Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Resepi Tart Nenas Gebu Gebas Sukatan Cawan Yang Mudah | Lagi beberapa hari sahaja nak raya, walaupun kita sambut sangat bersederhana di seluruh Malaysia tetapi janganlah tak meraikan langsung. Disebabkan Covid-19, takkan kita nak berduka di pagi raya. Daku tahu tak semua keluarga dapat jumpa insan yang tersayang, ada yang bertahun berbulan tak dapat balik. Tapi apakan daya demi menjaga kesihatan diri dan keluarga. Kita tetap akur dengan kehendak Ilahi. In syaa Allah, di tahun seterusnya pasti hari raya Aidilfitri lagi meriah daripada tahun ini. 

Lama juga tak buat kuih raya, tahun lepas balik rumah mertua, langsung tak berkesempatan nak adun kuih raya. Jadi, dua hari ni daku sibuk dengan buat biskut raya, semalam buat tart nenas satu adunan tapi jem nenas pulak dah habis. Disebabkan dirumah mak ni ada 3 biji nenas yang tak tahu nak dibuat apa, mak daku ambil keputusan untuk buat jem nenas bagi buat tart nenas 2 adunan yang bakal diagihkan kepada abang-abang daku. 


Hari ni daku nak kongsikan dengan kalian semua satu resepi tart nenas gebu gebas sukatan cawan yang mudah dan senang untuk korang ikuti. Selamat mencuba semua!

Buat Jem Nenas, Maka Terhasillah Tart Nenas Gebu Gebas


Resepi di bawah ni daku menggunakan sukatan cawan, in syaa Allah mudah untuk korang ikuti tart nenas gebu gebas ni.


Bahan - bahan untuk membuat tart nenas :


  • 1 buku buttercup
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu makan susu pekat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • Sedikit pewarna kuning
  • Jem nenas

*Adunan ini untuk 1 adunan sahaja, andai nak buat 2 atau 3 adunan sila darab setiap bahan dengan berapa adunan yang mahu kita buat. Andai kata mahu buat 3 adunan, maka 2 cawan tepung gandum akan jadi 6 cawan tepung gandum.


Cara - cara untuk membuat doh/adunan tart nenas : 


1) Masukkan buttercup dan 1 biji kuning telur ke dalam bekas. Pukul sehingga putih tapi jangan overmixer pulak sebab kita bukannya nak buat kek pun. Pukul dengan bersederhana sahaja ye.




2) Masukkan satu sudu teh esen vanilla, dan pukul lagi. Masukkan juga bersama 3 sudu makan susu pekat, yang ni kita nak bagi kulit tart nenas ni rasa gebu gebas gitu. 

3) Setelah dipukul dengan menggunakan mixer, bolehlah cuci mixer. Sebab step seterusnya kita menggunakan tangan untuk mengadun. Pastikan tangan korang bersih ye sebelum nak mengadun tart nenas ni.


4) Masukkan 2 cawang tepung, 2 sudu makan tepung jagung dan 2 sudu makan tepung kastard. Uli sampai jadi doh. Bila dah jadi doh, masukkan pewarna kuning bagi doh ni nampak menarik sedikit warnanya setelah bakar.


5) Adun sampai jadi doh. Bila dah adun tu, automatik tangan kita takkan melekat dengan doh. Sebab adunan dah betul-betul diadun. 

6) Masukkan doh tart nenas ke dalam acuan tart nenas. Baru letakkan jem nenas di atas doh tersebut dan gulungkan, jangan tebal sangat nanti tak berasa sangat jem nenas tu.



7) Bolehlah sapu kuning telur diatasnya bagi mencantikkan lagi tart nenas. Barulah menambat hati para tetamu yang nak makan kuih raya.


8) Bakar dengan suhu 150 degree selama 15 minit.

9) Jadi, dah siap tart nenas gebu gebas, bolehlah simpan di dalam bekas kedap udara. 




Siapa kata buat tart nenas ni susah? Daku yang berbadan dua ni masih kuatkan semnagat nak siapkan tart nenas. Sampai senak perut duduk lama -lama tau. Alhamdulillah, berjaya buat 3 adunan tart nenas. 
Dapatlah dalam 2 balang besar. Hehehehe..

Sesiapa nak makan kuih tart nenas daku, meh beraya kat rumah. Tapi kena patuh dengan SOP ye! Selamat mencuba semua!
























3 Ulasan

  1. comelnyaaa tart tu semua kemas je jadi..
    kalo ct buat tatau apa rupa ehe tau makan ja..

    BalasPadam
  2. kita baru nak buat esok tart nenas heheheh

    BalasPadam
  3. Maybe boleh cuba pas raya. Nak pergi kedai beli bahan, bechenta sekarang ini. Boleh tahan panjang Qnya :)

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!