Memaparkan catatan dengan label NASI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NASI. Papar semua catatan

24 Oktober 2023

Resepi Bubur Lambuk Sedap Untuk Berbuka Puasa

Resepi Bubur Lambuk Sedap Untuk Berbuka Puasa

Resepi bubur lambuk kali ini dibawa khas dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Setiap kali bulan puasa bubur lambuk merupakan menu yang sering dicari. Lagi pun, bubur ini hanya ada di bulan puasa sahaja. Ada juga masjid yang sediakan bubur ini secara percuma sahaja.

Bubur lambuk bagi setiap negeri di Malaysia ada yang berbeza cara memasaknya. Di selatan, bubur ini rasanya berempah sedikit, manakala di pantai timur, banyak sayuran yang diletakkan di dalam bubur. 

Masakan yang biasanya banyak ditemui ketika bulan puasa boleh dimasak secara beramai-ramai seperti gotong royong di Kg Baru, KL ini boleh juga dibuat di rumah, boleh cuba dulu dalam kuantiti sedikit saja.

Resepi Bubur Lambuk
Bubur lambuk

$ads={1}

Jika anda suka makan makanan ini, anda boleh saja cuba buat sendiri di rumah dengan mengikut cara-caranya seperti yang dikongsikan dibawah ini.

Resepi Bubur Lambuk Sedap Untuk Berbuka Puasa

Resepi Bubur Lambuk
Bahan yang digunakan

$ads={2}

Resepi ini hasil perkongsian laman facebook yang berkongsi air tangannya di laman sosial Facebook serta telah menjadi perhatian ramai netizen kerana makanan ini dikatakan amat istimewa dan berbeza.

Bahan-bahan untuk membuatnya:

  • 2 mug beras (rendam dalam 20 min)
  • 1/2kg daging (campur yg berlemak)
  • 1 bungkus kecil rempah sup
  • 250ml santan 
  • 2 sudu besar lada hitam
  • Kiub pati ayam dua kiub
  • 3 ulas bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 jari Halia
  • Kentang
  • Lobak merah
  • Daun sup
  • Bawang goreng


Cara-cara memasak:

1. Blend bawang-bawang & halia. Kemudian, tumis sehingga bawang agak garing.

2. Masukkan rempah sup, lalu tumis sehingga rempah masak. Masukkan daging dan gaul sebati & masukkan beras. 

3. Goreng beras seketika dan masukkan air. Rebus beras sehingga nmpk lembut.

4. Masukkan santan & garam. Lada hitam serbuk masukkan juga. 

5. Masukkan kentang & lobak merah. Bila sayur dah lembut, bolehlah tabur daun sup & bawang goreng. Sesuaikan rasanya.

6. Bubur dah siap.


Kesimpulan

Sebenarnya, ada bermacam versi lagi bubur lambuk ni seperti contoh bubur lambuk berempah, dari Johor, Terenggnu, Kelantan, Utara dan sebagainya. Namun, bubur lambuk sememangnya famous satu Malaysia terutama di bulan puasa.

Bukan sahaja perempuan yang boleh masakan bubur lambuk ringkas ini, lelaki juga boleh sebab untuk penyediaannya tidak cerewet kerana semua bahannya sangat mudah didapati. 

Semoga perkongsian resepi bubur lambuk sedap dan simple ini daripada facebook ini dapat memudahkan kerja anda untuk sajikannya hari ini, semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

9 Ogos 2023

Sedap & Mudah, Resepi Nasi Ayam Hainan Yang Original

Sedap & Mudah, Resepi Nasi Ayam Hainan Yang Original

Sedap & Mudah, Resepi Nasi Ayam Hainan Yang Original | Lama juga aku tak makan nasi ayam hainan. Biasanya, kalau nak makan nasi ayam hainan ni mesti aku akan makan di The Chicken Rice Shop. Kat situ je, nasi ayam hainan sedap dan kena dengan selera aku.

Resepi Nasi Ayam Hainan Yang Original

Ayam bagi nasi ayam hainan tak sama dengan ayam bagi nasi ayam biasa yang ayamnya dibakar atau digoreng terlebih dahulu. Sedangkan ayam bagi nasi ayam hainan hanya direbus dan dilumur dengan minyak bijan sahaja. 

Nasi Ayam Hainan adalah resepi yang popular di kalangan orang orang Cina. Jadi, agak pelik sekiranya ayam nasi ayam hainan ini digoreng atau dibakar. Kali ini, apa salahnya jika kita memcuba untuk memasak resepi nasi ayam hainan yang original ini pula. Sudah pastinya sedap dan keluarga korang berselera ketika menikmatnya.

Resepi Nasi Ayam Hainan Yang Original

Untuk korang yang nak mencuba resepi nasi ayam hainan ini, sila ikuti langkah demi langkah seperti yang dipaparkan di bawah dan pastikan korang tidak skip langkah yang ditunjukkan.

A) Bahan-bahan untuk ayam

  • 1kg-1.2kg ayam (asingkan kulit & lemak ayam dibahagian bawah (tongkeng) 
  • Daun bawang besar 1 pokok 
  • 2 kiub ayam 
  • 10 cawan air 
  • 3 hirisan halia 
  • 2 sudu kecil 
  • Sedikit minyak bijan 
  • Garam

Caranya : 

1) Di dalam periuk yang besar, masukkan daun bawang, kiub pati ayam 3 hirisan halia dan didihkan air.

2) Basuh ayam sehingga bersih, sapukan 1 sudu kecil garam disemua bahagian ayam. Kemudian, masukkan ayam (pastikan ayam tenggelam) dan menggunakan api sederhana (medium high)

Resepi Nasi Ayam Hainan Yang Original


3) Masak sehingga 40 minit, kalau boleh buangkan buih rebusan yang terapung. Kemudian, tutup api dan biarkan ayamnya direndam selama 20 minit (tutup penutup periuk).

4) Angkat ayam, potong dan buang tulang disetiap bahagian, sapukan ayam dengan minyak bijan.

5)Air rebusan ayam, jangan dibuang. Air rebusan ayam ini akan dimasak dengan nasi dan dijadikan sup bila dimakan nanti.

B) Bahan-bahan untuk nasi ayam:

  • 4 pot beras 
  • 1 sudu besar minyak masak 
  • 1 sudu kecil minyak bijan 
  • 3 biji bawang putih (dicincang) 
  • 1 kiub Pati ayam (jika perlu) 
  • Garam (jika perlu) 
  • Air rebusan ayam (untuk memasak nasi)

Cara memasak nasi ayam :  

1) Masukkan kulit ayam dan 1 sudu besar minyak masak dan biarkan kulitnya masak sehingga keperangan.

2) Masukkan 1 sudu kecil minyak bijan dan 3 biji bawang putih yang telah dicincang. Kemudian, masak sehingga keperangan.

Resepi Nasi Ayam Hainan Yang Original


3) Masukkan beras dan gaul beras bagi sebati dengan minyak tadi.

4) Kemudian, masukkan air rebusan ayam (mengikut sukatan nasi) 

5) Masukkan garam atau kiub ayam (jika mahu dan perlu) 

6) Biarkan ianya masak dengan sempurna 


C) Bahan-bahan untuk soy sauce :

  • ½ cawan soy sauce 
  • 3 sudu besar chicken stock 
  • 1 sudu kecil gula 
  • 1 sudu kecil minyak bijan 

Caranya :

1)Masukkan kesemua bahan kedalam bekas dan Gaul sehingga sebati 

2) Kemudian, masukkan ke dalam bekas dan siap untuk dihidang 

D) Bahan-bahan untuk sos cili :

5 Cili merah (buang biji) 
6 Cili padi 
7 biji limau kasturi
1 sudu kecil garam 3
 sudu kecil gula 
½ cawan chicken stock 
1/2 inci halia
1 labu bawang putih 

1) Kisar kesemua bahan sehingga hancur.

2) Kemudian, masukkan ke dalam bekas dan siap untuk dihidang  


Kesimpulan

Sebenarnya, resepi nasi ayam hainan yang original pada zaman sekarang mempunyai berbagai versi dan style yang diolahkan oleh mereka yang pakar memasak seperti Chef Ammar, Azie Kitchen, Che Nom dan ramai lagi yang sangat kreatif.

Cara masak resepi nasi ayam hainan ini juga bersifat pelbagai di zaman moden kerana ada yang memasak guna pressure cooker, rice cooker dan bermacam lagi. Korang juga boleh olahkan mengikut kreativiti dan idea yang hebat. 

Aku harap semoga perkongsian resepi nasi ayam hainan ini dapat membantu korang  untuk sediakan makanan ini dengan mudah dan cepat, semoga bermanfaat dan selamat mencuba.



24 Mac 2023

Resepi Nasi Lemak Simple & Tahan Lama

Resepi Nasi Lemak Simple & Tahan Lama

Nasi lemak memang dah cukup sinonim untuk sarapan pagi di Malaysia. Cukup suka bila mak masak nasi lemak. Aku suka pula jenis banyak santan, bila makan tu rasa lemak-lemak. Lepas kenyang, confirm buat diri aku ni tertidur. Hehehee.. Entah bila nak menuntut ilmu masak nasi lemak dengan mak aku ni. 

Baca ini juga: Resepi Nasi Ayam Hainan 

Lagi pun kalau nak beli, memang tak sama dengan yang kita buat sendiri. Kadang tu tekak ni rasa nasi putih tau bukan nasi lemak. Sambal tumis pun tak berapa sedap, telur pulak sikit je bagi. Lagi baik kita buat sendiri kan?

Tak silap, resepi nasi lemak pandan pun dah banyak orang cari sekarang ni. Ada tu siap buat tutorial dalam youtube lagi kan. Mak suka pesan kalau nak buat resepi ni biar rasa lemak tu, jangan biar rasa nasi biasa. Nanti tak sedap bila makan dengan sambal tumis. 

Resepi Nasi Lemak Simple & Tahan Lama

Resepi Nasi Lemak Simple

$ads={1}

Bahan- bahan untuk nasi lemak simple:

  • Beras 1 biji kelapa parut (blend - 2 kali perahan santan)
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan 5 helai digunting-gunting
  • Hirisan halia ( jika suka, tak payah letak pon ok)
  • Beras 3 cawan
  • Santan 1 kotak
  • Sedikit minyak masak

Cara-cara untuk masak nasi lemak simple:

1. Cuci beras bersih-bersih. Sukat air seperti masak nasi biasa. Saya guna kaedah sukatan jari. Ukur berapa tinggi beras dengan jari tengah. Pastu sukatan air/santan sama paras ukuran tinggi beras (jari letak atas beras bukan dalam beras bila sukat paras air.

2. Masukkan santan mengikut sukatan beras yang nak dimasak. Saya guna santan kotak biasa, kalau nak guna jenama lain pun boleh juga. 1 kotak santan sudah memadai, ini pun sudah rasa lemak-lemak. 
Jangan bazirkan santan yang dalam kotak tu. Masukkan sedikit air ke dalam periuk dan goncang-goncangkan. Tuangkan semula air ke dalam periuk. Pastikan kotak santan tu dah dibasuh dulu.

3. Seterusnya, masukkan halia yang dipotong halus ke dalam beras tadi. Masukkan garam. Kacau rata. 

Resepi Nasi Lemak Simple

$ads={2}

   4. Daun pandan dicuci bersih. Carik-carik kan. Ikat. Masukkan dlm periuk nasi. Masukkan juga 3 sudu makan minyak masak. Fungsinya untuk bagi nasi tidak lembik dan elok je berderai.

5. Masak guna rice cooker atau masak guna dapur gas. Jika guna rice cooker kadang-kadang bila separuh masak penekan tu dah naik, boleh angkat periuk dan masak atas dapur gas. Kacau rata. Tutup periuk & kecikkan api. Masak sehingga nasi betul-betul masak.

Bila nasi lemak sudah siap, rasa macam tak sah pula kalau tak sambal tumis? Jom kita tengok cara-cara resepi sambal tumis pula. Ikuti langkah di bawah dengan teratur ya.

Bahan-bahan untuk sambal tumis:

  • Bawang putih 3 ulas
  • Bawang merah 1 biji
  • Cili kisar 
  • Ikan bilis 
  • Minyak masak 
  • Pes asam jawa 
  • 2 biji Bawang besar dipotong nipis 
  • Garam 
  • Gula 
  • Serbuk secukup rasa/pak aji 

Cara-cara untuk membuat sambal tumis:


1. Sediakan kuali dan anaskan dalam 2 senduk minyak masak. 

2. Cuci ikan bilis. Toskan sehingga keting. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat & toskan. 

3. Masukkan dalam 1 setengah senduk bawang kisar. (Bawang putih & bawang merah) Masukkan 1 sudu garam. Garam ni petua untuk bawang cepat garing. Bila bawang dah garing..warna keperangan masukkan cili kisar dalam 2 senduk. 

4. Masukkan beberapa sudu gula. Gula ni masuk awal sebab untuk cili cepat garing. Masukkan pes asam jawa. Saya guna pes adabi sebab tak payah bancuh guna air. 

Resepi Nasi Lemak Simple

5. Kacau rata.. masukkan bawang besar dipotong nipis. Budak2 tak suka mkn bawang kan. Tapi bila buat mcmni tak nampak ader bawang. Biasa org berniaga nak bagi nampak banyak sambal. Taruk bawang besar ni banyak2. 

6. Slowkan api. Kacau sambal sampai betul2 garing. Proses ni ambik masa sikit. Bila dah ramai orang bersin.. bermakna sambal tu dah cukup garing. 

7. Masukkan air panas/suam. Dalam 2 cawan. Kacau rata. Biar sambal pekat skit. Baru masukkan ikan bilis goreng tadi. 

8. Kacau rata. Rasakan garam & gula secukupnya. Tutup api. Siap. 

Kesimpulan

Sebenarnya, resepi nasi lemak simple pada zaman sekarang mempunyai berbagai versi dan style yang diolahkan oleh mereka yang pakar memasak seperti Chef Ammar, Azie Kitchen, Che Nom dan ramai lagi yang sangat kreatif. 

Cara masak resepi nasi lemak simple ini juga bersifat pelbagai di zaman moden kerana ada yang memasak guna pressure cooker, rice cooker dan bermacam lagi. Korang juga boleh olahkan mengikut kreativiti dan idea yang hebat. 

Aku harap semoga perkongsian resepi nasilemak simple ini dapat membantu korang  untuk sediakan makanan ini dengan mudah dan cepat, semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

27 Februari 2023

Resepi Nasi Minyak Simple, Sedap Dan Mudah

Resepi Nasi Minyak Simple, Sedap Dan Mudah

Resepi nasi minyak pengantin ini merupakan salah satu makanan yang akan dihidangkan ketika majlis keramaian seperti majlis perkahwinan. Kiranya jika tiada nasi minyak ini, maka hilanglah seri majlis perkahwinan tersebut, gitu. Tapi, menu ini juga boleh dibuat pada hari-hari biasa malah boleh dijadikan menu makanan di pagi hari raya.

Menarikkan? Bila kita dah bosan dengan menu berbuka yang lain, apa kata kita cuba masak nasi minyak simple, sedap dan mudah? In syaa Allah, pasti terliur disaat menantikan azan berkumandang. Aku sendiri pun dah jadikan nasi minyak dan daging beriani ini sebagai makanan kegemaran.

Sebenarnya, tak perlu pun nasi minyak yang terlalu sudah untuk di masak. Lagi pun, nak makan nasi minyak di kenduri majlis belum tentu kita dapat. Jadi, apa salahnya kita cuba untuk memasak resepi nasi minyak sedap lembut dan daging beriani ini. Tepuk dada, tanya selera.

Resepi Nasi Minyak Simple, Sedap Dan Mudah Untuk Di Makan


resepi nasi minyak simple
Nasi minyak


Bahan - bahan untuk membuat nasi minyak simple :

Di bawah ini adalah senarai bahan masak yang diperlukan.
  • 3 cawan beras basmathi
  • 1/2 cawan margerin/planta
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 helai daun pandan
  • garam secukupnya
  • 1 kuib stok ayam
  • Pewarna kuning

Bahan - bahan untuk dikisar :

  • 6 biji bawang merag
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia

Bahan - bahan sebagai hiasan :

  • bawang goreng
  • daun bawang dihiris

Cara - cara untuk membuat nasi minyak simple :

Ikuti langkah - langkah di bawah dengan teratur.


1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.

2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.

3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.

4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.

5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!

Bahan - bahan untuk membuat daging beriani :

  • 1 kilo daging ( rebus hingga lembut )
  • 1/2cawan minyak
  • 1 cawan air
  • 125 gm rempah beriani ( agak-agak )
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • sedikit garam
  • 2 biji kentang dipotong 4
  • sedikit susu cair ( agak2 )
  • 2 sudu cili kisar

Bahan - bahan kisar yang diperlukan :

  • 7 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 labu bawang besar
  • 1 1/2 cm halia

resepi nasi minyak simple
daging beriani


Cara - cara penyediaan daging beriani yang boleh dimakan bersama nasi minyak simple, sedap dan mudah :


Ikuti langkah - langkah di bawah dengan teratur.

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.

2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan ait dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!

AKhir Kata

Itulah dia bahan dan cara untuk membuat resepi nasi minyak simple bersama daging beriani yang boleh kita cuba di rumah. Rasanya tak susah mana kan?  In syaa Allah tak berpeluh muka ketika masak menu ni. Hanya perlu campur itu dan campur ini, taraaa dah siap dah menu nasi minyak bersama daging beriani.

Bagi ibu ibu yang ada anak kecil, dah tak perlu pening - pening dah. Sebab menu ini tak ambil masa yang lama di dapur untuk membuatnya. Suami dan anak - anak pasti menyukainya dan menyayangi ibu ibu, jangan risau, nak pikat perut suami dan anak - anak, ha tak perlu dah nak cari resepi yang susah, resepi ini dah cukup membantu ibu - ibu untuk membuatnya. 

Mudah bukan? Untuk tuan empunya resepi, terima kasih daku ucapkan kerana sudi berkongsi resepi nasi minyak yang simple bersama daging beriani. Terima kasih ye!

Selamat mencuba.




kredit: FB Angah Izan





13 Februari 2023

Resepi Nasi Dagang Terengganu, Lengkap Bersama Gulai Ikan Tongkol

Resepi Nasi Dagang Terengganu, Lengkap Bersama Gulai Ikan Tongkol

Bismillah.
Assalammualaikum. 

Resepi Nasi Dagang Terengganu, Lengkap Bersama Gulai Ikan Tongkol | Lama dah tak makan nasi dagang. Apa kata hari ni kita cuba masak nasi dagang? Nasi dagang terengganu ni sedap juga apabila makan bersama gulai ikan tongkol. Rasa dan aromanya cukup untuk meningkatkan selera makan. 

Nak ke Terengganu pun jauh kan, alang-alang tu baik kita masak je. In shaa Allah dijamin sedap dan bertambah-tambah selera makan tu nanti. Aku ni lagi suka mak yang masakkan daripada makan kat luar, macam tekak aku ni tak boleh terima bila orang lain masakkan. Kena mak juga yang masakkan.

Sebab tu, aku nak belajar masak nasi dagang. Suami pula suka makan, dulu suami tak reti makan. Sekali mak masakkan, ha bila makan kat tempat lain, jadi tak sama. Aku harap resepi aku buat ni nanti sebiji rasa macam rasa nasi mak. 



resepi nasi dagang terengganu


Resepi Nasi Dagang Terengganu, Lengkap Bersama Gulai Ikan Tongkol



Ini resepi nasi dagang terengganu, lengkap bersama gulai ikan tongkol yang boleh di cuba.


Bahan resepi nasi dagang yang diperlukan : 

  • 4 cawan beras jati
  • 1 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
  • 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
  • 1 sudu halba
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia

Cara-cara masak nasi dagang terengganu : 


1. Beras jati perlu bercampur dengan beras pulut dan rendam selama 8 jam atau semalaman. Kalau tak sempat boleh 2-4 jam.

2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit.

3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan gaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. Biar seketika sehingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair dan biarkan sekejap.

4. Kuku semula selama 20 minit lagi.

5. Sementara itu, hiris bawang dan halia halus halus. Masukkan di atas nasi dalam kukusan dan juga buah halba.

6. Angkat nasi untuk kali kedua dan gaulkan dengan santan pekat sehingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.

7. Siap dan boleh hidangkan.


Resepi Gulai Ikan Tongkol, Pasangan Terbaik Untuk Nasi Dagang



resepi nasi dagang terengganu



Bahan-bahan yang diperlukan:


  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu serbuk jintan putih
  • 2 hiris lengkuas (dikisar)
  • 1 hiris halia (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 sudu cili mesin (dikisar)
  • 1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
  • 1 1/2 liter santan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu kerisik
  • 4 keping asam keping
  • 1/2 buku kecil gula melaka
  • Sedikit belacan
  • 10 biji cili padi
  • Sedikit garam


Cara-cara :


*** Rebus ikan tongkol bersama beberapa asam keping dan juga garam. Jangan buang air rebusan. 

1. Masak santan sehingga naik minyak.

2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik asam keping dan gula melaka. 

3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.

4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang direbus. Jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.

5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan. 

6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak. Kalau mahu pekat masak lama. Siap!





Bagi ibu ibu yang ada anak kecil, dah tak perlu pening dah. Menu ini tak ambil masa yang lama di dapur ketika membuatnya. Suami dan anak-anak pasti suka. Cukup bahan dan tahu cara nak buat, in syaa Allah menjadi dan dah tentu sedap. 

Dah tahu cara masak kan? Betul-betul ringkas resepi nasi dagang. Memang mudah untuk dimasak. Korang boleh cuba resepi nasi dagang terengganu. Nanti boleh makan puas-puas sampai kenyang. Dah tak perlu nak membeli, semuanya kita buat dengan air tangan sendiri.

Selamat mencuba!



Kredit : FB INA ZURIENA

8 Februari 2023

Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Simple Untuk Dibuat

Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Simple Untuk Dibuat

Assalammualaikum.
Bismillah.

Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Simple Untuk Dibuat | Selamat pagi semua! Aku harap ko tak terliurlah tengok resepi nasi ayam aku ni. Aku pun tak nak pembaca setia blog aku ni boring, asyik update review buffet je. Sampai kan dah tak ada dah niche yang lainnya.

Baca ini juga : Resepi Nasi Ayam Hainan

Kalau ko nak buat resepi nasi ayam hainan, ko boleh klik link kat atas tu ye. Kali ni aku nak kongsikan resepi nasi ayam sedap pula, sedap dan mabelesss gitu! Kang menjilat jari ko tu. Resepi ini bukanlah susah mana, janji ko reti nak masak sup ayam. Aku bukanlah penggemar nasi ayam tapi kalau setiap kali keluar pergi mall, aku akan cari nasi ayam the chicken rice shop tu. Huhuhu. Kat situ jelah yang sedap.

Tanpa melengahkan masa, jomlah kita cuba buat resepi nasi ayam simple ini ye.

Resepi Nasi Ayam

Resepi Nasi Ayam Che Nom? Jom Kita Cuba Buat

Ikuti step dan langkah-langkah di bawah untuk membuat resepi nasi ayam viral dengan teratur supaya ko tidak bercelaru ketika memasak.

1) SUP AYAM 

Bahan-bahan untuk sup ayam:

  • 1 ekor ayam - tidak dipotong
  • 3 hiris halia
  • 2 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak bijan
  • Air secukupnya

Cara penyediaanya:

1. Didihkan air satu periuk. Masukkan seekor ayam (tanpa dipotong) yang telah dibersihkan. 
2. Tambahkan bahan di bawah dalam sup; - 2-3 hiris halia - 2 kiub pati ayam - Garam secukup rasa - Setitis minyak bijan 
3. Angkat ayam selepas separa masak. 
4. Untuk hidangan sup nanti tambahkan sedikit bawang goreng & taburan daun bawang. 

2)NASI AYAM 

Bahan-bahan untuk nasi ayam:
  • 2 pot beras wangi Thai Floral
  • 3 sudu besar marjerin jenama Pelangi
  • 2 hiris halia
  • 1 helai daun pandan
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit garam
Cara penyediaanya:

1. Cuci 2 pot beras wangi Thai Floral. 
2. Panaskan dalam kuali 3 sudu besar marjerin Pelangi. 
3. Tumis 2 hiris halia & 1 helai simpulan daun pandan. 
4. Selepas marjerin cair, masukkan beras tadi. Balik-balikkan 1-2 minit. 
5. Pindahkan beras ke dalam periuk nasi. 
6. Sendukkan kuah sup secukupnya.
 7. Masukkan: - secubit pewarna kuning - 1 sudu besar gula - Secubit dua garam (Seimbangkan kedua rasanya) 
8. Masak nasi seperti biasa. Nasi yang sudah masak dikaup balik supaya tekstur nasi berderai dan cantik. 

Resepi Nasi Ayam

3) AYAM ROASTED 

Bahan-bahan untuk ayam roasted:
  • 4 sudu besar kicap lemak manis 
  • 3 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar sos honey BBQ 
  • 2 hiris halia 
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • Sedikit marjerin Pelangi
Cara Penyediaannya:

1. Gabungkan kesemua bahan perap di atas. Lumur rata pada ayam iaitu 4 sudu besar kicap lemak manis, 3 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos honey BBQ, 2 hiris halia, 2 ulas bawang putih (diketuk) 2. Perap selama 1/2 jam 
3. Sebelum dibakar dalam AF, sapu sedikit marjerin Pelangi untuk rupa kulit ayam yang cantik berkilat. 4. Bakar dalam suhu 180-200 C selama 20-25 minit. (Atau guna suhu yang bersesuaian) 
5. Balikkan ayam depan belakang supaya masaknya elok sekata. 
6. Selepas direhatkan 10 minit selepas masak, potong ayam kepada bahagian kecil. 

*Ada beza ya masak seekor macam ni sebelum dipotong sebab isi ayam yang terhasil lebih juicy* 

4) SAMBAL CILI 

Bahan-bahan untuk sambal cili:
  •  7 tangkai cili merah dipotong 
  • 3 hiris halia 
  • 1 labu bawang putih jeruk (dikupas kulitnya)
  • 2 sudu besar cuka 
  • Gula dan garam secukup rasa
Cara Penyediaannya:

1. Masukkan kesemua bahan ini dalam blender iaitu 7 tangkai cili merah dipotong, 3 hiris halia, 1 labu bawang putih jeruk (dikupas kulitnya) Masukkan sedikit airnya. Masukkan 2 sudu besar cuka. Gula dan garam secukup rasa 
2. Kisar sampai lumat 
3. Sedia untuk dihidangkan. *tak perlu panaskan atas api@campur dengan kuah sup untuk sambal cili yang lebih sedap* 

5) SAMBAL KICAP 

Bahan-bahan untuk sambal cili:
  •  1 senduk kicap cair
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu kecil kuah sup 
Cara Penyediaannya:

1. Tuang baki bahan perapan ayam tadi dalam periuk. 
2. Tambahkan, 1 senduk kicap cair, 1 sudu besar minyak bijan dan 1 senduk kecil kuah sup 
3. Didihkan seketika sebelum ditutup apinya.


Perghhh...

Senang je kan nak buat? Aku dah tunjuk satu persatu step untuk buat resepi nasi ayam sedap ini untuk korang. Selamat mencuba ye gais!


5 Februari 2023

Resepi Nasi Briyani Ayam Dijamin Sedap Dan Mudah

Resepi Nasi Briyani Ayam Dijamin Sedap Dan Mudah

Selain nasi minyak, nasi briyani juga mendapat perhatian di dalam pelbagai jenis majlis. Ada juga yang membuat menu ini sebagai menu hari raya Aidilfitri.

Ia bukan saja diminati di negara Timur Tengah tetapi termasuk Malaysia yang terkenal dengan berbilang bangsa dan kaum. Mungkin kerana campuran rempah ratus yang istimewa ditambah dengan sambal berserta lauk pauk yang biasanya dimasak bersama kambing, daging dan ayam yang menjadikan makanan ini sangat lazat dan menyelerakan.

Jika anda teringin nak makan atau nak cuba buat sendiri di rumah, saya kongsikan menu istimewa ini dengan kaedah yang mudah dan express yang dibawakan khas daripada seorang pengguna Facebook milik Hana Amanda yang kini viral di laman sosial.

Biasanya untuk masak masakan ini, ia menggunakan beras Basmathi khas termasuk rempah ratus untuk daging atau ayam mengikut citarasa masing-masing untuk memilih jenis lauk-pauk yang diinginkan.

Resepi Nasi Briyani Ayam Dijamin Sedap

Resepi Nasi Briyani Ayam
Nasi Briyani Ayam

Untuk anda yang ingin mencuba resepi nasi briyani ini, sila ikuti langkah demi langkah seperti yang ditunjukkan di bawah dan pastikan anda tidak skip step yang dipaparkan.

Bahan-bahan: 

A) Bahan-bahan untuk ayam briyani: 

  • 1 ½ ekor ayam 
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit 
  • 2 sudu kecil garam 
  • 2 senduk minyak gorengan ayam 
  • 1 sudu besar minyak sapi 
  • Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 3 cengkih, 4 pelaga) 
  • 1 biji bawang besar 
  • 2 helai daun pandan 
  • 2 sb bawang putih kisar 
  • 2 sb halia kisar 
  • 5 sb rempah briyani 
  • 5 tangkai cili hijau besar 
  • ½ cwn kismis goreng 
  • 3 biji tomato 
  • 2-3 sb tomato puree 
  • 4 sb sos cili 
  • 2 keping daun bay 
  • 2-3 sb yogurt asli 
  • ½ cwn susu cair 
  • 3 sb bawang goreng 
  • Garam secukup rasa 
  • Daun ketumbar 

B) Bahan-bahan nasi briyani: 

  • 2 sb minyak sapi 
  • 2 sb minyak masak 
  • Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 3 cengkih, 4 pelaga) 
  • 1 sb bawang putih kisar 
  • 1 sb halia kisar 
  • 2 helai daun pandan 
  • 1-2 biji tomato 
  • 4 cwn beras 
  • 5 cwn air 
  • 1 sb gula batu 
  • Garam secukup rasa 
  • ½ cwn kismis 
  • 1 cwn susu cair 
  • 2-3 senduk kuah ayam briyani 
  • Pewarna oren & kuning 
  • 2 sb minyak sapi cair 

Bahan-bahan acar mentah: 

  • 1 batang timun 
  • ½ -1 batang karot 
  • 1 biji bawang besar 
  • Cili padi 
  • 2 potong nenas 
  • 2-3 sb jus limau 
  • 2 sb pati oren sunquick 
  • 1 sudu besar gula 
  • Sedikit garam 

Cara Penyediaan: 

A) Cara-cara untuk ayam briyani: 

1) Kisar halus bawang putih dengan sedikit air atau minyak diikuti dengan halia bawang merah, tomato, dan cili hijau. Kisar halus setiap bahan secara berasingan. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam, lalu perap seketika. Bancuh rempah briyani dengan air dan gaul sebati. 

2) Gaul sedikit garam pada hirisan nipis bawang merah dan goreng sehingga keperangan. Goreng kismis sekejap dalam anggaran masa 2-3 minit. Goreng perapan ayam sehingga separuh masak. 

3) Dengan gunakan minyak yang sama, masukkan minyak sapi, rempah 4 sekawan, hirisan bawang besar dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau. Tumis pes kisar halus bawang putih dan halia sehingga agak garing. 

4) Masukkan bancuhan rempah briyani, pes kisar cili hijau besar dan pes tomato. Masukkan ayam goreng, kismis goreng, tomato puree, sos cili, daun bay, yogurt asli, susu cair, bawang goreng dan garam secukup rasa. 

5) Masak kesemua bahan sehingga kuah ayam briyani menjadi pekat. Taburkan dengan daun ketumbar dan bawang goreng. 

B) Cara-cara untuk nasi briyani: 

1) Goreng gajus sehingga agak kekuningan. Panaskan minyak sapi dan minyak masak, lalu tumis rempah 4 sekawan, pes kisar bawang putih, pes kisar halia, daun pandan, tomato dadu dan beras basmathi. 

2) Masukkan daun bay, air, gula batu dan garam secukup. Kacau sehingga bahan sebati. Tutup sekejap sehingga agak kering. Tambah kismis dan susu cair, lalu masak sehingga kering. Tuang sedikit kuah ayam briyani dalam nasi. 

3) Tambah pewarna oren dan kuning, bawang goreng, gajus goreng dan daun ketumbar. Masak sehingga kering. Tuang minyak sapi yang telah dicairkan. 

C) Cara-cara untuk acar mentah: 

1) Potong bahan-bahan acar. Masukkan jus limau, pati oren sunquick, gula dan sedikit garam. Kacau sebati dan tambah sedikit air jika perlu. Sejukkan sekejap dalam peti ais. 

Kesimpulan

Sebenarnya, nasi briyani ini mempunyai berbagai versi serta lain orang, lain pula cara masaknya, ada yang hanya guna pressure cooker seperti Noxxa, Sharp dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing. 

Selain itu, sebagai tukang masak, anda boleh olahkan bahan dan resepi ini dengan memasukkan bahan lain yang sesuai, manalaha tahu akan jadi lebih sedap boleh buat bisnes ke antarabangsa, siapa tahu kan? 

Semoga perkongsian puan Hana Amanda, resepi nasi briyani ayam yang amat mudah dan ringkas ini dapat membantu anda untuk menyediakan masakan ini di rumah dengan jayanya. Semoga bermanfaat.

29 Ogos 2022

Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap, Cepat Dan Mudah Disediakan

Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap, Cepat Dan Mudah Disediakan

Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap, Cepat Dan Mudah Disediakan |  Lama juga tak pekena nasi ayam penyet! Sambalnya yang dapat memikat selera. Kadang tu rasa nak beli je sambal ayam penyet, sedap jugak kalau cecah dengan ulam-ulaman. 


Mak pula suka hidangkan menu ni masa majlis kenduri kendara. Makanan yang mudah ni lagi cepat kita nak siapkan. Aku ingat lagi, bila aku cuba sambal ayam penyet yang orang jawa betul, nasib baik masa mengandung tak mengidam.

Aku kongsikan dengan korang semua resepi nasi ayam penyet yang sangat mudah dan simple. In syaa Allah pasti menjadi punya kalau korang cuba resepi di bawah ni. Nanti bolehlah menayang skill masak dengan mak mertua korang sekalian. 

Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap, Cepat Dan Mudah Disediakan

Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap


Jika ko suka, ko boleh cuba buat dengan menggunakan resepi ini di rumah kerana bila buat sendiri lebih puas hati makan sampai menambah-nambah kerana jumlahnya lebih banyak daripada yang dijual di kedai dan gerai.

Jomlah kita buat!

#1 Sambal Nasi Ayam Penyet

Bahan-bahan yang digunakan:

  • Bawang besar 1 labu
  • Bawang putih 3 ulas 
  • Lada merah 4 biji
  • Lada melaka hijau 20 biji
  • Tomato 3 biji 
  • Sedikit belacan (nak masukkan ikan bilis pun boleh)

Cara - cara untuk membuat sambal nasi ayam penyet resepi :


1) Bahan-bahan basuh bagi bersih dan gorengkan di dalam kuali sehingga layu.
2) Toskan bahan yang sudah digoreng lalu masukkan ke dalam blender. Nak tumbuk pun boleh, tumbuk sampai lumat sedikit.
3) Blender dengan sedikit sahaja air. Masukkan garam gula dan ajinomoto. Blender tu jangan sampai hancur ye, sedang-sedang sahaja.
4) Siap! Masukkan ke dalam bekas. 

Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap

#2 Ayam Goreng Penyet

Bahan-bahan yang digunakan :

  • 1/2 kilo ayam yang sudah dibasuh bersih
  • 4 Sudu tepung gandum
  • 4 sudu tepung jagung
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk kari daging
  • Garam
  • Ajinomoto

Cara - cara untuk membuatnya :

1) Basuh ayam sehingga bersih.
2) Masukkan ayam ke dalam bekas dan masukkan 4 sudu tepung gandum, 4 sudu tepung jagung, sedikit serbuk kunyit, serbuk kari daging dan garam bersama ajinomoto.
3) Salut dan perapkan ayam dengan bahan diatas sehingga sebati. Lagi lama perap, lagi sedap.
4) Goreng dengan minyak dan api sederhana.
5) Siap dan bolehlah dihidangkan bersama tempe goreng, sambal nasi ayam penyet dan kacang panjang.

Akhir kata

Mudah sangat kan? Ko boleh je buat sup kosong dan makan bersama nasi ayam penyet ni tapi aku lagi suka makan tanpa sup. Aku nak nikmati sambal nasi ayam penyet dan ayam gorengnya. Perghhh meletop dalam mulut ni tau. 

Nasi ayam penyet ni tak perlu pun nak susah-susah dan cerewet. Cuma guna nasi putih sahaja. Ayam gorengnya pula tak susah kan? Bahan-bahan pun aku dah sediakan. Bolehlah cuba petang nanti untuk dijadikan hidangan berbuka.

Diharap perkongsian resepi nasi ayam penyet sedap dan sangat simple ini dapat membantu korang untuk sediakan masakan ini di rumah atau di mana sahaja anda berada, semoga dipermudahkan urusan dan semoga bermanfaat. 

Selamat mencuba!