
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Memang Macam Di Indonesia, Ini Resepi Nasi Ayam Penyet Anda Patut Try! | Lama juga tak pekena nasi ayam penyet! Sambalnya yang dapat memikat selera. Kadang tu rasa nak beli je sambal ayam penyet, sedap jugak kalau cecah dengan ulam-ulaman.
Daku kongsikan dengan korang semua nasi ayam penyet yang sangat mudah dan simple. In syaa Allah pasti menjadi punya kalau korang cuba resepi di bawah ni. Nanti bolehlah menayang skill masak dengan mak mertua korang sekalian.

#1 Sambal Nasi Ayam Penyet
Bahan-bahan yang digunakan:
- Bawang besar 1 labu
- Bawang putih 3 ulas
- Lada merah 4 biji
- Lada melaka hijau 20 biji
- Tomato 3 biji
- Sedikit belacan (nak masukkan ikan bilis pun boleh)

Cara - cara untuk membuat sambal nasi ayam penyet :
1) Bahan-bahan basuh bagi bersih dan gorengkan di dalam kuali sehingga layu.
2) Toskan bahan yang sudah digoreng lalu masukkan ke dalam blender. Nak tumbuk pun boleh, tumbuk sampai lumat sedikit.
3) Blender dengan sedikit sahaja air. Masukkan garam gula dan ajinomoto. Blender tu jangan sampai hancur ye, sedang-sedang sahaja.
4) Siap! Masukkan ke dalam bekas.

#2 Ayam Goreng Penyet
Bahan-bahan yang digunakan :
- 1/2 kilo ayam yang sudah dibasuh bersih
- 4 Sudu tepung gandum
- 4 sudu tepung jagung
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit serbuk kari daging
- Garam
- Ajinomoto
Cara - cara untuk membuatnya :
1) Basuh ayam sehingga bersih.
2) Masukkan ayam ke dalam bekas dan masukkan 4 sudu tepung gandum, 4 sudu tepung jagung, sedikit serbuk kunyit, serbuk kari daging dan garam bersama ajinomoto.
3) Salut dan perapkan ayam dengan bahan diatas sehingga sebati. Lagi lama perap, lagi sedap.
4) Goreng dengan minyak dan api sederhana.
5) Siap dan bolehlah dihidangkan bersama tempe goreng, sambal nasi ayam penyet dan kacang panjang.
Nak Resepi Lagi?
Boleh tengok senarai resepi dibawah ini. Daku akan tambah koleksi resepi yang menarik dari semasa ke semasa.
- Anda 'First Time' Masak Rendang? Ini Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap.
- 5 Koleksi Resepi Spaghetti Bikin Meleleh Air Liur!
- Resepi Begedil Daging, Sungguh Enak Di Makan Begitu Sahaja.
- Resepi Kerabu Maggi Ala Thai, Serupa Di Kedai Thailand
- Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi!
- Kek Pisang Coklat Cluster Kayangan, Bualan Netizen di Facebook.
- 9 RESEPI MASAKAN SAYUR, TAK KERING IDEA NAK MASAK APA
- RESEPI KEK MARBLE LEMBUT GEBU DENGAN GUNA SUKATAN CAWAN
- RESEPI KUIH BOM IKAN YANG AKAN MELETUP DI DALAM MULUT ANDA
Mudah sangat kan? Korang boleh je buat sup kosong dan makan bersama nasi ayam penyet ni tapi daku lagi suka makan tanpa sup. Daku nak nikmati sambal nasi ayam penyet dan ayam gorengnya. Perghhh meletop dalam mulut ni tau.
Nasi ayam penyet ni tak perlu pun nak susah-susah dan cerewet. Cuma guna nasi putih sahaja. Ayam gorengnya pula tak susah kan? Bahan-bahan pun daku dah sediakan. Bolehlah cuba petang nanti untuk dijadikan hidangan berbuka.
Selamat mencuba!
Kredit : Rania Humairah
7 Ulasan
Ya ampun... mencabarnya iman tengok waktu tengah hari ni.. lama dah tak makan nasi ayam penyet
BalasPadamwahhh, sedapnyaa. terliur tengok. dah setahun lebih tak makan. dlu duk johr tiap minggu makan nasi ayam penyet.
BalasPadamThanks for your sharing 😊 have a lovely day 😊
BalasPadamAik, macam ramai pulak buat ayam penyet rini.. Dap tu..
BalasPadamwahhhh menarik ini, thank you for the recipe
BalasPadamsedapnyaa
BalasPadamlebih kurang mcm bahan2 aida nak buat sambal blcn.
BalasPadamnasi ayam penyet ni kaw dia dtg dari sambal nyer tu kan.
terbaik!
Sila tinggalkan comment korang disini!