Resepi Mee Kolok Sarawak Mudah Dan Simple

Bismillah.
Assalammualaikum.

Resepi Mee Kolok Sarawak Mudah Dan Simple | Siapa pernah makan mee kolok sarawak? Macam mana ye rasanya, aku ni tak pernah rasa makan mee kolok sarawak. Teringin juga tekak ni nak merasai mee kolok sarawak yang menjadi menu popular di sana.

Mee kolok (perkataan Iban yang beerti kering) ini merupakan menu yaang sangat popular di Sarawak. Rata-rata gerai di Kuching ada menghidangkan atau menjual mee kolok  ini. Sudah pastinya ia dihidangkan dengan kuah sup dan juga kicap.

Baca ini juga : Resepi Mee Celup Thai Sangat Sedap Dan Ringkas

Tengok dari segi bahan-bahan pun mudah didapati, dan tak rumit sangat untuk membuatnya. Buat sup, rebus mee, celur bahan-bahan tabur resepi mee kolok sarawak dan siap untuk dihidang. Mudah sahaja kan resepi ini? Kalau nak kurangkan makan nasi, bolehlah tukarkan kepada mee kolok sarawak ni sebagai hidangan.

Di bawah ini, aku kongsikan resepi mee kolok sarawak mudah dan simple untuk korang buat bersama-sama ahli keluarga. Ikut langkah-langkah di bawah ini dengan teratur ya. Siapa penggemar mee kolok bolehlah cuba resipi-resipi ni! Jom baca sampai habis artikel ini.



Resepi Mee Kolok Sarawak Mudah Dan Simple




Resepi Mee Kolok Sarawak Mudah Dan Simple


Bahan-bahannya untuk resepi mee kolok sarawak :


a) Bahan untuk mee

  • Mee Kolok  
  • Cuka - jgn byk nanti masam. 
  • Sos ikan - jgn banyak nanti dia berbau x best 
  • Serbuk lada putih  
  • Minyak bawang putih 
  • Sos tiram 
  • Kicap 

b) Bahan untuk sup


  • Daging lembu setengah kilo 
  • Serbuk lada hitam  
  • Kiub pati lembu 2/3 kiub 
  • Rempah kasar 4 beradik (cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)  
  • Sup bunjut (optional)  
  • Bahan perasa  
  • Garam, gula 
  • Halia diketuk

c) Bahan untuk cili kicap


  • 10 tangkai cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit perahan jus limau
  • Sedikit kicap
  • Sedikit garam

d) Bahan tabur mee kolok


  • Taugeh
  • Sawi celur
  • Fish cake (optional) 
  • Bawang goreng 
  • Hirisan daging (rujuk di no 3)
  • Hirisan daun sup dan daun bawang 
  • Tomato hiris 

Cara penyediaan untuk resepi mee kolok sarawak :


1. Celur mee kolok dalam air mendidih sekejap, bilaskan dalam air sejuk. Masukkan semula dalam air mendidih dan toskan. Kemudian, campurkan cuka, sos ikan, serbuk lada putih, minyak bawang putih, sos tiram, kicap hingga sebati. Setelah itu, gaulkan dengan mee yang telah dicelur itu tadi. Ketepikan dalam satu bekas.

2. Ketepikan dahulu mee kolok yang sudah di celur. Seterusnya, penyediaan untuk membuat sup. Rebus daging hingga empuk. Setelah daging empuk, masukkan rempah kasar 4 beradik iaitu cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga, sup bunjut dan halia. Akhir sekali masukkan bahan perasa, garam dan sedikit gula, tutup api. Keluarkan daging, ketepikan. 

3. Cara penyediaan daging ini pula ialah daging yang telah dikeluarkan dari sup itu tadi, dipotong nipis-nipis. Kemudian, gaulkan daging dengan kicap, garam dan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit minyak bawang putih ke dalam kuali dan goreng hirisan daging sekejap je. Tak mau kering dan keras sangat, nanti liat tak sedap. 


resepi mee kolok sarawak


4. Jika gorengan terkering, masukkan sedikit sup tadi dan goreng seketika. Kemudian, ketepikan daging yang telah di goreng. Daging ini sebahagian daripada bahan bahan tabur atas mee kolok.

5. Untuk penyediaan cili kicap pula ialah masukkan 10 cili padi, 4 ulas bawang putih, sedikit perahan jus limau, sedikit kicap dan sedikit garam jika menggunakan kicap manis ke dalam blender. Blend semua bahan bahan ini tadi, ketepikan dalam satu mangkuk.

6. Masukkan mee kolok ke dalam mangkuk, kemudian letakkan sedikit sup daging itu tadi. Hiaskan dengan bahan-bahan tabur di atas mee kolok seperti taugeh, sawi celur, fish cake. Kemudian, hiaskn juga bersama daging yang telah dihiris (rujuk no 3), bawang goreng, hirisan daun sup, daun bawang dan tomato yang telah dihiris.

7. Setelah sudah hias mee kolok dengan bahan tabur, bolehlah untuk dihidangkan. 




Kesimpulan

Korang seronok tak baca resepi mee kolok sarawak mudah dan simple ini. Rasa mudah tak nak membuatnya, di tambah pula barang barang senang untuk dijumpai. Dah tentu memudahkan korang yang teringin nak masak mee kolok. Aku harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan korang semua. 

Tapi tak dinafikan yang mee kolok sarawak ini sering dinikmati oleh pelbagai kaum Makin best kalau dapat makan mee kolok di Sarawak, perghh sedap! Okaylah, selamat mencuba dan untuk semua tuan puan empunya resepi mee kolok sarawak ini, terima kasih banyak-banyak diucapkan.


Info Ibu Hamil
https://t.me/ibuhamilmalaysia

Info Resepi
https://t.me/ResepiKampungku


Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
https://t.me/bloggersmalaysia

10 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Tak pernah lagi makan mee kolok Sarawak ni. Hanya tengok gambar je.

    BalasPadam
  2. Sedapnyaaaa....selalu kalau teringin sanggup terbang ke Sarawak...makan Mee Kolok Hj Salleh tu...ni dah ada resepi boleh la cuba buat...

    BalasPadam
  3. Sedapnya mee kolok..sy mmg suka tp byk2 sy makan tetap yg kat Kuching paling best

    BalasPadam
  4. Tak pernah makan mee kolok. Boleh try masak nanti. Thank you share resepi

    BalasPadam
  5. pernah makan yang original serawak buat masa ke Miri hari tu... Tak pernah buat lagi, Nanti Boleh buat dengan merujuk resepi nih

    BalasPadam
  6. Nnt nak try lagi buat mi koloo tu. Hari tu dah beli , kemudian lepas masukkan dlm air panas, Dan cuci kat air sejuk, mcm tak menjadi. Ohhh kema masukkan semula Kat air panas lagi la pula.
    Nextime nak try semula.

    BalasPadam
  7. Sedapnya.. saya tak pernah makan lagi. Tapi selalu dengar kawan-kawan bercerita. Tengok cara buat ini macam tak susah mana untuk dicuba.

    BalasPadam
  8. Aduhhh... Sedapnya tengok... Tak pernah makan lagi.. tapi tengok tu pun dah sedap... Yang pernah makan laksa Sarawak je.. mee ni belum pernah rasa lagi...

    BalasPadam
  9. Nak cari la mee tu nanti boleh try resipi ni. Lama betul x makan mee kolok n laksa sarawak.

    BalasPadam
  10. X pernah lg makan mee kolok.. Rajin om masak.. Byak resepi dah sy baca

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Terbaru Lebih lama