Lepak Santai Di Pantai Manis Tanjung Sedili

Lepak Santai Di Pantai Manis Tanjung Sedili | Artikel ni dah lama dalam draft tapi tak publish. Bila dah tak ada idea, aku teruskan aje tulis tentang tempat lepak di Pantai Manis Tanjung Sedili ni.

pantai manis tanjung sedili


Dulu pantai manis ni tak ada orang nak datang lepak pun. Pantai kat situ dulunya sangat kotor disebabkan sampah sarap yang dibawa oleh air pasang besar. Pantai ni orang datang cuma untuk jadikan tempat laluan jogging sahaja.

Aku kan orang tanjung sedili, jadi tahulah serba sedikit kampung sendiri kan. Sebelum tu, pernah sampai tak ke Tanjung Sedili? Aku orang kampung sini baru tahu tiger base camp dah viral satu Malaysia, dah lah tempatnya dekat betul dengan Logok Campsite. Patutlah hari tu pergi ramai betul orang. Back to the topic. 

Lepas aku habis sekolah, tempat ni bekas polis (Polis Mihat) yang bangunkan. Dia buat 3-4 biji pondok lepak untuk barbeque dan sambut hari jadi. Masa tu mana ada kuasa viral ni kan. Last aku datang pantai manis tu time awal-awal kerja site, teman adik barbeque dengan kawan-kawan dia. Itulah last aku datang situ. 

pantai manis tanjung sedili

Entah macam mana polis Mihat tu bangunkan tempat yang ko pergi sekarang ni. Tak silap sebelum covid lagi dia buat. Aku terkejut bila datang balik ke Pantai Manis ni. Dulu dia cuma jadikan tempat lepak sahaja tau. Sempatlah aku ni berkelah dekat sini.

Memang cantik tau polis Mihat ni buat Pantai Manis, elok je dia gantungkan bola dan pelampung yang bercorak. Mungkin dia dapat ilham untuk jadikan Pantai Manis ni tempat hiburan petang. Itu yang dia buat warung tu.

Lepak Santai Di Pantai Manis Tanjung Sedili 


Lepas je viral pantai Manis ni, berlumba-lumba peniaga yang dekat-dekat datang buka warung juga. Siap ada yang bergaduh tau. I is cannot brain! Mostly, peniaga kt situ semuanya yang dah ada kedai dekat pekan. Pantang dengar tempat viral teruslah masing-masing menyibuk.

Dulu sorang pun tak nak kisah. Geram tau! Kesian betul polis Mihat tu, lupa pula aku dengan nama dia.

pantai manis tanjung sedili

pantai manis tanjung sedili

Kalau ko pergi, tempat polis Mihat buat tu lagi cantik dari warung yang lain. Sebab tu juga, aku jarang nak masuk ke warung lain yang ada dekat situ. Cukup annoying dengan diorang ni berebut tempat niaga sampai bergaduh bagai.

Jadi, begitulah kisah di sebalik nama Pantai Manis Tanjung Sedili. Aku ceritakan ni bukan sebab nak jatuhkan sesiapa tapi inilah hakikatnya nak naikkan kampung sendiri. 

Macam mana nak datang sini?

Kalau ko masih baru lagi, senang aje jalan nak ke sini. Pantai ni berselindung dengan rumah-rumah orang kampung. Kalau ko dari arah Kg Mawai tu, sampai aje traffic light tu ko masuk simpang kanan. Nanti ko nampak Masjid Tanjung Sedili.

Ko jalan lagi sampai jumpa signboard Pantai Manis di sebelah kiri. Masuk ke kiri tu, ko ikut aje signboard sampai jumpa. Confirm ko suka bila sampai sini. 

Menu apa yang ada?

Menu kat sini dah tentu ICT (Ikan Celup Tepung) tapi aku bukanlah penggemarnya. Aku tiap kali datang sini mesti minum Teh O Ais Limau. Sebabnya lain daripada yang lain, macam ko tengok dalam gambar bawah ni.

Lepas tu, ada juga masakan panas, minuman panas dan sejuk. Nak makan keropok lekor terengganu pun ada tau. Aku sertakan sekali menu dan harga makanan. Ko checklah mana tahu kang tak cukup bajet. 

Pantai Manis Tanjung Sedili

Pantai Manis Tanjung Sedili








Pantai Manis Tanjung Sedili

Akhir Kata

Kalau ko datang ke Tanjung Sedili, jangan lupa singgah ke Pantai Manis Tanjung Sedili. Bolehlah ko merasai ikan celup tepung di sini. Jangan lupa tau beli sekali keropok lekor. 

Warung Pantai Manis Tanjung Sedili
📍Kota Tinggi, Johor 
⏰1pm - 7pm ( Selasa - Jumaat )
⏰12pm - 7pm ( Sabtu - Ahad )
❌Isnin cuti
































































1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Bestnya lepak dan makan makan tepi pantai. Tak faham kan kenapa sampai nak bergaduh. first come first serve la. tak rilek ahahahah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Terbaru Lebih lama