Jom Lunch Dengan Rencentric Set Daily Lunch Renaissance Hotel JB

Jom Lunch Dengan Rencentric Set Daily Lunch Renaissance Hotel JB | Rabu lepas sempat lah aku dengan JDT blogger lunch di Renaissance Hotel JB. Sempatlah juga nak membawang dan belek-belek gelang kristal kak sunah sakura.

Rambang mata nak pilih gelang kristal tu. Semua cantik-cantik belaka dan harga sangat berpatutan untuk dimiliki. Aku dah beli dah gelang kristal warna biru, nak tambah tapi itulah poket ada cukup-cukup je duit. Hahahahah.

Renaissance Hotel JB


Aku rasa dah kali ketiga pergi makan di Wan Li Restaurant ni, masa tu pergi makan Pesta Mooncake Festival. Tak dinafikan masakan di sini semuanya sedap-sedap belaka. Siap dah boleh hafal menu dessert famous kat situ.

Kali ini, aku datang untuk cuba pula menu Set Daily Lunch. Sebab petang tu nak makan di Muara Steamboat & Grill pula. Aku tak suka nak datang 2-3 kali ke Johor. Dah kalau boleh sekali arung, aku tapau je pergi semua dalam satu hari.

Aku ni pula dah lah duduk dekat-dekat dengan Pantai Manis Tanjung Sedili. Nak ke Johor tu almost 1 jam 30 minit nak sampai ke sana. Kadang tu bila dah lewat malam, aku tak baliklah rumah mak. Sebab jauh kan, itu yang tidur dekat rumah suami di Senai.

Untuk Rencentric Set Daily Lunch, ko boleh pilih dua premium dim sum, satu main course dan satu dessert. Untuk air pula, mereka bagi complimentary chinese tea. Tetapi, nak request air lain tu ko kena keluarkan modal sedikitlah sebabnya ia tak termasuk dalam set daily lunch tu ye.

Jadi, aku pilih Steamed Prawn & Scallop Dumplings dan Pan-Fried "Shanghai" Dumplings untuk premium dim sum. Manakala untuk main course, aku pilih Crispy Fish Fillet with Sweet & Sour Sauce. Main course ni dia dah siap dengan 1 mangkuk nasi putih.

Renaissance Hotel JB

Lepas tu, untuk dessert aku pilih Chilled Lemongrass Jelly with Passion Fruits. Inilah dessert yang aku boleh hafal tu, rasa pun sama je masa aku makan di mooncake festival. Sedap diaa tu kena makan sejuk sejuk.. Perghhhh mabelesss!

Untuk menu gini, ko jangan datang sorang-sorang nanti tak syok nak rasa setiap menu yang ada. Baik, ko pergi secara berkumpulan, bolehlah ko rasa menu tiap-tiap kawan ko tu. Lagi berbaloi tau pergi makan berkumpulan.

Macam aku hari tu, kami makan dalam 7 orang macam tu. Jadi, bolehlah rasa serba-sedikit menu-menu yang lain. Aku paling suka menu kak Sunah "Fried Squid with Salted Egg Yolk & Curry Leaves", memang sedap dan kena dengan tekak aku. 

Renaissance Hotel JB


Harga pula memang berbaloi dengan rasa menu-menu tu tau. Nak dapat rasa yang kena dengan tekak ni, tak semua tempat ada. Sebab tu, aku wajib pergi makan kat sini. 

Sebelum balik, sempatlah kami ini ambil gambar sebagai kenangan. Bukan selalu ada masa bersama, jadi bila dah ada masa ni. Baik kita guna dengan sebaiknya. Tak gitu. 

Renaissance Hotel JB

Aku letak segala details tentang lunch set ni kat bawah ye. 

𝗥𝗘𝗡𝗰𝗲𝗻𝘁𝗿𝗶𝗰 𝗦𝗲𝘁 𝗟𝘂𝗻𝗰𝗵 Wan li Chinese Restaurant Renaissance Hotel Johor Bahru
Daily lunch Harga : RM68 nett per set 11.30 pagi hingga 3.00 petang
📌15% diskaun untuk ahli Club Renaissance Hotel
📱https://wa.me/60127719056
🔎https://bit.ly/TableAppWanLi
🌐www.wanlichineserestaurant.com 

#ombakbergigi #bloggerjohor #jdtblogger #chinesefokd #setlunchhotel #foodjohorblogger #foodie #johorblogger


0 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama