Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan

20 Julai 2024

Resepi Mee Kolok Sarawak Mudah Dan Simple

Resepi Mee Kolok Sarawak Mudah Dan Simple

Siapa pernah makan mee kolok sarawak? Macam mana ye rasanya, aku ni tak pernah rasa makan mee kolok sarawak. Teringin juga tekak ni nak merasai mee kolok sarawak yang menjadi menu popular di sana.


Mee kolok (perkataan Iban yang beerti kering) ini merupakan menu yaang sangat popular di Sarawak. Rata-rata gerai di Kuching ada menghidangkan atau menjual mee kolok  ini. Sudah pastinya ia dihidangkan dengan kuah sup dan juga kicap.


Mee Kolok adalah sejenis mi goreng yang terkenal di Sarawak, Malaysia. Ia merupakan hidangan yang amat digemari oleh penduduk tempatan dan pelancong kerana rasanya yang unik dan istimewa. 


Mee Kolok Sarawak Mudah Dan Simple


resepi mee kolok



   Baca ini juga : Resepi Mee Celup


Tengok dari segi bahan-bahan untuk membuat resepi mee kolok pun mudah didapati, dan tak rumit sangat untuk membuatnya. Buat sup, rebus mee, celur bahan-bahan tabur mee kolok sarawak dan siap untuk dihidang. 


Mudah sahaja kan resepi ini? Kalau nak kurangkan makan nasi, bolehlah tukarkan kepada mee kolok sarawak ni sebagai hidangan.


Di bawah ini, aku kongsikan cara buat resepi mee kolok sarawak mudah dan simple untuk korang buat bersama-sama ahli keluarga. Ikut langkah-langkah di bawah ini dengan teratur ya. Siapa penggemar mee kolok bolehlah cuba resipi-resipi ni! Jom baca sampai habis artikel ini.


resepi mee kolok


Bahan-bahannya untuk resepi ini:

a) Bahan untuk mee
  • Mee Kolok  
  • Cuka - jgn byk nanti masam. 
  • Sos ikan - jgn banyak nanti dia berbau x best 
  • Serbuk lada putih  
  • Minyak bawang putih 
  • Sos tiram 
  • Kicap 
b) Bahan untuk sup
  • Daging lembu setengah kilo 
  • Serbuk lada hitam  
  • Kiub pati lembu 2/3 kiub 
  • Rempah kasar 4 beradik (cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)  
  • Sup bunjut (optional)  
  • Bahan perasa  
  • Garam, gula 
  • Halia diketuk
c) Bahan untuk cili kicap
  • 10 tangkai cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit perahan jus limau
  • Sedikit kicap
  • Sedikit garam
d) Bahan tabur mee kolok
  • Taugeh
  • Sawi celur
  • Fish cake (optional) 
  • Bawang goreng 
  • Hirisan daging (rujuk di no 3)
  • Hirisan daun sup dan daun bawang 
  • Tomato hiris 

Cara penyediaan untuk resepi mee kolok ini:


1. Celur mee kolok dalam air mendidih sekejap, bilaskan dalam air sejuk. Masukkan semula dalam air mendidih dan toskan. Kemudian, campurkan cuka, sos ikan, serbuk lada putih, minyak bawang putih, sos tiram, kicap hingga sebati. Setelah itu, gaulkan dengan mee yang telah dicelur itu tadi. Ketepikan dalam satu bekas.

2. Ketepikan dahulu mee kolok yang sudah di celur. Seterusnya, penyediaan untuk membuat sup. Rebus daging hingga empuk. Setelah daging empuk, masukkan rempah kasar 4 beradik iaitu cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga, sup bunjut dan halia. Akhir sekali masukkan bahan perasa, garam dan sedikit gula, tutup api. Keluarkan daging, ketepikan. 

3. Cara penyediaan daging ini pula ialah daging yang telah dikeluarkan dari sup itu tadi, dipotong nipis-nipis. Kemudian, gaulkan daging dengan kicap, garam dan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit minyak bawang putih ke dalam kuali dan goreng hirisan daging sekejap je. Tak mau kering dan keras sangat, nanti liat tak sedap. 

4. Jika gorengan terkering, masukkan sedikit sup tadi dan goreng seketika. Kemudian, ketepikan daging yang telah di goreng. Daging ini sebahagian daripada bahan bahan tabur atas mee kolok.

5. Untuk penyediaan cili kicap pula ialah masukkan 10 cili padi, 4 ulas bawang putih, sedikit perahan jus limau, sedikit kicap dan sedikit garam jika menggunakan kicap manis ke dalam blender. Blend semua bahan bahan ini tadi, ketepikan dalam satu mangkuk.

6. Masukkan mee kolok ke dalam mangkuk, kemudian letakkan sedikit sup daging itu tadi. Hiaskan dengan bahan-bahan tabur di atas mee kolok seperti taugeh, sawi celur, fish cake. Kemudian, hiaskn juga bersama daging yang telah dihiris (rujuk no 3), bawang goreng, hirisan daun sup, daun bawang dan tomato yang telah dihiris.

7. Setelah sudah hias mee kolok dengan bahan tabur, bolehlah untuk dihidangkan. 

Video Masak Mee Kolok

Mee Kolok dikenali dengan ciri-ciri khas seperti mi yang direbus dengan sempurna dan kemudian dicampur dengan minyak berperasa, sos kolok yang lembut, dan potongan daging yang dipotong nipis. Hidangan ini biasanya disajikan dengan daging seperti daging babi atau ayam, tetapi ada juga variasi dengan makanan laut seperti udang. 


Mee Kolok mempunyai cita rasa yang kaya dengan sentuhan garam, manis, dan pedas yang menyelerakan. Ia adalah sajian wajib bagi sesiapa yang mengunjungi Sarawak dan mencari pengalaman kuliner yang unik.



Kesimpulan

Korang seronok tak baca resepi mee kolok mudah dan simple ini. Rasa mudah tak nak membuatnya, di tambah pula barang barang senang untuk dijumpai. Dah tentu memudahkan korang yang teringin nak masak mee kolok. Aku harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan korang semua. 

Tapi tak dinafikan yang mee kolok sarawak ini sering dinikmati oleh pelbagai kaum. Makin best kalau dapat makan mee kolok di Sarawak, perghh sedap! Okaylah, selamat mencuba dan untuk semua tuan puan empunya resepi mee kolok sarawak ini, terima kasih banyak-banyak diucapkan.



11 Mei 2024

Resepi Sotong Stim Limau Ala Thai, Menyesal Tak Cuba Buat!

Resepi Sotong Stim Limau Ala Thai, Menyesal Tak Cuba Buat!

Resepi sotong stim limau ala thai, anda pernah cuba tak makan. Sedap tau! Nak nak seafood tu adalah sotong. Biasanya menu utama kat rumah ialah sambal sotong, betul tak? Siapa je tak muak bila sotong asyik masak menu yang sama. Boring dah.

Apa kata kali ni, kita cuba menu sotong stim limau ala thai. Bahan utama pun mudah nak dapat dan cara pembuatan pun tak sampai 1 jam. Kukus, buat sos, gaul dan siap untuk dihidang. Mudah macam abc kan?


Jom hari ni daku ajar korang semua untuk buat sotong stim limau ala thai, pasti sedap! Bila dah menjadi tu, rajinkanlah jari untuk komen diruangan bawah ye. Selamat mencuba semua!

Jom Buat Sotong Stim Limau Ala Thai


Resepi Sotong Stim Limau Ala Thai
$ads={1}

Bahan bahan untuk membuat sotong stim limau ala thai :

  • 1kg atau setengah kilo sotong
  • 7-8 ulas bawang putih
  • 8-9 biji lada kecil
  • 3 biji limau nipis
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1 atau 1/2 kiub pati ayam
  • 3 sudu besar kicap sotong
  • 2 sudu besar gula

Cara - cara untuk membuat sotong stim limau ala thai  :

Ikuti langkah di bawah dengan teratur.

#1 Sedia Bahan

Pertama sekali, korang sediakan semua bahan bahan yang diperlukan untuk membuat sotong stim limau ala thai khairulaming. Nanti bila tak cukup bahan jadi kerja pulak nak beli kat pasar, dah makan masa berjam pulak nak buat resepi ni. Cincang halus bawang putih dan lada kecil, kalau nak rasa pedas boleh letak lebih ye lada kecil tu.

Baca sini: Rendang Hitam


Resepi Sotong Stim Limau Ala Thai
Bahan yang digunakan
$ads={2}


#2 Kukus Sotong

Kemudian, sotong tu boleh potong sedang sedang ye, jangan terlalu kecil. Basuh bersih bersih bagi hilang bau hanyir dan barulah kukus sotong dalam 7 minit. Kukus ni jangan letak air  dan kukus sehingga masak, angkat dan letak tepi.

#3 Buat Sos


Akhir sekali, panaskan 1 cawan air. Masukkan kiub pati ayam, gula dan lepas tu tutup api dapur. Korang tunggu sehingga suam dulu dan masukkan cili, bawang putih, asam limau dan daun ketumbar. Korang rasa dulu ye, kalau tak cukup masam tambah limau nipis. Kalau tak masin boleh tambah kicap sotong dan kalau tak cukup manis, tambahlah gula. Bila sos dah secukup rasa, boleh tuangkan sos atas sotong tadi. Siap!

Akhir Kata

Eh mudahnya resepi ni? Tak susah mana kan nak buat sotong stim limau ala thai che nom ni kan? Jadi macam mana? Bolehlah korang cuba buat resepi ni. Selamat mencuba semua!






14 Mac 2024

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Menu Iftar Ramadhan

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Menu Iftar Ramadhan

Ikan cencaru sumbat ni boleh dimasak dengan cara bakar atau goreng. Semalam, suami teringin nak makan cencaru sumbat bakar. Adik buatkan sambal sumbat dan kami berdua uruskan bahagian membakar.



Biasanya, ikan cencaru ni aku suka belah tengah dan goreng. Itulah menu terakhir yang mak masak untuk aku tahun lepas. Ikan cencaru ni memang aku tak suka kalau goreng tak garing. Lagi pun, isinya tebal dan manis.


ikan cencaru sumbat


Jadi, menu iftar pertama tahun ini ialah Ikan Cencaru Sumbat. Nak mudah, korang boleh je bakar dengan menggunakan pemanggang ajaib. Tapi disebabkan kerajinan, kami bakar je menggunakan arang. Lagi sedap rasanya.


Menu ni korang boleh je cicah dengan kicap lada atau pun makan dengan cencalok. Sedap juga rasanya. Boleh je nak cicah dengan pencicah yang kena dengan selera korang.

Resepi Ikan Cencaru Sumbat

Kali ni, aku nak share pula resepi menu iftar pertama. Menu ni tak adalah susah mana, senang je. Cencaru sumbat ni sambalnya kena masak terlebih dahulu. Bukan apa, nanti bila menggoreng dikhuatiri sambal tersebut tak cukup masak dan menyebabkan sakit perut.

Pastikan kena masak sambal tersebut sebelum sumbat ke dalam ikan cencaru. Ikan cencaru pula kena belah tengah tau. 

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan cencaru saiz sederhana
  • 1 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili merah besar
  • 4-5 biji cili api - lebihkan jika suka pedas
  • Sedikit belacan
  • Serbuk cukup rasa secukupnya
  • Asam jawa secukupnya
  • 1 sudu gula

Cara memasak:

1. Satukan semua bahan di dalam pengisar kecuali asam jawa dan ikan cencaru. Masukkan sedikit sahaja air supaya blender boleh mengisar. Kisar kasar dan jika nak lagi sedap boleh ditumbuk dengan lesung batu.

2. Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bahan kisar tadi seketika supanya sambal sedikit masak.

3. Bila sambal dah sempurna, padamkan api dan sumbat ke dalam ikan.

4. Sediakan pemanggang ajaib dan bakar seperti biasa. Pastikan sentiasa membalikkan ikan supaya ikan masak dengan sempurna.

5. Angkat dan nikmati ikan cencaru sumbat dengan air asam, cencaru, kicap lada atau sebagainya.


Tips Ketika Goreng

Aku sediakan juga tips ketika nak menggoreng ikan cencaru sumbat ni, tipsnya ialah:

1. Minyak bagi banyak biar ikan seekor itu berenang dalam minyak. Jangan banyak kali kalih-kalih. Boleh balut ikan dengan daun kunyit ikat menggunakan benang. 

2. Bakar dulu menggunakan oven. Kemudian balut dengan daun pisang atau daun pandan. Bila ikan dah masak, baru buka balutan daun dan goreng di dalam minyak sekejap sahaja. 

3. Tumis sambal sehingga masak sebelum sumbat di dalam ikan. 

4. Selepas sumbat sambal sapu telur putih dan goreng. Dengan cara ini sambal tak akan terkeluar.

Akhir Kata

Selamat mencuba membuat ikan cencaru sumbat bakar. Cara memasak ikan tu, terserah mengikut selera masing-masing. Kalau aku, lebih suka jika ianya dibakar. Barulah rasa manisnya isi ikan cencaru tersebut. 

10 Mac 2024

Himpunan 9 Jenis Resepi Air Berbuka Puasa Di Jamin Sedap!

Himpunan 9 Jenis Resepi Air Berbuka Puasa Di Jamin Sedap!

Siapa kat sini mesti minum air sedap dulu sebelum makan ketika berbuka puasa? Eh genglah kita ni, biarlah air berbuka puasa bercawan-cawan pun dari makan nasi. Kadang tu air lagi banyak dari makanan. Sampai bila nak makan tu, perut dah kembung dengan air. 



Tiap kali puasa, air favourite aku dah tentu air blue lemon. Tapi dalam resepi ni tak de tau resepi air blue lemon. Aku dok mencari juga resepi air tu tapi sampai ke sudah tak jumpa. Kalau pergi bazar ramadhan, benda pertama yang menarik pandangan mata ialah menu air yang dijual. 

Pergh macam macam jenis ada, kadang tu air yang dijual time bulan puasa ni memang tak ada di hari hari bukan bulan ramadhan. Betul tak? Payah nak cari kalau bukan bulan puasa. Ibu mengandung kena take noted jugak tau, kang mengidam, susah nak mencari, eh tiber.

Hari ni aku nak kongsikan resepi air berbuka puasa, In syaa Allah bahannya mudah nak dapat dan cara penyediaannya pun simple. Selamat mencuba semua!

9 Jenis Resepi Air Berbuka Puasa


9 Jenis Resepi Air Sedap
Air Mata Kucing

$ads={1}

#1 Resepi Air Mata Kucing

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Buah mata kucing kering secukupnya
  • 1 buku gula melaka
  • 2 buku gula batu
  • Gula mengikut kemanisan
  • Air secukupnya
  • Daun pandan di simpul

Cara-cara penyediaannya :

1. Cuci buah mata kucing hingga bersih.

2. Masukkan dalam periuk bersama air dan daun pandan.

3. Rebus sehingga kembang dengan api sederhana.

4. Masukkan pula gula melaka, gula batu dan masak hingga gula hancur dan sedikit pekat.

5. Perasakan gula dan siap dihidangkan panas atau sejuk.


9 Jenis Resepi Air Sedap
Ekspresso Ais


#2 Resepi Ekpresso Ais


Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 2 sudu kecil kopi espresso segera
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu teh serbuk coklat
  • 1sudu kecil sirap coklat
  • Air batu secukupnya
  • Krim putar

Cara-cara penyediaannya : 

1. Larutkan kopi, susu pekat, serbuk coklat dengan air panas, kacau rata.

2. Tuangkan ke dalam gelas atau cawan. Masukkan air batu secukupnya.

3. Jika suka, letak krim putar di atasnya bersama sirap coklat.

4. Sedia dihidangkan.



9 Jenis Resepi Air Sedap
Laici Asam Boi


#3 Resepi Air Laici + Asam Boi + Lemon + Soda + Serai


Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 tin laici
  • 1 batang serai
  • Sedikit asam boi
  • 1 botol ice cream Soda F&N biru
  • 2 biji lemon

Cara - cara penyediaannya :

1. Masukkan 1 tin laici, 1 batang serai yang sudah diketuk, sedikit asam boi ke dalam bekas.

2. Masukkan pula 1 botol ice cream Soda F&N biru bersama 2 biji lemon.

3. Kacau sebati dan siap untuk diminum.



9 Jenis Resepi Air Sedap
Air Dragon mix Fruit


#4 Resepi Air Dragon mix Fruit


Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Buah naga merah
  • Buah mangga masak
  • Buah anggur manis
  • 1 tin laici
  • Susu pekat manis
  • Air masak
  • Sedikit ais


Cara - cara penyediaannya :

1. Potong dadu semua buah.

2. Campurkan semua bahan-bahan dan masukkan ais.

3. Siap untuk dihidang.

- Pewarna adalah dari buah naga, tak perlu campur apa apa pewarna.



9 Jenis Resepi Air Sedap
Jus Kedondong

$ads={2}

#5 Resepi Jus Kedondong


Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 12 biji buah kedondong
  • 10 biji asam boi jenis putih
  • 4 biji limau kasturi, perah limaunya
  • 3 liter air mineral/air berpenapis
  • Setitis pewarna hijau (pilihan)
  • Gula secukup rasa
  • AIs kuib secukupnya

Cara - cara penyediaannya :

1.  Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 senduk gula pasir shingga gula larut.

2. Cuci buah kedondong sehingga bersih atau boleh kikis dengan pisau kulit buah.

3. Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepika.

4. Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya.

5. AIr rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug.

6. Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis boleh tambah gula.

7. Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi, kacau dan biarkan sekejap.

8. Tambah ais kiub secukupnya dan boleh dihidang.




9 Jenis Resepi Air Sedap
Teh Ais Cincau

#6 Resepi Teh Ais Cincau


Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Teh serbuk
  • Susu full cream
  • Gula - ikut sukan yang korang nak buat
  • Buah pelaga/kayu manis atu cengkih
  • Cincau

Cara - cara penyediaannya :

1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan.

2. Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah.

3. Sukatan susu ikut nak kaw macam mana

4. Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula dah sedap, bolehlah tutup api.

5. Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau.


9 Jenis Resepi Air Sedap



#7 Resepi Air Jagung Viral


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Air
  • Kordial jagung secukupnya
  • 1 tin susu cair brand Ideal - apa apa brand pun boleh
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 tin jagung manis Ayam Brand dalam tin
  • Gula secukup rasa
  • Aiskrim vanilla - optional


Cara - cara penyediaannya :


1. Masak air bersama gula. Nisbah air dengan gula adalah bersamaan 1 kole air : 6 sudu besar gula.

2. Masak air yang telah dicampurkan gula sehingga larut dan mendidih.

3. Masukkan kordial jagung secukupnya dan masak lagi sehingga mendidih.

4. Masukkan susu cari dan jagung dalam tin.

5. Tutup api dan masukkan susu pekat manis secukup rasa, biarkan sejuk.

6. Tuangkan ke dalam gelas bersama ketulan ais. Boleh juga letakkan aiskrim vanilla diatasnya. 


9 Jenis Resepi Air Sedap

#8 Resepi Air Katira 


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Air
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 1 penutup botol esen pisang (ikut ukuran penutup btol esen)
  • Pewarna hijau
  • Gula secukup manis
  • Cincau
  • Biji selasih (rendam bagi kembang dulu)

Cara - cara penyediaannya :


1. Masukkan susu cair, susu pekat, esen pisang, pewarna ke dalam bekas.

2. Kacau sehingga sebati.

3. Kemudian, masukkan air, ais dan gula. Kacau sebati dan masukkan cincau dan selasih.



9 Jenis Resepi Air Sedap


#8 Resepi Air Laici Kang


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Air gula atau air sirap
  • Sedikit agar-agar berwarna
  • Barli yang telah direbus
  • Buah kabung
  • Buah laici dalam tin
  • Sedikit isi cendol
  • Cincau
  • 1 sudu besar katirah (direndam selama 4 jam)
  • 2 sudu besar biji selasih (direndam selama 5 minit)
  • 506 biji buah kembang semangkuk (direndam selama 5 jam)

Cara - cara penyediaannya :


1. Campurkan kesemua bahan di atas.

2. Kacau sehingga sebati.

3. Siap dihidangkan dan diminum.










8 Mac 2024

Resepi Bihun Sup Utara Power Original Dari Kedah

Resepi Bihun Sup Utara Power Original Dari Kedah

Resepi bihun sup utara ni dah berlambak di medial sosial. Zaman sekarang bihun sup boleh dimakan di mana sahaja bukan hanya di kedai malahan di rumah kerana resepi rahsia dan cara untuk membuatnya jadi sedap banyak didedahkan di laman carian. 

Jika anda sukakan masakan ini yang biasanya terkenal di negeri Utara, anda boleh buat sendiri resepi bihun sup utara dengan mengikut langkah demi langkah bagaimana untuk memasak bihun sup utara ini dengan betul dan lengkap. 


Sebenarnya, kesedapan makanan ini terletak kepada rencah sup samada jenis bunjut atau boleh sediakan sendiri serta rencah segar yang masih panas katanya boleh didapati di pasar atau yang dijual di merata tempat. 

Resepi bihun sup utara ini mempunyai pelbagai versi dan rasa, style orang utara sememangnya agak berbeza tetapi simple begitu juga dengan negeri Johor yang hampir sama namun rasanya sedikit berlainan.

Resepi Bihun Sup Utara Power Original Dari Kedah

Resepi Bihun Sup Utara


$ads={1}

Bahan-bahan resepi bihun sup utara: 

A) Bahan-bahan untuk tumbuk/kisar: 

  • 6-7 biji bawang merah 
  • 6 ulas bawang putih 

B) Bahan-bahan untuk sup tulang: 

  • Anggaran 1 kilo bahagian tulang lembu 
  • Anggaran 300g isi daging 
  • Batang sup 
  • Batang/pangkal daun bawang 
  • 2 inci halia 
  • 1 bungkus sup bunjut 
  • ½ sudu besar serbuk jintan manis 
  • ½ sudu besar serbuk jintan putih 
  • 1 ½ sudu besar serbuk ketumbar 
  • ½ sudu besar serbuk lada hitam 
  • 1 batang serai 
  • Air secukupnya 
  • Garam, secukup rasa 
  • 1 sudu kecil lada sulah 
  • ½ kiub pati lembu/ayam 

C) Bahan-bahan untuk rempah: 

  • 4 sekawan batang kayu manis 
  • 3 kuntum cengkih 
  • 4 biji buah pelaga 
  • 2 kuntum bunga lawang 
D) Bahan-bahan untuk bihun: 

  • 1 pek / 500g bihun 
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit 

E) Bahan-bahan untuk sambal merah: 

  • ½ cawan minyak masak 
  • 4-5 sudu besar cili kisar 
  • 2 sudu besar serbuk cili 
  • 2 sudu besar sos cili 
  • ½ cawan air asam jawa 
  • garam, secukup rasa 
  • Anggaran 2 sudu besar gula 

F) Bahan-bahan untuk taburan: 

  • lobak masin 
  • limau nipis 
  • hirisan daun sup 
  • hirisan daun 
  • bawang bawang goreng 

Cara Penyediaan: 

Anda boleh masak guna pelbagai cara tersebut tetapi pastikan semua bahan yang disenaraikan seperti di bawah perlu ada dan masukkan kesemuanya ke dalam periuk automatik tersebut dan set kan masa seperti yang ditetapkan. Bihun sup utara ini sangat mudah untuk disediakan. 

Yang paling penting ia menjadi dan sedap dimakan satu keluarga. Ditambahkan dengan sambal merah, sedapnya tak terkata dan cara untuk menyediakannya sangat senang dan tak cerewet. Anda yang baru belajar masak pun boleh buat.

$ads={2}

Cara-cara untuk sup tulang: 

Masukkan daging dan tulang, bahan-bahan sup serta bahan tumbuk bersama. Masukkan air mengikut kesesuaian dan rebus selama 2 jam. Selepas sup sudah mula mendidih, letakkan garam secukup rasa, lada sulah dan kiub pati lembu/ayam. 

Cara-cara untuk bihun: 

Rendam bihun didalam air yang dimasak lalu masukkan ½ sudu serbuk kunyit dan biarkan sehingga bihun menjadi lembut. Kemudian, toskan air dan bilas bihun dengan air sejuk agar proses pemanasan bihun berhenti. 

Cara-cara untuk sambal merah: 

Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau. Masukkan bahan-bahan untuk sambal merah seperti cili kisar, cili serbuk dan sos cili. Pastikan bahan dimasak dengan betul-betul sehingga menjadi pekat dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika perlu. Selepas itu, masukkan air asam jawa, garam secukup rasa dan gula. Lebihkan gula untuk rasa sambal yang lebih sedap.

Kesimpulan

Jika anda ada daging lembu dan nak masak bihun sup seperti ini, bahannya sama saja dan tukarkan tulang atau daging lembu kepada ayam, simple dan terus masak serta rasakan hasilnya, confirm anda puas hati. 

Sesetengah pakar masak seperti blogger Che Nom, Azie Kitchen, Yatie Kitchen, dan ramai lagi mempunyai cara yang tersendiri untuk sediakan masakan yang amat menyelerakan ini yang mana bahan mereka pasti ada bezanya. 

Nak lebih cepat dan express, beli saja rencah sup Utara dan masak guna periuk elektrik, masukkan kesemuanya dalam periuk, siap dah boleh makan. Tapi garam dan perasa anda yang perlu tentukan sendiri. 

Diharap perkongsian resepi bihun sup utara sedap ini sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa sahaja untuk menyediakannya di rumah atau di mana sahaja anda berada. Semoga bermanfaat. 

3 Mac 2024

Buat Kerabu Maggi 5 Minit Dah Siap Tapi Rasa Tetap Padu

Buat Kerabu Maggi 5 Minit Dah Siap Tapi Rasa Tetap Padu

Kerabu maggi ni dah jadi kegilaan bagi peminat masakan Thailand. Pernah tak korang buat resepi kerabu thai ni? Sedap kan? Kali ni aku nak kongsikan resepi untuk membuatnya. Ianya simple tapi rasa padu dan hanya memerlukan 5 minit untuk membuatnya. 


Baca ini: Ayam Masak Kicap

Buat di rumah ni lagi best sebab boleh makan bertambah-tambah. Betul tak? Janji ada bahan kerabu maggi, dah boleh dah mula membuatnya. Menu ni boleh makan bila-bila masa sahaja, mengikut kemahuan masing-masing. Jangan risau, bahan-bahan yang akan digunakan nanti mudah je dan senang nak dicari. Tak perlu nak beli sampai ke Thailand, kat Malaysia pun dah ada dah. 

Kerabu Maggi


Apa itu Kerabu Maggi? 

Kerabu ni adalah salah satu makanan yang bahan-bahannya dicampur sekaligus ke dalam satu bekas. Rasanya pula masam manis dan pedas yang telah mengikat selera rakyat Malaysia. Uniknya, Kerabu Maggi ini pula merupakan menu yang paling popular di Thailand dan semakin menular di seluruh Malaysia. 

Baca lagi: Ayam Penyet

Menu ini dihasilkan dengan makanan yang dicampur dengan pelbagai jenis bahan seperti sayuran, makanan laut dan juga maggi ke dalam mangkuk dan diberikan perisa yang pastinya membuka selera korang.

Tips Berguna

1. Sebelum nak gaul maggi bersama bahan lain, pastikan korang bila maggi dengan air sejuk supaya maggi tak terlalu kembang.

2. Untuk tahu udang sudah masak atau belum, dengan melihat warna pada udang tersebut. Apabila udang bertukar warna oren dan kepalanya bengkok bertemu ekor. Itu tandanya udang sudah masak. 

Bahan-bahan untuk membuat Kerabu Maggi 

1 paket maggi thai
1/2 batang sosej - potong serong 
1 batang isi ketam - potong serong 
Bawang besar - hiris secara baji dan nipis 
Tomato - belah 6 
Kobis - hiris halus 
Daun ketumbar - hiris 
Sedikit udang 
Sedikit sotong 
Sedikit limau nipis (optional)
Cili padi - tumbuk (optional) 
Air gula

Baca ini juga: Kerabu Mangga

Kerabu Maggi


Cara Penyediaan Kerabu

Ikuti langkah di bawah dengan teratur. 

#1 Rebus/Celur Bahan-Bahan

Pertama sekali, korang kena didihkan air di dalam periuk. Rebuskan maggi terlebih dahulu, bila dah agak lembut barulah diangkat. Selepas itu, masukkan sosej, isi ketam, bawang, tomato, kobis, daun ketumbar, udang, dan sotong untuk dicelur. Kemudian, toskan semua bahan bahan itu.

#2 Masukkan bahan yang lain

Letakkan perencah di dalam mangkuk dan masukkan bahan yang ditos ke dalam pinggan yang ada perencah tadi. Ambik sedikit air rebusan tadi dan gaul sekali bersama maggi.

#3 Bubuh Perencah

Akhir sekali, masukkan sedikit air gula. Bagi yang mahukan kepedasan dan extra masam, boleh masukkan cili padi tumbuk dan perahan air limau. Kalau tak nak pun tak apa sebab rencah maggi ni sememangnya dah cukup pedas dan masam. Dah siap kerabu maggi, bolehlah dihidangkan dengan Teh Ais.


Kesimpulan 

Kalau ada yang bertanya, dimana nak beli maggi ini? Kebiasaannya ada di pasaraya biasa seperti KipMart atau Jusco. Kalau nak lagi sedap, boleh juga tambah sedikit sos tiram mengikut citarasa masing-masing. 

Eh mudahnya resepi kerabu maggi ni kan? Tak susah mana kan nak buat kerabu maggi? Jadi macam mana? Bolehlah korang cuba buat resepi ni. Selamat mencuba semua!



2 Januari 2024

Resepi Mee Sizzling Sama Macam Di Kedai

Resepi Mee Sizzling Sama Macam Di Kedai

Lama jugakan tak pekena mee sizzling? Semenjak PKP & PKPB, kebanyakkan mall dah tutup bahagian makan kan? 3 bulan juga tak merasa sizzling yee me ni ditambah lagi dengan bulan puasa, mahu tak mengidam makan sizzling yee mee.



Ko jangan risau, aku tahu citarasa korang di dalam keadaan PKPB ni. Hari ni aku nak kongsikan resepi mee sizzling tanpa hot plate. Jangan ingat dengan hot plate je boleh buat resepi mee sizzling ni. Tanpa hot plate pun , dah confirm menjadi mee sizzling ni. 

Resepi Mee Sizzling Sama Macam Di Kedai

Di bawah ini, aku kongsikan resepi mee sizzling yang mudah dan simple untuk korang buat bersama-sama ahli keluarga. Ikut langkah-langkah di bawah ini dengan teratur ya. Siapa penggemar mee sizzling bolehlah cuba resipi-resipi ni! Jom baca sampai habis artikel ini.

Resepi Mee Sizzling

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat resepi mee sizzling:

  • 3 keping yee mee kering
  • 10 tangkai cili kering di potong besar-besar
  • 4-5 biji cendawan shitake dihiris tebal
  • 10 biji bawang putih dihiris
  • 3 inci halia dihiris halus
  • 200 gram isi ayam dipotong kecil
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan kicap manis (apa-apa jenis kicap pun ok)
  • 1 sudu besar lada hitam ditumbuk
  • 1-2 sudu lada hitam serbuk
  • 4 biji telur ayam
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar minyak bijan 
  • 4-5 cawan air
  • 2 sudu besar tapung jagung
  • 3 tangkai sawi dihiris besar
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan resepi mee sizzling tanpa hot plate:

Resepi Mee Sizzling


#1 Tumiskan Bahan

Panaskan minyak masak, tumis bawang ptuih, halia dan cili kering hingga perang. Masukkan ayam, tumiskan hingga kecut bersama lada hitam tumbuk dan serbuk lada hitam sehingga ayam kecut. Masukkan cendawan, sos tiram, kicap manis dan 4 cawan air.

#2 Bancuhkan Air Untuk Pekatkan Kuah

Korang bancuhkan secawan air bersama 2 sudu tepung gandum untuk pekatkan kuah. Tuangkan ke dalam kuah. Renihkan 2 minit. Perasakan dengan garam, tak perlu banyak kerana kicap dah cukup masin. Masukkan sesudu minyak bijan.

#3 Pecahkan Telur

Pecahkan telur 4 penjuru berasingan dan jangan kacau kuah, kerana tak mahu telur pecah dalam kuah. Agak-agak bila telur dah sedikit masak, letakkan yee mee atas kauh dan terbalikkan mee bila dah kembang dan taburkan sayur sawi. Biarkan seketika. Siap untuk dihidang sizzling yee mee ni, tanpa hot plate pun tau, letak je ke dalam pinggan.

Kesimpulan

Korang seronok tak baca resepi mee sizzling mudah dan simple ini. Rasa mudah tak nak membuatnya, di tambah pula barang barang senang untuk dijumpai. Dah tentu memudahkan korang yang teringin nak masak mee sizzling. 

Aku harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan korang semua. Tapi tak dinafikan yang mee sizzling ini sering dinikmati oleh pelbagai kaum. Makin best kalau dapat makan mee sizzling panas, perghh sedap! Okaylah, selamat mencuba dan untuk semua tuan puan empunya resepi mee sizzling ini, terima kasih banyak-banyak diucapkan.



24 Oktober 2023

Resepi Bubur Lambuk Sedap Untuk Berbuka Puasa

Resepi Bubur Lambuk Sedap Untuk Berbuka Puasa

Resepi bubur lambuk kali ini dibawa khas dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Setiap kali bulan puasa bubur lambuk merupakan menu yang sering dicari. Lagi pun, bubur ini hanya ada di bulan puasa sahaja. Ada juga masjid yang sediakan bubur ini secara percuma sahaja.

Bubur lambuk bagi setiap negeri di Malaysia ada yang berbeza cara memasaknya. Di selatan, bubur ini rasanya berempah sedikit, manakala di pantai timur, banyak sayuran yang diletakkan di dalam bubur. 

Masakan yang biasanya banyak ditemui ketika bulan puasa boleh dimasak secara beramai-ramai seperti gotong royong di Kg Baru, KL ini boleh juga dibuat di rumah, boleh cuba dulu dalam kuantiti sedikit saja.

Resepi Bubur Lambuk
Bubur lambuk

$ads={1}

Jika anda suka makan makanan ini, anda boleh saja cuba buat sendiri di rumah dengan mengikut cara-caranya seperti yang dikongsikan dibawah ini.

Resepi Bubur Lambuk Sedap Untuk Berbuka Puasa

Resepi Bubur Lambuk
Bahan yang digunakan

$ads={2}

Resepi ini hasil perkongsian laman facebook yang berkongsi air tangannya di laman sosial Facebook serta telah menjadi perhatian ramai netizen kerana makanan ini dikatakan amat istimewa dan berbeza.

Bahan-bahan untuk membuatnya:

  • 2 mug beras (rendam dalam 20 min)
  • 1/2kg daging (campur yg berlemak)
  • 1 bungkus kecil rempah sup
  • 250ml santan 
  • 2 sudu besar lada hitam
  • Kiub pati ayam dua kiub
  • 3 ulas bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 jari Halia
  • Kentang
  • Lobak merah
  • Daun sup
  • Bawang goreng


Cara-cara memasak:

1. Blend bawang-bawang & halia. Kemudian, tumis sehingga bawang agak garing.

2. Masukkan rempah sup, lalu tumis sehingga rempah masak. Masukkan daging dan gaul sebati & masukkan beras. 

3. Goreng beras seketika dan masukkan air. Rebus beras sehingga nmpk lembut.

4. Masukkan santan & garam. Lada hitam serbuk masukkan juga. 

5. Masukkan kentang & lobak merah. Bila sayur dah lembut, bolehlah tabur daun sup & bawang goreng. Sesuaikan rasanya.

6. Bubur dah siap.


Kesimpulan

Sebenarnya, ada bermacam versi lagi bubur lambuk ni seperti contoh bubur lambuk berempah, dari Johor, Terenggnu, Kelantan, Utara dan sebagainya. Namun, bubur lambuk sememangnya famous satu Malaysia terutama di bulan puasa.

Bukan sahaja perempuan yang boleh masakan bubur lambuk ringkas ini, lelaki juga boleh sebab untuk penyediaannya tidak cerewet kerana semua bahannya sangat mudah didapati. 

Semoga perkongsian resepi bubur lambuk sedap dan simple ini daripada facebook ini dapat memudahkan kerja anda untuk sajikannya hari ini, semoga bermanfaat dan selamat mencuba.