Siapa pernah makan mee kolok sarawak? Macam mana ye rasanya, aku ni tak pernah
rasa makan mee kolok sarawak. Teringin juga tekak ni nak merasai mee kolok
sarawak yang menjadi menu popular di sana.
Mee kolok (perkataan Iban yang beerti kering) ini merupakan menu yaang sangat
popular di Sarawak. Rata-rata gerai di Kuching ada menghidangkan atau menjual
mee kolok ini. Sudah pastinya ia dihidangkan dengan kuah sup dan juga
kicap.
Mee Kolok adalah sejenis mi goreng yang terkenal di Sarawak, Malaysia. Ia
merupakan hidangan yang amat digemari oleh penduduk tempatan dan pelancong
kerana rasanya yang unik dan istimewa.
Tengok dari segi bahan-bahan untuk membuat resepi mee kolok pun mudah
didapati, dan tak rumit sangat untuk membuatnya. Buat sup, rebus mee, celur
bahan-bahan tabur mee kolok sarawak dan siap untuk dihidang.
Mudah sahaja kan resepi ini? Kalau nak kurangkan makan nasi, bolehlah tukarkan
kepada mee kolok sarawak ni sebagai hidangan.
Di bawah ini, aku kongsikan cara buat resepi mee kolok sarawak mudah dan
simple untuk korang buat bersama-sama ahli keluarga. Ikut langkah-langkah di
bawah ini dengan teratur ya. Siapa penggemar mee kolok bolehlah cuba
resipi-resipi ni! Jom baca sampai habis artikel ini.
Bahan-bahannya untuk resepi ini:
a) Bahan untuk mee
Mee Kolok
Cuka - jgn byk nanti masam.
Sos ikan - jgn banyak nanti dia berbau x best
Serbuk lada putih
Minyak bawang putih
Sos tiram
Kicap
b) Bahan untuk sup
Daging lembu setengah kilo
Serbuk lada hitam
Kiub pati lembu 2/3 kiub
Rempah kasar 4 beradik (cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah
pelaga)
Sup bunjut (optional)
Bahan perasa
Garam, gula
Halia diketuk
c) Bahan untuk cili kicap
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang putih
Sedikit perahan jus limau
Sedikit kicap
Sedikit garam
d) Bahan tabur mee kolok
Taugeh
Sawi celur
Fish cake (optional)
Bawang goreng
Hirisan daging (rujuk di no 3)
Hirisan daun sup dan daun bawang
Tomato hiris
Cara penyediaan untuk resepi mee kolok ini:
1. Celur mee kolok dalam air mendidih sekejap, bilaskan dalam air sejuk.
Masukkan semula dalam air mendidih dan toskan. Kemudian, campurkan cuka, sos
ikan, serbuk lada putih, minyak bawang putih, sos tiram, kicap hingga sebati.
Setelah itu, gaulkan dengan mee yang telah dicelur itu tadi. Ketepikan dalam
satu bekas.
2. Ketepikan dahulu mee kolok yang sudah di celur. Seterusnya, penyediaan
untuk membuat sup. Rebus daging hingga empuk. Setelah daging empuk, masukkan
rempah kasar 4 beradik iaitu cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah
pelaga, sup bunjut dan halia. Akhir sekali masukkan bahan perasa, garam dan
sedikit gula, tutup api. Keluarkan daging, ketepikan.
3. Cara penyediaan daging ini pula ialah daging yang telah dikeluarkan dari
sup itu tadi, dipotong nipis-nipis. Kemudian, gaulkan daging dengan kicap,
garam dan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit minyak bawang putih ke dalam
kuali dan goreng hirisan daging sekejap je. Tak mau kering dan keras sangat,
nanti liat tak sedap.
4. Jika gorengan terkering, masukkan sedikit sup tadi dan goreng seketika.
Kemudian, ketepikan daging yang telah di goreng. Daging ini sebahagian
daripada bahan bahan tabur atas mee kolok.
5. Untuk penyediaan cili kicap pula ialah masukkan 10 cili padi, 4 ulas bawang
putih, sedikit perahan jus limau, sedikit kicap dan sedikit garam jika
menggunakan kicap manis ke dalam blender. Blend semua bahan bahan ini tadi,
ketepikan dalam satu mangkuk.
6. Masukkan mee kolok ke dalam mangkuk, kemudian letakkan sedikit sup daging
itu tadi. Hiaskan dengan bahan-bahan tabur di atas mee kolok seperti taugeh,
sawi celur, fish cake. Kemudian, hiaskn juga bersama daging yang telah dihiris
(rujuk no 3), bawang goreng, hirisan daun sup, daun bawang dan tomato yang
telah dihiris.
7. Setelah sudah hias mee kolok dengan bahan tabur, bolehlah untuk
dihidangkan.
Video Masak Mee Kolok
Mee Kolok dikenali dengan ciri-ciri khas seperti mi yang direbus dengan
sempurna dan kemudian dicampur dengan minyak berperasa, sos kolok yang lembut,
dan potongan daging yang dipotong nipis. Hidangan ini biasanya disajikan
dengan daging seperti daging babi atau ayam, tetapi ada juga variasi dengan
makanan laut seperti udang.
Mee Kolok mempunyai cita rasa yang kaya dengan sentuhan garam, manis, dan
pedas yang menyelerakan. Ia adalah sajian wajib bagi sesiapa yang mengunjungi
Sarawak dan mencari pengalaman kuliner yang unik.
Kesimpulan
Korang seronok tak baca resepi mee kolok mudah dan simple ini. Rasa mudah tak
nak membuatnya, di tambah pula barang barang senang untuk dijumpai. Dah tentu
memudahkan korang yang teringin nak masak mee kolok. Aku harap dengan
perkongsian ini dapat memudahkan urusan korang semua.
Tapi tak dinafikan yang mee kolok sarawak ini sering dinikmati oleh pelbagai
kaum. Makin best kalau dapat makan mee kolok di Sarawak, perghh sedap!
Okaylah, selamat mencuba dan untuk semua tuan puan empunya resepi mee kolok
sarawak ini, terima kasih banyak-banyak diucapkan.
Resepi Mee Kari Sheila Rusly, Meh Buat! | Sarapan pagi ni mak buatkan
mee kari, rasanya resepi ni mak ada olah sedikit. Kita pun suruhlah mak tengok
resepi mee kari Sheila Rusly. Kalau yang pandai buat, confirmlah sedapkan. Ni
baru pertama kali buat, kuah pun cair.
Mee kari ni juga ko boleh hidangkan di pelbagai jenis keramaian seperti majlis
terbuka, sarapan pagi, majlis tahlil dan sebagainya. Cuma nak buat mee kari ni
kadang tu leceh juga sebab takut kuahnya tak menjadi. Aku ni kalau bab kari
mengkari memang fail, sebab tak reti nak adjust curahan serbuk kari di dalam
kuah gitu.
Sebab tu, aku lagi suka masak sambal berbanding kari ataupun yang menggunakan
santan. Apa kata kita cuba buat dan nah baca resepi mee kari Sheila Rusly. Aku
pasti sesiapa yang merasainya akan menyukainya!
Resepi Mee Kari Sheila Rusly, Meh Buat!
Di bawah ini, aku kongsikan resepi mee kari Sheila Rusly untuk korang buat
bersama-sama ahli keluarga. Ikut langkah-langkah di bawah ini dengan teratur
ya. Siapa penggemar mee kari bolehlah cuba resipi-resipi ni! Jom baca sampai
habis artikel ini.
Bahan-bahan untuk kuah :
1/4 ekor ayam (nak lebihpun boleh) - potong kecil
3 labu bawang besar
7 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 bungkus kecil rempah kari ayam
1/2 bungkus kecil rempah kari ikan
Setangkai daun kari
1 1/4 cawan santan pekat (terpulang nak kurang atau lebih, ikut selera
masing2)
1 1/2 liter air
Minyak untuk menumis
Sedikit daun sup, daun bawang, daun ketumbar dan bawang goreng
Kerang direbus ambil isinya - jika suka
Fishball dan fishcake - jika suka
1 batang cellery dipotong kasar - jika suka
Sedikit air asam jawa
1 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan lain :
Mee kuning - dicelur
Taugeh - dicelur
Daun sup, daun bawang - dihiris halus
Bawang goreng
Telur rebus - dibelah 2 atau 4 (atau telur puyuh)
Tauhu goreng - dipotong2
Limau kasturi - belah 2 (jika suka)
Bahan-bahan untuk sambal :
30 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
Gula, garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa
1 cawan air
1 sudu makan minyak masak (nak lebihpun boleh)
Cara menyediakan kuah :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar
kasar. Bila agak garing masukkan daun kari dan rempah yang dibancuh dengan
sedikit air. Masak hingga naik minyak. Masukkan ayam dan kacau sebentar.
2. Masukkan air, gula, garam, air asam jawa, sedikit hirisan daun sup, daun
bawang dan bawang goreng. Biar mendidih, kecilkan api dan renihkan sehingga
ayam masak dan kuahnya mesra. Masukkan santan, fishball, fishcake, kerang,
cellery dan kerisik.
3. Biar sebentar sehingga mendidih semula. Akhir sekali masukkan tauhu kering
dan matikan api.
Cara menyediakan sambal :
1. Kisar cili kering bersama bawang besar dan bawang putih. Masukkan ke dalam
periuk bersama air, air asam jawa dan minyak. Masak sambil dikacau sekali
sekala hingga pekat.
2. Hidangkan mee bersama kuah, sambal, tauhu goreng, taugeh, hirisan daun sup,
daun bawang, bawang goreng, telur rebus dan limau kasturi.
Kesimpulan
Korang seronok tak baca resepi mee kari Sheila Rusly ini. Rasa mudah tak
nak membuatnya, di tambah pula barang barang senang untuk dijumpai. Dah tentu
memudahkan korang yang teringin nak masak mee kari.
Aku harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan korang semua. Tapi
tak dinafikan yang mee kari ini sering dinikmati oleh pelbagai kaum. Okaylah,
selamat mencuba dan untuk semua tuan puan empunya resepi mee kari ini, terima
kasih banyak-banyak diucapkan.
Resepi bihun sup utara ni dah berlambak di medial sosial. Zaman sekarang bihun
sup boleh dimakan di mana sahaja bukan hanya di kedai malahan di rumah kerana
resepi rahsia dan cara untuk membuatnya jadi sedap banyak didedahkan di laman
carian.
Jika anda sukakan masakan ini yang biasanya terkenal di negeri Utara, anda
boleh buat sendiri resepi bihun sup utara dengan mengikut langkah demi langkah
bagaimana untuk memasak bihun sup utara ini dengan betul dan lengkap.
Sebenarnya, kesedapan makanan ini terletak kepada rencah sup samada jenis
bunjut atau boleh sediakan sendiri serta rencah segar yang masih panas katanya
boleh didapati di pasar atau yang dijual di merata tempat.
Resepi bihun sup utara ini mempunyai pelbagai versi dan rasa, style orang
utara sememangnya agak berbeza tetapi simple begitu juga dengan negeri Johor
yang hampir sama namun rasanya sedikit berlainan.
Resepi Bihun Sup Utara Power Original Dari Kedah
$ads={1}
Bahan-bahan resepi bihun sup utara:
A) Bahan-bahan untuk tumbuk/kisar:
6-7 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
B) Bahan-bahan untuk sup tulang:
Anggaran 1 kilo bahagian tulang lembu
Anggaran 300g isi daging
Batang sup
Batang/pangkal daun bawang
2 inci halia
1 bungkus sup bunjut
½ sudu besar serbuk jintan manis
½ sudu besar serbuk jintan putih
1 ½ sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu besar serbuk lada hitam
1 batang serai
Air secukupnya
Garam, secukup rasa
1 sudu kecil lada sulah
½ kiub pati lembu/ayam
C) Bahan-bahan untuk rempah:
4 sekawan batang kayu manis
3 kuntum cengkih
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
D) Bahan-bahan untuk bihun:
1 pek / 500g bihun
½ sudu kecil serbuk kunyit
E) Bahan-bahan untuk sambal merah:
½ cawan minyak masak
4-5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar sos cili
½ cawan air asam jawa
garam, secukup rasa
Anggaran 2 sudu besar gula
F) Bahan-bahan untuk taburan:
lobak masin
limau nipis
hirisan daun sup
hirisan daun
bawang bawang goreng
Cara Penyediaan:
Anda boleh masak guna pelbagai cara tersebut tetapi pastikan semua bahan yang
disenaraikan seperti di bawah perlu ada dan masukkan kesemuanya ke dalam
periuk automatik tersebut dan set kan masa seperti yang ditetapkan. Bihun sup
utara ini sangat mudah untuk disediakan.
Yang paling penting ia menjadi dan sedap dimakan satu keluarga. Ditambahkan
dengan sambal merah, sedapnya tak terkata dan cara untuk menyediakannya sangat
senang dan tak cerewet. Anda yang baru belajar masak pun boleh buat.
$ads={2}
Cara-cara untuk sup tulang:
Masukkan daging dan tulang, bahan-bahan sup serta bahan tumbuk bersama.
Masukkan air mengikut kesesuaian dan rebus selama 2 jam. Selepas sup sudah
mula mendidih, letakkan garam secukup rasa, lada sulah dan kiub pati
lembu/ayam.
Cara-cara untuk bihun:
Rendam bihun didalam air yang dimasak lalu masukkan ½ sudu serbuk kunyit dan
biarkan sehingga bihun menjadi lembut. Kemudian, toskan air dan bilas bihun
dengan air sejuk agar proses pemanasan bihun berhenti.
Cara-cara untuk sambal merah:
Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
Masukkan bahan-bahan untuk sambal merah seperti cili kisar, cili serbuk dan
sos cili. Pastikan bahan dimasak dengan betul-betul sehingga menjadi pekat dan
pecah minyak. Tambah sedikit air jika perlu. Selepas itu, masukkan air asam
jawa, garam secukup rasa dan gula. Lebihkan gula untuk rasa sambal yang lebih
sedap.
Kesimpulan
Jika anda ada daging lembu dan nak masak bihun sup seperti ini, bahannya sama
saja dan tukarkan tulang atau daging lembu kepada ayam, simple dan terus masak
serta rasakan hasilnya, confirm anda puas hati.
Sesetengah pakar masak seperti blogger Che Nom, Azie Kitchen, Yatie Kitchen,
dan ramai lagi mempunyai cara yang tersendiri untuk sediakan masakan yang amat
menyelerakan ini yang mana bahan mereka pasti ada bezanya.
Nak lebih cepat dan express, beli saja rencah sup Utara dan masak guna periuk
elektrik, masukkan kesemuanya dalam periuk, siap dah boleh makan. Tapi garam
dan perasa anda yang perlu tentukan sendiri.
Diharap perkongsian resepi bihun sup utara sedap ini sedikit sebanyak dapat
membantu sesiapa sahaja untuk menyediakannya di rumah atau di mana sahaja anda
berada. Semoga bermanfaat.
Lama jugakan tak pekena mee sizzling? Semenjak PKP & PKPB, kebanyakkan
mall dah tutup bahagian makan kan? 3 bulan juga tak merasa sizzling yee me ni
ditambah lagi dengan bulan puasa, mahu tak mengidam makan sizzling yee mee.
Ko jangan risau, aku tahu citarasa korang di dalam keadaan PKPB ni. Hari ni
aku nak kongsikan resepi mee sizzling tanpa hot plate. Jangan ingat dengan hot
plate je boleh buat resepi mee sizzling ni. Tanpa hot plate pun , dah
confirm menjadi mee sizzling ni.
Resepi Mee Sizzling Sama Macam Di Kedai
Di bawah ini, aku kongsikan resepi mee sizzling yang mudah dan simple untuk
korang buat bersama-sama ahli keluarga. Ikut langkah-langkah di bawah ini
dengan teratur ya. Siapa penggemar mee sizzling bolehlah cuba resipi-resipi
ni! Jom baca sampai habis artikel ini.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat resepi mee sizzling:
3 keping yee mee kering
10 tangkai cili kering di potong besar-besar
4-5 biji cendawan shitake dihiris tebal
10 biji bawang putih dihiris
3 inci halia dihiris halus
200 gram isi ayam dipotong kecil
4 sudu besar sos tiram
1 cawan kicap manis (apa-apa jenis kicap pun ok)
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
1-2 sudu lada hitam serbuk
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 sudu besar minyak bijan
4-5 cawan air
2 sudu besar tapung jagung
3 tangkai sawi dihiris besar
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan resepi mee sizzling tanpa hot plate:
#1 Tumiskan Bahan
Panaskan minyak masak, tumis bawang ptuih, halia dan cili kering hingga
perang. Masukkan ayam, tumiskan hingga kecut bersama lada hitam tumbuk dan
serbuk lada hitam sehingga ayam kecut. Masukkan cendawan, sos tiram, kicap
manis dan 4 cawan air.
#2 Bancuhkan Air Untuk Pekatkan Kuah
Korang bancuhkan secawan air bersama 2 sudu tepung gandum untuk pekatkan kuah.
Tuangkan ke dalam kuah. Renihkan 2 minit. Perasakan dengan garam, tak perlu
banyak kerana kicap dah cukup masin. Masukkan sesudu minyak bijan.
#3 Pecahkan Telur
Pecahkan telur 4 penjuru berasingan dan jangan kacau kuah, kerana tak mahu
telur pecah dalam kuah. Agak-agak bila telur dah sedikit masak, letakkan yee
mee atas kauh dan terbalikkan mee bila dah kembang dan taburkan sayur sawi.
Biarkan seketika. Siap untuk dihidang sizzling yee mee ni, tanpa hot plate pun
tau, letak je ke dalam pinggan.
Kesimpulan
Korang seronok tak baca resepi mee sizzling mudah dan simple ini. Rasa
mudah tak nak membuatnya, di tambah pula barang barang senang untuk
dijumpai. Dah tentu memudahkan korang yang teringin nak masak mee
sizzling.
Aku harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan korang semua.
Tapi tak dinafikan yang mee sizzling ini sering dinikmati oleh pelbagai
kaum. Makin best kalau dapat makan mee sizzling panas, perghh sedap!
Okaylah, selamat mencuba dan untuk semua tuan puan empunya resepi mee
sizzling ini, terima kasih banyak-banyak diucapkan.
Buat surirumah yang dah tak tahu nak masak apa untuk dinner, boleh cuba masak kue teow kungfu yang sangat ringkas gila. Kue teow ni salah satu menu wajib order kalau makan di kedai. Hari ni ada lebihan buat kue teow goreng semalam, jadi mari berkungfukan dia untuk dinner.
Bahan-bahan :
1 mangkuk kue teow
1 biji telor gred B
1 ketul ayam potong dadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
1/4 bawang holland potong memanjang
1 biji lobak merah dipotong memanjang
1 bij babycorn dipotong memanjang
1 batang sawi dipotong
2 sudu makan tepung jagung bancuh dengan air
1 cawan air putih
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara penyediaannya :
1. Pecahkan telur ke dalam kue teow dan masukkan secubit garam. Panaskan kuali dan goreng kue teow sehingga garing.
2. Tumiskan bawang putih. Masukkan ayam dan tambahkan air putih. Masukkan serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa.
3. Kemudian, boleh masukkan sayur kita tadi tu. Kacau sebati dan tambahkan bancuhan tepung jagung. Kacau bagi sebati dan bila likat tutup api.
4. Curahkan ke atas kue teow tadi. Makan bersama cili potong kicap ataupun sambal kicap.
Resepi Mee Celup Thai Sangat Sedap Dan Ringkas | Siapa kat sini lama tak makan mee celup? Aku dulu memang tak reti nak makan tapi sejak kakak ipar ajar makan makanan kelantan siam, aku dah jadi ketagih pulak nak makan mee celup.
Sedap tau, bukan macam mee sup. Rasa ni mee ni cukup cukup rasa, masam manis masin masam. Memang cukuplah rasanya, letak pulak dengan lada jeruk, uishh menjejes air liur tau. Ini adalah salah satu makanan favourite tau, cuma lama jer tak makan.
Hari ni aku nak kongsikan resepi mee celup, sudah pastinya sangat sedap dan ringkas. Bolehlah dicuba dimasa waktu lapang. Jom semak resepinya.
Resepi Mee Celup Thai Sangat Sedap Dan Ringkas
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat mee celup thai.
A) Bahan-bahan untuk kuah mee celup thai :
3 bungkus sup bunjut
6 batang serai
5 cm halia
5 cm lengkuas
Kicap adabi
1/2 kg daging seketul (tak perlu potong, letak seketul terus)
2 jug besar air
B) Cara-cara untuk masak kuah mee celup thai :
1. Masukkan 2 jug besar air, 1/2 kg daging seketul (daging ni tak perlu potong ye), 3 bungkus sup bunjut, 6 batang serai, 5 cm halia & lengkuas.
2. Bahan diatas ni tadi rebus sampai menggelegak. Masukkan garam, perasa jika perlu, serbuk cukup rasa dan akhir sekali masukkan kicap.
