Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dah Cuba Homemade Prosperity Burger Ala McDonalds? Ini Resepinya! | Zaman sekarang ni, apa je makanan yang tak boleh buat secara 'homemade'? Rata-rata banyak je menu yang boleh homemade termasuklah burger. No wonderlah orang siap berniaga lagi dari rumah. Cuma ikut pada kerajinan dan kemalasan individu tersebut. Betul tak?

Pernah makan tak Prosperity Burger di McDonalds? Menu nilah ramai yang tergila-gilakan. Setahu daku, hanya setahun sekali sahaja McDonalds keluarkan menu prosperity burger ni. Sebab tu, ramai tau yang kempunan dengan burger ni. Bayangkan promo Hello Kitty dulu tu, penuh dan berderet orang beratur tau. Apatah lagi prosperity burger ni, dah tentu ramai yang tergilakan.

Jadi, hari ni daku nak kongsikan kepada korang semua homemade prosperity burger ala McDonalds. 
Korang boleh buat di rumah bersama keluarga tersayang, dah tak perlu dah nak beratur di McD. Buat je kat rumah, ikutlah kemampuan nak buat sebanyak yang mana. 


Jom Buat Homemade Prosperity Burger Ala McDonalds!



Tentang bahan-bahan nak buat homemade prosperity burger ni, korang tak perlu pening dan runsing. Barang-barang tersebut tersangatlah mudah didapati di Malaysia ni, tak perlu nak shipping dari luar negara bagai. Nak tahu apa bahan-bahan yang diperlukan?


Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat homemade prosperity burger : 


  • Satu buku roti gardenia
  • Sepeket daging Ramly
  • 1 biji bawang holand
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 gelas air
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Lada hitam ditumbuk
  • Garam secukup rasa


Cara -cara untuk membuat homemade prosperity burger :


1. Sediakan roti


Langkah pertama, korang kena cari roti gardenia yang jenis macam di atas tu. Kalau selain roti gardia yang jenis macam tu pun boleh juga, janji roti jenis memanjang. Korang potong dua roti ni. Sapukan butter pada roti dan korang gorengkan di atas kuali bersama sedikit butter atau minyak. Ala-ala buat burger tu. Tahu kan? Korang ketepikan dulu roti ni. 


2. Uli  dan goreng daging


Korang bolehlah ulikan daging Ramly yang dah lembut, kalau keras memang tak bolehlah nak uli. Korang kena bentukkan daging ni macam di dalam gambar. Dah roti memanjang, takkan nak bentukkan daging secara petak pulak. Tak ke pelik nanti? Dalam kulai yang berisi minyak panas, korang bolehlah gorengkan daging yang dah uli. Jangan sampai rentung pulak tau. Tak sedap nanti.


Jangan Lupa Buat Sos Homemade Prosperity Burger Pula!



Dah settle part roti burgger dan daging, jom beralih ke langkah yang seterusnya iaitu sos homemade prosperity burger. Setakat ni, susah tak nak ikut resepi ni? Rasanya tak susah mana lagi kan. Hehehehe jom teruskan.


1. Masakkan sos di dalam kuali


Korang panaskan 2 sudu besar butter di dalam kuali dan masukkan 2 sudu besar tepung gandum. Koarang kacau sampai jadi warna emas tapi warna hangit tau. Ingat tu. Masukkan 1 gelas air dan kacau lagi sampai sebati. 

2. Masukkan bahan


Bila dah kacau butter, tepung dan segelas air, korang masukkan pula 1 biji bawang besar yang dipotong secara dadu ke dalam sos tadi tu. Setelah itu, masukkan lada hitam yang dah ditumbuk, sos tiram, kicap dan garam secukup rasa. Kacau sehingga pekat dan rasalah sos tersebut. Kalau tiada rasa, tambahlah perisa. Adjust ikut kesesuaian tekak. 

3. Siap untuk dihidang.


Sos dah siap masak, korang celupkan atau gaulkan daging yang dah digoreng ke dalam sos. Korang letakkan di atas roti dan hiaskan dengan bawang holand yang dah dihiris halus dan dah siap! Korang bolehlah hidangkan untuk keluarga tersayang. Bolehlah makan diwaktu petang atau malam. 


CUBA RESEPI MENARIK LAIN




Alhamdullilah siap juga homemade prosperity burger ala McDonalds! Siapa kata susah tu? Babap kang baru tahu. Senang je tau resepi ni, tak perlu pun masak berjam-jam. Bukannya nak buat nasi dagang, nasi dagang ye memang berjam nak siapkan tau. Homemade prosperity burger ni campak-campak bahan, eh siap dah. 

Takkan korang nak habiskan masa dengan beratur di McDonals? Better beli bahan dan buat sendiri di rumah. Bolehlah makan bertambah-tambah. Bukan ke anak-anak lagi suka? Dah boleh merapatkan silaturahmi. Lepas PKP ni, ibu bapa semua dah mula bekerja kan? Apa salahnya cuba menu ni di waktu weekend nanti, buat bersama anak-anak pun boleh.

Selamat mencuba semua!


2 Ulasan

  1. Wah rajin2 nanti boleh lah try ni :)

    BalasPadam
  2. Boleh try nanti. Mana2 yang family besar, anak ramai ke, boleh try resepi ni kan.. jimat belanja, sedap pun sedap!

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!