Resepi Nasi Briyani Ayam Dijamin Sedap Dan Mudah

Selain nasi minyak, nasi briyani juga mendapat perhatian di dalam pelbagai jenis majlis. Ada juga yang membuat menu ini sebagai menu hari raya Aidilfitri.

Ia bukan saja diminati di negara Timur Tengah tetapi termasuk Malaysia yang terkenal dengan berbilang bangsa dan kaum. Mungkin kerana campuran rempah ratus yang istimewa ditambah dengan sambal berserta lauk pauk yang biasanya dimasak bersama kambing, daging dan ayam yang menjadikan makanan ini sangat lazat dan menyelerakan.

Jika anda teringin nak makan atau nak cuba buat sendiri di rumah, saya kongsikan menu istimewa ini dengan kaedah yang mudah dan express yang dibawakan khas daripada seorang pengguna Facebook milik Hana Amanda yang kini viral di laman sosial.

Biasanya untuk masak masakan ini, ia menggunakan beras Basmathi khas termasuk rempah ratus untuk daging atau ayam mengikut citarasa masing-masing untuk memilih jenis lauk-pauk yang diinginkan.

Resepi Nasi Briyani Ayam Dijamin Sedap

Resepi Nasi Briyani Ayam
Nasi Briyani Ayam

Untuk anda yang ingin mencuba resepi nasi briyani ini, sila ikuti langkah demi langkah seperti yang ditunjukkan di bawah dan pastikan anda tidak skip step yang dipaparkan.

Bahan-bahan: 

A) Bahan-bahan untuk ayam briyani: 

  • 1 ½ ekor ayam 
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit 
  • 2 sudu kecil garam 
  • 2 senduk minyak gorengan ayam 
  • 1 sudu besar minyak sapi 
  • Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 3 cengkih, 4 pelaga) 
  • 1 biji bawang besar 
  • 2 helai daun pandan 
  • 2 sb bawang putih kisar 
  • 2 sb halia kisar 
  • 5 sb rempah briyani 
  • 5 tangkai cili hijau besar 
  • ½ cwn kismis goreng 
  • 3 biji tomato 
  • 2-3 sb tomato puree 
  • 4 sb sos cili 
  • 2 keping daun bay 
  • 2-3 sb yogurt asli 
  • ½ cwn susu cair 
  • 3 sb bawang goreng 
  • Garam secukup rasa 
  • Daun ketumbar 

B) Bahan-bahan nasi briyani: 

  • 2 sb minyak sapi 
  • 2 sb minyak masak 
  • Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 3 cengkih, 4 pelaga) 
  • 1 sb bawang putih kisar 
  • 1 sb halia kisar 
  • 2 helai daun pandan 
  • 1-2 biji tomato 
  • 4 cwn beras 
  • 5 cwn air 
  • 1 sb gula batu 
  • Garam secukup rasa 
  • ½ cwn kismis 
  • 1 cwn susu cair 
  • 2-3 senduk kuah ayam briyani 
  • Pewarna oren & kuning 
  • 2 sb minyak sapi cair 

Bahan-bahan acar mentah: 

  • 1 batang timun 
  • ½ -1 batang karot 
  • 1 biji bawang besar 
  • Cili padi 
  • 2 potong nenas 
  • 2-3 sb jus limau 
  • 2 sb pati oren sunquick 
  • 1 sudu besar gula 
  • Sedikit garam 

Cara Penyediaan: 

A) Cara-cara untuk ayam briyani: 

1) Kisar halus bawang putih dengan sedikit air atau minyak diikuti dengan halia bawang merah, tomato, dan cili hijau. Kisar halus setiap bahan secara berasingan. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam, lalu perap seketika. Bancuh rempah briyani dengan air dan gaul sebati. 

2) Gaul sedikit garam pada hirisan nipis bawang merah dan goreng sehingga keperangan. Goreng kismis sekejap dalam anggaran masa 2-3 minit. Goreng perapan ayam sehingga separuh masak. 

3) Dengan gunakan minyak yang sama, masukkan minyak sapi, rempah 4 sekawan, hirisan bawang besar dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau. Tumis pes kisar halus bawang putih dan halia sehingga agak garing. 

4) Masukkan bancuhan rempah briyani, pes kisar cili hijau besar dan pes tomato. Masukkan ayam goreng, kismis goreng, tomato puree, sos cili, daun bay, yogurt asli, susu cair, bawang goreng dan garam secukup rasa. 

5) Masak kesemua bahan sehingga kuah ayam briyani menjadi pekat. Taburkan dengan daun ketumbar dan bawang goreng. 

B) Cara-cara untuk nasi briyani: 

1) Goreng gajus sehingga agak kekuningan. Panaskan minyak sapi dan minyak masak, lalu tumis rempah 4 sekawan, pes kisar bawang putih, pes kisar halia, daun pandan, tomato dadu dan beras basmathi. 

2) Masukkan daun bay, air, gula batu dan garam secukup. Kacau sehingga bahan sebati. Tutup sekejap sehingga agak kering. Tambah kismis dan susu cair, lalu masak sehingga kering. Tuang sedikit kuah ayam briyani dalam nasi. 

3) Tambah pewarna oren dan kuning, bawang goreng, gajus goreng dan daun ketumbar. Masak sehingga kering. Tuang minyak sapi yang telah dicairkan. 

C) Cara-cara untuk acar mentah: 

1) Potong bahan-bahan acar. Masukkan jus limau, pati oren sunquick, gula dan sedikit garam. Kacau sebati dan tambah sedikit air jika perlu. Sejukkan sekejap dalam peti ais. 

Kesimpulan

Sebenarnya, nasi briyani ini mempunyai berbagai versi serta lain orang, lain pula cara masaknya, ada yang hanya guna pressure cooker seperti Noxxa, Sharp dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing. 

Selain itu, sebagai tukang masak, anda boleh olahkan bahan dan resepi ini dengan memasukkan bahan lain yang sesuai, manalaha tahu akan jadi lebih sedap boleh buat bisnes ke antarabangsa, siapa tahu kan? 

Semoga perkongsian puan Hana Amanda, resepi nasi briyani ayam yang amat mudah dan ringkas ini dapat membantu anda untuk menyediakan masakan ini di rumah dengan jayanya. Semoga bermanfaat.

0 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama