Aneka Resepi Bihun Goreng Mudah Dan Ringkas

Bismillah.
Assalammualaikum.

Aneka Resepi Bihun Goreng Mudah Dan Ringkas | Menu sarapan pagi yang biasa kita buat ialah bihun goreng. Betul tak? Resepi bihun goreng inilah yang paling mudah dan ringkas untuk dibuat. Kadang tu tak sampai setengah jam dah siap dah menu ni. 

resepi bihun goreng

Lagi pun cara masak resepi bihun goreng ni lebih kurang sama sahaja, cuma perlu diolah sedikit untuk menjadikan bihun ini bertambah sedap. Jadi, hari ni aku kongsikan resepi bihun goreng yang mudah dan ringkas untuk korang mencuba.


Aneka Resepi Bihun Goreng, Pasti Sedap!


Untuk korang yang tengah mencari resepi bihun goreng ini, sila ikuti langkah demi langkah seperti yang dipaparkan di bawah dan pastikan korang tidak skip step yang ditunjukkan.





resepi bihun goreng

#1 Bihun Goreng Tomyam

Bahan - Bahan :
  • Sebungkus bihun
  • 5 biji bawang merah - dicincang
  • 5 ulas bawang putih - dicincang
  • 3 batang serai - dititik
  • Segenggam udang geragau - dicuci bersih
  • Udang segar
  • 2 sudu pes thai tom yam
  • Lobak merah - dihiris
  • Sayur sawi - dipotong
Cara Memasak : 

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masukkan udang geragau tadi.

2. Bila sudah wangi, boleh masukkan pes tomyam, udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.

3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut.

4. Siap untuk dihidang. 

resepi bihun goreng


#2 Bihun Siam Goreng

Bahan - Bahan :
  • Sebungkus bihun - direndam sehingga lembu dan ditoskan
  • 6 biji bawang putih - dikisar halus
  • 1 biji bawang besar - dikisar halus
  • 2 sudu makan cili kering yang telah dikisar
  • 1 sudu makan taucu - dikisar halus
  • 1 sudu makan udang kering - dikisar halus
  • 8 biji fish ball yang dihiris nipis
  • 2 keping fish cake yang dihiris nipis
  • Isi ayam
  • Sos tiram
  • Sayur
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak : 

1. Tumiskan bawang yang telah dikisar sehingga naik bau wangi. Masukkan cili kering dan tumis sehingga pecah minyak.

2. Masukkan taucu dan udang kering yang telah dikisar tadi. Tumis lagi sehingga naik bau wangi.

3. Masukkan sos tiram dan gaul rata. Masukkan isi ayam dan gaul sehingga ayam masak. Masukkan fish ball dan fish cake, gaul rata.

4. Kemudian, masukkan bihun, sawi dan lobak merah. Masukkan garam secukup rasa dan siap untuk dihidang.

resepi bihun goreng

#3 Bihun Goreng Seafood

Bahan - Bahan :
  • 1 paket bihun - rendam sehingga lembut dan ditoskan
  • 200 gram udang - buang kepala dan kulit
  • 200 gram sotong - dihiris
  • 1 mangkus hirisan kobis
  • 1 mangkuk potongan kubis bunga
  • 1/4 biji cili capsicum merah - didadu
  • 1/4 biji cili capsicum hijau - didadu
  • 1 cawan air
  • Minyak secukupnya
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bwang merah - ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak : 

1. Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar dan bahan tumbuk sehingga wangi.

2. Masukkan udang dan sotong. Masukkan air, sos tiram, sos cili dan garam secukup rasa. Kacau rata. 

3. Masukkan sayuran dan kacau biarkan sehingga sayur layu. Masukkan bihun dan kacau rata. Akhir sekali, masukkan cili capsicum dan kacau rata.

4. Bila bihun dah lembut bolehlah diangkat dan taburkan dengan daun sup, daun bawang, hirisan cili dan tauhu goreng. Siap untuk dihidang.


resepi bihun goreng

#4 Bihun Goreng Daging

Bahan - Bahan :
  • 1 paket bihun - rendam sehingga lembut dan ditoskan
  • 2 ulas bwang merah - ditumbuk
  • Hirisan daging yang telah direbus, air rebusan diketepikan
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Garam secukup rasa
  • Sayuran - kobis, taugeh, sawi
Cara Memasak : 

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan masukkan cili kisar sehingga wangi.

2. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Gaul sebati.

3. Masukkan air rebusan daging. Masukkan sayuran dan kacau biarkan sehingga sayur layu. Masukkan bihun dan daging. Kacau rata.

4. . Siap untuk dihidang.


resepi bihun goreng

#5 Bihun Goreng Singapore

Bahan - Bahan :
  • 1 bungkus bihun
  • Sedikit minyak - untuk menumis
  • 1 mangkuk kecil isi udang
  • 1 mangkuku kecil isi ayam - potong dadu
  • 3 batang fish cake, potong dadu
  • 1 kiub ikan bilis
  • Kobis, cincang kasar
  • Karot - potong mancis
  • Sawi
  • Taugeh 
  • Lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 6 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 biji bawang besar - ditumbuk
  • 2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
Cara Memasak : 

1. Rendam atau celur bihun sehingga lembut. Tapis dan ketepikan. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan dan naik bau.

2. Masukkan isi udang, isi ayam dan fish cake. Masukkan pula kiub pati ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.

3. Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan sayur-sayuran seperti karot, kbis, sawi dan teruskan kacau sehingga bihun lembut dan sebati.

4. Tabur sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Taugeh ditambah pada saat akhir supaya tidak terlalu latu. Angkat dan hiaskan dengan taburan daun bawang.


resepi bihun goreng

#6 Bihun Goreng Kunyit

Bahan - Bahan :
  • 1 bungkus bihun
  • Sedikit minyak - untuk menumis
  • 1 mangkuk kecil isi ayam - potong dadu
  • 2 bungkus fish ball - dihiris tebal
  • 2 biji telur
  • 1 ketul brokoli
  • Kobis, cincang kasar
  • Karot - potong mancis
  • Sawi
  • Taugeh 
  • Lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2-3 biji cili hijau - dihiris
  • 6 ulas bawang merah - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara Memasak : 

1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam bertukar warna. Masukkan fish ball. Kacau lagi hingga masak.

2. Tolak sedikit bahan bahan tadi ketepi kuali lalau pecahkan telur dan biarkan telur masak. Kacau kacau sikit telur biar jadi agak hancur dan berketul ketul. Masukkan serbuk kunyit, kiub ayam, serbuk lada sulah, garam & serbuk perasa lalu dikacau rata.

3. Masukkan semua sayuran dan air biarkan sebentar. Bila air dah mendidih terus masukkan bihun & cili hijau lalu kacaulah sehingga bhun masak.

4. Sedia untuk dihidangkan.


resepi bihun goreng

#7 Bihun Lada Sulah

Bahan - Bahan :
  • 6 sudu besar udang kering - dikisar halus
  • 1 labu bawang besar - dikisar halus
  • 4 ulas bawang putih - dikisar halus
  • 1 paket bihun (direndam dalam air biasa sampai kembang)
  • 3 genggam udang yang telah dibuang kulit
  • 1/2 paket mix vege
  • 3 genggam taugeh
  • Sedikit crabstik - dihiris nipis
  • Telur dadar yang dipotong nipis
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar cuka
  • Lada sulah dan lada hitam secukupnya
  • Sedikit air garam
  • Cili hidup yang dihiris nipis
  • Bawang goreng
Cara Memasak : 

1. Tumis bahan kisar tadi hingga naik wangi.

2. Masukkan sos tiram, cuka, lada sulah, lada hitam, mix vege, crabstick dan udang.

3. Bila dah naik bau, masukkan sedikit air. Kemudian, masukkan semua bihun tadi. Masukkan taugeh. Kacau rata.

4. Sedia untuk dihidangkan.


Ha macam mana? Mudahkan nak buat resepi bihun goreng ni. Selamat mencuba semua!

10 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Thanks, macam2 resepi boleh buat. Takdelah boring resepi yg sama

    BalasPadam
  2. hehehe k.azni susah nak suka bihun goreng, melainkan kakak yang buatkan. ngada kan ... sendiri punya tak sampai tahap kakak masak. tapi nnt nak try tgk resepi semua nih

    BalasPadam
  3. Sedapnyaaaa semua resepi.. Tak pernah try lagi yang kunyit tu.. Boleha vuba buat nanti.. #HantuBihunGoreng

    BalasPadam
  4. Subhanallah ... terus rasa nak buat .. time kasih sharing

    BalasPadam
  5. Waaa.. boleh simpan tuk puasa ni nanti

    BalasPadam
  6. Semua pun sedap, lagi2 yg ada seafood.

    BalasPadam
  7. Semua sedap 🤩 Tapi bihun goreng sulah tu mesti pedas kan?

    BalasPadam
  8. bihun goreng bila2 masak okay utk makan. sis sndiri suka makan bihun goreng bila x lalu nk makan nasi

    BalasPadam
  9. wahh terliurnya tgok..mmg feveret sangat bihun goreng!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Terbaru Lebih lama