5 Koleksi Ayam Masak Kicap Resepi Paling Digemari

Sebenarnya daging ayam kita boleh pelbagaikan cara memasaknya seperti ayam masak kicap.  Ada yang menggunakan santan, kari, lada kering mahupun kicap. Ikutlah kreatif dan selera masing-masing. 

Lauk ni makan dengan nasi panas memang sedap. Lagi-lagi bila masak tu rasa pedas, fuhh meletup rasanya bila makan. Cuma untuk artikel ini, aku kongsikan koleksi untuk resepi ayam masak kicap ni. 


Korang bolehlah cuba masak dengan koleksi resepi dibawah. Sebenarnya, cara nak buat makanan yang diberi nama sebagai Ayam Masak Kicap ini sangatlah mudah dan bahannya juga boleh didapati di mana sahaja walaupun anda tinggal jauh di pedalaman atau kampung-kampung tertentu. 

Di bawah ini, aku kongsikan ayam masak kicap untuk korang buat bersama-sama ahli keluarga. Ikut langkah-langkah di bawah ini dengan teratur ya. Siapa penggemar ayam masak kicap bolehlah cuba resipi-resipi ni! Jom baca sampai habis artikel ini.

Ayam Masak Kicap

$ads={1}

1. Ayam Masak Kicap Pedas


Bahan-bahan yang diperlukan: 
  • 8 ketul ayam-potong kecik dan gaul garam kunyit dan goreng 
  • 2 biji kentang-hiris dan goreng 
  • 10 tangkai cili kering 
  • 1 biji bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • Sedikit kicap 
  • 1 sudu makan sos tiram 
  • 1 sudu makan cili sos 
  • Garam, perasa n sedikit gula 
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat 
  • 2 biji cili hijau - dibelah 
  • 2 Cili padi merah & hijau 
  • Tomato ceri 

Cara untuk menyediakan: 

1. Gaul ayam dengan kunyit dan garam kemudian goreng. Tak perlu garing sangat lalu ketepikan. 

2. Tumis semua bahan hingga naik bau. Kemudian masuk kicap dan sedikit air (guna kicap lemak manis). Bila kuah sudah menggelegak, masukkan ayam yang telah digoreng. 

3. Garam tak perlu sebab sebelum goreng ayam kita dah letak garam. Kicap pun dah ada manisnya. 

4. Biarkan kuah sebati dengan ayam kemudian bolehlah diangkat. Simple saja resepinya. Tapi InshaAllah sedap

2. Ayam Kari Masak Kicap


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 5-6 ketul ayam letak garam kunyit dan goreng
  • 2 sudu besar, rempah kari daging Cap O
  • 3 ulas bawang putih, diketuk 
  • 1 inci halia dihiris 
  • 1/4 cawan kicap lemak manis 
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 1 batang kayu manis 
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 2 tangkai daun kari, dilurut 
  • 1 biji tomato, belah 8 jika ada, takde takpe 
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan 
  • 1 biji cili merah, hiris untuk hiasan.

Cara untuk menyediakan: 

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bawang putih, halia, daun kari sampai harum dan lepas tu masukkan rempah kari dan kacau rata. Make sure slowkan api yer, taknak serbuk kari rentung.

2. Kemudian masukkan sos tiram dengan dua sudu air dan kacau sekejap. Lepas tu barulah masukkan kicap dan kacau sekejap. Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata dan sebati.

3. Masukkan hirisan bawang besar dan belahan tomato jika ada. 

4. Siapppp. Hidangkanlah dengan nasi putih yang panas berasap. Jauh perginya nanti tau.

Baca ini juga: Resepi Kerutuk Ayam

ayam masak kicap


3. Ayam Masak Kicap Shiela Rusly


Kredit: Shiela Rusly

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 ekor ayam
  • Sedikit garam
  • 2 sb Serbuk kunyit
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 sb cili paste
  • Kicap pekat (apa brand pun boleh)

Cara-cara Perapan:

Tambah garam Sedikit serbuk kunyit Ginger garlic paste. (Bawang putih + halia) Tambah cili paste 2 sudu. Boleh kurangkan kalau tak nak pedas. Kicap Tamin ( Nak guna kicap lain pon tak apa) Perap sekali dengan kicap untuk 15 minit ke 20 minit.

Bahan-bahan Untuk Menumis: 
  • 4 ulas Bawang merah 
  • 3 ulas Bawang putih 
  • 1 inci Halia 
  • 3 tangkai Cili kering (dikerat halus)
  • Daun kari
  • Bunga lawang 
  • Kayu manis
  • 1 biji Tomato

Cara untuk menyediakannya: 

Tumis bunga lawang dan kayu manis. Masukkan cili kering dan daun kari. Tambah bawang, bawang putih dan halia. Masukkan half tomato. Masukkan ayam yang diperap. Simpan lebihan kicap perapan. Kacau dan tutup periuknya. Masak sehingga ayam halfcooked (dalam 10 minit). Tambah lebihan kicap perapan tadi. Masak sehingga ayam masak dan siap.

4. Ayam Masak Kicap Cendawan

Kredit: Adam Corrie

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 10 ketul ayam
  • Sedikit sos tiram
  • 2 sudu besar sos pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • Sedikit cili kering
  • 2 inci halia
  • 10 biji cili padi
  • Cendawan kering
  • 1 labu bawang putih
  • Sedikit garam bukit
  • Sedikit gula
  • Bancuhan air tepung jagung

Cara untuk menyediakannya: 

1. Ayam di perap dengan sos tiram, sos pekat & kicap cair. Perap semalaman

2. tumis halia, cili kering, cili padi. (Kepedasan ikut masing-masing) 

3. Kemudian masukkan ayam perapan, satu per satu. 

4. Kemudian tuang lebihan kicap perapan ayam dalam kuali. 

5. Cendawan kering yang telah direndam sehingga kembang pula di masukkan di dalam kuali. masukkan satu labu bawang putih salai (yang telah dibasuh bersih) ke dalam kuali. 

6. Masukkan garam bukit dan gula secukup rasa. Tambah air bagi berkuah. 

7. Kemudian masukkan, sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air. Kalau pekat Kuahnya boleh makan dengan mee sizzling.. Kalau tak pekat makan dengan nasi.

Ayam Masak Kicap


$ads={2}

5. Ayam Masak Kicap Berempah

Kredit: Che Nom

Bahan-bahan: 
  • 2-3 biji bawang merah kecil 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • 10 tangkai cili padi 
  • 1 biji tomato 
  • ½ ekor ayam 
  • sedikit garam 
  • sedikit serbuk kunyit 
  • 3-4 ketul hati ayam 
  • air secukupnya (untuk rebus hati) 
  • 1 cawan minyak masak 
  • 1 batang serai rempah 
  • 4 sekawan 
  • 1 tangkai daun kari 
  • 1-2 sudu besar cili kisar 
  • 1 sudu besar serbuk kari daging 
  • ½ sudu kecil jintam putih 
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar 
  • kicap manis secukupnya 
  • air untuk berkuah 
  • 2 sudu besar pati asam jawa 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu kecil gula melaka 
  • 1 biji bawang besar

Cara penyediaan:

1. Cincang kasar bawang merah kecil, bawang putih dan halia. Tumbuk kasar ketiga bahan ni. 

2. Buang tangkai cili padi dan tomato belah 4. Letak garam dan sedikit serbuk kunyit pada setengah ekor ayam. Gaul sekata.

3. Rebuskan hati ayam dan biarkan sampai masak. Bila dah nampak masak, angkat dan toskan.

4. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yang diperap kunyit tadi separa masak. Jangan goreng terlalu masak. Lalu angkat dan toskan ayam goreng. Hati goreng tadi gorengkan sekejap dan angkat. Jangan terlalu lama menggorengnya.

5. Tumiskan bahan tumbuk kasar dan masukkan 1 batang serai yang telah dititik. Masukkan juga rempah 4 sekawan dan daun kari. Masukkan 1-2 sudu besar cili kisar dan juga 1 sudu besar serbuk kari daging. Kacau sekata.

6. Kemudian, masukkan juga ½ sudu kecil jintam putih  dan 1 sudu kecil serbuk ketumbar. Kacau sampai rempah masak. Lalu, masukkan ayam goreng ke dalam bahan tumisan.

7. Masukkan kicap manis, air pati asam jawa dan air untuk berkuah. Lebihkan air untuk nak berkuah dan masukkan 1 sudu besar sos tiram. Tutup sekejap kuali bagi kuah ayam meresap. 

8. Bila dah masak, masukkan hirisan tomato dan 1 sudu kecil gula melaka. Taburkan cili padi dan bawang holand yang telah dipotong bulat.

9. Siap untuk dihidang. 

Kesimpulan 

Korang seronok tak baca ayam masak kicap ini. Rasa mudah tak nak membuatnya, di tambah pula barang barang senang untuk dijumpai. Dah tentu memudahkan korang yang teringin nak masak resepi ini. 

Aku harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan korang semua. Tapi tak dinafikan yang mee kari ini sering dinikmati oleh pelbagai kaum. Okaylah, selamat mencuba dan untuk semua tuan puan empunya ayam masak kicap ini, terima kasih banyak-banyak diucapkan.

Jangan lupa baca ini: Resepi Ayam Cili Daun Kesum


1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Ayam masak kicap memang sedap. Kuah kicap gaul dengan nasi pun dah cukup sedap.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama