Siakap Langkawi? 7 Koleksi Resepi Ikan Siakap Pasti Menyelerakan

Bismillah.
Assalammualaikum. 

Siakap Langkawi? 7 Koleksi Resepi Ikan Siakap Pasti Menyelerakan | Baru-baru ni tular kisah dimana seorang pelanggan membayar RM1196.80 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram di sebuah pusat peranginan Langkawi. Heboh sampai ke hari ni tau kes pelanggan ni, bukan satu orang yang terkena, aku baca je dah lebih 3 orang yang terkena. Mahu tak geleng kepala ketika nak bayar, kalau aku ni dah confirm terjun laut wei. 

Korang tak perlu susah-susah ke Langkawi dan bazirkan duit lebih dari 4 angka untuk menikmati hidangan ikan siakap, di bawah ni aku kongsikan resepi ikan siakap, beli jer ikan siakap kat pasar, kemudian masak sendiri je di rumah. Dah tentu jimat dan lagi sedap! 

Di sini ada 7 resepi ikan siakap untuk kita cuba bersama-sama :


Resepi Ikan Siakap

#1 Ikan Siakap Masak Sweet Sour Thai


Bahan-bahan yang diperlukan : 

Ikan siakap - gaul garam kunyit dan sedikit tepung jagung
3 ulas bawang putih - mayang halus
1 biji bawang besar - mayang kasar
1 inci halia - mayang halus
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos cili masam manis thai (botol warna putih merah)
Sedikit sos tiram
Lada benggala merah dan hijau - potong dadu
Nenas - potong dadu
Garam secukup rasa kalau masih tawar


Cara - cara penyediaan :

1. Tumis bahan yang dimayang sampai wangi dengan sedikit minyak.

2. Kemudian, masukkan sos tomato, sos cili, sos cili masa manis thai dan sekidit air. Kacau sebati. Biarkan mendidih.

3 Masukkan lada benggala dan nenas.

4. Dah secukup rasa masam manis. Tutup api.

5. Tuangkan kuah tersebut ke atas ikan.

6. Siap untuk di hidang.


Resepi Ikan Siakap


#2 Ikan Siakap Stim Tomyam Putih


Bahan-bahan yang diperlukan : 

1 ekor siakap sederhana besar
1 peket pes tomyam putih
1 biji bawang merah - mayang halus
2 inci halia - potong halus
Daun limau purut
Daun ketumbar - mayang halus
Cili hijau - mayang halus
1/2 kiub pati ayam
2 sudu besar sos ikan
1 biji limau nipis 
1 biji tomato
Garam secukup rasa


Cara - cara penyediaan :

1. Ratakan ikan dengan sedikit garam. Masukkan halia, daun limau purut, bawang dan cili bersama sedikit pes tomyam putih ke dalam perut ikan.

2. Pes yang lebih, lumurkan pada ikan. Lumur sehingga sebati bagi kedua-dua belah badan.

3. Kemudian, taburkan semua bahan yang dipotong. Perahkan asam limau nipis dan curahkan bancuhan sos ikan bersama kuib pati ayam adabi.

4. Kukus sehingga ia masak. Lepas masak boleh tabur daun ketumbar, cili dan tomato untuk hiasan.


Resepi Ikan Siakap


#3 Ikan Siakap Masak Kengsom


Bahan-bahan yang diperlukan : 

1 ekor ikan siakap
3 tangkai cili merah - buang biji (*)
Beberapa biji cili api (*) - letak 2 biji je kalau tak nak pedas
1 sk serbuk kunyit
1 inci halia (*)
1 biji bawang merah besar (*)
4 ulas bawang putih (*)
1 batang serai (*)
1 inci belacan (*)
Air asam jawa secukup rasa
1 biji tomato - belah 6
1 biji limau nipis - ambil jus
Nenas masak secukupnya
Kangkung secukupnya


Cara - cara penyediaan :

1. Kisar bahan- bahan bertanda (*) kemudian masukkan ke dalam periuk

2. Masukkan air. Masukkan serbuk kunyit. Kacau rata. Biarkan mendidih.

3. Masukkan hirisan nenas.

4. Masak bahan tadi hingga mendidih kemudian tambahkan air asam jawa.

5. Seterusnya, masukkan ikan dan tomato. Biar hingga masak.

6. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.

7. Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. Padam api dan sedia untuk dinikmati.


Resepi Ikan Siakap


#4 Ikan Siakap Masak Asam Pedas


Bahan-bahan yang diperlukan : 

Bahan A

1 ekor ikan siakap (potong 3)
4 batang kacang bendi
Daun kesum
1 tangkai bunga kantan
150 gm cili giling atau cili boh
3 cawan air
Sedikit air asam
Garam secukup rasa
Minyak masak

Bahan B

10 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1/2 inci belacan


Cara - cara penyediaan :

1. Kisar bahan-bahan B hingga lumat.

2. Kemudai, tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau.

3. Masukkan cili giling/cili boh. Kacau sehingga garing. Kalau nak pedas kawkaw boleh tambah lagi cili giling tu.

4. Masukkan 3 cawan air dan biarkan mendidih. Kemudian, masukkan ikan siakap dan biarkan separuh masak.

5. Selepas itu, masukkan bunga kantan, air asam jawa, daun kesum dan bendi. Daun kesum tu main campak sesuka hati je. Letak 1-2 tangkai pun dah cukup.

6. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Kacau sikit saja manja-manja gitu sekadar nak bagi semua sebati. Jangan kacau kuat-kuat nanti bercerai ikan tu dari tulang. Biarkan saja sehingga masak. Dalam 10 minit macam tu okay dah ikan masak sedang elok. 10 minit tu dari mula-mula masukkan ikan tau. Okay siap boleh makan. 


Resepi Ikan Siakap


#5 Ikan Siakap 3 rasa


Bahan-bahan yang diperlukan :

Bahan A

Ikan siakap
Kunyit
Garam
* Lumur ikan dengan kunyit dan garam

Bahan B

3 sb cili kisar 
3 sb sos cili
2 sb sos tomato
2 sb sos tiram
1 1/2 sb sos plum
Garam
Sedikit gula

Bahan C

3 ulas bawang putih (cincang halus)
Bawang besar 1 biji (Potong dadu)
Lada kecil potong halus (ikut kepedasan masing-masing)

Bahan D

Timun potong dadu
Nenas potong dadu
Tomato potong dadu


Cara - cara penyediaan :

1. Gorengkan bahan A hingga garing dan ketepikan

2. Tumis bahan c hingga naik bau. Masukkan bahan b, biarkan seketika.

3. Masukkan bahan d biarkan seketika, jangan terlalu lama

4. Angkat dan siap untuk di hidang.


Resepi Ikan Siakap

#6 Siakap Bakar Petai


Bahan-bahan :

1 ekor ikan siakap
1 keping asam gelugur
50gm petai
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Daun pisang dan aluminium foil secukupnya

Bahan kisar : 

5 ulas bawang merah
1 biji bawang merah
3 ulas bawnag putih
2cm kunyit
2cm halia
2cm lengkuas
1 batang serai
10 biji cili kering
2cm belacan

Cara Memasak : 

1. Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi.

2. Masukkan air dan asam gelugur. Masak sehingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat.

3. Letak aluminium foil dan alaskan dengan daun pisang. Sudukan sambal yang dimasak tadi dan ratakan.

4. Letak ikan dan sudukan lebihan sambal sehingga rata. Taburkan petai dengan secukupnya.

5. Bungkus ikan dengan kemas dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.

6. Angkat dan nikmati bersama nasi putih. 


Resepi Ikan Siakap


#7 Ikan Siakap Kukus Halia


Bahan-bahan yang diperlukan :

1 ekor ikan siakap - dibersihkan dan kelar sedikit
2 inci halia - di hiris halus
3 biji bawang merah  - di hiris halus
2 ulas bawang putih  - di hiris halus
10 biji cili padi - dipotong atau dititik
Daun ketumbar - dihiris
Daun bawang
1/2 batang lobak merah - di hiris memanjang
2-5 cendawan shitake - di hiris halus
1 biji air limau nipis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil gula
4 sudu besar air


Cara penyediaannya :

1. Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pinggan bujur.

2. Masukkan semua bahan lain ke dalam mangkuk dan gaul hingga rata.

3. Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.

4. Siap untuk dihidang dan hias dengan daun bawang dan cili merah.



Semoga perkongsian resepi ikan siakap ini dapat memudahkan urusan ramai orang di luar sana yang berminat untuk masak menu siakap sendiri. 


Kredit : FB Nisah Husin







1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Dari 7 tu ammi suka kengsom, stim halia, asam pedas dan bakar petai.

    Beli sekor harga kurang rm15 pon..lagi puas hati makan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama