11 Julai 2024

Kampung Carabao Puteri Harbour Destinasi Makanan Thai Autentik

Sebut sahaja makanan Thailand mesti kita terbayangkan Tom Yam yang menyengat dan Som Tam yang lazat. Tapi, korang tahu tak ada 1 restoran Thai yang best di Johor iaitu Kampung Carabao Puteri Harbour. Syu sendiri pun baru tahu mereka dah buka 1 lagi cawangan di Puteri Harbour.

Rupanya cawangan kedua ni sudah beroperasi selama 7 bulan. Lokasinya yang sangat strategik memang mampu menarik ramai pelanggan yang akan hadir. Tempat ni dah lah famous dengan marina yang indah dan menawarkan pemandangan yang memukau. Sambil makan tu, bolehlah layan sunset. Best kan?

Kampung Carabao Puteri Harbour

Kampung Carabao Puteri Harbour 

Dari luar pun dah nampak logo besar Kampung Carabao, Syu pun sempatlah bergambar di monumen restoran ni. Cantik kan? Rupanya, mereka dah tukar sedikit dekorasi kedai ni, Syu nampak kedai ni lebih kemas, selesa dan yang pastinya sedap untuk mata memandang. 

Syu duduk di bahagian luar sebabnya nak layan sunset, kalau duduk di bahagian dalam memang tak nampaklah. Masa kami sampai tu, pelanggan tidak ramai lagi tapi menjelang maghrib, baru Syu perasan meja hampir penuh ya. Terkejut juga. Bermakna, memang ramai yang suka makan sambil layan sunset. Hehehehe.

Kampung Carabao Puteri Harbour

Kampung Carabao Puteri Harbour Menu

Bercerita tentang makanan pula, kami memilih makanan yang direcommend oleh manager Kampung Carabao Puteri Harbour. Tak sampai 15 minit, makanan mula dihidang. Laju juga servis mereka atau mungkin masa kami hadir tak ramai pelanggan. 

Kami memilih beberapa menu yang menarik. Kami memilih untuk mencuba 3 ikan siakap yang dimasak dengan masakan yang berbeza. Ikan siakap ni bergantung pada berat ye, bukan pada kuantiti ikan. 

Dari kiri atas, Ikan Siakap Crispy Salad Fish Thai Style (RM59.00), di bawah pula, Fried Fish Soya Sauce dan di kanan, Ikan Siakap Fried Fish Mango. 

Kampung Carabao Puteri Harbour

Syu paling suka dengan Fried Fish Mango (RM59.00). Ikannya di goreng dengan crispy. Dibawahnya diletakkan sos yang masam manis dan di atasnya ada Kerabu Mangga yang sangat sedap untuk diratah. Syu paling recommend untuk mencuba menu ni.

Mungkin kalau ada yang membawa anak kecil, boleh cuba Ikan Siakap Fried Fish Soya Sauce (RM59.00). Menu ni tidak pedas dan sangat sesuai untuk anak kecil.Memang sedap kalau nak ratah dan sambil hirup kuah.

Selain ikan siakap, kami juga mencuba menu Japan Tokushima Fresh Osyter 2XL (RM88.00) sebesar tu. Syu tak makan, husband yang tolong makankan sebab Syu ngeri makan yang sebesar tapak tangan. Nak makan Osyter ni jangan makan gitu je, ko letaklah accessories yang mereka sediakan. Barulah sedap.

Kampung Carabao Puteri Harbour

Kalau korang nak jimat, Syu rekemen untuk korang cuba Carabao Seafood Mix Platter (RM98.00). Dalam 1box besar ni, korang akan dapat udang, ketam, lala dan jagung. May be next time, kalau Syu datang, syu nak cuba yang ni pula. Makin bertiga ni, confirm boleh habis tau. 

Sambil tu, korang boleh cuba Thai Prawn Cake (RM26.90) dan Coconut Seafood Otak-Otak (RM28.90). Dua ni yang paling Syu suka ialah Otak-Otak tu. Korang boleh makan dengan nasi atau nak ratah macam tu pun sedap. Dalam tu penuh dengan rasa yang mewah. Cubalah try sekali.

Dah nama pergi kedai Thai, macam tak logik kalau tak cuba Tonyam kan? Menu ni paling wajib korang kena cuba bila datang Kampung Carabao Puteri Harbour. Sedap kalau nak ratah sambil hirup kuah tomyam ni, tapi Syu lebih prefer untuk korang cuba menu lain. Sebabnya kalau Tomyam, kita dah selalu sangat makan kan.

Kampung Carabao Puteri Harbour

Selain menu-menu di atas, korang juga boleh cuba Curry Leaf Prawn (RM27.90) dan Butter Prawn (RM27.90). Kalau Syu, lebih suka Butter Prawn sebabnya rasa menu dia lemak-lemak berkrim gitu. Pulak tu udang tengah fresh lagilah sedap nak makan. 

Macam Som Tam (RM21.90) dan Thai Mango Salad(RM19.80) tu korang boleh makan dengan nasi atau nak buat ratah pun sedap. Syu lebih prefer makan Kerabu Mangga tu, sedap dan rasa crunchy! Then, jangan lupa juga untuk mencuba Fried Omellete Thai Style (RM15.90). Awalnya, macam cendawan tapi telur rupanya.
Kampung Carabao Puteri Harbour

Last but not least, korang boleh cuba Lala Carabao Style (RM25.80). Menu ni sedap dan kena dengan tekak Syu. Syu lagi suka ratah gitu je dari makan dengan nasi. May be kalau datang lagi, Syu nak makan lagi lala ni.

Untuk Fried Sotong (RM21.50) dan Thai Style Crispy Kangkong (RM19.90) ni rasanya biasa sahaja. Nothing special but if you wanna try, yes you can try it!

Harga Menu di Restoran Ini

Syu pasti akan ada yang tertanya-tanya tentang harga di Kampung Carabao Puteri Harbour. Adakah harganya mahal? Anda boleh lihat sendiri harga-harga bagi setiap makanan yang disediakan di Kampung Carabao Puteri Harbour. Bagi Syu harganya agak lumayan ehem ehem, tapi sesekali nak makan boleh lah datang ke sini. 

Kalau tiap minggu, botaklah kepala. Lagi pun, yang dah familiar dengan Puteri Harbour ni, mesti korang tahulah harga restoran belah sana. Kita sendiri pun tak boleh nak assume semua murah may be bahan mentah yang digunakan mahal, ataupun sewa disana harganya not bad.

Yang boleh Syu katakan, if sesekali nak makan sini boleh datang. Tapi If you have you're own budget, you can ask them or manager mereka. Don't be shy k!

Kesimpulan

Untuk itu, Syu sememangnya sangat berpuas hati bilamana dapat makan di Kampung Carabao Puteri Harbour, sebuah restoran yang cantik dan unik yang dikelilingi dengan pemandangan marina yang cantik. Suasana makan pula yang tenang ditambah lagi dengan makanan itu sendiri yang cukup sedap dan sempurna. 

Mungkin, Syu akan kembali semula nak mencuba menu yang Syu suka. Hehehehe. Sekiranya korang ke Puteri harbour, jangan lupa singgah dan cuba makanan Thailand Autentik di Kampung Carabao. 

KAMPUNG CARABAO PUTERI HARBOUR



Alamat: LG09, Lower Ground Floor, Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Iskandar Puteri, Johor

Waktu Operasi; Setiap hari 12pm - 11pm

Boleh layari laman web mereka:

2 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!