Assalammualaikum dan salam sejahtera.







MASIH SINGLE? JANGAN RISAU INI 6 SEBAB KENAPA SINGLE LAGI BEST DARIPADA BERCINTA Jangan bersedih kalau korang tiada pasangan. Jodoh Allah tu pasti, jangan risau tau. Marilah lupakan seketika bab bercinta. Gapai dulu impian dan cita-cita. Kepada yang sedang belajar dan ada angan angan untuk bercinta, baik hentikan angan angan itu, takut pelbagai musibah datang. Percayalah.

Hak nak bercinta itu hak individu, makin meningkat usia makin risau dengan pasangan hidup tapi jika ia merupakan bebanan, kenapa perlu bercinta? Cinta akan hadir bila kita mula ikhlas untuk menerima amanah yang harus dipertanggungjawabkan. Jangan hirau bila ada makcik bawang berkata "Bila nak bawa balik pasangan ke rumah mak kamu", "kamu bukannya muda, eloklah sekarang ni dah berpasangan". Ini semuanya, mainan hati buat para single yang masih inginkan kebebasan. Jadi, kenapa perlu bercinta jika kalian tahu  sebab- sebab single itu lagi best daripada bercinta?

Single Lagi Best Tapi Masih Mahu Bercinta



Daku senaraikan 6 sebab kenapa single lagi best daripada bercinta : 

#bebas dari komitmen.

Ya! Tiada komitmen! Korang nak pergi mana-mana pun tak perlu susah payah minta izin dengan kekasih korang. Memang bukan semua, tapi ada je sesetengah pasangan kalau nak pergi tandas pun nak kena whatsapp minta izin 'cayang, ayang nak pergi toilet jap boleh tak?' Muntah hijau ! Bohong lah kalau korang tak alami situasi ni. Daku dulu pun pernah. After breakup, daku terus fikir, bodohnya aku! Benda semudah ABC pun sibuk nak lapor pada kekasih, haishh gelilah. 

#work hard, play hard.

Korang mesti pernah dengan perkataan 'work hard, play hard' kan? huhuhuhu. Ini antara kelebihan bagi korang yang masih single. Nak tahu sebab apa? Sebab korang boleh luangkan masa untuk diri sendiri. Korang juga boleh capai impian belajar/bekerja dengan lebih fokus tanpa gangguan atau masalah peribadi. Nak fokus main game tiada sebarang halangan. Mainlah game sepuasnya. Kan daku dah kata, single lagi best daripada bercinta. 

#Jimat kos.

Hahahahah, yang ini siapa setuju? Bila bercinta, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan korang boleh dijadikan simpanan atau digunakan aktiviti yang korang inginkan seperti melancong ke luar negara. Korang tidak perlu risau keluarkan bajet untuk hari hari bermakna kekasih korang. Bagi yang sudah berkahwin, itu tiada masalah tetapi buat yang hangat bercinta, bukankah itu suatu bebanan? Awal bulan sakan bershopping dengan kekasih, hujung bulan gigit jari? Mahukah kamu seperti begitu.

Beban Bercinta? Perlu Tahu Kenapa Single Lagi Best. 



#Boleh melepak dengan sesiapa sahaja.

"Eh, you semalam balik jam berapa, I already told you right, I tak suka you melepak dengan kawan-kawan you tu. I tak suka." 

Tak rasa ke terbeban bila dapat sms atau whatsapp yang berbaur seperti di atas. Dibuatnya si dia sms ketika berserabut dengan hal assignment atau kerja, mahu bergaduh lepas tu. Bila single ni, tak perlu dah nak risau nak melepak dengan siapa, di mana, jam berapa nak balik. Dah tak perlu risau! Baliklah lewat tengah malam pun, tapi bagi perempuan single tu beringatlah ye. Tak elok balik lewat malam. Betul tak, single lagi best daripada bercinta? Fikirkan.

#Tidak perlu pakai baju yang sama. 

Masih ada lagi ke, yang memakai baju sama ketika keluar berdating? Gelinya. Dibuatnya pakai baju berwarna pink, mahu dapat kecaman daripada member sendiri. Lelakikan tak suka pakai baju warna pink, betul tak? Mungkin nanti tercetuslah perang dunia kedua dan pelbagai perang akan menyusul nanti. 



#Boleh travel kemana sahaja tanpa persetujuan si dia.

Korang tak teringin ke buka mata, minda dan terima pengalaman ketika travel. Kebanyakkan, traveller ni akan berkahwin dengan orang luar negara tau. Masa tu, usia bukan penghalang dah untuk berkahwin. Tak rasa sakit kepala ke bila kita ada bercinta dengan mat/minah salleh tapi kantoi ada girlfriend di Malaysia. Sebab tu, traveller ada yang single sebab mereka kata single lagi best daripada bercinta. Sibuk kita nak travel, sibuk dok fikir girlfriend kat rumah. Macam mana? Ha fikirkan. 

Jodoh bukan hak kita untuk fikirkan tapi kita perlu usaha untuk mencarinya. Jangan pula tengah pokai mahu mencari jodoh, naya tu nanti. Bila dah ready dari segi mental, fizikal dan kewangan barulah fikirkan jodoh. Jodoh, ajal dan pertemuan semuanya di tangan tuhan, buat apa kita yang sibuk aturkan kerja tuhan?

Buat mereka yang masih single, teruskan single. In syaa Allah satu hari nanti, jodoh yang betul-betul akan hadir bila kita sedia. Selagi masih single ni, fokus je dengan kumpul harta dan kewangan. Betul tak, single lagi best daripada bercinta?