Resepi Mee Celup Thai Sangat Sedap Dan Ringkas

Bismillah.
Assalammualaikum.

Resepi Mee Celup Thai Sangat Sedap Dan Ringkas | Siapa kat sini lama tak makan mee celup? Aku dulu memang tak reti nak makan tapi sejak kakak ipar ajar makan makanan kelantan siam, aku dah jadi ketagih pulak nak makan mee celup. 

Sedap tau, bukan macam mee sup. Rasa ni mee ni cukup cukup rasa, masam manis masin masam. Memang cukuplah rasanya, letak pulak dengan lada jeruk, uishh menjejes air liur tau. Ini adalah salah satu makanan favourite tau, cuma lama jer tak makan.

Hari ni aku nak kongsikan resepi mee celup, sudah pastinya sangat sedap dan ringkas. Bolehlah dicuba dimasa waktu lapang. Jom semak resepinya. 


resepi mee celup thai




Resepi Mee Celup Thai Sangat Sedap Dan Ringkas



Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat mee celup thai.




A) Bahan-bahan untuk kuah mee celup thai : 


  • 3 bungkus sup bunjut
  • 6 batang serai
  • 5 cm halia
  • 5 cm lengkuas
  • Kicap adabi
  • 1/2 kg daging seketul (tak perlu potong, letak seketul terus)
  • 2 jug besar air

B) Cara-cara untuk masak kuah mee celup thai : 


1. Masukkan 2 jug besar air, 1/2 kg daging seketul (daging ni tak perlu potong ye), 3 bungkus sup bunjut, 6 batang serai, 5 cm halia & lengkuas.

2. Bahan diatas ni tadi rebus sampai menggelegak. Masukkan garam, perasa jika perlu, serbuk cukup rasa dan akhir sekali masukkan kicap. 

3. Kalau ada perut lembu kena rebus asing, jangan campur sekali dalam kuah diatas. 


C) Sambal Lada


1. Kisar cili padi dengan cuka. 


D) Lada Jeruk


1. Basuh lada besar hijau dan toskan.

2. Bila dah betul betul kering, potong kecik kecik dan masukkan ke dalam botol.

3. Masukkan cuka sampai tenggelam lada, biarkan beberapa jam sebelum guna.


E) Minyak Bawang Putih


1. Ambil 3 labu bawang putih, potong bahagian depan dan hujung, jangan dibuang sampai licin, tinggalkan sedikit kulit bawang pada bawang dan basuh.

2. Tumbuk bawang sampai lumat, jangan kisar sebab tak nak ada air.

3. Kemudian, panaskan 2 cawan minyak, masukkan bawang puting tadi tu, goreng sampai garing. 

4. Awas! Jangan sampai hangit, angkat dan sejukkan, tutup rapat dalam botol dan boleh simapn untuk guna lain hari.


F) Bahan-bahan lain


  • Gula 
  • Garam 
  • Serbuk cili
  • Lobak masin
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Asam limau nipis
  • Serbuk lada putih
  • Kacang tanah goreng dan ditumbuk
  • Bihun
  • Mee
  • Kue tiaw


G) Cara Memasak


1. Dah siap semua A-E di atas tu kan, angkat daging dalam kuah yang direbus tadi, toskan dan potong kecil-kecil.

2. Potong perut kecil kecil.

3. Cara makannya pula : Mula mula masukkan bihun/mee/kkueh tiaw dalam mangkuk, masukkan sayur, lauk, garam, gula, sambal lada, lada jeruk, minyak bawang putih, daun sup dan bahan-bahan lain di atas. Masukkan kuah daging ke dalam mangkuk, tabur daun sup, bawang goreng dan perah asam limau.

4. Siap dan sedia untuk dimakan.




Kongsi resepi : RASA




4 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. tak confident nak buat sbb benchmark tinggi hahaha.. tp boleh lah cuba nnt

    BalasPadam
  2. Sedapnya mee celup Thai...!

    BalasPadam
  3. tgk pic je dah tau mesti sedap walau saya tak pernah try lagi

    BalasPadam
  4. Ya ampun sedapnya... sy memang suka makan mee celop thai nih, dalam family sy hanya sy yg suka makan, jadi selalu makan dekat kedai tak pernah buat sendir, nnt free2 nak cubalah resepi nih.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Terbaru Lebih lama