Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Jangan Buang Ketupat Raya, Jom Buat Lontong Goreng Yang Lazat. | Cepatnya masa berlalu, hari ni sudah raya ketiga. Ada yang masih beraya ke? Kerajaan sudah umum, kita hanya dibenarkan beraya dan menziarahi saudara-mara hanya pada raya pertama. Jika didapati pada raya kedua dan seterusnya, rumah kita mengadakan aktiviti kunjung mengunjung, tindakan bakal diambil oleh pihak berkuasa.

No photo description available.

Jadi, janganlah sengaja mencari masalah ye. Duduk diam-diam di dalam rumah. Eh, ketupat raya masih ada lagi hari ni? Cuba check ketupat raya tu, basi atau tidak? Jika tidak basi, bolehlah ketupat raya itu dijadikan lontong goreng yang lazat. Daku sendiri pun belum pernah merasai lontong goreng, nak juga merasa tapi ketupat raya pula dah basi. Adehh!

Hari ni daku nak kongsikan resepi lontong goreng yang lazat dengan menggunakan ketupat raya. Selamat mencuba semua!


Jangan Buang Lebihan Ketupat Raya, Jom Buat Lontong Goreng Yang Lazat.


Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat lontong goreng :


  • 1 mangkuk nasi impit (dipotong dadu)
  • 25 biji cili kering - jika suka kepedasan boleh ditambah lagi
  • 2 labu bawang merah dikisar halus
  • 4 ulas bwang putih
  • 2 sudu udang kering
  • 100 gram daging/ayam cincang
  • 2 sudu rempah kari
  • 2 biji telur
  • 1 mangkuk kecil sayur campur
  • 1 batang lobak merah - potong bulat jika suka
  • Sedikit kobis bunga dan putik jagung
  • Segenggam taugeh
  • Sedikit kicap manis dan kicap masin
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit daun sup dan bawang goreng (untuk taburan diatasnya)



Cara-cara untuk membuat lontong goreng :


Sila ikuti langkah dibawah dengan teratur, 


1. Tumiskan Bahan


Korang tumiskan bahan yang dikisar dan 2 sudu rempah kari hingga benar-benar garing dan naik bau. Kemudian, masukkan daging/ayam dan gaul hingga masak.

2. Masukkan Sayur-Sayuran


Bila daging/ayam sudah masak, korang masukkan lobak merah, kobis bunga dan putik jagung. Goreng sayur-sayuran ini sehingga lembut dan masukkan 1 mangkuk kecil sayur campur dan gaul rata.

3. Nasi Impit Dipotong Dadu


Selepas itu, nasi impit yang sudah dipotong dadu, korang masukkan ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati ye. 


No photo description available.


4. Letakkan Perasa


Korang masukkan kicap masin dan kicap manis, lebih kurang 2-3 sudu, jangan banyak-banyak nanti terlebih masin dan manis pula. Gaulkan rata tau. Jangan tak gaul nanti tak sebati rasa lontong goreng ni, masukkan taugeh dan gaul lagi bagi rata. 

5. Pecahkan Telur


Akhir sekali, lubangkan ditengah-tengah nasi impit dan pecahkan 1 biji telur sambil sesekali dikacau telur supaya masak. Dan gaulkan semua sekali sehingga rata.

6. Siap Sudah Lontong Goreng


Korang bolehlah rasa tahap masin, manis lontong goreng ni dan akhir sekali taburkan daun sup dan bawang goreng diatasnya jika suka.


Lontong Goreng? Orang Johor Yang Banyak Suka? Betul Ke?


Mesti korang dah tertelan air liur kan? Daku rasa lontong goreng ni agak popular di negeri Johor tapi daku sendiri yang berasal dari Johor pun belum pernah buat lagi lontong goreng ni. Nak nak bila buat lontong goreng dengan menggunakan lebihan ketupat raya. Biasanya raya kedua, tetamu dah jarang nak makan ketupat. 

Tapi, jika buang ketupat raya ni dah kira satu pembaziran, jadi tak salah jika kita olah sedikit lebihan makanan untuk dijadikan menu makanan yang sangat lazat. Daku harap kalian boleh mencuba resepi diatas untuk dijamu pada para tetamu.




Kredit : Kuali Mama






5 Ulasan

  1. Tak pernah buat lontong gorwng ni nanti nak try lah

    BalasPadam
  2. sedapnya! Tak pernah makan sebab selalunya ketupat raya habis dimakan haha tapi tengok resipi ni buat lapar pulak

    BalasPadam
  3. Kami kalau ada nasi impit tak habis, kami simpan buat bubur nasi.

    BalasPadam
  4. ni kawan saya orang Johor penah buatkan..
    sendiri tak penah buat lagi. sedap juga =)

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!