Resepi Bihun Sup Utara Power Original Dari Kedah

Resepi bihun sup utara ni dah berlambak di medial sosial. Zaman sekarang bihun sup boleh dimakan di mana sahaja bukan hanya di kedai malahan di rumah kerana resepi rahsia dan cara untuk membuatnya jadi sedap banyak didedahkan di laman carian. 

Jika anda sukakan masakan ini yang biasanya terkenal di negeri Utara, anda boleh buat sendiri resepi bihun sup utara dengan mengikut langkah demi langkah bagaimana untuk memasak bihun sup utara ini dengan betul dan lengkap. 

Sebenarnya, kesedapan makanan ini terletak kepada rencah sup samada jenis bunjut atau boleh sediakan sendiri serta rencah segar yang masih panas katanya boleh didapati di pasar atau yang dijual di merata tempat. 

Resepi bihun sup utara ini mempunyai pelbagai versi dan rasa, style orang utara sememangnya agak berbeza tetapi simple begitu juga dengan negeri Johor yang hampir sama namun rasanya sedikit berlainan.

Resepi Bihun Sup Utara Power Original Dari Kedah

Resepi Bihun Sup Utara


$ads={1}

Bahan-bahan resepi bihun sup utara: 

A) Bahan-bahan untuk tumbuk/kisar: 

  • 6-7 biji bawang merah 
  • 6 ulas bawang putih 

B) Bahan-bahan untuk sup tulang: 

  • Anggaran 1 kilo bahagian tulang lembu 
  • Anggaran 300g isi daging 
  • Batang sup 
  • Batang/pangkal daun bawang 
  • 2 inci halia 
  • 1 bungkus sup bunjut 
  • ½ sudu besar serbuk jintan manis 
  • ½ sudu besar serbuk jintan putih 
  • 1 ½ sudu besar serbuk ketumbar 
  • ½ sudu besar serbuk lada hitam 
  • 1 batang serai 
  • Air secukupnya 
  • Garam, secukup rasa 
  • 1 sudu kecil lada sulah 
  • ½ kiub pati lembu/ayam 

C) Bahan-bahan untuk rempah: 

  • 4 sekawan batang kayu manis 
  • 3 kuntum cengkih 
  • 4 biji buah pelaga 
  • 2 kuntum bunga lawang 
D) Bahan-bahan untuk bihun: 

  • 1 pek / 500g bihun 
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit 

E) Bahan-bahan untuk sambal merah: 

  • ½ cawan minyak masak 
  • 4-5 sudu besar cili kisar 
  • 2 sudu besar serbuk cili 
  • 2 sudu besar sos cili 
  • ½ cawan air asam jawa 
  • garam, secukup rasa 
  • Anggaran 2 sudu besar gula 

F) Bahan-bahan untuk taburan: 

  • lobak masin 
  • limau nipis 
  • hirisan daun sup 
  • hirisan daun 
  • bawang bawang goreng 

Cara Penyediaan: 

Anda boleh masak guna pelbagai cara tersebut tetapi pastikan semua bahan yang disenaraikan seperti di bawah perlu ada dan masukkan kesemuanya ke dalam periuk automatik tersebut dan set kan masa seperti yang ditetapkan. Bihun sup utara ini sangat mudah untuk disediakan. 

Yang paling penting ia menjadi dan sedap dimakan satu keluarga. Ditambahkan dengan sambal merah, sedapnya tak terkata dan cara untuk menyediakannya sangat senang dan tak cerewet. Anda yang baru belajar masak pun boleh buat.

$ads={2}

Cara-cara untuk sup tulang: 

Masukkan daging dan tulang, bahan-bahan sup serta bahan tumbuk bersama. Masukkan air mengikut kesesuaian dan rebus selama 2 jam. Selepas sup sudah mula mendidih, letakkan garam secukup rasa, lada sulah dan kiub pati lembu/ayam. 

Cara-cara untuk bihun: 

Rendam bihun didalam air yang dimasak lalu masukkan ½ sudu serbuk kunyit dan biarkan sehingga bihun menjadi lembut. Kemudian, toskan air dan bilas bihun dengan air sejuk agar proses pemanasan bihun berhenti. 

Cara-cara untuk sambal merah: 

Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau. Masukkan bahan-bahan untuk sambal merah seperti cili kisar, cili serbuk dan sos cili. Pastikan bahan dimasak dengan betul-betul sehingga menjadi pekat dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika perlu. Selepas itu, masukkan air asam jawa, garam secukup rasa dan gula. Lebihkan gula untuk rasa sambal yang lebih sedap.

Kesimpulan

Jika anda ada daging lembu dan nak masak bihun sup seperti ini, bahannya sama saja dan tukarkan tulang atau daging lembu kepada ayam, simple dan terus masak serta rasakan hasilnya, confirm anda puas hati. 

Sesetengah pakar masak seperti blogger Che Nom, Azie Kitchen, Yatie Kitchen, dan ramai lagi mempunyai cara yang tersendiri untuk sediakan masakan yang amat menyelerakan ini yang mana bahan mereka pasti ada bezanya. 

Nak lebih cepat dan express, beli saja rencah sup Utara dan masak guna periuk elektrik, masukkan kesemuanya dalam periuk, siap dah boleh makan. Tapi garam dan perasa anda yang perlu tentukan sendiri. 

Diharap perkongsian resepi bihun sup utara sedap ini sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa sahaja untuk menyediakannya di rumah atau di mana sahaja anda berada. Semoga bermanfaat. 

4 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. bihun sup utara ni antara favourite akak jugak...cuma seriau sikit nak makan sambal merah tu kadang2..risau perut meragam..

    BalasPadam
  2. Suka bihun sup utara. Tapi dengan sambal kicap lah style Johor. Kira utara dan selatan bergabung gitu. hihi...

    BalasPadam
  3. suka juga mkn bihun sup utara tp tkpernh buat sdiri lg

    BalasPadam
  4. Suka bihun sup utara ni tapi bahan2 dia banyak juga rupanya....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama