5 Cara Simpan Sayur Tahan Lama Agar Tetap Segar

5 Cara Simpan Sayur Tahan Lama Agar Tetap Segar | Bila ko rajin masak, mesti ko dah tahu cara simpan sayur tahan lama kan? Bukan apa, senang bila nak masak, ko buka aje peti ais. Macam-macam jenis sayur ada, siap segar lagi tu.

Tidak semua jenis sayuran sesuai disimpan dalam peti sejuk. Walaupun peti sejuk berfungsi sebagai tempat agar makanan menjadi lebih tahan lama, namun tidak semua jenis makanan sesuai disimpan di dalamnya. Ini termasuklah sayur-sayuran yang anda beli. 

Ada jenis sayuran yang sememangnya perlu disimpan dalam peti ais untuk mengekalkan kesegarannya. Namun ada juga yang tidak boleh disimpan dalam peti ais kerana ia lebih sesuai dengan suhu bilik. Sebagai contoh, sawi dan tomato perlu disimpan dalam peti sejuk bagi mengelakkannya menjadi cepat layu atau rosak. 

Baca sini: Pasang Kepala Gas

Manakala ubi-ubian seperti keledek, kentang dan bawang pula hanya disimpan dalam suhu bilik sahaja. Ini cara simpan sayur tahan lama. Aku kongsikan di sini beberapa cara simpan sayur dalam peti sejuk mengikut kategori sayur tersebut. 

Cara Simpan Sayur Tahan Lama

Cara Simpan Sayur Tahan Lama

Kaedah-kaedah yang dikongsikan ini bukan hanya untuk mengekalkan kesegaran sayur, tetapi menjadikan sayur lebih tahan lama. 

#1. Sayuran berdaun

Kita pasti biasa membeli sayur berdaun seperti sawi, bayam dan kangkung. Untuk jenis sayur seperti ini, sayur tidak perlu dibasuh sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. Cukup sekadar memastikan tiada kelembapan yang ketara pada sayur dan ia boleh disimpan terus ke dalam peti sejuk. 

Untuk lebih tahan lama, simpan di dalam bekas kedap udara atau plastik ‘airtight sealed’ atau ziplock. Namun, untuk sayur seperti kangkung dan bayam, adalah lebih baik jika anda membasuhnya dengan bersih terlebih dahulu. 

Ini kerana, sayuran ini biasanya agak berpasir sewaktu anda membelinya di pasar. Selepas dibasuh bersih, toskan airnya dan lap sehingga kering sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

#2. Sayuran jenis buah 

Ini pula adalah cara simpan sayur tahan lama bagi jenis buah. Sayur buah seperti cili, lada benggala atau tomato akan mudah menjadi rosak atau melecuh jika dibiarkan lembap.

Oleh itu, sebelum disimpan di dalam peti sejuk, pastikan sayuran jenis ini berada dalam keadaan yang kering terlebih dahulu. Kemudian, masukkannya ke dalam bekas kedap udara dan boleh terus diletakkan dalam peti sejuk. 

Untuk lebih tahan lama, buang tangkai atau putik pada hujung sayuran kerana sayur biasanya lebih cepat rosak jika tangkainya masih ada. 

#3. Sayuran akar

Di setiap rumah famili, pastinya kita ada membeli atau menanam sayuran atau rempah akar seperti lengkuas, serai, kunyit, halia dan lain-lain lagi. Sayuran akar seperti ini akan mudah menjadi kering jika dibiarkan pada suhu bilik. 

Begitu juga apabila disimpan dalam peti sejuk begitu sahaja. Oleh itu, untuk mengekalkan kesegaran dan jus sayuran jenis ini, ia perlu disimpan dalam bekas yang berisi air bersih. Cara simpan sayur tahan lama bagi jenis ini pula, pastikan sayuran tersebut telah dibersihkan dengan baik terlebih dahulu.

Kemudian, masukkan ke dalam bekas atau botol yang berisi air agar ia terendam sepenuhnya. Selepas itu, boleh dimasukkan terus ke dalam peti sejuk. Air rendaman tersebut boleh ditukar seminggu sekali. 

Cara Simpan Sayur Tahan Lama

#4. Cara simpan sayur tahan lama: daun sup, bawang atau ketumbar 

Sayuran jenis ini biasa didapati secara keseluruhan iaitu termasuklah akarnya sekali apabila dibeli di pasar. Kita biasanya hanya menggunakan sedikit sahaja daripada daun sup, ketumbar atau daun bawang ketika memasak. 

Oleh itu, ia mesti disimpan dengan baik kerana sayur jenis ini juga mudah rosak. Caranya ialah, masukkan pokok daun sup atau ketumbar ke dalam botol kecil. 

Kemudian, isikan sedikit air hanya pada paras akarnya sahaja. Elakkan air daripada terkena bahagian batang pokok. Jika batang turut terendam dalam air, ia akan mudah menjadi lembik, rosak dan busuk. 

#5. Cara simpan sayur tahan lama: kubis

Untuk sayuran jenis ini, ia tidak perlu dibasuh melainkan hanya apabila ko ingin memasak. Sayuran jenis ini biasanya tahan lebih lama berbanding sayuran jenis lain. 

Oleh itu, anda boleh memotongnya siap-siap terlebih dahulu bagi menjimatkan ruang dalam peti sejuk ko. Potong kecil dan letakkannya di dalam bekas kedap udara sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. 

Kesimpulan 

Kini ko telah mengetahui cara simpan sayur tahan lama yang kami kongsikan di sini. Ko boleh share tip dan cara simpan sayur dalam peti sejuk ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain kerana ia pastinya amat bermanfaat untuk mereka

Sumber | HelloDoktor

4 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Oooo...info baru bagi saya: buang tangkai atau putik pada hujung sayuran. Terima kasih perkongsiannya.

    BalasPadam
  2. perkongsian yang berguna. terima kasih sharing

    BalasPadam
  3. Terima kasih untuk perkongsian ni. Boleh tiru mana yang tak pernah buat tu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama