Tips Banyakkan Susu Badan Yang Paling Berkesan

Tips Banyakkan Susu Badan Yang Paling Berkesan | Hari ni aku nak share tips memperbanyakkan susu badan yang paling berkesan. Apa yang paling aku risaukan bila tiba tiba susu jadi drop. 

Mahu tak menangis histeria, matlamat aku nak bagi Luth susu sampai usia dia 2 tahun. Itu mind set pertama semenjak mengandungkan Luth. 

Memang susah bila kita sendiri pun bekerja apatah lagi aku yang kerja site, macam mana nak bagi direct breast feeding betul tak? Sebenarnya, salah pemikiran macam tu. 

Selagi susu ibu banyak, kerapkan pump dan simpan susu tu untuk anak. Aku selalu baca dalam group fb, sebagai ibu mindset kita ni kena sentiasa positive barulah semangat nak susukan anak. 

Jadi, apa salahnya kalau ko belajar sikit makanan yang banyakkan susu badan. Sekarang ni semuanya dihujung jari. Klik klik dah jumpa.

6 Tips Banyakkan Susu Badan Yang Paling Berkesan

Ini bila baru bersalin je, anak tak reti menyusu dan dan pulak kata susu ibu tak ada. Patutlah nurse suka marah bila ibu ibu cakap susu tak ada, padahal anak kita ni yang tak reti lagi nak lekapkan puting di mulut dia. 

Bila anak tak reti nak susu, janganlah kita ni dok marah dia, lagilah anak tak mahu. Keep relax wahai ibu sekalian!

Since pregnant, memang aku dah study sikit bab-bab kehamilan. Aku kena tahu serba sedikit terutama carta pergerakan janin. Mak pun ada juga ajar sikit sikit untuk tanda bersalin. Begitu juga untuk bagi susu banyak, aku study tau. Sebab tu apa yang aku bagi ni, semuanya menjadi.

banyakkan susu badan


Hari ni aku nak share tips banyakkan susu badan yang aku sendiri pernah/consume. Ada beberapa tipsnya, jom kita teruskan membaca.

#1 Sawi & Lobak Putih

Sepanjang berpantang, memang menu sayur sawi dan lobak putih ni mak masakkan untuk aku. Aku ni tak suka nak makan sayur sawi, rasa kelat je tapi sejak menyusukan Luth, aaku gagahkan jua sebab nak bagi susu banyak dan mudahkan daku nak simpan susu buat Luth.

#2 Banyakkan Minum Air Putih

Air memang penting untuk tubuh manusia, sama juga untuk banyakkan susu. Kebanyakkan yang aku jumpa, petua orang dulu tak bagi pun minum air putih. Ko minum je banyak banyak air putih tu

Katanya boleh menyebabkan kembang faraj. Pelik je, selama ni minum air putih banyak tak kembang pun faraj? So kalau tak minum air yang banyak, susahlah nak banyak production susu.

#3 Kerapkan Pump Susu

Buat jadual untuk selalu pump susu, contohnya 2-3 jam sekali. Kalau ibu adalah suri rumah lagi elok kalau bagi direct, kalau ibu yang bekerja kena selalu pump susu iaitu 2-3 jam dan jangan lebih daripada 5 jam. 

Bila malam, memang ibu akan jadi malas nak bangun untuk pump, tak elok sebenarnya. Ni yang menyebabkan bengkak susu. Kerapkan pump susu ye ibu!

Banyakkan Susu Badan


#4 Rebusan Air Longan Kering

Harga buah longan kering ni pun boleh tahan juga, 100g dah RM8.++, nak cari pun susah jugak. Kebiasaannya ada jual di tesco, giant dan kedai herba cina. 

Senang je nak buat. Basuh bersih buah longan kering dan rebus. Minum air rebusan tu, minum time suam. Hasilnya? Alhamdullilah, sangat membantu.

#5 Horlick/Milo

Bila perut dah start lapar dan tak mahu makan nasi, aku mesti minum salah satu ni. Milo atau horlick bagi hilang rasa lapar. Kadang tu cicah je dengan roti atau biskut kering. 

Dua minuman ni boleh bagi extra tenaga sebab bila kita letih, itu yang buat susu ibu kurang. Kalau boleh janganlah sehari tu 3-4 cawan, kang tak pasal sembelit. Memang betul minum milo banyakkan susu badan. Apa salahnya cuba kan.

#6 Buah Kurma

Kurma ni salah satu makanan sunnah tapi ada yang cakap bagus makan kurma cina (warna merah yang tak ada biji). 

Ada juga yang kata makan kurma nabi, bagi aku tak kesah yang mana, janji makan je kurma tu, in syaa Allah dapat membantu boost susu ibu. Kalau anak yang kena juandice, ibu silalah makan kurma banyak banyak untuk turunkan kuning.

Akhir Kata

Alhamdullilah, semua tips banyakkan susu badan diatas, memang menjadi pada aku. Setakat ni, aku pump sebelah je boleh dapat dalam 5oz. Syukur sangat dan moga susu ni tetap berterusan hingga Luth mencecah dua tahun. 

Oh ya, jangan makan kobis ye, takut nanti tiba tiba drop pulak susu ibu. Kalau nak guna kobis untuk atasi bengkak susu, itu boleh. Kalau nak makan, janganlah dulu.

Lagi satu, ibu kena sentiasa positif dan relax, ye bila anak selalu breastfeeding memang puting akan melecet. Sabar ibu, aku ni sampai berhari tak bagi awal awal berpantang dulu sebab sakit melecet tu tuhan je yang tahu. 

Tapi percayalah bila ibu tatap muka anak yang tengah hisap susu tu, confirm buat ibu jatuh cinta dengan anak, dan hilang rasa sakit melecet tu.

Sabar ye wahai ibu!




3 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama