
Resepi Sizzling Yee Mee Tanpa Hot Plate Yang Menggetarkan Lidah Anda. | Lama jugakan tak pekena sizzling yee mee? Semenjak PKP & PKPB, kebanyakkan mall dah tutup bahagian makan kan? 3 bulan juga tak merasa sizzling yee me ni ditambah lagi dengan bulan puasa, mahu tak mengidam makan sizzling yee mee.
Korang jangan risau, daku tahu citarasa korang di dalam keadaan PKPB ni. Hari ni daku nak kongsikan resepi sizzling yee mee tanpa hot plate. Jangan ingat dengan hot plate je boleh buat sizzling yee mee ni. Tanpa hot plate pun , dah confirm menjadi sizzling yee mee ni. Jadi selamat mencuba semua!
Tanpa Hot Plate, Dah Boleh Buat Sizzling Yee Mee?
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sizzling yee mee tanpa hot plate:
- 3 keping yee mee kering
- 10 tangkai cili kering di potong besar-besar
- 4-5 biji cendawan shitake dihiris tebal
- 10 biji bawang putih dihiris
- 3 inci halia dihiris halus
- 200 gram isi ayam dipotong kecil
- 4 sudu besar sos tiram
- 1 cawan kicap manis (apa-apa jenis kicap pun ok)
- 1 sudu besar lada hitam ditumbuk
- 1-2 sudu lada hitam serbuk
- 4 biji telur ayam
- 1 cawan minyak masak
- 1 sudu besar minyak bijan
- 4-5 cawan air
- 2 sudu besar tapung jagung
- 3 tangkai sawi dihiris besar
- Garam secukup rasa
Cara penyediaan sizzling yee mee tanpa hot plate:

#1 Tumiskan Bahan
Panaskan minyak masak, tumis bawang ptuih, halia dan cili kering hingga perang. Masukkan ayam, tumiskan hingga kecut bersama lada hitam tumbuk dan serbuk lada hitam sehingga ayam kecut. Masukkan cendawan, sos tiram, kicap manis dan 4 cawan air.

#2 Bancuhkan Air Untuk Pekatkan Kuah
Korang bancuhkan secawan air bersama 2 sudu tepung gandum untuk pekatkan kuah. Tuangkan ke dalam kuah. Renihkan 2 minit. Perasakan dengan garam, tak perlu banyak kerana kicap dah cukup masin. Masukkan sesudu minyak bijan.

#3 Pecahkan Telur
Pecahkan telur 4 penjuru berasingan dan jangan kacau kuah, kerana tak mahu telur pecah dalam kuah. Agak-agak bila telur dah sedikit masak, letakkan yee mee atas kauh dan terbalikkan mee bila dah kembang dan taburkan sayur sawi. Biarkan seketika. Siap untuk dihidang sizzling yee mee ni, tanpa hot plate pun tau, letak je ke dalam pinggan.
Nak Resepi Lagi?
Boleh tengok senarai resepi dibawah ini. Daku akan tambah koleksi resepi yang menarik dari semasa ke semasa.
- Himpunan 9 Resepi Nasi Goreng Yang Sedap, Mudah Dan Cepat Dibuat.
- Anda 'First Time' Masak Rendang? Ini Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap.
- 5 Koleksi Resepi Spaghetti Bikin Meleleh Air Liur!
- Resepi Begedil Daging, Sungguh Enak Di Makan Begitu Sahaja.
- Resepi Kerabu Maggi Ala Thai, Serupa Di Kedai Thailand
- Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi!
- Kek Pisang Coklat Cluster Kayangan, Bualan Netizen di Facebook.
- 9 RESEPI MASAKAN SAYUR, TAK KERING IDEA NAK MASAK APA
- RESEPI KEK MARBLE LEMBUT GEBU DENGAN GUNA SUKATAN CAWAN
- Memang Macam Di Indonesia, Ini Resepi Nasi Ayam Penyet Anda Patut Try!
Alhamdulillah, siap sudah sizzling yee mee tanpa hot plate. Jadi, korang tak perlu risau, resepi sizzling yee mee in syaa Allah pasti jadi. Selamt mencuba semua!
Kredit : Suzana Yaakub
4 Ulasan
aduhai, terus lapar tengok ni. lama dah tak makan
BalasPadamKami biasa buat kuah dia banyak2, pastu bekukan. Nak makan, amik sebijik mee masukkan dalam kuah beku yang telah dipanaskan. Sedap mee ni.
BalasPadamyummy!
BalasPadamsedapnya
BalasPadamkena cuba nih
Sila tinggalkan comment korang disini!