Memaparkan catatan dengan label TEMPAT MAKAN BEST. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TEMPAT MAKAN BEST. Papar semua catatan

3 Februari 2025

Makan Ais Kepal Ban Pecah Tanjung Piandang

Makan Ais Kepal Ban Pecah Tanjung Piandang

Minggu lepas, Syu balik kampung di Kuala Kurau Perak. Banyak juga draft nak siapkan, lama kan dah tak menulis. Artikel 2-3 hari ni mungkin yang santai-santai sahaja, bukan SEO entry.

Kampung suami Syu ni memang sangat dekat dengan Pantai Ban Pecah. Kalau naik motor tu, tak sampai 10 minit pun. Betul-betul dekat dengan rumah mertua. Nak jadikan cerita, masa balik kampung tu, Luth tak sihat 3 hari, hari ke empat barulah dia sihat sikit.

Kesian pulak, asyik berkurung dalam rumah. Itu yang bawa Luth jalan-jalan ke Pantai Ban Pecah. Luth ni pantang sihat dan nampak laut, mulalah dia nak mandi laut. Luth ni jenis pula suka pergi kawasan dalam, gigi-gigi air dia tak nak mandi.

Ais Kepal Ban Pecah


Kebetulan pula, kawasan situ memang dalam, tak berani nak lepas dia sorang mandi situ. Kang tak pasal jadi kes lain pula, kan? Lagi pun, kami berdua tak mandi, kalau mandi bolehlah kami berdua pantau. Itu yang kena marah dengan abahnya, terus merajuk tak nak mandi.

Kami sampai pun dah jam 6.20 petang, lepas nampak je Van Ais Kepal Ban Pecah, tak lengah terus Syu beratur. Dahlah, kena beratur panjang ye. Sebenarnya, ais kepal ni dah lama viral, masa hari Raya ada je Syu beli. Cuma baru kali ni, nak menulis dalam blog.


Ais Kepal Ban Pecah


Gambar atas ni menu Ais Kepal Ban Pecah, ada lebih dari 10 jenis. Rambang mata nak pilih tau. Durian ais kepal pun ada, cuma Syu tak pilihlah menu tersebut. Takut tak kena selera dah jadi 1 pembaziran.

Masa yang diambil utk siapkan menu Syu ni around 20 minit, sebelum ni sampai 40 minit ya nak siapkan. Punyalah ramai, untung masa Syu datang ni orang dalam 10 orang je yang beratur.

Syu nak pesan siap-siap, siapa yang boleh tunggu, silakan tunggu. Kalau tak boleh tunggu, jangan beratur. Banyak lagi makanan lain yang boleh korang cuba. Cuma yang ramainya di Ais Kepal ni sahaja.

Ais Kepal Ban Pecah


Actually, Ais Kepal ni makanan yang berasaskan air kisar yang dicampur dengan pelbagai perisa seperti buah-buahan segar, coklat, green tea dan lain-lain. Macam ABC tapi yang ni, aisnya dikepal dan dimasukkan ke dalam bekas, lalu dituangkan dengan perisa dan dihiasi dengan buah-buahan segar.

Syu ingat lagi time PKP, bukan main viral lagi Ais Kepal Milo. Sana sini dok bercerita dengan menu ni. Cuma sekarang, dah beredarnya waktu, jadi ais kepal ni divariasikan lagi dengan pilihan-pilihan perisa yang sedap dan menarik. 

Kami mencuba Mango Mix Strawberry RM11 dan Grape RM10. Sebelum ni dah rasa flavour lain, jadi kali ni kami cuba flavour yang lain pula. Nak tengok juga, sama tak rasa macam sebelum ni. 


Ais Kepal Ban Pecah

Bagi Syu harga tu setimpal dengan ais kepal yang kami dapat. Buah-buahan dalam ais kepal tu semuanya segar-segar. Tak ada yang lembik atau masam, memang nampak ada sorang pekerja potong terus buah-buahan yang elok untuk dihiasi pada ais kepal.

Semua ais kepal akan dapat 1 scope aiskrim, padanlah dengan harga. Buah pun banyak, sedap dan rangup pula tu. Sedaplah, boleh repeat flavour lain bila balik kampung nanti. 

Cuma tulah, bila dah viral ni, jadi lemah nak beratur. Tiber! Untuk yang jenis sabar, boleh tunggu dan beratur, kalau jenis tak sabar tu, jangan beli ya. Dah alang-alang berjalan ke Ban Pecah, jangan lupa singgah di Ais Kepal Ban Pecah ya.



Ais Kepal Ban Pecah 
📍Pantai Ban Pecah 34350 Kuala Kurau Perak 
Waktu Operasi : 4pm - 7.30pm Rabu & Khamis Cuti










13 Disember 2024

Singgah Beli Roti Kaya Junus Teluk Intan

Singgah Beli Roti Kaya Junus Teluk Intan

Syu balik kampung bulan 9 hari tu, Syu dengan suami lalu highway WCE. Plan nak singgah Teluk Intan, pusing-pusing sekejap sebelum teruskan perjalanan ke Segamat.

Syu sendiri pun tak pernah sampai lagi Teluk Intan. Dah alang-alang lalu jalan belakang, baik singgah kejap. Sebelum ke Menara Condong, kami sembahyang Zuhur dulu di Masjid. Lagi pun, masa tu sampai dalam 2.30 petang.


Hari pula macam nak hujan je, mendung je masa tu. Dah siap solat semua, teruslah ke Menara Condong. Syu ingatkan tinggi, rupanya rendah aja. Tapi cantiklah. Nak mencari parking tu, eh Syu terpandang Roti Kaya Junus.


roti kaya junus


Roti Kaya Junus Teluk Intan

Macam kenal je roti ni, rupanya Syu tengok balik kat Tiktok. Syu dah pernah tengok videonya, cuma berbeza tempat je. Syu tengok Roti Kaya Junus dekat Shah Alam, masa tengok tu dah terdetik, nak beli tapi jauh pulak.


Dah ternampak, teruslah beli. Van Roti Kaya Junus ni betul-betul di kiri jalan Menara Condong. Van ni parking dekat situ je dan takkan berganjak ke tempat lain. Kalau korang parking jauh, kena jalan kaki sikitlah.

Syu memang suka makan roti macam ni, lagi lagi kalau makan macam tu je tanpa kena cicah dengan air. Syu apa lagi terus melaju order roti kaya junus.

Roti Kaya Junus


Rupanya, Roti Kaya Junus ni memang dah beroperasi lebih dari 30 tahun dan Teluk Intan ni tempat mula-mula mereka berniaga. Kalau korang nak tahu, roti kaya ni masak menggunakan dapur kayu api. Tak pakai oven ya. Patutlah lembut semacam je.


Lagilah, kawasan Johor ni payah nak jumpa. Itu yang bila dah terjumpa terus beli banyak. Mula-mula beli 1 bungkus, try makan "Sedapnya! Kenapa lembut ni?"

Itu yang datang balik, beli 1 bungkus lagi untuk makan dekat rumah. Roti dia lembut tau! Tak silap, kaya tu pun mereka buat sendiri.

So ini antara menu yang ada di Roti Kaya Junus:

  • Roti Kaya
  • Roti Kelapa
  • Roti Kacang
  • Roti Benggali

roti kaya junus

Roti Kaya Junus ni tak semua tempat ada. Apa yang Syu tahu, roti ni banyak belah utara dan rnr ke arah utara. So kalau belah Johor ni macam tak pernah jumpa lagi. 

Mungkin ada yang teringin nak makan, kena pergi berjalan di kawasan utara. Hehehehe





22 Julai 2024

Menikmati Mee Sizzling Di Gerai Pak Habib Sri Lalang Mersing

Menikmati Mee Sizzling Di Gerai Pak Habib Sri Lalang Mersing

Kali ni nak bawak korang makan Mee Sizzling di Gerai Pak Habib Sri Lalang, Mersing. Ini kali kedua Syu makan di kedai ini, ada yang kata kedai ni sedap. Jadi, aku pun singgah untuk mencuba  menu yang ada disini.

Jika korang berada di Mersing, Johor, dan mencari tempat makan yang sedap  Gerai Pak Habib di Sri Lalang adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan. Dikenali oleh penduduk tempatan dan pelancong sebagai salah satu gerai makanan yang paling autentik dan memuaskan.

Baca ini: Lima Grill Cafe

Lokasi Dan Waktu Operasi


Gerai Pak Habib Sri Lalang menawarkan pelbagai hidangan yang pasti membuatkan korang berselera. Lokasinya yang strategik iaitu betul-betul di tepi jalan yang menjadi laluan orang ke Pantai Air Papan menjadikan gerai ini mendapat sambutan yang menggalakkan. 

Beroperasi dari jam 10.30 pagi sehingga 5 petang, pelanggan yang hadir ke sini boleh menikmati menu tidak kira masa, termasuklah waktu bersarapan, makan tengahari, dan juga minum petang.

gerai pak habib sri lalang


Suasana di gerai ini cukup sederhana tetapi sangat selesa, dengan meja-meja yang disusun rapi dan persekitaran yang bersih. Ini menjadikan Gerai Pak Habib Sri Lalang tempat yang sesuai untuk makan bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Baca ini juga: Pantai Air Papan 

Oh ya, artikel ini bukan paid review dan ianya hanyalah berdasarkan pengalaman Syu yang nak makan di kedai ini. 

Menu Yang Dicuba

Gerai Pak Habib Sri Lalang terkenal dengan menu yang pelbagai, menawarkan pelbagai jenis masakan  yang kaya dengan rasa dan aroma. Antara hidangan yang menjadi kegemaran ramai ialah mee sizzling, nasi ayam penyet, mee kari, roti kacang dan pelbagai jenis yang disediakan segar setiap hari.

Gerai pak habib sri lalang

Of course bila datang ke Gerai Pak Habib Sri Lalang wajib mencuba menu Mee Sizzling (RM9)! Sebagai mee sizzling, menu ini sememangnya Syu sangat suka. Pertamanya, Syu sukakan kuahnya yang tidak terlalu pekat dan kental. Biasanya, kalau mee sizzling semuanya kuah jenis pekat. Syu tak suka!

Syu lagi sukanya tak beberapa pekat, sebabnya senang nak gaul dengan mee. Disini, mee sizzling dah termasuk dengan telur dan tiada wang tambahan yang diperlukan. 

Selain itu, kami juga mencuba Bihun Sup Skiru (RM7.50), Roti Kukus Sang Kaya (RM4.50), Teh Ais (RM3). Untuk Bihun Sup Skiru, Syu rasa tiada apa yang special. Kuahnya pun sedap sahaja. 

Gerai Pak Habib Sri Lalang


Di sini juga terdapat beberapa menu lain yang anda boleh cuba. Contohnya macam anda datang ramai-ramai, takkan semua akan makan mee sizzling je kan? Ada juga menu lain seperti Nasi Sizzling, Nasi Ayam Penyet, Laksa Penang, Roti Bakar, Roti Tampal Sarding Leleh dan sebagainya.

Sebagai peminat Teh Ais, rasanya Syu sangat rekemen untuk korang cuba. Cuma kalau yang jenis tak suka manis-manis, this is not for you! Boleh cuba Strawberry Sparkling tu, Syu lupa harganya berapa RM segelas.

Bila datang sini, takkan tak cuba Roti Kukus Sang Kaya (RM4.50)! Syu paling suka dengan kuahnya, rasa pandan yang segar serta roti kukus dan enak dimakan semasa panas. Mabeleesssss. Trylah cuba nanti menu yang ada di Gerai Pak Habib Sri Lalang.

Gerai Pak Habib Sri Lalang

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Syu sangat sarankan untuk korang datang ke Gerai Pak Habib Sri Lalang Mersing.  Ada banyak menu menarik yang anda boleh cuba. Selain itu, ruangan tempat makannya juga sangat selesa. 

Gerai Pak Habib Sri Lalang



Alamat: Jalan Sheikh Hassan, Kampung Seri Lalang, 86800 Mersing, Johor

Waktu Operasi; Sabtu - Khamis 11am - 5pm, Jumaat Cuti

16 Julai 2024

Muara Steamboat & Grill Senibong Cove

Muara Steamboat & Grill Senibong Cove

Siapa je kan yang tak suka makan steamboat & grill. Apatah lagi di tempat baru iaitu Muara Steamboat & Grill.


Lokasinya berada di Senibong Cove, Pasir Gudang. Tempat baru ni, sempat lagi ko nak berselfie sebelum dipenuhi oleh orang ramai. Nanti dah tak cantik kalau ramai orang. 


Bosan jugak asyik buat steamboat di rumah dengan pes oden. Jadi muak pulak kan. Vibes bersteamboat di rumah bukannya sama dengan dekat betul tak. 


Muara Steamboat & Grill

Terus terang aku cakap, tempat ni lain daripada yang lain tau. Tak sama dengan kedai steamboat yang lain. Confirm sekali kau pergi terus jatuh cinta. 

Muara Steamboat & Grill, Senibong Cove

Lepas je makan tengahari di Renaissance Hotel JB, sempatlah kami melepak di rumah Sis Lin sebelum nak ke Muara steamboat ni ha. Ada jugalah masa nak belek gelang kristal kak sunah. Dimana mana gelang kristal, buat kita ni terpengaruh nak beli lagi. 

Aku pula tak familiar dengan jalan pasir gudang, tapi apa susah guna aje waze. Nanti dia akan bawa ko sampai betul-betul di depan kedai Muara ni. Terpampang signboard Muara besar gedabak tu ha. 

Sampai aje di depan kedai ni, SubhanaAllah cantiknya kedai. Siap ada vibes lagu klasik melayu dan suasana serta dekorasinya bertemakan kemelayuan moden

Muara Steamboat & Grill

Konsep Muara Steamboat


Ko jangan risau sebab kat sini mereka menyediakan makanan halal. Chef-chef mereka pun orang-orang Melayu kita. Bila datang sini ko boleh tengok chef-chef ni memasak sebabnya dari jauh boleh nampak chef yang sedang memasak tu.


Lepas tu, ada 3 bahagian di kedai ini ya. 1 dibahagian dalam, 1 lagi dibahagian luar dan 1 lagi dalam bilik VIP Private Room. So, ko boleh decide untuk pilih kat mana. Tak silap satu kedai ni boleh muat dalam lebih dari 500 orang untuk satu-satu masa.

Betapa besarnya kedai ni tau. Untuk bilik VIP Private Room iaitu Breast Room dan juga Belly Room serendah RM1200, dimana ko bolehla buat majlis-najlis harijadi ke, majlis perpisahan dan apa jua majlis.

Muara Steamboat & Grill

Muara Steamboat & Grill


Kat VIP ni siap boleh berkaraoke lagi tau. Apa yang menariknya, nama-nama bilik vip ni sempena dengan nama-nama Indonesia seperti Temulawak. Dekorasinya pun memang cantik belaka dengan bertemakan kemelayuan.

Ko jangan risau tau, kat sini memang dah provide bilik surau untuk kita ni tunaikan kewajipan yang sepatutnya. Puas hatilah. Bilik air pun besar dan banyak. Jadi bila nanti time bulan puasa, sekali orang serbu ha tu dia, confirmlah muat.

Lupa pulak, ruangan untuk menunggu pun ada di reception tu. So jangan risau. Kat sini, siap ada screen besar untuk ko layan bola nanti eh! Yela world cup kan tak lama lagi. Bolehlah lepak sambil tengok bola. 

Meh kita tengok pula menu yang mereka sediakan. Disini ada menyediakan 6 jenis sup yang boleh ko pilih. Antaranya ialah Sup Ayam Berempah, Tomato, Tomyam, Assam Laksa, Sup Ekor dan Nyonya Laksa.

Tudiaaa...

muara steamboat & grill

Muara Steamboat & Grill







Ada ke kat tempat lain? Ini tak balik balik rasa tomyam, muaklah orang nak makan. Itu yang aku kata, Muara Steamboat & Grill ini lain daripada yang lain dan tak sama dengan tempat lain. 

Diorang ni tak guna dapur gas tau. Diorang guna dapur arang, bila rasa dah tak panas, diorang tambah arang. Jadi, makanan ko tu tak ada lah hangus kan. Grill pun jadi elok je. 

Lagi terkejutnya, kat sini ada menyediakan 24 jenis sos yang ko boleh pilih. Aku suka betul dengan sos Muara tu, mabelesssssss!

Muara Steamboat & Grill


Disebabkan masa tu kami datang lebih dari 4 orang, jadi kami boleh memilih untuk ambil set All you can Eat dengan harga RM55.00 sahaja.

Penuh wei satu meja. Masa tu, kami ada juga tambah makanan lain seperti Nasi Goreng, Chicken Wing & Coconut Shake. Puas hati ko bila datang sini. 

Apa yang best, ko boleh layan view sunset di sini. Berlatar belakangkan negara jiran, Singapore, ko boleh dapat view yang paling tercantik. 

Untuk aku, yang ada anak kecil, kat sinilah tempat steamboat yang boleh anak-anak enjoy sambil tengok boat-boat. Tak rugi tau makan kat sini.


Kalau ko nak tengok gambar lagi banyak, boleh je ke Page Blog aku tu. Klik aje gambar di atas. Aku letak maklumat untuk korang tahu mengenai Muara Steamboat & Grill ni ye. 

Sila patuhi juga terms and condition yang perlu korang tahu bila makan kat sini. Selamat menjamu selera. 


Limit to 3hours, last order 30minutes before end time 
Minimum 4pax No takeaway 
Food wastage will be chargeable at Rm10/100gm 
Operation Hours: Open Daily, 4pm – 11pm 
Senibong Cove (https://waze.com/ul/hw23b6tzpb) 


11 Julai 2024

Kampung Carabao Puteri Harbour Destinasi Makanan Thai Autentik

Kampung Carabao Puteri Harbour Destinasi Makanan Thai Autentik

Sebut sahaja makanan Thailand mesti kita terbayangkan Tom Yam yang menyengat dan Som Tam yang lazat. Tapi, korang tahu tak ada 1 restoran Thai yang best di Johor iaitu Kampung Carabao Puteri Harbour. Syu sendiri pun baru tahu mereka dah buka 1 lagi cawangan di Puteri Harbour.

Rupanya cawangan kedua ni sudah beroperasi selama 7 bulan. Lokasinya yang sangat strategik memang mampu menarik ramai pelanggan yang akan hadir. Tempat ni dah lah famous dengan marina yang indah dan menawarkan pemandangan yang memukau. Sambil makan tu, bolehlah layan sunset. Best kan?

Kampung Carabao Puteri Harbour

Kampung Carabao Puteri Harbour 

Dari luar pun dah nampak logo besar Kampung Carabao, Syu pun sempatlah bergambar di monumen restoran ni. Cantik kan? Rupanya, mereka dah tukar sedikit dekorasi kedai ni, Syu nampak kedai ni lebih kemas, selesa dan yang pastinya sedap untuk mata memandang. 

Syu duduk di bahagian luar sebabnya nak layan sunset, kalau duduk di bahagian dalam memang tak nampaklah. Masa kami sampai tu, pelanggan tidak ramai lagi tapi menjelang maghrib, baru Syu perasan meja hampir penuh ya. Terkejut juga. Bermakna, memang ramai yang suka makan sambil layan sunset. Hehehehe.

Kampung Carabao Puteri Harbour

Kampung Carabao Puteri Harbour Menu

Bercerita tentang makanan pula, kami memilih makanan yang direcommend oleh manager Kampung Carabao Puteri Harbour. Tak sampai 15 minit, makanan mula dihidang. Laju juga servis mereka atau mungkin masa kami hadir tak ramai pelanggan. 

Kami memilih beberapa menu yang menarik. Kami memilih untuk mencuba 3 ikan siakap yang dimasak dengan masakan yang berbeza. Ikan siakap ni bergantung pada berat ye, bukan pada kuantiti ikan. 

Dari kiri atas, Ikan Siakap Crispy Salad Fish Thai Style (RM59.00), di bawah pula, Fried Fish Soya Sauce dan di kanan, Ikan Siakap Fried Fish Mango. 

Kampung Carabao Puteri Harbour

Syu paling suka dengan Fried Fish Mango (RM59.00). Ikannya di goreng dengan crispy. Dibawahnya diletakkan sos yang masam manis dan di atasnya ada Kerabu Mangga yang sangat sedap untuk diratah. Syu paling recommend untuk mencuba menu ni.

Mungkin kalau ada yang membawa anak kecil, boleh cuba Ikan Siakap Fried Fish Soya Sauce (RM59.00). Menu ni tidak pedas dan sangat sesuai untuk anak kecil.Memang sedap kalau nak ratah dan sambil hirup kuah.

Selain ikan siakap, kami juga mencuba menu Japan Tokushima Fresh Osyter 2XL (RM88.00) sebesar tu. Syu tak makan, husband yang tolong makankan sebab Syu ngeri makan yang sebesar tapak tangan. Nak makan Osyter ni jangan makan gitu je, ko letaklah accessories yang mereka sediakan. Barulah sedap.

Kampung Carabao Puteri Harbour

Kalau korang nak jimat, Syu rekemen untuk korang cuba Carabao Seafood Mix Platter (RM98.00). Dalam 1box besar ni, korang akan dapat udang, ketam, lala dan jagung. May be next time, kalau Syu datang, syu nak cuba yang ni pula. Makin bertiga ni, confirm boleh habis tau. 

Sambil tu, korang boleh cuba Thai Prawn Cake (RM26.90) dan Coconut Seafood Otak-Otak (RM28.90). Dua ni yang paling Syu suka ialah Otak-Otak tu. Korang boleh makan dengan nasi atau nak ratah macam tu pun sedap. Dalam tu penuh dengan rasa yang mewah. Cubalah try sekali.

Dah nama pergi kedai Thai, macam tak logik kalau tak cuba Tonyam kan? Menu ni paling wajib korang kena cuba bila datang Kampung Carabao Puteri Harbour. Sedap kalau nak ratah sambil hirup kuah tomyam ni, tapi Syu lebih prefer untuk korang cuba menu lain. Sebabnya kalau Tomyam, kita dah selalu sangat makan kan.

Kampung Carabao Puteri Harbour

Selain menu-menu di atas, korang juga boleh cuba Curry Leaf Prawn (RM27.90) dan Butter Prawn (RM27.90). Kalau Syu, lebih suka Butter Prawn sebabnya rasa menu dia lemak-lemak berkrim gitu. Pulak tu udang tengah fresh lagilah sedap nak makan. 

Macam Som Tam (RM21.90) dan Thai Mango Salad(RM19.80) tu korang boleh makan dengan nasi atau nak buat ratah pun sedap. Syu lebih prefer makan Kerabu Mangga tu, sedap dan rasa crunchy! Then, jangan lupa juga untuk mencuba Fried Omellete Thai Style (RM15.90). Awalnya, macam cendawan tapi telur rupanya.
Kampung Carabao Puteri Harbour

Last but not least, korang boleh cuba Lala Carabao Style (RM25.80). Menu ni sedap dan kena dengan tekak Syu. Syu lagi suka ratah gitu je dari makan dengan nasi. May be kalau datang lagi, Syu nak makan lagi lala ni.

Untuk Fried Sotong (RM21.50) dan Thai Style Crispy Kangkong (RM19.90) ni rasanya biasa sahaja. Nothing special but if you wanna try, yes you can try it!

Harga Menu di Restoran Ini

Syu pasti akan ada yang tertanya-tanya tentang harga di Kampung Carabao Puteri Harbour. Adakah harganya mahal? Anda boleh lihat sendiri harga-harga bagi setiap makanan yang disediakan di Kampung Carabao Puteri Harbour. Bagi Syu harganya agak lumayan ehem ehem, tapi sesekali nak makan boleh lah datang ke sini. 

Kalau tiap minggu, botaklah kepala. Lagi pun, yang dah familiar dengan Puteri Harbour ni, mesti korang tahulah harga restoran belah sana. Kita sendiri pun tak boleh nak assume semua murah may be bahan mentah yang digunakan mahal, ataupun sewa disana harganya not bad.

Yang boleh Syu katakan, if sesekali nak makan sini boleh datang. Tapi If you have you're own budget, you can ask them or manager mereka. Don't be shy k!

Kesimpulan

Untuk itu, Syu sememangnya sangat berpuas hati bilamana dapat makan di Kampung Carabao Puteri Harbour, sebuah restoran yang cantik dan unik yang dikelilingi dengan pemandangan marina yang cantik. Suasana makan pula yang tenang ditambah lagi dengan makanan itu sendiri yang cukup sedap dan sempurna. 

Mungkin, Syu akan kembali semula nak mencuba menu yang Syu suka. Hehehehe. Sekiranya korang ke Puteri harbour, jangan lupa singgah dan cuba makanan Thailand Autentik di Kampung Carabao. 

KAMPUNG CARABAO PUTERI HARBOUR



Alamat: LG09, Lower Ground Floor, Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Iskandar Puteri, Johor

Waktu Operasi; Setiap hari 12pm - 11pm

Boleh layari laman web mereka:

6 Mei 2024

JIBRIL JB  Restoran Tersembunyi Unik Di Larkin

JIBRIL JB Restoran Tersembunyi Unik Di Larkin

Bila sebut nama JIBRIL, aku teringat satu restoran yang tersembunyi disebalik premis aiskrim Sangkaya SS15 Subang Jaya yang terkenal dengan masakan Salted Egg Butter Chicken dan air-air mocktails unik mereka. 


Rupanya, JIBRIL sudah buka cawangan baru mereka di Johor. JIBRIL JB ini disebalik rak buku yang berada pada dinding ‘entrance’, ada pintu tersembunyi untuk membolehkan pelanggan masuk ke dalam premis tersebut. 

Satu idea yang sangat brilliant sebenarnya! Lagi tertarik pelanggan untuk mencari pintu masuk restoran ni, aku sendiri pun blur juga, eh macam mana nak masuk ni? Kiranya macam restoran yang tersembunyi, tapi jangan terkejut jika korang boleh lihat orang beratur untuk makan di sini. Bila masuk je ke dalam, memang penuh dengan orang.

Jibril

$ads={1}

Kisahnya petang semalam, excited sangat sebab nak makan petang di restoran ni, sampai je depan restoran. Otak jadi blank, macam mana nak masuk? Kena cari pintu rahsia dulu baru boleh masuk dalam restoran. Kalau tak, kena tunggulah customer dari dalam keluar. Hehehehe gurau. 

Aku pun fikir, restoran ke library ni? Buat tertanya-tanya kan, padahal restoran. Patutlah ramai pelanggan yang excited dengan restoran ni. 

Konsep JIBRIL

Untuk pengetahuan semua, JIBRIL merupakan sebuah restoran yang berkonsepkan bar, tetapi JIBRIL ini menghidangkan makanan halal dan bebas daripada minuman keras. Jadi ia merupakan restoran pertama di Malaysia dengan konsep bar mesra Muslim. Mereka juga terkenal dengan 'butter based foods' dan juga unique mocktails. 

Restoran ini sudah mendapat halal dari JAKIM ya dan pemiliknya adalah Melayu Islam. Tak percaya? Boleh check di website mereka. Waktu ni lah kena support orang kita betul tak? 

Aku suka dengan konsep restoran ni, cukup mewah dan eksklusif. Apa kata korang cuba pula? Oh ya, jomlah kita tengok menu yang aku cuba hari tu. Mana tahu memikat hati korang untuk mencubanya.

Jibril


JIBRIL Restaurant Group ini terletak berhadapan dengan Terminal Bus Larkin, di deretan kedai berhadapan dengan jalan besar. Ketika aku datang, sudah ramai pelanggan kerana waktu itu sudah petang dan aku rasa di waktu malam mesti lebih ramai orang. 

JIBRIL JB ini adalah cawangan keempat mereka di seluruh Malaysia dan ini merupakan cawangan di luar Klang Valley. Antara cawangan mereka ialah di Publika, Bangi dan SS15. Buat korang yang berada di Klang Valley, boleh singgah di 3 cawangan tersebut.

Jibril


Untuk tempat makannya ada dua tempat yang anda boleh pilih sama ada untuk duduk di bahagian bawah, dan juga duduk di bahagian atas restoran yang lengkap dengan pendingin hawa. Aku sudah semestinya memilih untuk duduk di bahagian atas, lebih senyap dan tenang. Mungkin masa aku hadir, ramai pelanggan yang memilih untuk duduk di bahagian bawah. 

Menu Yang Di Cuba

Jibril

$ads={2}
Asam Thai Butter Clams & Mantou - RM29.90

Untuk menu ni ada dua saiz dengan harga yang berbeza, aku makan saiz kecik dan untuk saiz besar harganya RM59.90. Mantou ban ni tak include dalam menu ni ya, untuk Mantou 6 pcs RM6.90. Ikut selera koranglah sama ada nak makan dengan nasi putih atau mantou ban.

Untuk menu ni, bagi aku yang paling penting adalah kuahnya. Kuah bagi Asam Thai Butter ini memang sedap, penuh dengan perisa dan tidak cair. Boleh dikatakan sesedap rasa.

Aku makan dengan Mantou, selera betul makan masa tu. Tak expect pun rasanya sedap sebab aku bukanlah peminat clams. Sekali makan, tak berhenti-henti tau. Ni bukan puji melangit eah! Memang sedap dan kena dengan citarasa aku. 

Clamsnya pula penuh dengan rasa Asam Thai Butter, lagi sedap makan dengan nasi. Saiz clams pun besar-besar dan banyak, kenalah dengan harga. Menyesal eak tak order nasi masa tu.

Jibril

Salted Egg Croissant - RM9.90

Croissant ni makan time panas-panas memang sedap. Bila menu ni sampai, terus aku ngap dulu! Risau juga kelembutan croissant tu menghilang. Rasa salted egg tak kuat sangat, rasa lebih mcm buttermilk, tak cepat muak jugak. Saiz menu ni pun not bad juga. Pekena dengan ice lemon tea pun dah sedap. Next time, memang nak order lagi menu ni.

Jibril Menu

Pisang Goreng XL - RM13.90

Bila menu ni sampai di atas meja, terkejut gila dengan saiznya patutlah nama menu ni pisang goreng XL. Besar rupanya. Anak aku suka betul makan pisang ni, bukan sebab ada ice cream tu, tapi pisang ni rangup dan rasa gula melaka yang umpphh kan lagi menu ni. 

Memang lain daripada yang lainlah, kat JIBRIL je ada pisang goreng bersaiz XL. Kalau nak datang lepak petang, makan aje menu ni. Confirm kenyang.

Jibril



Nasi Lemak Butter Combo - RM29.90

Dah sampai JIBRIL takkan tak order main course? Aku order Nasi Lemak Butter Combo, big portion tau! Menu ni korang akan dapat ayam, udang dan sotong yang dimasak bersama dengan sambal tumis. 

Nasinya penuh dengan rasa santan, berlemak! Nasi lemak kalau kurang rasa santan, memang bukan nasi lemak. Jujur cakap! Harga dan juga portion memang berbaloi untuk korang cuba. Saiznya memang besar dan jika aku pesan untuk diri sendiri sahaja memang tidak akan habis. Aku perhatikan, hampir setiap meja mesti akan cuba Nasi Lemak Butter Combo ni. 

Jibril

$ads={2}

Untuk minuman pula, aku mencuba 4 jenis minuman. Dari kiri, Mango Cheesecake Mocktail, Lychee Pink Lemonade, Onde-Onde Mocktail & Potter 2.0. Tamak betul sampai order 4 minuman. Disebabkan restoran ni terkenal dengan keunikan mocktail, itu yang aku nak cuba.

Mango Cheesecake Mocktail - RM11.90 
Lychee Pink Lemonade - RM15.90 
Onde-Onde Mocktail - RM11.90 
Potter 2.0 - RM9.90

Aku paling suka dengan Onde-Onde Mocktail, rasa macam onde-onde melaka tu ha. Sedap juga bila dijadikan minuman. Korang kena cuba tau. Potter 2.0 pula, sekali minum rasa manis tapi hujung hujung sedikit pahit dan rasa kayu manis. Sedap!

Mango Cheesecake Mocktail ni, mati-mati aku ingatkan cheesecake mango hahahahha. Padahal air tau, silap silap. Rasa manis dari Mango memang blendlah, sedap dan tak rasa melekat di tekak. Lychee Pink Lemonade ni sesuai untuk korang yang tak suka air yang bersusu. 

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, untuk sebuah restoran di kawasan bandar yang mempunyai menu sebegini pastinya menjadi tarikan bagi mereka yang mencari lokasi tempat makan menarik. Dengan saiz yang besar, memang aku berpuas hati dengan makanannya. Kenyang itu sudah semestinya. Selain itu dengan suasana restoran yang tenang, memang selesa makan di sini.

Jibril

Melihat kepada harganya bagi aku sangat berpatutan untuk saiz hidangannya. Memang besar dan aku sangat berpuas hati. Mungkin selepas ini aku akan datang dengan keluarga aku dan menikmati menu-menu lainnya pula.

Oh ya, kepada korang yang mungkin teringin atau tiba-tiba berada di kawasan sekitar Larkin dan sebagainya, bolehlah singgah terlebih dahulu ke JIBRIL JB. 

JIBRIL Johor Bahru (@jibriljohor)


Status: Halal certified by JAKIM & 100% Muslim-owned

Phone no: +6012-743 0350

Address: No. 51, 51-01 & 51-02, Jalan Garuda 2/1, Pusat Perdagangan Larkin, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor.

Operating Hours: 12pm - 12am (Daily), last order at 11.30pm.

Link: Tiktok (@Jibrilss15) | Facebook (@Jibriljohor) | Instagram (@Jibriljohor) | 
Twitter (@Jibrilss15)

Official Website: www.jibrilss15.com


2 Mei 2024

5 Restoran Nasi Arab Terbaik di Johor Bahru

5 Restoran Nasi Arab Terbaik di Johor Bahru

Sebut sahaja Nasi Arab mesti terbayangkan nasinya yang panjang dan mengurai. Sekali makan pastinya nak berkali-kali dan tak pernah rasa bosan ketika memakannya. 

Nasi Arab merupakan hidangan paling popular yang berasal dari negara Timur Tengah. Nasi Arab juga dikenali sebagai Nasi Mandy yang dimasak dengan pelbagai rempah ratus. Hidangan ini juga terkenal kerana digandingkan dengan lauk sama ada kambing atau ayam panggang.

Menu ini berkonsepkan makan dalam dulang dan makan secara beramai-ramai bersama orang yang tersayang. Bolehlah, korang nikmati dengan kawan-kawan dan sesuai untuk berkongsi cerita setelah penat bekerja.

5 Kedai Nasi Arab Di Johor Bahru 

Di bandar Johor Bahru ini, terdapat banyak restoran nasi Arab yang boleh korang kunjungi. Kebanyakan kedai Arabic restaurant ini mempunyai sijil halal dan chefnya juga biasanya terdiri daripada orang Muslim yang datang dari Timur Tengah.

Ada juga yang menggemari roti Arab yang dimakan dengan mencicah daging cincang ataupun kari. Selain itu, Shawarma atau Kebab Arabic juga menjadi salah satu makanan pilihan ketika mengunjungi restoran Timur Tengah ini.

Baca sini: Zoo Negara

Kali ini, aku kongsikan beberapa kedai Nasi Arab Johor Bahru yang paling popular dan mendapat rating yang tinggi. Jom semak!

Nasi Arab
Zaituna Restaurant Nasi Arab

$ads={1}

#1 Zaituna Restaurant مطعم زيتونة


Restoran Zaituna ini sangat terkenal di kalangan peminat makanan Timur Tengah bukan sahaja di sekitar kawasan tersebut bahkan dari Singapura juga meminati makanan ini.

Mereka juga menjadikan suasana kedai makan ini kelihatan seperti restoran hotel yang bertaraf lima bintang. Jadi, sudah tiba masanya untuk korang mendapat pengalaman makan di tempat ini. 

Jangan lupa untuk nikmati hidangan Nasi Mandy Kambing yang sangat memuaskan di sini.

Waktu Operasi: Sunday - Thursday (11.30 pagi - 11.00 malam) Friday (2 petang - 11.00 malam)

Alamat: 27, Jalan Glasiar, Taman Tasek 80200 Johor Bahru

No telefon: 013-7356645

Nasi arab
Kredit : Trip Advisor


#2 Restoran Wadi Hana Elarabi

Restoran Wadi Hana Elarabi hidangan Arab sememangnya dapat menarik minat para pelanggan yang tidak suka akan masakan Timur Tengah untuk mencubanya. Korang akan terkejut dengan konsep restoran makan Mesir mereka. 

Nasi Maklobah dan Nasi Mandy bersama daging lembu atau ayam menjadikan satu padan yang sempurna dengan Kambing Panggang, Pizza Daging Lembu dan Gril Makanan Laut. 

Kemudahan surau dan WiFi percuma serta ruang makan warna-warni dapat menarik pelanggan dan pastinya mereka akan menikmati makanan mereka dengan suasana yang selesa.

Waktu Operasi: Rabu - Isnin (11 pagi - 9.30 malam) Selasa (Cuti)

Alamat: No 1 & 1A, Jalan Pembangunan, Taman Desa Rahmat 81200 Johor Bahru

No telefon: 017-7377352

nasi arab
Nasi Arab Star Hadramout


#3 Restoran Star Hadramout

Apa yang menariknya ketika hadir ke restoran ini ialah hiasan luaran kedai ini yang cukup meriah, sebenarnya memukau mata sesiapa sahaja yang lalu di hadapan kedai ini terutama pada waktu malam.

Hidangan disini semuanya dari negara Yaman dan aku cadangkan untuk korang semuan mencuba Mandi Chicken, Maqlubah Lamb, Muluwah Bread dan Maqlubal Special. Jangan lupa juga untuk mencuba Adani Tea Pot yang cukup melegakan tekak korang yang tengah kehausan tu.

Oh ya, di sini juga menyediakan pelbagai jenis manisan seperti Kunafa dan Baklava yang boleh korang bungkus dan bawa balik ke rumah.

Waktu Operasi: Setiap hari (11 pagi - 2 pagi)

Alamat: No 3a, Tebrau Highway, Wadi Hana, 80300 Johor Bahru Johor



Nasi Arab
Kredit: Trip Advisor

$ads={2}

#4 Dallah Restoran

Jika korang teringin nak makan tengahari bersama rakan kerja, boleh singgah di Restoran Dallah. Restoran ini menggunakan resepi dari negara asal mereka iaitu Yaman.

Tidak lengkap jika hadir ke sini tanpa mencuba Kabsah Kambing, Kabsah Daging Lembu atau Ayam, dan Nasi Mandy Kambing. Selain itu, korang boleh juga mencuba Appetizer Hummus, Kebab, Shawarma dan banyak lagi hidangan Timur Tengah yang menarik yang ada disini. 

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 11:00 malam (Isnin – Khamis, Sabtu – Ahad) 2:00 petang – 10:00 malam (Jumaat)

Alamat: No 25,25 A &25 B, Jalan Kolam Air 1, Kampung Nong Chik, 80100 Johor Bahru, Johor


Nasi Arab
Kredit: Trip Advisor

#5 Arabian Nights

Di sini merupakan pilihan tepat untuk korang yang tengah bajet tapi rasa nak makan nasi Arab. jangan lupa untuk datang dan nikmati makanan arab di Restoran Arabian Nights. 

Selain itu, restoran ini menyediakan makanan dengan harga yang berpatutan dan sangat memuaskan seperti Grilled Chicken Biryani, Lamb Kebab, Lamb Handi, Samosa Pakistan, dan Cheesy Meatballs. 

Arabian Nights mempunyai kemudahan yang sangat meriah dan juga suasana yang selesa untuk menjadikan restoran ini sentiasa dalam ingatan pelanggan untuk datang lagi menjamu selera. 

Waktu Operasi: 10:30 pagi – 9:00 malam (Setiap hari) 

Alamat: 2, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

Akhir Kata

Diharap perkongsian senarai restoran Nasi Arab yang terdapat di negeri Johor Bahru ini sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk berkunjung ke sana serta turut memudahkan semua urusan korang. Semoga bermanfaat dan selamat menjamu selera bersama orang tersayang, keluarga tercinta atau sahabat handai.



16 Mac 2024

Makan di Lima Grill Cafe, Kamunting Taiping

Makan di Lima Grill Cafe, Kamunting Taiping

Kali ni, nak bawak korang semua makan di Lima Grill Cafe di Kamunting Taiping. Aku pergi kedai makan ni pun sebab suami yang ajak. Dia ternampak review kat tiktok, katanya kedai makan ni sedap.



Masa tu, baru je habis review di Lotuss Taiping, teruslah kami singgah ke Lima Grill cafe ni. Selama ni asyik review kawasan Johor kan, ni dah balik kampung kita tulis pulak artikel makan di kawasan kampung suami.


Baca ini: Genyit Taman Anggerik


Artikel ni bukan paid review ya. Kebetulan, masa tu dah tak tahu nak pegi mana dan kami terus je pegi makan kat kedai ni. 


Lima Grill Cafe


Port Western Best di Kamunting

Untuk kali ini, aku nak kongsikan pengalaman aku makan di sebuah restoran yang terletak dibawah Cikgu Fuad Catering & Service di Kamunting Perak.


Lima Grill Cafe ni port makan western yang paling best dan juga sedap. Beroperasi dari jam 11 pagi - 11 malam dan tutup pada hari isnin. Waktu kami datang, memang ada 1-2 pelanggan sahaja, mungkin belum peak hours masa tu.


Restoran ni mendapat 4.8 points di Google review, tak percaya? Pergi tengok sendiri.


Baca ini juga: Desa Permata Ikan Bakar Langkawi


Menu Yang Dicuba

Walaupun kedai ni western, waktu kami datang kami tak cuba langsung menu western sebabnya tertarik dengan menu Ayam Gepuk Berasap (RM13.90). Kami berdua ni pantang tengok menu pedas, lagi-lagi berkaitan dengan makanan indonesia style.


Lima Grill Cafe


Ayam Gepuk Berasap kat sini, unik sikit sebab dihidangkan dengan kuah kacang. Macam pelikkan? Aku memang tak sentuh langsung kuah kacang tu, dia jadi macam tak kena bila cicah dengan ayam goreng. Tetapi, ayamnya memang sedap, rangup dan terlerai terus dari tulang.


Menu ni boleh lah kalau nak layan makan, bagi kami biasa aje menunya. Lagi sedap menu di Genyit. Sambal ayam gepuk pedas tapi rasa kosong. Macam tercari-cari sesuatu yang missing. Bila sambal tak sedap, auto ayam gepuk ni jadi tak sedap. Ha gitu! So far, okay je kalau nak makan cuma tak kena dengan selera kami.


Untuk Luth, kami ambil menu kanak-kanak iaitu Mac & Cheese (RM7.90). Pastanya sedap dan kena dengan tekak Luth. Kemain dia kata, "Sedap Ibu". Bagus juga Lima Grill Cafe ni sediakan menu untuk kanak-kanak, walaupun tak banyak tapi memudahkan kami yang ada anak kecil ni. 


lima grill cafe


Mungkin sebab kami dah jumpa yang paling sedap agaknya. Walaupun kedai ni western, kami memang tak rasa langsung menu yang berkaitan dengan western. Korang boleh je cuba menu western disini. Buka setakat western je tau, menu goreng-goreng pun ada.


Bagi kami, harga makanan okay sahaja. Nak kata mahal, tak sangat. Minuman kami amik Teh O Ais (RM2.50). Di sini juga ada menyediakan Combo Lunch dari jam 11 pagi - 4 petang dan combonya lumayan berpatutan harganya.


Lima Grill Cafe














Akhir Kata


Secara keseluruhan, kami rasa biasa-biasa sahaja makanannya. Mungkin kena perbaiki lagi kesedapan sesuatu menu. Alhamdullilah, servis memang laju, duduk tak lama mana, makanan dah sampai dah. 


Mungkin next time kami datang, kami nak cuba pula menu western. So review ni berdasarkan selera kami, mungkin ada yang pernah datang dan berkata sedap. Itu pilihan dan selera masing-masing. Apa-apa pun kami nak datang lagi, nak pekena Lamb Chop pula.


Lima Grill Cafe, Kamunting Taiping


   Alamat: 13, Lorong Kenanga, Kampung Jana Sambungan, 34600 Kamunting, Perak
No telefon: 01126519279



5 Mac 2024

Makan Tengahari di Restoran Genyit Taman Anggerik Johor

Makan Tengahari di Restoran Genyit Taman Anggerik Johor

Rasanya dah tiga kali repeat makan di restoran Genyit. Bila datang je Kempas mesti teringat makanan kat restoran Genyit. 



Bila tekak kena dengan makanan mereka, terus datang tanpa fikir dua kali. Rupanya, Genyit ni area tempat kerja lama aku. Cuma tak perasan je, aku tahu pun setelah 2 tahun berhenti kerja.


Baca ini: Desa Permata Ikan Bakar Langkawi


Rugi eak tahu lambat. Kalau tahu awal, tiap minggu boleh datang. Sekarang ni nak datang pun dah jauh dah. Bila betul-betul ada keperluan kat bandar JB, barulah boleh datang ke Genyit.

Inilah port makan best dengan famil. Lepas makan confirm tersandar senak perut. Sekali makan 4 hingga 5 orang dalam satu dulang dengan harga yang cukup lumayan murah.

genyit


Buat korang yang tak tahu, Genyit ni kedai makan yang makanannya asli dari Surabaya. Aku sendiri memang tak pernah sampai lagi ke Surabaya dan tak tahu rasa makanan kat sana macam mana. Tapi mostly makanan Indonesia tak pernah tak sedap, lagi-lagi Nasi Padang.

Waktu Operasi

Genyit ni beroperasi dari jam 12 tengahari hingga 9.30 malam dan hari selasa cuti ya! Aku pergi masa tu jam 1 petang, memang ramai sungguh pelanggan walaupun kami datang pada waktu bekerja.


Bila dah ramai pelanggan macam ni, tempat duduk pun agak terhad dan alhamdullilah, kami dapat juga tempat duduk yang muat untuk 3 orang di bahagian dalam. Mereka ni juga ada sediakan meja di bahagian luar tapi pada belah petang. Kang letak meja tengahari buta, panas pulak kan.


Menu di Restoran Genyit

Tanpa melengahkan masa, jom aku kongsikan menu yang ada di sini dan menu yang kami makan.


genyit

Menu yang aku makan tiap kali datang sini dah semestinya, "Ayam Siram Cabe Burung". Gambar di sebelah kiri di atas tu ye. Harganya RM14.90. Tengok gambar je dah terliur dengan kesedapan menu ni. 


Terliurrrrrrrrr!


Menu ni aku suka sebabnya ayamnya yang lembut dan kuah tu kaw-kaw pedas. Confirm jari korang panas bila lepas makan. Dalam pedas tu, berkali kali masuk dalam mulut dan teringat-ingat bila dah habis makan.


Memang sedap! Buat korang yang bukan kaki pedas, jangan makan. Confirm air segelen takkan cukup. Korang kena rasa dulu baru tahu sedapnya level mana. Ini bukan food review tau, ni memang aku datang makan kt sini. 


Kalau tak sedap, aku takkan datang kali ketiga. Dan mungkin bulan puasa ni pun nak repeat lagi makan kt sini.


genyit
















Suami dan anakku, Luth, mereka makan "Bawal Genyit" dengan harga RM17.90. Tiada dalam gambar ye menu yang suami makan. Di atas tu, menu makanan set dulang untuk makan 4-5 orang. 


Korang boleh pilih sama ada nak makan, SOLO Genyit, Couple Genyit atau Family Genyit. Harga berbeza-beza mengikut saiz makanan ye. Kami tak makan pun set Family Genyit disebabkan aku repat makan ayam siram cabe burung.


Honestly, suami yang tak pernah pernah suka menu macam ni boleh ajak aku "Bila eak repeat Genyit?" So bermakna memang sedap dan kenalah dengan tekak dia. 


Genyit

Akhir Kata

Secara keseluruhannya, memang kami puas hati makan. Kalau tidak, takkan repeat sampai 3 kali. Insha Allah, jika ada  masa ke Johor memang kami nak makan lagi di sini. Walaupun ramai pelanggan, masa yang diambil untuk makanan dan minuman tu sampai, agak cepat dan memuaskan. 

genyit

Tetapi kalau lambat pun, kami faham aje permasalahan tu. 3 kali kami datang, memang servisnya laju. Puas hati sungguh. Untuk harga pula, berbaloi juga dengan makanan yang kami makan, sedap dan harga bersesuaian dengan makanan tersebut.

Nak kata murah, tak ada lah murah sangat. Sedang-sedang harganya dan tidak keterlaluan mahal. Korang boleh tengok harga makan mereka di atas ni, aku dah siap sedia untuk korang dah. Mana tahu nak datang makan.

Restoran Genyit Taman Anggerik Johor


Alamat: 11g, Jln Anggerik Emas 1, Taman Anggerik Emas, 81200 johor, Johor

No hp: 016-371 8186 (Pn Rita) & 016-761 6127 (En Aqim)

Waktu Operasi: Rabu - Isnin (12pm - 9.30pm) Selasa CUTI