25 Jun 2026

Pengalaman Umrah Kali Pertama Bersama Andalusia

Syukur Alhamdullilah, dah 2 minggu kembali dari bermusafir di Tanah Haram. Syukur yang tidak terhingga, Allah jemput Syu datang ke rumahnya tepat pada malam hari lahir. Segala urusan sebelum, semasa dan selepas balik Umrah Allah permudahkan segalanya.

Umrah di usia 31 tahun dan semuanya hasil dari affiliate Tiktok. Sebenarnya, Syu sendiri pun tak percaya, Allah mudahkan segalanya. Umrah ni disebabkan Syu tengok episod Sirah Untuk Pemula dari Podcast Tarbiah Sentap. 

Syu tengok podcast ni dari bulan puasa dan memang tidak terdetik pun nak pergi Umrah. Podcast ni panjang cuma Syu tak sempat habiskan dalam bulan puasa. Nak dijadikan cerita, hujung bulan 4 tu Syu berjaya juga habiskan podcast tersebut.

Umrah Andalusia


Cuma part last sekali, sewaktu Nabi Muhammad wafat, terdetik di hati, kalaulah aku boleh melawat makam Nabi kan best? Mesti lagi seronok dapat pergi Dan tengok tempat paling bersejarah dekat Dunia.

Jadi, 31 April gitu start deposit 3K terus pada Andalusia. Ikutkan nak pergi 30/8, so sempatlah cari duit tu. Masa tu juga nak plan pergi dengan suami, tapi Allah ni sebaik perancang, Dan Syu pun settle payment 3K lagi pada hari esoknya. 

Pihak Andalusia kata kalau pakej yang Syu amik ni, risau tak full sebabnya baru first time mereka buka trip umrah direct senai to Jeddah. Mereka suggest untukpergi awal Dan naik dari KLIA.

Syu okay je naik dekat mana-mana, payment tu dah 6K. Sikit lagi untuk complete semua. Duit ni semua Syu kumpul dalam akaun Tiktok, memang tak nak keluar banyak-banyak Dan sebenarnya memang tak elok simpan terlalu lama dalam akaun.

Umrah Andalusia

Risau akaun kena banned Dan duit pun hangusnya macam tu. Syu rasa Syu payment Umrah ni tak sampai seminggu pun bayar deposit tu, Allahamdullilah settle semua then pihak Andalusia bagi tarikh 30.6 untuk berangkat kesana.

Gila tak seronok, last than 45 days nak gerak dah. Lagi seronok, bila pihak Andalusia inform sekali lagi yang Syu akan berangkat awal pada 3.6.2026. Masa tu, punya seronok menangis Dan happy ye dapat pergi pada tarikh lahir.

Umrah Andalusia

Nikmat apa yang nak kau dustakan, walaupun pergi seorang diri tapi Allah bagi lagi nikmat yang lain. Sampai sekarang, macam tak percaya! Daftar tak sampai sebulan, dah terus fly ke sana.

Lagi seronok, dapat pergi waktu musim jemaah Haji masih lagi disana. Ibarat kita ni pergi Haji tau, punyalah Allah nak bagi rasa nikmat tu.

Masa dekat KLIA, lagi terperanjat bila Andalusia inform yang kami 2 bus ni jemaah pertama berangkat semasa musim Haji dan siap masuk berita dan surat khabar. Memang terkejut sangat masa tu!

 Umrah Andalusia

Kalau ikutkan pakej yang Syu amik ni Fullboard RM7490 pakej sederhana 12 hari 10 malam, tapi Alhamdullilah sekali lagi Allah rezekikan 1 malam extra dan dapat transit flight terus Medinah to Jeddah. Kalau ikutkan kan, bas pertama tu balik awal dan naik bus pergi ke Jeddah dari Madinah.

Rezeki Allah nak bagi tiada siapa yang boleh halang. Boleh dikatakan, Syu orang yang bertuah dapat pergi Umrah dan Allah takdirkan macam-macam rezeki masa tu.

Nak menulis lagi tapi panjang dah ni, kita sambung next part pula ya.

Sila tinggalkan comment korang disini!