3. Kalau ada perut lembu kena rebus asing, jangan campur sekali dalam kuah diatas.
C) Sambal Lada
1. Kisar cili padi dengan cuka.
D) Lada Jeruk
1. Basuh lada besar hijau dan toskan.
2. Bila dah betul betul kering, potong kecik kecik dan masukkan ke dalam botol.
3. Masukkan cuka sampai tenggelam lada, biarkan beberapa jam sebelum guna.
E) Minyak Bawang Putih
1. Ambil 3 labu bawang putih, potong bahagian depan dan hujung, jangan dibuang sampai licin, tinggalkan sedikit kulit bawang pada bawang dan basuh.
2. Tumbuk bawang sampai lumat, jangan kisar sebab tak nak ada air.
4. Awas! Jangan sampai hangit, angkat dan sejukkan, tutup rapat dalam botol dan boleh simapn untuk guna lain hari.
F) Bahan-bahan lain
Gula
Garam
Serbuk cili
Lobak masin
Daun sup
Bawang goreng
Asam limau nipis
Serbuk lada putih
Kacang tanah goreng dan ditumbuk
Bihun
Mee
Kue tiaw
G) Cara Memasak
1. Dah siap semua A-E di atas tu kan, angkat daging dalam kuah yang direbus tadi, toskan dan potong kecil-kecil.
2. Potong perut kecil kecil.
3. Cara makannya pula : Mula mula masukkan bihun/mee/kkueh tiaw dalam mangkuk, masukkan sayur, lauk, garam, gula, sambal lada, lada jeruk, minyak bawang putih, daun sup dan bahan-bahan lain di atas. Masukkan kuah daging ke dalam mangkuk, tabur daun sup, bawang goreng dan perah asam limau.
Resepi Laksa Sarawak Paling Simple Tapi Sedap | Jujurnya aku tak pernah lagi makan laksa sarawak sebab tu aku rajinlah cari resepi laksa sarawak. Kononnya senang nak masak nanti!
Ada yang cakap, ko beli aje pes resepi laksa sarawak haji manan. Tak silap 1 RM6.80 sebungkus, tapi tak pastilah kalau harganya dah naik.
Lagi pun kita ni dah biasa makan laksa Penang, laksa Johor tapi kali ni apa salahnya kita cuba pulak Laksa Sarawak.
Kebiasaannya, kuah laksa menggunakan ikan sebagai bahan utama, laksa beras dan spaghetti. Tapi apa yang istimewanya Laksa Sarawak ini adalah menggunakan isi ayam dan mee hoon.
Nampakkan kelainannya di situ.
Resepi Laksa Sarawak Paling Simple Tapi Sedap
Masakan Laksa Sarawak ini hasil perkongsian daripada NollyEpinUwan di laman facebook untuk santapan makan siang untuk seisi keluarga, ujarnya menyediakan menu ini amatlah simple dan mudah tetapi cukup sedap.
Bahan-bahan untuk membuat sup laksa Sarawak:
2 belah dada ayam/isi ayam
200 gram pes laksa Sarawak
250 gram udang
2 liter air
300 ml santan
2 batang serai
1 kiub ayam garam secukup rasa
Cara-cara untuk memasak Kuah untuk laksa Sarawak:
1) Basuh dada ayam bersih-bersih. Kemudian rebus sehingga ayam masak dan agak lembut.
2) Setelah masak keluarkan dan toskan dada ayam, bila dah sejuk boleh carik carik halus.
3) Dengan menggunakan air rebusan ayam, celur pula udang ke dalam rebusan ayam tadi.
4) Rebus kira-kira 1 minit. Selepas satu minit, keluarkan dan toskn udang.
5) Dengan menggunakan stew ayam dan udang lebih awal, masukkan pula serai yang telah ditumbuk ke dalam air masak.
6) Masukkan pes rempah laksa Sarawak.
7) Masukkn kiub ayam Masak atas api sederhana sehingga mendidih.
8) Setelah mendidih, tuangkan santan ke dalamnya dan kacau.
9) Reneh dengan api kecil supaya santan tidak pecah minyak.
10) Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah mendidih dan masak, matikan api. Kuah untuk Sarawak laksa adalah sedia untuk dihidangkan bersama-sama dengan bahan-bahan lain.
Bahan-bahan untuk Mee:
1 pek vermicelli
Air secukupnya
Cara-cara merebus mee:
1. Panaskan air di atas api sederhana. Tunggu sehingga mendidih.
2. Jika ia mendidih, masukkan mi vermicelli dan rebus sehingga sedikit lembut.
3. Vermicelli biasanya cepat lembut dalam air panas. Jadi jangan rebus terlalu lama Jika mee terlalu direbus, vermicelli boleh musnah dan hancur
Bahan-bahan untuk membuat sambal belacan:
3 tangkai Cili padi
5 batang cili merah
1 inci belacan
½ sudu teh garam / rasa
1 sudu teh gula / rasa
1 biji limau nipis
Cara untuk membuat sambal belacan:
1)sediakan Cili padi, cili merah dan belacan.
2)kisar bersama-sama sehingga lumat
3)Tambah garam dan sedikit gula secukup rasa
4) Tambah jus limau, kemudian kacau lagi perlahan-lahan hingga sebati.
Bahan-bahan hiasan laksa Sarawak:
ayam yg telah direbus air tadi disiat2
udang
telur dadar dipotong nipis
taugeh dicelur
daun ketumbar
limau
sambal belacan
Cara menyediakan Laksa Sarawak:
1) Masukkan mee hoon dalam mangkuk
2) Hiaskn dengan ayam yang dicarik carik tadi
3) Susun udang
4) Masukkn taugeh dan daun ketumbar
5) Makan bersama sambal belacan dan perahan asam limau
Akhir Kata
Diharap perkongsian resepi laksa sarawak ini dapat membantu serta memudahkan urusan ko untuk menyediakan makanan ini di rumah atau di mana sahaja ko berada. semoga bermanfaat.
Aneka Resepi Bihun Goreng Mudah Dan Ringkas | Menu sarapan pagi yang biasa kita buat ialah bihun goreng. Betul tak? Resepi bihun goreng inilah yang paling mudah dan ringkas untuk dibuat. Kadang tu tak sampai setengah jam dah siap dah menu ni.
Lagi pun cara masak resepi bihun goreng ni lebih kurang sama sahaja, cuma perlu diolah sedikit untuk menjadikan bihun ini bertambah sedap. Jadi, hari ni aku kongsikan resepi bihun goreng yang mudah dan ringkas untuk korang mencuba.
Aneka Resepi Bihun Goreng, Pasti Sedap!
Untuk korang yang tengah mencari resepi bihun goreng ini, sila ikuti langkah demi langkah seperti yang dipaparkan di bawah dan pastikan korang tidak skip step yang ditunjukkan.
Ha macam mana? Mudahkan nak buat resepi bihun goreng ni. Selamat mencuba semua!
#1 Bihun Goreng Tomyam
Bahan - Bahan :
Sebungkus bihun
5 biji bawang merah - dicincang
5 ulas bawang putih - dicincang
3 batang serai - dititik
Segenggam udang geragau - dicuci bersih
Udang segar
2 sudu pes thai tom yam
Lobak merah - dihiris
Sayur sawi - dipotong
Cara Memasak :
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masukkan udang geragau tadi.
2. Bila sudah wangi, boleh masukkan pes tomyam, udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.
3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut.
4. Siap untuk dihidang.
#2 Bihun Siam Goreng
Bahan - Bahan :
Sebungkus bihun - direndam sehingga lembu dan ditoskan
6 biji bawang putih - dikisar halus
1 biji bawang besar - dikisar halus
2 sudu makan cili kering yang telah dikisar
1 sudu makan taucu - dikisar halus
1 sudu makan udang kering - dikisar halus
8 biji fish ball yang dihiris nipis
2 keping fish cake yang dihiris nipis
Isi ayam
Sos tiram
Sayur
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Tumiskan bawang yang telah dikisar sehingga naik bau wangi. Masukkan cili kering dan tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan taucu dan udang kering yang telah dikisar tadi. Tumis lagi sehingga naik bau wangi.
3. Masukkan sos tiram dan gaul rata. Masukkan isi ayam dan gaul sehingga ayam masak. Masukkan fish ball dan fish cake, gaul rata.
4. Kemudian, masukkan bihun, sawi dan lobak merah. Masukkan garam secukup rasa dan siap untuk dihidang.
#3 Bihun Goreng Seafood
Bahan - Bahan :
1 paket bihun - rendam sehingga lembut dan ditoskan
200 gram udang - buang kepala dan kulit
200 gram sotong - dihiris
1 mangkus hirisan kobis
1 mangkuk potongan kubis bunga
1/4 biji cili capsicum merah - didadu
1/4 biji cili capsicum hijau - didadu
1 cawan air
Minyak secukupnya
3 sudu besar cili kisar
4 ulas bwang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar dan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan sotong. Masukkan air, sos tiram, sos cili dan garam secukup rasa. Kacau rata.
3. Masukkan sayuran dan kacau biarkan sehingga sayur layu. Masukkan bihun dan kacau rata. Akhir sekali, masukkan cili capsicum dan kacau rata.
4. Bila bihun dah lembut bolehlah diangkat dan taburkan dengan daun sup, daun bawang, hirisan cili dan tauhu goreng. Siap untuk dihidang.
#4 Bihun Goreng Daging
Bahan - Bahan :
1 paket bihun - rendam sehingga lembut dan ditoskan
2 ulas bwang merah - ditumbuk
Hirisan daging yang telah direbus, air rebusan diketepikan
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
Garam secukup rasa
Sayuran - kobis, taugeh, sawi
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan masukkan cili kisar sehingga wangi.
2. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Gaul sebati.
3. Masukkan air rebusan daging. Masukkan sayuran dan kacau biarkan sehingga sayur layu. Masukkan bihun dan daging. Kacau rata.
4. . Siap untuk dihidang.
#5 Bihun Goreng Singapore
Bahan - Bahan :
1 bungkus bihun
Sedikit minyak - untuk menumis
1 mangkuk kecil isi udang
1 mangkuku kecil isi ayam - potong dadu
3 batang fish cake, potong dadu
1 kiub ikan bilis
Kobis, cincang kasar
Karot - potong mancis
Sawi
Taugeh
Lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
6 ulas bawang putih - ditumbuk
1 biji bawang besar - ditumbuk
2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
Cara Memasak :
1. Rendam atau celur bihun sehingga lembut. Tapis dan ketepikan. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan dan naik bau.
2. Masukkan isi udang, isi ayam dan fish cake. Masukkan pula kiub pati ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
3. Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan sayur-sayuran seperti karot, kbis, sawi dan teruskan kacau sehingga bihun lembut dan sebati.
4. Tabur sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Taugeh ditambah pada saat akhir supaya tidak terlalu latu. Angkat dan hiaskan dengan taburan daun bawang.
#6 Bihun Goreng Kunyit
Bahan - Bahan :
1 bungkus bihun
Sedikit minyak - untuk menumis
1 mangkuk kecil isi ayam - potong dadu
2 bungkus fish ball - dihiris tebal
2 biji telur
1 ketul brokoli
Kobis, cincang kasar
Karot - potong mancis
Sawi
Taugeh
Lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
2-3 biji cili hijau - dihiris
6 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 kiub pati ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam bertukar warna. Masukkan fish ball. Kacau lagi hingga masak.
2. Tolak sedikit bahan bahan tadi ketepi kuali lalau pecahkan telur dan biarkan telur masak. Kacau kacau sikit telur biar jadi agak hancur dan berketul ketul. Masukkan serbuk kunyit, kiub ayam, serbuk lada sulah, garam & serbuk perasa lalu dikacau rata.
3. Masukkan semua sayuran dan air biarkan sebentar. Bila air dah mendidih terus masukkan bihun & cili hijau lalu kacaulah sehingga bhun masak.
4. Sedia untuk dihidangkan.
#7 Bihun Lada Sulah
Bahan - Bahan :
6 sudu besar udang kering - dikisar halus
1 labu bawang besar - dikisar halus
4 ulas bawang putih - dikisar halus
1 paket bihun (direndam dalam air biasa sampai kembang)
3 genggam udang yang telah dibuang kulit
1/2 paket mix vege
3 genggam taugeh
Sedikit crabstik - dihiris nipis
Telur dadar yang dipotong nipis
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cuka
Lada sulah dan lada hitam secukupnya
Sedikit air garam
Cili hidup yang dihiris nipis
Bawang goreng
Cara Memasak :
1. Tumis bahan kisar tadi hingga naik wangi.
2. Masukkan sos tiram, cuka, lada sulah, lada hitam, mix vege, crabstick dan udang.
3. Bila dah naik bau, masukkan sedikit air. Kemudian, masukkan semua bihun tadi. Masukkan taugeh. Kacau rata.