  • Rakaat kedua - Surah Al-Kautsar
  • Rakaat ketiga - Surat Al-Kafirun
  • Rakaat keempat - Surat An-Nasr
  • Rakaat kelima - Surah Al-Masad
  • Rakaat keenam - Surah Al-Ikhlas
  • Rakaat ketujuh - Surah Al-Falaq
  • Rakaat kelapan - Surah An-Nas

Lepas solat sunat tarawih nak kena solat witir tak? Terpulang pada individu. Nak solat terus boleh, tak nak solat terus pun boleh. Nak buat sendiri-sendiri boleh dan nak buat secara berjemaah pun boleh.





#6 Doa Selepas Sulat Sunat Tarawih 



Alhamdulillah, selesai juga cara solat sunat tarawih yang paling ringkas dan mudah untuk korang menunaikannya. Datangnya Ramadhan hanya berkunjung selama sebulan dalam setahun jadi Ramadhan adalah tetamu yang paling agong. Jadi, hargailah kehadirannya dengan merebut pahala sebanyak-banyak.

Jika tidak, kitalah orang yang paling rugi kerana mengabaikan peluang keemasan itu. Ambil kesempatan ini untuk laksanakan segala amalan di bulan ini dengan sebaiknya dengan menambah amalan sunat seperti membaca al-Quran dan bertarawih. In syaa Allah, daku harap dipermudahkan segalanya. 



Kredit : AkuIslam.com

7 April 2022

Jom Berbuka Puasa Bertemakan 'Selera Nusantara' Di Persada Johor

Jom Berbuka Puasa Bertemakan 'Selera Nusantara' Di Persada Johor

Bismillah.
Assalammualaikum.

Jom Berbuka Puasa Bertemakan 'Selera Nusantara' Di Persada Johor |  Bertemakan SELERA NUSANTARA, M.N.Koll menyajikan lebih dari 100 menu tradisi makanan Johor sepanjang ramadhan di Persada Johor. 

Antara menu yang menjadi pilihan pengunjung pada tahun ini adalah seperti, Sup tulang, Laksa Johor, Sotong Masak Hitam, Kambing Golek, Asam Pedas Kambing, Satay Ayam & Daging, Pasembor, Aneka Kerabu dan bermacam menu lain lagi . 

Jom kita lihat menu-menunya yang sedia ada ya di sini ..

Persada Johor

Persada Johor

Persada Johor

Persada Johor

Tidak juga di lupakan beraneka pencuci mulut dan berjenis minuman dan buah-buahan yang sedia ada di hidangkan. Yang menarik perhatian aku ketika datang ke sini adalah, kerabu daging, sedap sangat! Makan macam gitu jer, sedap giler! Lain dari yang lain. Orang datang cari kambing, aku datang cari kerabu hahahaha..

Kalau ko nak tengok lebih banyak gambar, ko beleklah kat facebook Kat page tu, memang aku letak banyak gambar untuk ko belek, mana tahu ko berkenan nak berbuka kat Persada Johor.


Aku kongsikan harga promo di bawah ni ye : 

📌 BALL ROOM 301&303 PERSADA JOHOR 
🗓️ 4 April to 19 April 2022 | 6.30pm - 10pm 

🎉 Harga Early Bird sehingga 7 April : 
RM88 per nett utk dewasa 
RM52 per nett utk kanak2 

🎉Harga Biasa : RM98 per nett utk dewasa 
RM59 per nett utk kanak2 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan berkenaan, 
boleh wasap no dibawah ni ye 👍😁 

Untuk tempahan dan pertanyaan: 
☎️011-2866 8503 - Dayang Shirlen

6 April 2022

Berbuka Puasa Sambil Shopping Hamper Raya Di SDS Bakery & Cafe

Berbuka Puasa Sambil Shopping Hamper Raya Di SDS Bakery & Cafe

Bismillah.
Assalammualaikum.

Berbuka Puasa Sambil Shopping Hamper Raya Di SDS Bakery & Cafe | Salam 4 Ramadhan 1443H semua! Ko dah bosan kan aku ni asyik update buffet ramadhan hotel je. Sebelum ni aku hanya beli roti dan kek sahaja di SDS Bakery. Roti dan kek kat sini memang sedap belaka tau. Aku ni jarang nak beli roti selain SDS, tiberr. Kt SDS Bakery je yang kena dengan tekak aku setakat ni.

SDS Bakery & Cafe

Jadi, aku berkesempatan  mencuba menu terbaru pada majlis 'Raya Media Review' mereka di cawangan SDS Bakery Gelang Patah Nusantara. Memang jauh betul dari rumah aku di Senai, dalam 30 minit gitu nak sampai. Tapi bila sampai sana tengok cafenya, waaa cantikk gilerrrr decoratio, luas dan meriah suasana. Aku rasa macam kat sana yang paling besar yang aku pernah pergi.

Berbuka Puasa Sambil Shopping Hamper Raya Di SDS Bakery & Cafe

Bermula pada hari ini, 6 April, SDS Bakery & Cafe akan menghidangkan menu terbaru sepanjang bulan puasa dan bertemakan 'Raya Sama Sama'. Kali mereka menghidangkan 4 jenis Nasi Tomato. Ko tengok gambar di bawah nanti, confirm ko terliur. 

Antara menu Nasi Tomato ialah :

1) Nasi Tomato bersama Rempah Chicken Chop
2) Nasi Tomato bersama Ayam Kunyit
3) Nasi Tomato bersama Sambal Sotong
4) Nasi Tomato bersama Rendang Daging

Nampak kan kelainannya? Biasa kita makan nasi tomato dengan ayam masak merah dan acar buah. Kali ni memang sangat luar biasa. Aku sendiri pun tak terpikir nak makan nasi tomato dengan sambal sotong. Acar sayur nasi tomato sds ni memang sedap wei. Masam manis gitu.

sds bakery & cafe

Nasi Tomato bersama Ayam Kunyit (RM18.90) - kalau ko nak berbuka dengan lauk yang simple dan sedap, ko boleh cuba yang ini. Nak bagi anak makan pun tak risau dah. 

sds bakery & cafe

Nasi Tomato bersama Chicken Chop (RM22.90) - Istimewanya menu ni disebabkan rempah chicken chop itu berperisa otak otak. Ha istimewa kan? Memang mabeless!

sds bakery & cafe

Nasi Tomato bersama Daging Rendang (RM23.90) - Yang ini pun apa kurangnya, memang padu dan mabelesss daging rendang ni, sangat sesuai kalau makan dengan nasi tomato. Ko cubalah!

sds bakery & cafe

Nasi Tomato bersama Sambal Sotong (RM18.90) - Menu yang ini memang puas hati tau. Sotong pun besar. Rasa pun sedap, nak komen banyak pun tak syok kalau menu ni memang dah sedap.

Puas hati tak? Ko bayangkanlah satu set menu dengan harga macam tu ada Keropok, Nasi Tomato, Aneka Lauk, Telur Rebus, Achar dan Sambal Kentang. Banyakkan? Kalau ko nak beli kat bazar pun, beli banyak makanan belum tentu boleh habis. Baik bersederhana ketika berbuka. So ko boleh cuba menu berbuka ni. 

Selain itu, ko kalau nak meriahkan lagi, ko tambah dengan Ayam Pandan, Tempura Nugget Ayam dan Karipap yang berharga RM8.90 sahaja. Ko lengkapkan lagi dengan minuman. Di SDS Bakery & Cafe, mereka menghidangkan ko dengan 2 jenis minuman iaitu 'Soya Brown Sugar Bandung Cincau' dan 'Soya Brown Sugar Pandan Cincau' dengan berharga RM6.90 dan RM7.90

SDS Bakery & Cafe

Rasa air ni memang not bad tapi aku tak rekomen untuk orang tau atau yang tak suka manis. Ko kena kacau betul betul gula melaka tu, kalau ko minum tak adalah rasa manis sangat. Aku suka Bandung Cincau tu, aku tambah air masak pun sedap je rasa tidak terlalu manis. Senang cite, depends pada ko. Kalau ko nak manis, ko tak yah tambah air masak. Ha gitu.

Berbaloi tak harga menu menu di atas? So ko boleh serbu di mana mana SDS berdekatan ko tau.

Sambil berbuka tu, ko tengoklah juga menu menu biskut raya SDS. Aku tahun lepas nak beli tart nenas, semua SDS sold out tau. Walaupun pkp masa tu, biskut raya tetap sold out. Jadi, ko kau berkesempatan tu, baik beli cepat sebelum kehabisan stok. Harga untuk ala carte bermula dari RM20.80 sehingga RM33.80. 

SDS Bakery & Cafe

Bermula harini juga ko boleh dapatkan 'SDS Raya Hamper'  dengan bertemakan 'Hamper for Blessings' dengan harga bermula dari RM88 sehingga RM258. Hamper SDS ni mengandungi biskut-biskut raya kegemaran semua tau. Tart Nenas dan Almond London pun ada tau.

Untuk tempahan awal, ko boleh buat tempahan awal SDS Raya hamper dan biskut raya melalui pembelian online di SHOPEE atau LAZADA. Ko juga boleh je beli melalui whatsapp atau call hotline mereka di 012-7660589. So dah senang dah nanti SDS terus hantar depan rumah ko atau sesiapa yang korang nak bagi.

So apalagi, jomlah berbuka di SDS! SDS Ramadan menu ni bermula harini 6 April hingga 22 May 2022 di semua SDS cawangan : Bangi, Bandar Seri Putra, AEON Mall Nilai, Taman Nusantara, Taman Impian Emas, AEON Mall Tebrau City, AEON Mall Kulaijaya, KSL City, City Square, Taman Universiti, Johor Jaya, Kota Tinggi, Desaru, Paradigm Mall, Taman Perling, dan The Mall, Mid Valley Southkey. 

Untuk info lanjut dan pertanyaan, korang boleh ke Facebook page at SDS GROUPS





5 April 2022

Shopping Sambil Berbuka Puasa Di Sunway Big Box Hotel, Johor.

Shopping Sambil Berbuka Puasa Di Sunway Big Box Hotel, Johor.

 Bismillah.
Assalammualaikum.

Shopping Sambil Berbuka Puasa Di Sunway Big Box Hotel, Johor | Memandangkan tak lama lagi kita akan menyambut bulan puasa, aku sangat advice untuk korang yang berada di sekitar Johor ini untuk menikmati buffet ramadhan di Sunway Hotel Big Box. Rata-rata geng   JDT blogger makan semua Durian Goreng, so memang sedaplah kan. Kalau nak cuba, sila baca sampai habis ya.

Sunway Bix Box Hotel

Shopping Sambil Berbuka Puasa Di Sunway Bix Box Hotel, Johor

Bulan puasa nanti kalau ko terasa nak shopping pastu nak berbuka puasa terus. Baik ko singgah berbuka puasa di cafe Sunway Hotel Big Box iaitu Pendas Cafe.. Kat sini menu bertemakan "Juadah Big Box" lebih daripada 300 hidangan menu disajikan dengan konsep masakan menu klasik & moden dari air tangan Chef Jamaluddin dan krew chef. 

Kira sini banyaknya menu tekak Melayu. Jadi tak kira kaum, bangsa semua boleh makan dan semua pasti sukakannya. Walaupun tak banyak pilihan, korang mesti puas hati dan makan kenyang sampai tersandar tau.

Confirm ko tersandar dan tak larat nak sambung menyoping. Antara menu2 yang dorang highlightkan tahun ni antaranya seperti Kambing golek nabawi, Asam Pedas India, Sup pindang lautan, Sup ayam madura, Sup tulang tambak, Rendang Kambing, Kambing kerutuk, Rendang daging, Sotong sumbat masak lemak selasih, Ketam masak lemak nenas, Ikan patin masak lemak tempoyak  dan banyak lagi.


Sunway Bix Box Hotel

Sunway Bix Box Hotel

Sunway Bix Box Hotel

 

Selain daripada itu dorang juga ada hidangkan menu2 lain seperti ulam ulaman kampung, aneka kerabu, ketupat rendang, dan macam2 lagi. Untuk dessert plak korang boleh cuba , aneka jenis kek, kuih muih tradisional, agar2 dan banyak lagi.

Hidangan ini adalah mengikut giliran kerana Sunway Hotel Big Box telah menyediakan kira-kira lima menu untuk bufet ramadhan tahun ini. Akhir sekali, jangan lupa mencuba hidangan istimewa iaitu durian goreng yang menyelerakan tau! 

Pengunjung juga boleh menunaikan Solat Maghrib dan Isyak di bilik majlis yang ditetapkan sebagai Surau sepanjang bulan Ramadan. So apalagi, buat tempahan awal untuk dapatkan harga istimewa untuk keluarga, rakan dan orang tersayang korang. Ajak kawan-kawan semua berbuka puasa di sini ya. Yela makan berjemaah ramai-ramai tu kan afdol..hehehehe.

Kalau ko nak tengok lagi menu menu, ko beleklah page blog aku ni. 



Harga promo buffet Ramadhan aku listkan di bawah ni ye : 

JUADAH BIG BOX at SUNWAY HOTEL BIG BOX 
📍Pendas Cafe, Level 1 
🗓5 - 28 April 2022 | 6.30 pm - 10.30 pm 

📣NORMAL PRICE 
MYR128.00 nett per Dewasa 
MYR64.00 nett per Kanak² (6 - 12 tahun) 

📣📣EARLY BIRD (sehingga 4 April) 
RM108.00 for nett per adult 
RM 54.00 nett per child (6 - 12 years) 

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaaan 
berkenaan buffet Ramadhan, 
bolehlah wasap no ni bawah ni ye 😁👍 

Untuk tempahan dan pertanyaan: 
☎️ 07-5336653 
📧 sbbh.enquiry@sunwayhotels.com 

#ombakbergigi  #buffetramadhan2022 #promosibuffetramadhan #foodreview #SunwayBigBox  #jdtblogger






Anda Penggemar Kerang? Ini Aneka Resepi Kerang Yang Bikin Kamu Kecur Air Liur!

Anda Penggemar Kerang? Ini Aneka Resepi Kerang Yang Bikin Kamu Kecur Air Liur!

 Assalammualaikum.

Bismillah.

Anda Penggemar Kerang? Ini Aneka Resepi Kerang Yang Bikin Kamu Kecur Air Liur! | Musim PKP 2.0 ni mesti ada diantara kita yang merindukan makanan laut terutama kerang. Ye kerang! Ada kerang berbulu, dan ada kerang biasa yang korang makan. Tapi jangan lupa, kerang ni salah satu makanan laut yang boleh tahan mahal juga tau. 1 kg je hampir RM20, menangis kalau beli berkilo-kilo. 

Kerang ni merupakan kegemaran suami daku. Kerang masak sambal, sanggup diratahnya sampai habis. Tapi daku lebih suka dibakar sebab hilang sikit bau kerang tu. Buat korang yang ada masalah darah rendah dan nak naikkan darah kepada normal, bolehlah makan kerang yang separuh rebus. Memang baunya kuat tapi in syaa Allah normal semua bacaan darah tu nanti. 

Sebab kami 4 beradik perempuan ni, memang masalah dengan darah rendah. Daku sendiri pun lepas bersalin hari tu, macam tak percaya bacaan darah 7.0 tau, no wonderlah nurse masukkan darah je. Cubalah makan kerang ni tau.


Eh Kecur Air Liur Tau Bila Baca Aneka Resepi Kerang Ni.


Bawah ni daku senaraikan aneka resepi kerang yang bikin kamu kecur air liur, jomlah cuba buat. Pasti tak menyesal.




#1 Resepi Kerang Goreng Berlada


Bahan-bahan untuk membuatnya :

  • 1 kg kerang yang telah dibersihkan
  • 1 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  • 1/2 labu bawang merah ditumbuk lumat
  • 3 sudu cili kasar
  • 1 sudu sos cili
  • 1 1/2 sudu gula
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak

Cara-cara untuk membuatnya :


1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kasar sehingga kering.

2) Masukkan garam dan gula. Kacau.

3) Masukkan kerang dan gaul sebati. Masak hingga kerang masak.

4) Masukkan sos cili dan gaul sebati.

5) Siap untuk dihidang.




#2 Resepi Kerang Sweet Sour


Bahan-bahan untuk membuatnya :

  • 1 kg kerang yang telah direbus
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 2 helai daun limau
  • 2 sudu makan cili kasar (nak pedas boleh lebihkan)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos ABC

Cara-cara untuk membuatnya :

1) Tumis bawang besar, bawang putih, halia, serai dan daun limau.

2) Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.

3) Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato dan sos ABC.

4) Kacau rata, dan masukkan kerang yang telah direbus.







#3 Resepi Sambal Tumis Kerang 


Bahan-bahan untuk membuatnya :

  • 3-4 kg kerang, rebus dan ambil isinya
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk/kisar
  • 2 biji bawang besar, ditumbuk/kisar
  • 3 sudu (kurang atau lebih) cili yang telah dikisar
  • 2 biji bawang besar, dihiris
  • 1 cm belacan (jika suka), kisar/ditumbuk bersama bawang
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air, jika perlu

Cara-cara untuk membuatnya :


1) Panaskan minyak dan tumis bahan kita sehingga masak dan pecah minyak.

2) Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.

3) Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jikan inginkan kuah, tambahkan air.

4) Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, kerang sudah masak bolehlah diangkat.




#4 Resepi Kerang Bakar Berempah


Bahan-bahan untuk membuatnya :

  • 1 kilo kerang dicuci bersih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 2 sudu cili kisar

Cara-cara untuk membuatnya :

1) Semua bahan kecuali kerang dikisar halus dan tambahkan sedikit garam.

2) Panaskan minyak. Masak sekejap bahan-bahan yang dikisar.

3) Masukkan kerang bersama-sama bahan yang telah dimasak ke dalam aluminium foil.

4) Panaskan kuali leper.

5) Bakarkan sebentar dalam 5-10 minit atau sehingga ada kerang yang terbuka.

6) Dah siap dan bolehlah hidangkan.

7) Perah limau nipis sedikit untuk menambahkan rasa.



Macam mana? Kecur air liur tak, bila baca aneka resepi kerang? Daku sendiri yang menulis entri ni sampai menelan air liur. Rindu nak balik rumah mertua, dan makan kerang sebesar ibu jari kaki daku ni. Kerang ni sedap bila dibakar atau direbus tapi suami pula lebih suka kerang masak sambal. Bertambah tambah nasi tau. Sedap bila dimakan bersama nasi panas.

Argghh rindunya! Pleaselah PKP habis cepat, tak sabar nak rentas negeri dan makan kerang rebus mertuaku. 

Info Ibu Hamil 
https://t.me/ibuhamilmalaysia

Info Resepi 
https://t.me/ResepiKampungku

Info Motivasi 
https://t.me/katasemangathidup

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
https://t.me/bloggersmalaysia

3 April 2022

Cadangan Menu Berbuka Puasa 30 Hari Bahagian 1

Cadangan Menu Berbuka Puasa 30 Hari Bahagian 1

Assalammualaikum.
Bismillah.

Cadangan Menu Berbuka Puasa 30 Hari Bahagian 1 | Hari ni hari pertama kita berpuasa. Macam mana puasa korang? Aik hari pertama takkan tak larat. Kita berpuasa ni sekali setahun selama sebulan bagi menunaikan rukun islam yang ketiga. Awal pagi dah post dah menu berbuka, padahal lambat lagi nak berbuka, ada lebih dari 7 jam. 

Sebelum tu, daku nak ucapkan selamat berpuasa pada kawan-kawan blogger. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Entri ni memang khas untuk ibu ibu yang nantinya akan jadi tak tahu nak masa apa untuk berbuka.

Kebiasaannya, awal puasa memang semangat nak masak itu ini tapi nanti dah pertengahan dan hujung ramadhan, otak pun dah buntu nak masak, lauk apa untuk berbuka. Nah, daku kongsikan cadangan menu berbuka puasa 30 hari bahagian 1, 10 menu je tau. 





HARI PERTAMA : IKAN SIAKAP STIM LIMAU


BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 labu bawang besar holland - dihiris
  • 10 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 inci halia - dihiris
  • 4 biji limau nipis - diambil jusnya
  • 2 biji cili merah - dihiris
  • Daun bawang - dihiris
  • Garam
  • Gula


CARA MASAK :


1 - Sapukan ikan dengan garam dan gula.

2 - Masukkan semua bahan bersama dengan ikan kecuali daun bawang.

3 - Kukuskan ikan sehingga masak lebih kurang 30 minit bergantung pada saiz ikan.

4 - Apabila ikan sudah masak taburkan daun bawang.



HARI KEDUA : AYAM MADU SOS TIRAM


BAHAN-BAHAN


  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 4 ulas bawang putih - tumbuk kasar
  • 1 inci halia - tumbuk kasar
  • 1 labu bawang besar holland - hiris
  • 1 sudu besar madu
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam


CARA MASAK


1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.

2. Goreng ayam sehingga masak.

3. Ambil sedikit minyak gorengan ayam, tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan bawang besar sehingga layu.

4. Masukkan sos tiram dan madu. Tumiskan seketika, kalau nak berkuah tambahkan sedikit air. Bagi khadijah suka kering jadi tak tambah air, suka sos tu melekat pada ayam.

5. Kemudian masukkan ayam dan gaulkan dengan sos sehingga sebati. Siap. Boleh hiaskan dengan potongan tomato dan cili hijau.



HARI KETIGA : DAGING BULGOGI (DAGING BBQ Korea)


Bahan-Bahan

  • 500g daging, hiris nipis
  • 1/1/4 cawan Kicap Soya Cair
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar Minyak Bijan
  • 4 ulas Bawang Putih dicincang
  • 1 sudu kecil Cili Flakes/Paprika
  • 1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
  • 1 biji Bawang Besar, hiris
  • 1 sudu besar Gula Perang
  • 1 batang Lobak Merah, hiris halus
  • 1 mangkuk Tau Meu (Taugeh Hijau) - optional
  • Sedikit garam
  • Bijan disangai


Cara masak :

1 - Masukkan semua bahan kecuali lobak & tau meu. Perap selama 1-2 jam.

2 - Selepas diperap, masak (grill) di dalam kuali non stick dengan sedikit sahaja minyak sehingga masak.

3 - Sebelum angkat, masukkan hirisan carrot dan bawang tadi dan biarkan sehingga layu.Bila semua sudah masak, tutup api dan sedia untuk dihidang.

4 - Senang kan? Rasanya pun insyaAllah sedap.. bolehlah dihidang bersama nasi panas dengan kimchi dan seaweed kalau ada.



HARI KEEMPAT : GULAI SIAM IKAN TONGKOL


Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan tongkol - dibersihkan dan dipotong
  • 3 cawan santan
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 biji cili hijau - dibelah
  • Terung siam/terung pipit
  • Belimbing buluh
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis


Bahan kisar:

  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1 sudu makan biji lada hitam
  • 1 inci belacan
  • 20 biji cili api
  • 2 inci kunyit


Cara masak :

1 - Tumis semua bahan yang dikisar hingga masak dan naik minyak.

2 - Masukkan santan, garam dan sedikit gula.

3 - Masukkan ikan dan terung sambil gaul hingga ikan masak. Cik Tie guna terung siam, jika anda nak guna terung pipit pun boleh.

4 - Gaul perlahan sehingga mendidih.

5 - Masukkan belimbing, cili dan daun limau purut. Gaul rata.

6 - Sedia dihidang.



HARI KELIMA : SIAKAP BAKAR PETAI


Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu kecil belacan
  • Daun pisang
  • Air asam jawa
  • 1 biji limau kasturi
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Gula
  • Garam


Bahan kisar

  • 2 biji bawang besar merah - saiz sederhana
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 hiris lengkuas


Cara masak :

1 - Tumis bahan kisar, cili kisar, belacan & gula. Tumis sampai pecah minyak.

2 - Masukkan air asam jawa. Biarkan sampai sebati.

3 - Masukkan petai. Tutup api

4 - Bersihkan ikan dan kelar. Letakkan di atas daun pisang.

5 - Sapukan ikan dengan bahan tumis tadi. Balutkan ikan. Nak bagi ikan kekal moist, balut ikan tuh pastikan dengan daun pisang yang tebal, maknenye biar beberapa lapis. Ikan bakar akan moist dan sedap.

6 - Bakarlah di atas pemanggang ke atau dalam ketuhar. Cik tie bakar dalam ketuhar aje suhu 170 Celcius selama 20 - 30 minit.

7 - Siap. Bila nak makan perahkan limau kasturi. Memang terangkat. Selamat mencuba.




HARI KEENAM : SUP TULANG POWER


BAHAN-BAHAN

  • 1 kg tulang lembu
  • 2 sudu besar rempah sup
  • Daun sup & daun bawang
  • Air secukupnya
  • Garam


Bahan kisar

  • 1 biji bawang besar merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu kecil hitam
  • 1 sudu kecil


Bahan tumis

  • 1 biji bawang besar merah
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 1/2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih


CARA MASAK :

1 - Rebus tulang hingga separuh empuk.

2 - Bile daging dah separuh empuk. Masukkan bahan yang diblend dan rempah sup. Sambung masak hingga empuk.

3 - Bahan untuk tumis. Bawang besar tu dihiris dan bawang putih diketuk.

4 - Tumiskan semua bahan tumis sehingga naik bau dan garing gitew, bukan hangit yer.

5 - Masukkan bahan tumis ke dalam sup. Masak lagi daging seketika bagi bahan mesra.

6 - Tadaa..dah siap, senang sedap...selamat mencuba



HARI KETUJUH : AYAM SAMBAL BALI


Bahan- bahan : 

  • 1 ekor ayam - potong kecil
  • 1 sudu kecil Serbuk Kunyit
  • 4 sudu besar Cili Kering yang sudah diblend - nak pedas tambah lagi
  • 2 sudu besar Kicap Manis - ikut pada selera
  • 2 batang Serai - diketuk
  • 2 @ 3 helai Daun Limau Purut
  • 1 biji Cili Merah/Mera - dihiris
  • Garam dan Gula secukup rasa


Bahan kisar

  • 2 biji Bawang Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1/2 inci Halia


Cara masak:

1 - Perapkan ayam dengan garam dan kunyit.

2 - Gorengkan ayam separuh masak.

3 - Ambil sedikit minyak gorengan ayam tadi untuk menumis. Tumiskan bahan kisar dengan cili kering sehingga pecah minyak.

4 - Masukkan serai dan daun limau purut. Tumiskan sehingga naik bau.1

5 - Masukkan ayam dan gaulkan dengan sambalnya. Perasakan dengan garam dan gula. Tutup kuali dengan penutup biàrkan ayam masak dan sebati dengan sambalnya.

6 - Apabila ayam sudah masak taburkan cili . Yummm...selamat menjamu selera




HARI KELAPAN :  TOMYAM SEAFOOD KAW KAW


Bahan-Bahan

  • 3 ekor sotong besar - dihiris
  • 13 ekor udang
  • 1 biji bawang besar holland - dibelah
  • 3 gelas air
  • 4 sudu besar pes tomyam
  • 1 1/2 sudu besar pes cili thai
  • 4 helai daun limau purut
  • 3 batang serai - diketuk
  • 2 biji limau nipis
  • 5 biji cili api
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 2 @ 3 Akar ketumbar
  • Daun ketumbar
  • Garam
  • Gula


Cara masak :

1. Masukkan air, bawang besar, serai & akar ketumbar. Masak sehingga mendidih.

2. Bila air sudah sudah mendidih masukkan pes tomyam & pes cili thai.

3. Kemudian, masukkan pula sotong, daun limau purut dan jagung muda. Biarkan dalam lebih kurang 5 minit. Sotong kalau masak lama nanti liat. Ikut pada selera masing2.

4. Daun limau purut pastikan buang tulangnya yang tengah tu. Supaya tak rasa pahit.

5. Masukkan pula udang beserta dengan bunga kobis & tomato.

6. Masukkan pula sos ikan supaya lagi bangkit rasa aroma tomyam. Dalam masakan thai sos ikan antara bahan yang wajib ada. Biarkan masak lebih kurang 3 @ 4 minit.

7 - Jadi boleh tambahkan gula jika nak manis.

8 - Jangan lupa letakkan garam dalam tomyam.

9 - Nak pedas kaw kaw, ketuk2 cili api masukkan dalam tomyam. Perahkan limau nipis untuk bagi rasa masam. Berapa banyak limau pun bergantung pada selera masing2.

10 - Bila hidang taburkanlah hirisan daun ketumbar.




HARI KESEMBILAN :  KETAM MASAK CILI


BAHAN-BAHAN 

  • 5 ekor ketam


Bahan kisar

  • 12 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang merah
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung
  • 3/4 cawan air
  • Sedikit belacan
  • Garam
  • Gula


CARA MASAK :

1 - Tumiskan bahan kisar, cili dan belacan. Korang tak suka belacan tak payah letak. Tumis hingga pecah minyak.

2 - Masukkan sos cili & sos tomato . Tumis seketika.

3 - Korang masukkan pulak ketam. Potong la ikut suke ketam tuh. Masukkan sedikit air. Biar ketam tu sampai masak. Perasakan dengan garam & gula.

4 - Barulah korang pecahkan telur pukul sikit dengan. Tuang dalam kuali. Kacau lah ketam tuh. Bila nampak bintil-bintil telur. Masukkan air yg dibancuh dengan tepung jagung. Gaulkan ketam hingga kuahnya menyaluti cik ketam.

5 -Tujuan tepung jagung nak bagi kuahnye pekat sikit.




HARI KESEPULUH :  AYAM SWEET SOUR


BAHAN-BAHAN

  • Isi ayam - dipotong
  • Daun bawang - dihiris
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 bji bawang besar - dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • Garam
  • Gula


Bahan tepung

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Secubit garam


CARA MASAK :

1 - Gaulkan isi ayam dengan serbuk kunyit dan garam.

2 - Campurkan bahan untuk tepung di dalam satu mangkuk.

3 - Golekkan ayam ke dalam tepung.

4 - Kemudian panaskan kuali. Gorengkan dengan minyak yang banyak sehingga kerak di luarnya nampak rangup.

5 - Untuk sosnya pula. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.

6 - Masukkan sos tomato dan sos cili. Biarkan sosnya merenih.

7 - Masukkan ayam dan gaulkan dengan sos sehingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula.

8 - Taburkan daun bawang.


Wahhh lepas ni korang tak perlu nak pening nak masak apa untuk berbuka, cadangan menu berbuka puasa 30 hari ni dapat membantu dan menyelesaikan masalah korang. Just pilih menu berbuka puasa dan terus masak. 

Selamat mencuba!



Kredit : https://www.facebook.com/azuera.raif/posts/2411567025650018

2 April 2022

Jom Ulangkaji Segalanya Tentang Puasa Di Bulan Ramadhan

Jom Ulangkaji Segalanya Tentang Puasa Di Bulan Ramadhan

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Jom Ulangkaji Segalanya Tentang Puasa Di Bulan Ramadhan  | In syaa Allah kita semua akan menyambut bulan Ramadhan pada 24 April 2020 bersamaan hari Jumaat. Dah bersedia untuk kumpul banyak pahala di bulan puasa nanti? Daku doakan semoga kita semua mendapat rahmat sebanyak-banyaknya di bulan puasa ini. Perbaiki diri dan pertingkatkan amal ibadah kita semua ya. Mari kita usahakan!



Di entri ni, daku akan berkongsi serba sedikit tentang puasa di bulan ramadhan, kita cuba imbas sedikit ye (flashback). Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan rukun Islam selain daripada lafaz Syahadah, solat 5 waktu sehari semalam, membayar zakat dan menunaikan haji. Bagi seorang muslim, kita dah semestinya dituntut untuk melaksanakan perintah Allah yang diwajibkan kepada hambaNya.


Apakah Maksud Puasa Di Bulan Ramadhan?



#1 Maksud puasa

Maksud puasa terbahagi kepada dua iaitu bahasa dan istilah:

Dari segi bahasa ialah menahan diri.

Dari segi istilah pula ialah menahan diri daripada makan atau minum serta perkara yang membatalkan puasa dari terbit matahari sehinggalah terbenam matahari. 






#2 Hukum puasa di bulan Ramadhan

Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah wajib bagi mereka yang memenuhi syarat-syaratnya. Selain puasa di bulan Ramadhan, puasa yang wajib ditunaikan adalah puasa kifarah, puasa nzar dan puasa ganti (qada').



#3 Niat puasa


"Sahaja aku berpuasa ramadhan pada keesokan harinya kerana Allah Taala."





#4 Syarat - syarat wajib berpuasa

Bagi seseorang yang memiliki semua sifat di bawah adalah wajib untuk berpuasa.


  • Orang Islam
  • Sudah dewasa (baligh)
  • Berfikiran waras
  • Mampu berpuasa
  • Bermukim

#5 Syarat - syarat sah puasa

  • Orang Islam
  • Orang yang berakal
  • Perempuan yang suci daripada haid dan nifas
  • Berniat puasa pada waktu malam


Makan Dengan Sengaja? Terbatallah Puasa Di Bulan Ramadhan



#6 Perkara - perkara yang membatalkan puasa

  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka
  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Melakukan persetubuhan dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Gila walaupun sebentar
  • Pitam sepanjang hari
  • Belaku haid, nifas dan wiladah bagi orang perempuan
  • Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  • Berbuka puasa dalam keadaan syak samaada sudah terbenam matahari atau belum
  • Murtad




#7 Perkara yang disunatkan ketika berpuasa


  • Membaca Al-Quran
  • Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
  • Mandi junub, haid dan nifas sebelum fajar
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
  • Beriktikaf terutaman 10 hari terakhir bulan Ramadhan
  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis

#8 Bagaimana jika tak mampu berpuasa di bulan Ramadhan


Inilah golongan yang diberi kelonggaran daripada melakukan ibadah puasa sekiranya tidak terdaya. 

  • Orang sakit
  • Orang yang dalam perjalanan (Musafir)
  • Ibu mengandung
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Orang tua yang tidak mampu berpuasa
  • Pekerja yang melakukan kerja berat

#9 Kifarah puasa di bulan Ramadhan

Seseorang suami yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan melakukan persetubuhan (hubungan seks) maka dia wajib membayar kifarah (denda). Isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib menggantikan (qada') puasa yang terbatal.

Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :

  1.  Membebaskan seorang hamba yang beriman.
  2. Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya berpuasa 2 bulan berturut - turut.
  3. Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.

Semoga ilmu tentang puasa ni membantu kalian semua untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga bermanfaat.

Selamat menunaikan ibadah puasa, semua!


Kredit  Sirap Limau





1 April 2022

Buffet Ramadhan Serendah RM78 di Grand Al Mizan, M Suites Hotel Johor

Buffet Ramadhan Serendah RM78 di Grand Al Mizan, M Suites Hotel Johor

 Bismillah.

Assalammualaikum.

Buffet Ramadhan Serendah RM78 di Grand Al Mizan, M Suites Hotel Johor | Sebaiknya sebelum nak berbuka puasa di Hotel, ko kenalah cari harga yang bersesuaian dengan bajet poket ko. Bila dah ada bajet, barulah boleh merancang nak berbuka di hotel. Untuk ko, yang tengah mencari tu, aku rekomenkan ko berbuka di Grand Al Mizan, M Suites Hotel Johor.

Baca ini juga : Gandingan Citarasa Air Tangan Chef Adu Di The Westin Desaru Coast Resort

Aku cadangkan ko kesini bawak keluarga ko. RM78 sahaja untuk dewasa, ini harga promo tau. Ko tengok harga promo ni sampai bila di bawah. Aku ada senaraikan. Hotel ni dekat je dengan Danga Bay, jalan Pantai Lido lama, kalau ko dari arah Senai, lebih kurang 30 minit jugalah. Bagi aku tak ada lah jauh sangat kan. Dah paling dekat dah ni dengan rumah ko. 

Buffet Ramadhan Serendah RM78 di Grand Al Mizan

Eh ko tahu, kat sini ade Roti Canai. Lembut tau roti kat sini, sedap dan mabelessss. Pastu yang aku suka kat sini, Ayam Masak Kicap. Eh mengena betul masakannya dengan selera aku. Mak aku pulak suka Labu Masak Lemak. Kalau ko teringin nak makan Lemak Labu, ko boleh datang ke sini. Aku boleh jamin masakan Grand Al Mizan ni mengena dengan citarasa ko.

Moh ler kita tengok menu makanan kat Grand Al Mizan ini.




Antara menu yang terdapat di sini ialah:

1) Al Mizan Kambing Golek
2) Nasi Biryani
3) Kerabu Mangga 
4) Labu Masak Lemak Kacang Panjang
5) Sup Tulang




Disamping itu, ko juga boleh menikmati aneka Kerabu seperti Kerabu Mangga, Acar Jelantah, Ulam-ulaman, Ikan Asin dan juga paling semua suka kalau makan Buffet Ramadhan ni adalah Nasi Impit dan Lemang, makan pula dengan aneka Serunding, memanglah dah rasa macam raya kan. 

Sebelum balik tu, ko makanlah dulu dessert yang ada di sini. Kat sini ada Durian Goreng, Ayam Pandan, Aneka Kek, Aneka Kuih Muih, Rojak Buah dan banyak lagi. Kalau ko nak makan Aneka Bubur pun ada, eh Bubur Lambuk pun ada juga. Rugi kalau tak pekena Durian Goreng, aku rasa macam nak bawak balik je tau. Nasib baik datang review je huhuhu

Kalau ko nak tengok lagi menu menu di Grand Al Mizan ni, ko beleklah page blog aku ni. 






Harga promo buffet Ramadhan aku listkan di bawah ni ye : 

Grand Al Mizan, M Suites Hotel Johor
4 April 2022 ~ 1 May 2022 
6.30pm ~ 9.30pm 

EARLY BIRD VOUCHER (Purchase before 2 April 2022) 
RM78 Nett Adult 

NORMAL PRICE 
RM98 Nett Adult (Buy 5 FREE 1) 
RM48 Nett Child (6-12 years) 
RM48 Senior Citizen (60 years & above) 

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaaan berkenaan buffet Ramadhan, 

bolehlah wasap no ni bawah ni ye