Makan Malam di Desa Permata Ikan Bakar Langkawi

Bulan lepas, sempatlah bercuti di Langkawi dan baru hari ni nak tulis entri. Kami masa tu dah buntu dan tak tahu nak makan malam kat mana. Cari kat Tiktok, rupanya ada ikan bakar. Tak lengah dari Cenang terus melaju ke pekan Kuah.


Jauh jugalah kalau naik moto, dalam 25 minit macam tu. Tapi kami okay je, dah nama bercuti jangan rasa penat pulak. Nanti rugilah bercuti, masa bercuti nilah kena betul-betul enjoy.


desa permata ikan bakar langkawi 

Kami makan malam di Desa Permata Ikan Bakar Langkawi, gerai no 5&6. Sebelah kedai ni pun kedai ikan bakar juga, cuma kami tak sempat nak mencuba kedai sebelahnya. Kami hanya mencuba kedai Desa Permata.


Masa kami masuk kedai, mata dah melilau ke arah susunan ikan yang dah siap dengan harga. Harga ikan ni dah termasuk dengan masak tau. Jadi lumayan murahlah juga. Ke aku ni jenis bantai je harga murah mahal?


desa permata ikan bakar langkawi


Pelbagai jenis ikan ada seperti Ikan Siakap, Kerapu, Lolong, Talapia, Pari dan sebagainya. Selain itu, ada juga sotong, udang, ketam, kerang, lala dan lain-lain. Macam macam jenis haiwan laut ada. 


Ulam-ulaman juga turut tersedia dengan mengikut harga yang ditetapkan. Petai 1 papan RM2, bendi 3 biji RM1 dan macam-macam lagi. Sedap juga pekena ulam-ulaman dengan ikan bakar.


desa permata ikan bakar langkawi


Tetapi, jika korang nak makan makanan panas pun ada disediakan. Dah nama kedai Ikan Bakar, jadi menu ikan bakar lah kami cuba. Katanya sedap dan murah. Harga dah murah jadi mehlah kita order pulak.


Kami order makan untuk 3 orang, Luth ni kadang kami pesan lebih nasi. Luth suka makan nasi kosong, kadang ikut mood dia juga bila makan. So kami order:

  • 3 nasi putih - RM6
  • Kangkung masak belacan - RM5
  • Ikan Siakap Bakar - RM35
  • Petai Bakar - RM2
  • 3 ekor Temenung goreng - RM9
  • 1 Teh o Ais Limau - RM3
  • 2 Teh o Ais - RM4

Desa Permata Ikan Bakar Langkawi

Total kami makan untuk menu kat atas adalah RM64. So far makanan memang sedap dan kami menyesal betul tak datang dari hari pertama kami di Langkawi. Esoknya nak balik JB barulah pergi kedai ikan bakar ni. Menyesal tak sudah.

Menu Ikan Siakap Bakar Petai ni memang sedap dan rugi betul letak 1 papan, lain kali nak bantai 3 papan terus. Baru padu! So far kedai ikan bakar nilah my favourite sekali, confirm balik JB teringat-ingat.

Bagi aku, best makan kat sini sebab suasananya tu. Ramai dan meriah. Kawasan makan pun luas dan meja makan pun banyak. Kawasan parkir pun luas juga, senanglah nak park motor atau kereta. 

desa permata ikan bakar langkawi


Cuma kedai ni tersorok sikit ke dalam kawasan perumahan. Jadi lagi baik, kalau korang waze je terus. Insha-Allah akan jumpa kedai makan ni. So far, tempat makan di Langkawi ni aku suggest untuk korang datang.


Desa Permata Ikan Bakar Langkawi

Alamat: No 5-6 Gerai Taman Desa Permata, Langkawi, 07000 Kuah, Kedah
Waktu operasi: Selasa Tutup, Rabu-Ahad (3pm-12am)
No phone: 0195678369



2 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama