Cadangan Menu Berbuka Puasa 30 Hari Bahagian 1

Assalammualaikum.
Bismillah.

Cadangan Menu Berbuka Puasa 30 Hari Bahagian 1 | Hari ni hari pertama kita berpuasa. Macam mana puasa korang? Aik hari pertama takkan tak larat. Kita berpuasa ni sekali setahun selama sebulan bagi menunaikan rukun islam yang ketiga. Awal pagi dah post dah menu berbuka, padahal lambat lagi nak berbuka, ada lebih dari 7 jam. 

Sebelum tu, daku nak ucapkan selamat berpuasa pada kawan-kawan blogger. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Entri ni memang khas untuk ibu ibu yang nantinya akan jadi tak tahu nak masa apa untuk berbuka.

Kebiasaannya, awal puasa memang semangat nak masak itu ini tapi nanti dah pertengahan dan hujung ramadhan, otak pun dah buntu nak masak, lauk apa untuk berbuka. Nah, daku kongsikan cadangan menu berbuka puasa 30 hari bahagian 1, 10 menu je tau. 





HARI PERTAMA : IKAN SIAKAP STIM LIMAU


BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 labu bawang besar holland - dihiris
  • 10 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 inci halia - dihiris
  • 4 biji limau nipis - diambil jusnya
  • 2 biji cili merah - dihiris
  • Daun bawang - dihiris
  • Garam
  • Gula


CARA MASAK :


1 - Sapukan ikan dengan garam dan gula.

2 - Masukkan semua bahan bersama dengan ikan kecuali daun bawang.

3 - Kukuskan ikan sehingga masak lebih kurang 30 minit bergantung pada saiz ikan.

4 - Apabila ikan sudah masak taburkan daun bawang.



HARI KEDUA : AYAM MADU SOS TIRAM


BAHAN-BAHAN


  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 4 ulas bawang putih - tumbuk kasar
  • 1 inci halia - tumbuk kasar
  • 1 labu bawang besar holland - hiris
  • 1 sudu besar madu
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam


CARA MASAK


1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.

2. Goreng ayam sehingga masak.

3. Ambil sedikit minyak gorengan ayam, tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan bawang besar sehingga layu.

4. Masukkan sos tiram dan madu. Tumiskan seketika, kalau nak berkuah tambahkan sedikit air. Bagi khadijah suka kering jadi tak tambah air, suka sos tu melekat pada ayam.

5. Kemudian masukkan ayam dan gaulkan dengan sos sehingga sebati. Siap. Boleh hiaskan dengan potongan tomato dan cili hijau.



HARI KETIGA : DAGING BULGOGI (DAGING BBQ Korea)


Bahan-Bahan

  • 500g daging, hiris nipis
  • 1/1/4 cawan Kicap Soya Cair
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar Minyak Bijan
  • 4 ulas Bawang Putih dicincang
  • 1 sudu kecil Cili Flakes/Paprika
  • 1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
  • 1 biji Bawang Besar, hiris
  • 1 sudu besar Gula Perang
  • 1 batang Lobak Merah, hiris halus
  • 1 mangkuk Tau Meu (Taugeh Hijau) - optional
  • Sedikit garam
  • Bijan disangai


Cara masak :

1 - Masukkan semua bahan kecuali lobak & tau meu. Perap selama 1-2 jam.

2 - Selepas diperap, masak (grill) di dalam kuali non stick dengan sedikit sahaja minyak sehingga masak.

3 - Sebelum angkat, masukkan hirisan carrot dan bawang tadi dan biarkan sehingga layu.Bila semua sudah masak, tutup api dan sedia untuk dihidang.

4 - Senang kan? Rasanya pun insyaAllah sedap.. bolehlah dihidang bersama nasi panas dengan kimchi dan seaweed kalau ada.



HARI KEEMPAT : GULAI SIAM IKAN TONGKOL


Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan tongkol - dibersihkan dan dipotong
  • 3 cawan santan
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 biji cili hijau - dibelah
  • Terung siam/terung pipit
  • Belimbing buluh
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis


Bahan kisar:

  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1 sudu makan biji lada hitam
  • 1 inci belacan
  • 20 biji cili api
  • 2 inci kunyit


Cara masak :

1 - Tumis semua bahan yang dikisar hingga masak dan naik minyak.

2 - Masukkan santan, garam dan sedikit gula.

3 - Masukkan ikan dan terung sambil gaul hingga ikan masak. Cik Tie guna terung siam, jika anda nak guna terung pipit pun boleh.

4 - Gaul perlahan sehingga mendidih.

5 - Masukkan belimbing, cili dan daun limau purut. Gaul rata.

6 - Sedia dihidang.



HARI KELIMA : SIAKAP BAKAR PETAI


Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu kecil belacan
  • Daun pisang
  • Air asam jawa
  • 1 biji limau kasturi
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Gula
  • Garam


Bahan kisar

  • 2 biji bawang besar merah - saiz sederhana
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 hiris lengkuas


Cara masak :

1 - Tumis bahan kisar, cili kisar, belacan & gula. Tumis sampai pecah minyak.

2 - Masukkan air asam jawa. Biarkan sampai sebati.

3 - Masukkan petai. Tutup api

4 - Bersihkan ikan dan kelar. Letakkan di atas daun pisang.

5 - Sapukan ikan dengan bahan tumis tadi. Balutkan ikan. Nak bagi ikan kekal moist, balut ikan tuh pastikan dengan daun pisang yang tebal, maknenye biar beberapa lapis. Ikan bakar akan moist dan sedap.

6 - Bakarlah di atas pemanggang ke atau dalam ketuhar. Cik tie bakar dalam ketuhar aje suhu 170 Celcius selama 20 - 30 minit.

7 - Siap. Bila nak makan perahkan limau kasturi. Memang terangkat. Selamat mencuba.




HARI KEENAM : SUP TULANG POWER


BAHAN-BAHAN

  • 1 kg tulang lembu
  • 2 sudu besar rempah sup
  • Daun sup & daun bawang
  • Air secukupnya
  • Garam


Bahan kisar

  • 1 biji bawang besar merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu kecil hitam
  • 1 sudu kecil


Bahan tumis

  • 1 biji bawang besar merah
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 1/2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih


CARA MASAK :

1 - Rebus tulang hingga separuh empuk.

2 - Bile daging dah separuh empuk. Masukkan bahan yang diblend dan rempah sup. Sambung masak hingga empuk.

3 - Bahan untuk tumis. Bawang besar tu dihiris dan bawang putih diketuk.

4 - Tumiskan semua bahan tumis sehingga naik bau dan garing gitew, bukan hangit yer.

5 - Masukkan bahan tumis ke dalam sup. Masak lagi daging seketika bagi bahan mesra.

6 - Tadaa..dah siap, senang sedap...selamat mencuba



HARI KETUJUH : AYAM SAMBAL BALI


Bahan- bahan : 

  • 1 ekor ayam - potong kecil
  • 1 sudu kecil Serbuk Kunyit
  • 4 sudu besar Cili Kering yang sudah diblend - nak pedas tambah lagi
  • 2 sudu besar Kicap Manis - ikut pada selera
  • 2 batang Serai - diketuk
  • 2 @ 3 helai Daun Limau Purut
  • 1 biji Cili Merah/Mera - dihiris
  • Garam dan Gula secukup rasa


Bahan kisar

  • 2 biji Bawang Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1/2 inci Halia


Cara masak:

1 - Perapkan ayam dengan garam dan kunyit.

2 - Gorengkan ayam separuh masak.

3 - Ambil sedikit minyak gorengan ayam tadi untuk menumis. Tumiskan bahan kisar dengan cili kering sehingga pecah minyak.

4 - Masukkan serai dan daun limau purut. Tumiskan sehingga naik bau.1

5 - Masukkan ayam dan gaulkan dengan sambalnya. Perasakan dengan garam dan gula. Tutup kuali dengan penutup biàrkan ayam masak dan sebati dengan sambalnya.

6 - Apabila ayam sudah masak taburkan cili . Yummm...selamat menjamu selera




HARI KELAPAN :  TOMYAM SEAFOOD KAW KAW


Bahan-Bahan

  • 3 ekor sotong besar - dihiris
  • 13 ekor udang
  • 1 biji bawang besar holland - dibelah
  • 3 gelas air
  • 4 sudu besar pes tomyam
  • 1 1/2 sudu besar pes cili thai
  • 4 helai daun limau purut
  • 3 batang serai - diketuk
  • 2 biji limau nipis
  • 5 biji cili api
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 2 @ 3 Akar ketumbar
  • Daun ketumbar
  • Garam
  • Gula


Cara masak :

1. Masukkan air, bawang besar, serai & akar ketumbar. Masak sehingga mendidih.

2. Bila air sudah sudah mendidih masukkan pes tomyam & pes cili thai.

3. Kemudian, masukkan pula sotong, daun limau purut dan jagung muda. Biarkan dalam lebih kurang 5 minit. Sotong kalau masak lama nanti liat. Ikut pada selera masing2.

4. Daun limau purut pastikan buang tulangnya yang tengah tu. Supaya tak rasa pahit.

5. Masukkan pula udang beserta dengan bunga kobis & tomato.

6. Masukkan pula sos ikan supaya lagi bangkit rasa aroma tomyam. Dalam masakan thai sos ikan antara bahan yang wajib ada. Biarkan masak lebih kurang 3 @ 4 minit.

7 - Jadi boleh tambahkan gula jika nak manis.

8 - Jangan lupa letakkan garam dalam tomyam.

9 - Nak pedas kaw kaw, ketuk2 cili api masukkan dalam tomyam. Perahkan limau nipis untuk bagi rasa masam. Berapa banyak limau pun bergantung pada selera masing2.

10 - Bila hidang taburkanlah hirisan daun ketumbar.




HARI KESEMBILAN :  KETAM MASAK CILI


BAHAN-BAHAN 

  • 5 ekor ketam


Bahan kisar

  • 12 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang merah
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung
  • 3/4 cawan air
  • Sedikit belacan
  • Garam
  • Gula


CARA MASAK :

1 - Tumiskan bahan kisar, cili dan belacan. Korang tak suka belacan tak payah letak. Tumis hingga pecah minyak.

2 - Masukkan sos cili & sos tomato . Tumis seketika.

3 - Korang masukkan pulak ketam. Potong la ikut suke ketam tuh. Masukkan sedikit air. Biar ketam tu sampai masak. Perasakan dengan garam & gula.

4 - Barulah korang pecahkan telur pukul sikit dengan. Tuang dalam kuali. Kacau lah ketam tuh. Bila nampak bintil-bintil telur. Masukkan air yg dibancuh dengan tepung jagung. Gaulkan ketam hingga kuahnya menyaluti cik ketam.

5 -Tujuan tepung jagung nak bagi kuahnye pekat sikit.




HARI KESEPULUH :  AYAM SWEET SOUR


BAHAN-BAHAN

  • Isi ayam - dipotong
  • Daun bawang - dihiris
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 bji bawang besar - dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • Garam
  • Gula


Bahan tepung

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Secubit garam


CARA MASAK :

1 - Gaulkan isi ayam dengan serbuk kunyit dan garam.

2 - Campurkan bahan untuk tepung di dalam satu mangkuk.

3 - Golekkan ayam ke dalam tepung.

4 - Kemudian panaskan kuali. Gorengkan dengan minyak yang banyak sehingga kerak di luarnya nampak rangup.

5 - Untuk sosnya pula. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.

6 - Masukkan sos tomato dan sos cili. Biarkan sosnya merenih.

7 - Masukkan ayam dan gaulkan dengan sos sehingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula.

8 - Taburkan daun bawang.


Wahhh lepas ni korang tak perlu nak pening nak masak apa untuk berbuka, cadangan menu berbuka puasa 30 hari ni dapat membantu dan menyelesaikan masalah korang. Just pilih menu berbuka puasa dan terus masak. 

Selamat mencuba!



Kredit : https://www.facebook.com/azuera.raif/posts/2411567025650018

3 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama