Memaparkan catatan dengan label KEHAMILAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEHAMILAN. Papar semua catatan

16 Ogos 2024

 7 Tips Redakan Bengkak Susu

7 Tips Redakan Bengkak Susu


Tips Redakan Bengkak Susu


Bengkak susu adalah satu perkara yang sangat menyakitkan dan boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada emosi ibu. Balik dari hospital hari tu, memang dah rasa dah bengkak ni. Rasa nak tumbuk-tumbuk je tau. Rasa sakit ni memang mimpi ngerilah buat aku. 

Rasa sangat terbeban bila bengkak dada datang melanda. Aku ni baru je merasai pengalaman bersalin anak pertama, kiranya pengetahuan untuk redakan bengkak susu tu memang kosong macam tin kosong. Tak tahu nak buat apa, bayi pula kerja nak tidur, tu yang lagi bertambah emosi. 

Sampai je rumah, terus mengadu dengan mak. "Mak, macam mana nak redakan bengkak dada?". Dari sinilah, mak aku ajar macam-macam. Sebab mak kita kan dah alami dah, mesti mak tahu macam mana nak redakan. 

Siap mak bagi lagi tips cara nak banyakkan susu ibu susu badan dengan berkesan. So far, tips di bawah ni semuanya aku ikut dan alhamdullilah bengkak dada tu dah reda dan rasa sangat payudara ringan. Eh, tidur pun boleh nyeyak tau!

Ini 7 Tips Redakan Bengkak Susu


Aku nak kongsikan 7 tips redakan bengkak dada, in shaa Allah berkesan dalam meredakan bengkak dada. Jom baca lebih lanjut lagi.

#1 Kerapkan Susu Bayi

Disebabkan aku menghadapi masalah puting melecet, aku tak bagi sangat bayi menyusu sebab tak tahan dengan keperitan yang aku rasai bila anak daku menghisap susu. Rasa melecet tu hanya ibu yang menyusu je yang tahu. 

Jika ibu mahu redakan bengkak dada, ibu kena kerapa dan penting untuk memastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. In shaa Allah boleh kurang rasa bengkak dada tu.

#2 Urut Payudara Ibu

Urut payudara yang sedang dihisap oleh bayi perlahan-lahan ke arah kawasan puting untuk membantu kelancaran pengaliran susu. Ibu tunggu jelah nanti bila tanda-tanda bayi sedang tumbuh gigi, lagi sakit bila dia gigit. Mahu tak menjerit. 

Kadang aku lebih suka, urut dengan minyak urut dulu barulah bagi bayi hisap, tapi kena pastikan puting susu tu bersih dulu seblum bagi hisap. Kang tak pasal bayi rasa pelik pulak.

Tips Redakan Bengkak Susu





#3 Segera Pam Payudara Ibu

Satu cara untuk redakan bengkak susu ialah dengan segera pam payudara ibu bila terasa berat ketika baring. Ni yang aku hari hari dok ulang rutin yang sama sepanjang 10 hari berpantang. Kiranya 2-3 jam sekali mesti nak pam susu, takut berat dan rasa sakit ketika hendak tidur. Kiranya mimpi ngeri jugalah bila tak pam susu, seksa tau bila nak tidur.

#4 Pakai Bra/Coli Yang Sesuai

Pastikan ianya tidak terlalu ketat atau terlalu longgar hingga boleh menyebabkan tekanan kepada payudara ibu. Sekarang ni, di shopee pun dah juallah bra untuk breastfeeding, boleh pilih samaada nak yang mahal atau murah dan berkualiti atau tidak berkualiti. 

Bila dah mula breastfeeeding, dah tentu ibu nak bra/coli yang mudah untuk buka sebelum susukan bayi. Alangkan masa mengandung pun, ada cara pemakaian baju yang patut dielakkan supaya baby dalam perut tak sakit. 

#5 Tuam Payudara

Satu lagi cara untuk redakan bengkak susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada sebelum memerah susu. Ya, aku memang ikut tips ni, leceh sedikit tapi berkesan. Memang rasa sangat ringan bila tuala panas diletakkan di payudara.

Kalau tak nak baju basah, boleh cuba juga dengan bertuam dengan tungku. Letak batu tungku tu dan tekan perlahan-lahan bagi meredakan bengkak dada.

#6 Mandi Air Panas/Suam

Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabakan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Setakat ni, daku tak lalui lagi susu keluar bila mandi air panas/suam. 

Aku tak berapa pasti dengan tips ni sebab aku tak alaminya lagi. Mungkin ada ibu ibu yang lain, sudah lalui tips ni dan berhasil. Tapi apa salahnya cuba mandi air panas/suam bagi meredakan bengkak dada.


Tips Redakan Bengkak Susu


#7 Letakkan Kobis Dalam Coli

Mak aku cerita, dulu tak ada pump susu eletrik. Bila bengkak dada, mak aku akan letakkan kobis di dalam coli bagi meredakan bengkak susu. Aku tak percaya tapi mak kata, inilah petua melayu dulu-dulu. Setakat ni, aku tak pernah cuba lagi.

Kesimpulan

Alhamdullilah, bila aku ikut 7 tips redakan bengkak susu, aku dah tak alami dah bengkak dada. Jadi, buat ibu yang tiada pengalaman lagi dengan bengkak dada, boleh cuba tips redakan bengkak dada. In shaa Allah memudahkan urusan harian ibu ibu yang baru sahaja bersalin.  Bila bengkak dada ni, memang sangat mengganggu emosi ibu. Selamat mencuba ye ibu!

31 Julai 2023

Tips Banyakkan Susu Badan Yang Paling Berkesan

Tips Banyakkan Susu Badan Yang Paling Berkesan

Hari ni aku nak share tips banyakkan susu badan yang paling berkesan. Apa yang paling aku risaukan bila tiba tiba susu jadi drop. Mahu tak menangis histeria, matlamat aku nak bagi Luth susu sampai usia dia 2 tahun. Itu mind set pertama semenjak mengandungkan Luth. 

Memang susah bila kita sendiri pun bekerja apatah lagi aku yang kerja site, macam mana nak bagi direct breast feeding betul tak? Sebenarnya, salah pemikiran macam tu. Selagi susu ibu banyak, kerapkan pump dan simpan susu tu untuk anak. Aku selalu baca dalam group fb, sebagai ibu mindset kita ni kena sentiasa positive barulah semangat nak susukan anak. 

Jadi, apa salahnya kalau ko belajar sikit makanan yang boleh banyakkan susu badan. Sekarang ni semuanya dihujung jari. Klik klik dah jumpa.

Sedikit Mengenai Susu Badan

Susu badan adalah jenis susu yang diproduksi oleh kelenjar susu wanita setelah melahirkan bayi. Ia adalah makanan semula jadi yang sangat penting untuk bayi dan memainkan peranan krusial dalam menyokong pertumbuhan dan perkembangan mereka. 

Susu badan mengandungi nutrien yang penting seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin, mineral, dan faktor perlindungan yang membantu memperkuat sistem imun bayi.

Setiap wanita yang melahirkan bayi berpotensi untuk menghasilkan susu badan. Proses penghasilan susu badan bermula selepas bayi lahir, apabila hormon prolaktin merangsang kelenjar susu untuk menghasilkan susu. 

Susu badan pertama yang diproduksi dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran dikenali sebagai "kolostrum," yang kaya dengan antibodi dan memberikan perlindungan awal kepada bayi dari jangkitan.

banyakkan susu badan

$ads={1}

Manfaat Susu Badan Kepada Bayi Dan Ibu

Menyusukan adalah proses semula jadi yang memerlukan sokongan, kesabaran, dan penyesuaian. Penting untuk mendapatkan maklumat dan sokongan yang mencukupi mengenai menyusukan dari pakar kesihatan atau kumpulan penyokong penyusuan agar dapat menjalani proses menyusukan dengan lancar dan memberikan manfaat yang terbaik kepada bayi dan ibu.

Susuan badan memberikan banyak manfaat kepada bayi dan ibu. Antaranya ialah:

Manfaat untuk Bayi

1. Nutrisi Sempurna 

Susu badan mengandungi nutrien yang sesuai dan mudah dicerna oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

2. Perlindungan dari Jangkitan 

Susu badan mengandungi antibodi dan faktor kekebalan yang membantu melindungi bayi daripada pelbagai jangkitan dan penyakit.

3. Membantu Sistem Pencernaan 

Kolostrum membantu mematangkan sistem pencernaan bayi dan membantu mengeluarkan mekonium (tinja bayi pertama).

4. Hubungan Emosi

Menyusukan membina ikatan emosi antara ibu dan bayi, memberikan perasaan selamat dan kasih sayang.

Manfaat untuk Ibu

1. Penyembuhan Luka Pasca-Bersalin

Penyusuan menggalakkan kontraksi rahim, membantu mengurangkan pendarahan dan mempercepat proses pemulihan selepas bersalin.

2. Membakar Kalori

Menyusukan membantu membakar kalori ekstra, membantu ibu kembali kepada berat badan sebelum hamil.

3. Mengurangkan Risiko Penyakit

Menyusukan dapat mengurangkan risiko penyakit seperti kanser payudara, kanser ovarium, dan penyakit jantung.

Kenapa Anak Kena Minum Susu Badan

Anak dianjurkan untuk minum susu badan kerana susu badan menyediakan nutrisi dan manfaat kesihatan yang sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka. Susu badan adalah makanan semula jadi yang dicipta khas untuk memenuhi keperluan nutrisi dan perlindungan bayi. Berikut adalah beberapa alasan mengapa anak kena minum susu badan:

1. Nutrisi Sempurna: Susu badan mengandungi nutrien yang seimbang dan mudah dicerna oleh bayi. Ia menyediakan semua vitamin, mineral, lemak, protein, dan karbohidrat yang diperlukan untuk pertumbuhan yang sihat.

2. Perlindungan dari Jangkitan: Susu badan mengandungi antibodi, sel-sel imun, dan faktor kekebalan lain yang membantu melindungi bayi daripada jangkitan dan penyakit. Susu badan membantu memperkuat sistem imun bayi yang masih belum sempurna.

3. Perlindungan Awal: Susu badan pertama yang dikeluarkan selepas kelahiran, yang dikenali sebagai kolostrum, mengandungi konsentrasi tinggi antibodi dan nutrisi yang membantu bayi melawan jangkitan serta mematangkan sistem pencernaan.

4. Pertumbuhan Otak dan Penglihatan: Susu badan mengandungi asid lemak penting seperti DHA (docosahexaenoic acid) yang membantu dalam perkembangan otak dan penglihatan bayi.

5. Hubungan Emosi: Menyusukan membina ikatan emosi yang kuat antara ibu dan bayi, memberikan perasaan selamat, kasih sayang, dan mengurangkan rasa cemas pada bayi.

6. Mencapai Berat Badan yang Sihat: Susu badan menyediakan jumlah kalori yang tepat dan membantu bayi mencapai berat badan yang sihat semasa pertumbuhan awal mereka.

7. Kemudahan dalam Pencernaan: Susu badan lebih mudah dicerna oleh bayi berbanding susu formula, dan ia membantu mengurangkan risiko masalah pencernaan seperti kembung dan sembelit.

8. Keseimbangan Hormon: Proses menyusukan membantu menghasilkan hormon oksitosin, yang membantu merangsang kontraksi rahim dan membantu dalam pemulihan pasca-bersalin.

9. Bermanfaat untuk Ibu: Menyusukan dapat membantu ibu mengurangkan risiko penyakit seperti kanser payudara, kanser ovarium, dan penyakit jantung. Ia juga membantu ibu kembali kepada berat badan sebelum hamil.

Penting untuk diingat bahawa menyusukan adalah pilihan peribadi ibu dan setiap situasi keluarga adalah unik. Jika menyusukan tidak memungkinkan atau ada masalah kesehatan yang mencegahnya, ada banyak susu formula yang berkualitas tinggi yang boleh membantu menyediakan nutrisi yang sesuai untuk bayi.

Yang terpenting adalah memastikan bayi mendapatkan nutrisi yang mencukupi untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

Makanan Yang Banyakkan Susu Badan

Terdapat beberapa jenis makanan yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu badan. Makanan-makanan ini mengandungi nutrien tertentu yang diketahui dapat merangsang produksi susu.
Berikut adalah beberapa contoh makanan yang dapat membantu tips banyakkan susu badan:

1. Oat - Oat mengandungi serat larut dan zat besi, yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu. Anda boleh mencuba mengambil sarapan oat setiap pagi.

2. Biji-bijian - Biji-bijian seperti biji rami dan biji labu mengandungi lemak sehat dan fitoestrogen, yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran susu.

3. Sayur-sayuran Hijau Gelap - Sayur-sayuran hijau gelap seperti bayam dan kale mengandungi kalsium dan zat besi, yang penting untuk penghasilan susu yang baik.

4. Ikan Salmon  - Ikan salmon adalah sumber yang baik untuk asid lemak omega-3 DHA, yang penting untuk perkembangan otak bayi dan pengeluaran susu.

5. Kacang-kacangan dan Kacang Tanah - Kacang-kacangan dan kacang tanah mengandungi protein dan zat besi, yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu.

6. Minyak Kelapa - Minyak kelapa mengandungi asid lemak medium-chain triglycerides (MCT), yang dikatakan dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu.

7. Telur - Telur adalah sumber protein yang baik dan mengandungi zat besi serta vitamin B12, yang penting untuk penghasilan susu.

8. Bubur Labu - Bubur labu adalah hidangan tradisional yang dikatakan dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu.

9. Kunyit - Kunyit mengandungi kurkumin, yang dikatakan dapat membantu merangsang kelenjar susu.

10. Air Kelapa - Air kelapa mengandungi elektrolit dan nutrien yang dapat membantu dalam penghasilan susu.

Tips Susu Badan Melimpah

Ini bila baru bersalin je, anak tak reti menyusu dan dan pulak kata susu ibu tak ada. Patutlah nurse suka marah bila ibu ibu cakap susu tak ada, padahal anak kita ni yang tak reti lagi nak lekapkan puting di mulut dia. 

Bila anak tak reti nak susu, janganlah kita ni dok marah dia, lagilah anak tak mahu. Keep relax wahai ibu sekalian! Since pregnant, memang aku dah study sikit bab-bab kehamilan. Aku kena tahu serba sedikit terutama carta pergerakan janin

Mak pun ada juga ajar sikit sikit untuk tanda bersalin. Begitu juga untuk bagi susu banyak, aku study tau. Sebab tu apa yang aku bagi ni, semuanya menjadi.

Hari ni aku nak share tips banyakkan susu badan yang aku sendiri pernah/consume. Ada beberapa tipsnya, jom kita teruskan membaca.

#1 Sawi & Lobak Putih

Sepanjang berpantang, memang menu sayur sawi dan lobak putih ni mak masakkan untuk aku. Aku ni tak suka nak makan sayur sawi, rasa kelat je tapi sejak menyusukan Luth, aaku gagahkan jua sebab nak bagi susu banyak dan mudahkan daku nak simpan susu buat Luth.

#2 Banyakkan Minum Air Putih

Air memang penting untuk tubuh manusia, sama juga untuk banyakkan susu. Kebanyakkan yang aku jumpa, petua orang dulu tak bagi pun minum air putih. Ko minum je banyak banyak air putih tu

Katanya boleh menyebabkan kembang faraj. Pelik je, selama ni minum air putih banyak tak kembang pun faraj? So kalau tak minum air yang banyak, susahlah nak banyak production susu.

#3 Kerapkan Pump Susu

Buat jadual untuk selalu pump susu, contohnya 2-3 jam sekali. Kalau ibu adalah suri rumah lagi elok kalau bagi direct, kalau ibu yang bekerja kena selalu pump susu iaitu 2-3 jam dan jangan lebih daripada 5 jam. 

Bila malam, memang ibu akan jadi malas nak bangun untuk pump, tak elok sebenarnya. Ni yang menyebabkan bengkak susu. Kerapkan pump susu ye ibu dan ini cara paling cepat dan tips banyakkan susu badan yang paling senang. 

Banyakkan Susu Badan


$ads={2}

#4 Rebusan Air Longan Kering

Harga buah longan kering ni pun boleh tahan juga, 100g dah RM8.++, nak cari pun susah jugak. Kebiasaannya ada jual di tesco, giant dan kedai herba cina. 

Senang je nak buat. Basuh bersih buah longan kering dan rebus. Minum air rebusan tu, minum time suam. Hasilnya? Alhamdullilah, sangat membantu.

#5 Horlick/Milo

Bila perut dah start lapar dan tak mahu makan nasi, aku mesti minum salah satu ni. Milo atau horlick bagi hilang rasa lapar. Kadang tu cicah je dengan roti atau biskut kering. 

Dua minuman ni boleh bagi extra tenaga sebab bila kita letih, itu yang buat susu ibu kurang. Kalau boleh janganlah sehari tu 3-4 cawan, kang tak pasal sembelit. Memang betul minum milo banyakkan susu badan. Apa salahnya cuba kan.

#6 Buah Kurma

Selain itu, tips banyakkan susu badan yang seterusnya ialah Kurma. Kurma ni salah satu makanan sunnah tapi ada yang cakap bagus makan kurma cina (warna merah yang tak ada biji). 

Ada juga yang kata makan kurma nabi, bagi aku tak kesah yang mana, janji makan je kurma tu, in syaa Allah dapat membantu boost susu ibu. Kalau anak yang kena juandice, ibu silalah makan kurma banyak banyak untuk turunkan kuning.

Tanda Susu Badan Kurang

Tanda-tanda susu badan yang kurang atau kurang mencukupi untuk bayi dapat bervariasi antara ibu-ibu dan bayi-bayi yang berbeza. Berikut adalah beberapa tanda umum yang menunjukkan pengeluaran susu badan yang mungkin perlu dipantau atau ditingkatkan:

1. Bayi Mengalami Kehilangan Berat Badan Berlebihan 

Jika bayi kehilangan berat badan melebihi batas yang normal dalam beberapa hari setelah kelahiran, ini bisa menjadi tanda bahwa susu badan mungkin tidak mencukupi.

2. Jarang Kencing atau Berak 

Bayi biasanya seharusnya tukar 6-8 diapers kain atau 5-6 diapers sekali pakai dalam 24 jam. Jika bayi kencing atau berak kurang daripada itu, mungkin susu badan tidak mencukupi.

3. Bayi Sering Merengek atau Menangis 

Bayi yang sering merengek, rewel, atau menangis boleh menjadi petunjuk bahawa mereka kelaparan dan mungkin tidak mendapatkan cukup susu.

4. Tidak Mencapai Pertambahan Berat Badan yang Sesuai

Jika bayi tidak mencapai pertambahan berat badan yang sesuai dengan jadual yang dijangka, ini bisa menjadi tanda bahwa asupan susu tidak mencukupi.

5. Bayi Sering Menyusu atau Lama Menyusu

Jika bayi sering ingin menyusu atau menyusu untuk waktu yang lama dan tetap tidak puas, ini bisa menjadi tanda bahwa mereka tidak mendapatkan cukup susu.

6. Payudara Terasa Kosong atau Kurang Padat

Jika anda merasa payudara terasa kosong atau kurang padat selepas menyusukan bayi, ini mungkin menandakan pengeluaran susu yang kurang.

7. Bayi Mengalami Tanda-tanda Dehidrasi

Tanda-tanda dehidrasi pada bayi termasuk bibir kering, lidah kering, kulit kusam, mata kering, dan kurang air kencing.

Jika anda merasa susu badan anda mungkin kurang mencukupi atau mempunyai kebimbangan tentang penyusuan, adalah penting untuk berunding dengan doktor atau pakar penyusuan. Mereka dapat membantu menilai situasi dan memberikan nasihat atau bantuan yang sesuai untuk meningkatkan pengeluaran susu dan menyokong kesihatan bayi dan ibu. 

Ingatlah bahawa setiap ibu dan bayi berbeza, dan beberapa bayi mungkin lebih efisien dalam menyusu daripada yang lain. Sokongan dan bimbingan dari pakar kesihatan amat penting untuk memastikan proses penyusuan berjalan dengan lancar.

Akhir Kata

Alhamdullilah, semua tips banyakkan susu badan diatas, memang menjadi pada aku. Setakat ni, aku pump sebelah je boleh dapat dalam 5oz. Syukur sangat dan moga susu ni tetap berterusan hingga Luth mencecah dua tahun. 

Oh ya, jangan makan kobis ye, takut nanti tiba tiba drop pulak susu ibu. Kalau nak guna kobis untuk atasi bengkak susu, itu boleh. Kalau nak makan, janganlah dulu.

Lagi satu, ibu kena sentiasa positif dan relax, ye bila anak selalu breastfeeding memang puting akan melecet. Sabar ibu, aku ni sampai berhari tak bagi awal awal berpantang dulu sebab sakit melecet tu tuhan je yang tahu. 

Tapi percayalah bila ibu tatap muka anak yang tengah hisap susu tu, confirm buat ibu jatuh cinta dengan anak, dan hilang rasa sakit melecet tu. Sabar ye wahai ibu! Semoga perkongsian tips banyakkan susu badan ini membantu anda semua. 


14 Oktober 2022

Cara Kira Kitaran Haid Untuk Hamil

Cara Kira Kitaran Haid Untuk Hamil

Bismillah.
Assalammualaikum.

Cara Kira Kitaran Haid Untuk Hamil | Dulu masa anak dara, boleh dikatakan aku ni mengalami haid tidak teratur. Kadang tu kitaran haid lebih dari 35 hari, ada juga yang pendek dari 21 hari. Pening kepala cari solusi. Masa tu aku ada terbaca satu info ni mengatakan, haid tidak teratur ni punca susah untuk hamil. 

Padahal semua tu auta sahaja, bukannya fakta. Hahahaha. Buktinya, keluarlah seketul manusia bernama Luth Isyraf. Aku pun faham juga pada perempuan di luar sana yang belum merasa mengandung ni. Dulu masa baru kahwin pun, memang dah tetapkan bila masa untuk ada anak. Aku sendiri pun ambil masa 9 bulan untuk mengandungkan Luth. 

Disebabkan teringatkan info tu tadi, jadi risaulah kan. Normal ke tidak haid tidak teratur ni. Apatah lagi kalau kita ni baru kahwin. Aku cadangkan untuk ko yang baru nak masuk alam perkahwinan ni, belajarlah dahulu cara kira kitaran haid untuk hamil. Jadi, bila dah kahwin senang ko nak planning dapatkan anak. Ko boleh baca cara kira kitaran haid dengan betul dari info Hello Doktor ni okay. 

Cara Kira Kitaran Haid Untuk Hamil

Apa itu kitaran haid 


Kitaran haid ialah siri perubahan bulanan yang dilalui oleh tubuh wanita sebagai persediaan menghadapi kemungkinan hamil. Setiap bulan, salah satu ovari mengeluarkan telur – proses yang dipanggil ovulasi. 

Pada masa yang sama, perubahan hormon menyediakan rahim untuk kehamilan. Jika ovulasi berlaku dan telur tidak disenyawakan, lapisan rahim ini akan disingkirkan melalui faraj. Ini adalah tempoh haid.

Kitaran haid normal atau tidak 


Untuk makluman, ko tidak memerlukan kitaran 28 hari untuk menjadi ‘normal’ Tempoh kitaran menstruasi yang normal boleh berubah antara 22 hingga 35 hari. Ia adalah kitaran haid normal bagi remaja atau yang sudah berkahwin.

Contohnya: Dalam satu bulan mungkin 28 hari – dianggap kitaran normal – dan pada bulan berikutnya boleh menjadi 31 hari dan 27 hari untuk seterusnya. Ini masih perkara normal. 

Oleh itu, selagi kitaran kita berada di dalam tempoh tersebut dan berlangsung dalam jangka masa yang sama setiap kali, ia masih dikira sebagai kitaran haid normal. 

Kitaran haid dianggap tidak teratur apabila ia berada di luar julat ‘normal’. Kitaran haid yang tidak teratur adalah lebih pendek daripada 21 hari atau lebih lama daripada 35.

Apabila mengira hari dalam kitaran haid, hari mula pendarahan dikira sebagai hari pertama, dan hari terakhir kitaran ialah hari pertama pendarahan untuk kitaran seterusnya


Cara mengira kitaran haid dan waktu subur adalah seperti di bawah ini: 

  1. Mesti tahu bila tarikh mula haid pada bulan-bulan yang lepas 
  2. Kiraan bermula dari hari pertama haid hingga hari haid akan datang. 
  3. Jadi ko akan dapat tempoh purata kitaran haid. 

Kalau haid pertama datang pada 1hb Ogos, kemudian pada 29hb Ogos datang haid lagi, maka kitaran haid anda adalah sebanyak 28 hari. 

Kitaran haid ko mungkin teratur – kira-kira panjang yang sama setiap bulan – atau agak tidak teratur, dan haid anda mungkin ringan atau berat, menyakitkan atau tidak sakit, panjang atau pendek, dan masih dianggap normal. 

Dalam skop luas, perkara yang dianggap ‘normal’ ialah perkara biasa untuk kita. Senang kan cara kira kitaran haid untuk hamil? Ko follow je step kat atas tu. 


Cara Kira Kitaran Haid Untuk Hamil

Perbezaan kitaran haid normal atau tidak 


Tempoh kitaran biasa dipengaruhi oleh umur, gen, kesihatan, indeks jisim badan (BMI), tingkah laku dan kaedah kawalan kelahiran yang digunakan. 
Bagi individu yang telah mengalami haid selama beberapa tahun, kitaran haid secara amnya akan mempunyai tempoh panjang kitaran hampir sama. Ko mungkin masih melihat perubahan dari semasa ke semasa. 

Panjang kitaran bergantung pada hormon – yang boleh berubah disebabkan oleh faktor seperti diet, tekanan, senaman atau pengambilan pil kontraseptif kecemasan (morning-after pill). Tabiat menghisap rokok yang kuat, penggunaan alkohol kronik dan berlebihan juga boleh menjejaskan tempoh kitaran haid. 

Kitaran haid normal boleh berubah-ubah apabila ovulasi berlaku secara tidak teratur. Ini mungkin disebabkan oleh keadaan kesihatan seperti sindrom ovari polisistik (PCOS) atau gangguan tiroid. 

Ovulasi tidak konsisten dan tempoh haid yang berubah-ubah juga lebih berkemungkinan berlaku semasa fasa kehidupan tertentu seperti semasa remaja, selepas bersalin, semasa menyusu, dan semasa perimenopause (peralihan kepada menopaus).

Fahami cara kira kitaran haid normal atau tidak 


Untuk mengetahui sama ada ia perkara biasa untuk kita, mulakan dengan merekod kitaran haid pada kalendar. Mulakan dengan menjejak tarikh mula haid setiap bulan selama beberapa bulan berturut-turut untuk mengenal pasti keteraturan haid ko. Sekarang ni dah boleh guna kalkulator kitaran haid, muat turun je dari apple store atau playstore. 

Perhatikan perkara berikut setiap bulan: 

  • Tarikh akhir. Berapa lama tempoh anda biasanya berlangsung? Adakah ia lebih panjang atau lebih pendek daripada biasa? 
  • Aliran. Catat berat aliran haid. Adakah ia kelihatan lebih ringan atau lebih berat daripada biasa? Berapa kerap anda perlu menukar tuala wanita? Adakah terdapat sebarang gumpalan darah? 
  • Pendarahan yang tidak normal. Adakah berlaku pendarahan di antara tempoh haid?
  •  Kesakitan. Terangkan sebarang kesakitan yang berkaitan dengan haid anda. Adakah kesakitan terasa lebih teruk daripada biasa? 
  • Perubahan lain. Adakah anda mengalami sebarang perubahan dalam mood atau tingkah laku? Adakah sesuatu yang baharu berlaku semasa perubahan dalam haid anda seperti bertukar tempat kerja?

Kesimpulan 


Menyedari perkara yang normal dan perkara yang mungkin tidak berlaku semasa haid adalah kunci kepada pemahaman yang lebih baik tentang kesihatan anda secara umum. Bagi sesetengah wanita, penggunaan pil perancang boleh membantu mengawal kitaran haid normal. Rawatan untuk sebarang masalah asas, seperti gangguan makan, juga mungkin membantu. 

Walaupun kitaran haid tidak teratur boleh menjadi tanda kemungkinan masalah kesuburan, namun kitaran yang tetap juga tidak menjamin ia akan menjadi mudah untuk hamil. Jika ko perasan haid tidak teratur, berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai keadaan kesihatan diri. Semoga perkongsian cara kira kitaran haid untuk hamil ini bermanfaat. 



27 September 2022

Pengalaman Bersalin Anak Pertama.

Pengalaman Bersalin Anak Pertama.

 Assallammualaikum dan salam sejahtera.

Pengalaman Bersalin Anak Pertama. | Buat kawan-kawan blogger yang tanya, "Om dah bersalin ke?", Alhamdullilah daku dah selamat bersalin anak lelaki pada 8.40 pagi 5.9.2020. Sejujurnya macam tak percaya dah keluar dah anak yang dikandungkan selama 41 minggu. Jadi, hari ni daku nak cerita pengalaman pertama bersalin anak lelaki daku ni.

Sebenarnya, risau juga bila dah overdue, tapi Dr kata normal je bila anak pertama overdue sebab rahim pun masih tebal lagi. Bila dah anak no 2 nanti, itu yang kena berjaga-jaga. Siapa je tak cuak bila due date dah dekat tapi tiada langsung tanda-tanda nak bersalin tu. 

ARTIKEL YANG BERKAITAN : 7 Tanda Bersalin Semakin Dekat Yang Perlu Ibu Mengandung Ambil Tahu.

Macam macam daku buat semata mata nak bagi bersalin ngam-ngam tarikh bersalin. Buat sumo squad, jalan itik, ketuk ketampi tapi itulah kalau Allah kata belum sampai masa, memang takkan keluarnya. Klinik kesihatan dah bagi tarikh dah, andainya tak bersalin juga, 5.9 kena serah diri di Hospital Sultan Ismail, Johor. 

Dalam kepala dah mindset, tak nak bersalin kat hospital tu sebab suami tak boleh masuk di labour room dan melawat. Kadang benda yang kita nak elak ni, benda tu jugalah yang kita kena hadap. 29.8 ni tarikh bersalin, petang tu keluar macam keputihan, berketul ketul warna hijau gitu. Tak lengah terus pergi Hospital Kota Tinggi. Bila nurse check, rupanya tu tanda bersalin juga dan dah buka 2cm, tapi nurse tak warded pun sebab tak berapa sangat teruk pun tanda tu. 





Waktu tu, macam ni rupanya rasa kena seluk cek bukaan. Nurse pulak dok cakap, keputihan dah macam cheesy wedges. Mulut nurse pun lahai. So far, sepanjang kehamilan tak ada pun keputihan ni. Kenapa dah hujung bersalin, tiba tiba ada pulak. Patutlah mereyam kat tempat tu sampai tak boleh nak guna spender bila tidur sebab terlalu gatal. 

Suami dah balik nak sambut kelahiran anak, tapi itulah baby tak mahu keluar jugak. 1.9 tu pergi balik ke Hospital Kota Tinggi sebab tiba tiba baby tak cukup gerak, biasanya 12.30pm dah cukup gerak 10 kali. Ni tak dalam 5 kali je, ha mahu tak cuak. Gigih pergi lagi ke hospital tu tapi masih tak kena warded pun sebab tiada tanda bersalin walaupun bukaan dah 2cm.

Balik dari hospital tu, serious dah kecewa sangat dan berserah je pada Allah. Tak kesahlah kena serah diri pun, janji baby selamat. 2.9 pergi check up, masa ni jam 9 pagi kena seluk dan jam 12 tengahari pun kena seluk lagi. Gila ke? Ingat barang mainan ke nak seluk seluk manjang, nurse kat situ dah kesian dah sebab 2 kali kena seluk. Nurse pun tak boleh nak buat apa, sebab arahan daripada Dr. Bukaan tetap sama 2cm juga.

Setengah hospital bukaan 2cm pun dah kena tahan ward. Tapi Johor lainlah pulak. Hahaha tapi tak tahulah kat tempat lain. 4.9, nak dijadikan cerita, pagi tu memang bangun lambat sikit, tiba tiba macam something keluar. Tak lengah terus masuk bilik air pastu sempat tengok jam, 7.40 pagi hari jumaat. Daku jerit panggil mak, "Mak ni apa?" Sambil tunjuk tangan yang ada air jernih putih tapi bukan air kencing. Mak pun kata, eh ni air ketuban ni. Apa lagi tak lengah terus siap siap pergi ke hospital.

Rupanya dah leakinglah tapi air ketuban tak pecah lagi. Seluk pun masih 2cm, ha apa lagi terus kena tahan wad. Risau takut leaking tu makin banyak, nurse pun kata pakai pad ye kalau keluar air warna hijau bagi tahu cepat. Masa tu tak tahu lagi, kalau leaking keluar hijau tandanya baby dah berak dalam perut. 

Dari jam 10 pagi kena tahan wad, sampailah ke malam. Masih lagi tiada tanda nak bersalin, makan ni tak usah cakaplah, asyik nak makan je sebab nak simpan tenaga dalam labour room. Sekali jam 11.30 tu dah rasa, apa hal sakit pinggang sangat sangat ni. Daku ni time period je rasa sakit pinggang, daku tak alami rasa senggugut di bahagian ari ari mahupun perut. Dari 11.30-12.30pm, tu kenapa setiap 15 min sakit pinggang ni datang menyerang. Ha sudah, 12.30pm tu tak lengah terus cakap kat nurse, dah sakit sangat, sekali nurse seluk, bukaan dah 4cm.

Apa lagi, terus masuk labour room, ngam-ngam 1.30 pagi. Dari masa nilah, baru tahu sakit bersalin tu macam mana. 5 jam tahan sakit contraction ni sampaikan nurse tak percaya bila daku cakap, "saya tak tahan nurse, rasa nak berak sangat-sangat", nurse tu apa lagi, "awak nak berak sangatkan, ha berak" sambil nurse tu tekan tekan kat lubang najis keluarkan najis. Ya Allah, dugaan apa ni. Kita dahlah sakit contraction pastu dibuatnya macam tu. Serious daku aim gila muka nurse melayu tu! 

Bila bukaan 10cm, nurse india tu kata, cuba awak teran, jujur cakap, memang dah tak ada tenaga lansung nak teran. Daku teran teran dan teran, masih tak mahu keluar. Suami pun masuk dalam labour room bagi semangat dekat daku, masa tu jam 6.30am. Suami kata teran macam berak, masa ni memang tak reti nak curi nafas. Sampaikan daku dah keletihan yang amat dan nurse yang tadi tu semua dah tukar shift dengan nurse lain.


Masa ni, daku dah putus harapan sampai cakap dekat suami, "Abang, ciksu tak nak baby ni", sampai macam tu sekali daku cakap sebab tak tahan dengan contraction tu. Nurse yang lain kata, istifar banyak banyak, awak baca doa nabi yunus, selawat jangan cakap macam tu, baby stress bila ibu stress tahu tak." Dari 6.30 pagi sampailah 7.45 pagi, memang teran teran tapi baby tak nak keluar. Sampai daku cakap dekat Dr, "Dr, tolonglah saya bagi bius, saya tak tahan sakit sangat pinggang ni".

Dr tu tak lengah terus call Hospital Sultan Ismail mengatakan dah 1 jam lebih baby tak keluar even dah teran, risau baby lemas. Apa lagi terus kemas kemas gerak naik ambulance pergi HSI, dalam 20 minit juga nak sampai ke HSI dari Kota Tinggi. Masa ni, memang mengiring je dan asyik nak teran, nurse dalam ambulance cakap, "Jangan teran dalam ni, nanti lagi susah kami ni tau", teran teran tapi tak keluar sampai tenaga tu dah zero!

Bila sampai HSI, memang dah nampak Dr India lelaki yang akan jadi Dr sambut anak daku. Ya Allah, terbuka aib aku hari ni. Dah tak pikir dah, janji keluarlah baby cepat-cepat. Masa ni, daku tengok sekeliling labour room, Ya Allah dah satu malaysia dalam labour room ni, riuh dan hiruk pikuk sebab takut baby lemas. Dr India tu terus tak lengah call Dr Pakar, cakap kena vaccuum. Apa lagi Dr Pakar ni turun tengok kat labour room, Dr lelaki melayu ye, lagilah malu. Tapi apakan daya rasa malu dah tak ada dah, lantaklah janji baby keluar secepat mungkin.

Masa ni lah, Dr pakar tu macam nak lempang je daku sebab daku kata "tak nak keluar baby ni", Dr tu terus cakap, "Awak dah gila ke? eh ini anak awak tau, saya tak kira awak teran sekarang", ayat nilah yang masih segar dalam ingatan sampailah ke hari ni. Apa lagi Dr pakar tu tarik tangan daku supaya pegang katil dan dari situlah kekuatan hadir untuk teran, dua kali teran keluarlah anak daku yang bernama Luth Isyraf Bin Zainal.




Sekali lagi dugaan diuji, bila uri/plasenta lekat dikawasan pusat. Kalau seluk pun masih tak sampai, buat apa seluk betul tak? Dr cadangkan untuk bagi epidural dan jahit yang terkoyak tu. Tak tunggu apa lagi, sign segala jenis borang. Rasanya suami pun setuju, masa ni daku tak jumpa pun suami. Tak tahu kat mana dia sekarang. 2 jam tunggu lepas bersalin anak daku, barulah ke bilik bedah. Masa ni suami datang jenguk kejap je, sambil ditolaknya hidung daku. Haissh bertuah sungguh.

Suami pun iring daku ke bilik bedah, masa ni nak gugur airmata bila tengok tabahnya suami bila daku dah tak ada kekuatan nak bercakap. Rasanya suami tak tidur dari pagi 4.9 sampailah petang 5.9, arghh lagi bertambah bercelaru perasaan, baby pun dapat jumpa kejap je itupun tak berapa jelas nampak muka baby. 

Barulah tahu sakit epidural tu macam mana, kebas ya rabbi. 6 jam tak boleh nak gerak separuh badan, ya Allah macam ni bila nikmat di tarik. Bila dah settle, uri dan tempat yang koyak dah dijahit. Masa ni dah kena usung masuk wad 4B, waktu tu tak tahu anak kat mana. Tepat jam 2pm, barulah dapat jumpa anak. Tapi tak boleh langsung nak bangun sebab kesan epidural. Suami je yang bantu snap gambar dan bagi tengok.

"Ya Allah, anak aku! Maafkan Ibu nak."

Ni je yang terdetik dalam hati. Bila effect epidural tu hilang, barulah mampu nak pegang anak dan sempat bagi anak susu badan. Tepat jam 8.30 malam, Dr datang nak ambil baby dan tahan wad pakar kanak-kanak. Nak luruh jantung bila Dr cakap platelet dalam darah anak kurang. Dr kata, kalau boleh rawat cepat, in syaa Allah anak cepat sihat. 

Tak lengah terus call suami, cakap anak kena tahan wad. Menangis teresak-esak salahkan diri sebab tak teran dengan cepat. Dua malam juga tak jumpa anak, daku sendiri pun kena tahan wad sebab darah rendah dan ada kuman. Patutlah berbotol air dan antibiotik, sampai naik bengkak tangan. 7.9 daku jumpa anak di wad kanak kanak, kesian bila tangan anak kena masuk jarum bagi memudahkan urusan antibiotik.

Luruh jantung, nurse bagitahu, kalau nak jaga baby kat wad ni, boleh prepare barang dan masuk petang 7.9 tu jugak. 8.9 tengahari, barulah dapat discaj. Alhamdullilah anak dah sihat dan kena pantau kuning di klinik kesihatan. Inilah pengalaman bersalin anak pertama yang tak boleh daku lupakan. Trauma bila kena seluk dan tak ada tenaga nak teran.

Ibu doakan Luth Isyraf membesar jadi anak yang soleh, mendengar kata ibu bapa dan berbakti pada keluarga, bangsa dan negara.

Ibu sayang awak, Luth Isyraf.

15 September 2022

Carta Pergerakan Janin, Ini Ibu Mengandung Perlu Tahu.

Carta Pergerakan Janin, Ini Ibu Mengandung Perlu Tahu.

Carta Pergerakan Janin, Ini Ibu Mengandung Perlu Tahu. | Amboi seminggu ye aku menghilang. Aku menghilang ni sebab urusan kerja, bayangkan dengan perut 7 bulan ni turun site sebab gantikan kawan site yang bercuti. 

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan tapi lepas ni tak mahu dah nak amik risiko turun site sebab takut jadi apa apa pada kandungan. Mencegah lagi baik kan?

Hari ni, aku nak kongsikan macam mana nak kira carta pergerakan janin? Ibu mengandung yang dah berpengalaman mesti dah tahu kan, entri ni daku kongsi bagi ibu mengandung yang newbie macam daku ni. Tapi sebelum tu, apa itu kat mana nak tahu info ni? Korang boleh check dalam buku pink.

Dalam buku tu, ada satu muka surat akan menceritakan macam mana nak kira. Korang boleh refer gambar di bawah ni tau, in syaa Allah sama dengan buku pink korang. 

Aku harap korang dapat jaga baby korang dengan baik sehingga proses melahirkan. Banyak je kes, bayi meninggal sebab kita lalai semasa kira pergerakan. Rasa rasa macam tak gerak tu, cepat-cepatlah refer ke klinik atau pun hospital. Jangan lalai.

Jom Kira Carta Pergerakan Janin


Carta Pergerakan Janin


1. Apa Itu Carta Pergerakan Janin?

Carta pergerakan janin ialah satu carta pemantauan pergerakan bayi yang perlu dicatat pada buku pink mengandung ibu. Carta ini perlu dilakukan setiap hari tanpa lalai sehinggalah bayi selamat dilahirkan.

2. Bila Carta Pergerakan Janin Bermula dan Kenapa?

Kebiasaannya nurse akan terangkan kepada ibu mengandung untuk mulakan pada setiap 9 pagi sehingga 9 malam (12 jam) pada setiap hari. Ini kerana, kita dah bangun pada jam 9 pagi dan mula melakukan rutin harian, ibu-ibu moden ni mesti jam 8 dah masuk pejabat. Betul tak? Jadi, carta pergerakan janin tetap bermula pada jam 9 pagi.

3. Macam Mana Nak Mengira Carta Pergerakan Janin?

Dalam buku pink ibu mengandung pun dah tertulis begini,

"Bermula dari jam 9 Pagi, kira pergerakan janin/bayi anda sehingga sampai 10 kali. Sila catatkan masa setelah genap 10 kali pergerakan SETIAP HARI.

PERHATIAN!! Sekiranya anda tidak merasa 10 kali pergerakan dalam masa 12 jam SEGERA KE HOSPITAL."

Ada petak-petak yang perlu diisi lengkap oleh ibu mengandung iaitu tarikh, masa bermula, tandakan ✔️ pada kotak kecil yang bernombor 1-10 yang mewakili gerakan kuat bayi dan petak masa genap 10 gerakan kuat tersebut.

Pergerakan janin/bayi wajib diambil kira dengan setiapp satu pergerakan yang kuat atau tendangan bayi. Contoh, jika ibu merasakan bayi bergerak kiri kanan atas bawah, itu dikira sebagai satu pergerakan. 30 minit kemudian, ibu merasai bayi bergerak lagi kiri kanan atas bawah itu satu pergerakan yang baru, jadi sudah 2 gerakan. Faham tak?

4. Panduan Untuk Mengira Pergerakan Bayi?

> Menurut kolej pediatrik Amerika dan kebanyakan doktor pakar perbidanan dan sakit puan, mereka mencadangkan agar kiraan sehingga 10 kali pergerakan perlu dilakukan tidak kira sama ada tendangan, gulungan, tumbukan atau pergerakan-pergerakan lainnya dalam tempoh 12 jam.

> Carta kiraan pergerakan bayi lazimnya digalakkan bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 9 malam. Ibu mengandung boleh mula mengira pergerakan bayi dengan memilih waktu di mana baayi ibu mengandung biasanya bergerak aktif. Sehubungan itu, ramai ibu berpendapat, waktu bayi bergerak aktif selepas waktu makan.

> Ketika mengira pergerakan bayi ibu, digalakkan berada di dalam posisi selesa. Ibu mengandung boleh berbaring dengan posisi mengiring ataupun duduk di sofa. Sesetengah ibu suka duduk sambil merehatkan bahagian belakang dan memegang perut ketika mengira.

> Pengiraan pergerakan bayi akan dikira sebagai satu gerakan apabila bayi bergerak kemudian berhenti dalam jangka masa yang agak lama. Jika bayi ibu bergerak, kemudian berhenti selama beberapa saat dan bergerak kembali, itu masih dikira satu pergerakan.

> Satu kali gerakan bersamaan dengan satu kali pusingan. Bayi biasanya bergerak aktif ke kiri dan kanan; atas dan ke bawah dalam satu-satu masa.

> Keadaan itu diambil kira sebagai satu kali gerakan! Setelah beberapa minit, bayi akan bergerak lagi dalam keadaan sama lalu ia dikira sebagai gerakan kali kedua. Berdasarkan pengalaman ramai, carta tendangan bayi mampu dilengkapkan dalam jam 3 petang hingga 4 petang.



5. Cara Mencatat Pergerakan Bayi Sekiranya Terlupa?

Aku sendiri pun bermasalah dengan terlupa untuk tick pada buku pink, bila sibuk kadang tak sempat nak tickkan? Daku pun terbaca post di facebook dengan create group whatsapp dengan husband untuk update setiap kali baby kicking.

> Ibu mengandung boleh bina group whatsapp dengan suami.

> Catat atau update di group tersebut setiap kali ibu mengandung merasakan pergerakan bayi.

> Bila ada masa free, catat semua information di group tadi tu ke dalam buku pink. Since dalam whatsapp ada tarikh dan masa, kan dah mudah untuk tahu bila waktu terakhir baby bergerak. Bila dah cukup 10 pergerakan tu, terus catat masa dalam buku pink.

> Dekat dalam gambar tu, aku update sampai 2 kali kan? Masa tu daku sibuk sampai tak sempat nak update tapi daku rasa pergerakan bayi 2 kali.

Kebiasannya aku akan kira setiap 15 minit atau 30 minit macam tu. Bukannya 15 minit tu rasa sampai 10 kali, itu masih dikira satu pergerakan. Lagi senang, bila rasa pergerakan bayi kuat tu ha baby tengah bergerak lah tu. 

Mula-mula aku tak faham sangat, tapi bila cari info dan tanya di dalam group info ibu hamil, ooo baru tahu. Kalau tak mesti aku salah kira, risau juga bila salah kira. Takutlah sebab melibatkan nyawa anak kan.

Akhir Kata

Sekali lagi aku ingatkan, part ni adalah penting. Kalau korang lalai masa kira pergerakan ni, takut baby korang tak boleh diselamatkan. Andai kata baby dah rasa tak bergerak tu, cepat cepat bawa hospital ataupun klinik. 

Please please, sebab aku cakap ni berdasarkan pengalaman aku apabila kawan aku sendiri culas sangat. Baby tak gerak masa lagi berlengah-lengah untuk ke klinik. At the end, baby 7 bulan tak dapat diselamatkan. Sedihkan. 

Aku harap dengan adanya perkongsian ini dapat memudahkan ibu mengandung di luar sana yang masih lagi tidak faham cara untuk mengira pergerakan baby. 

Dengan info ini, semoga bermanfaat kepada anda. Jangan lupa kerapkan membaca info kehamilan yang terdapat di dalam blog ini. Selamat menimang cayaha mata, ibu ibu sekalian!

23 Ogos 2022

Ini Kenapa Pentingnya Buku Pink Ibu Mengandung.

Ini Kenapa Pentingnya Buku Pink Ibu Mengandung.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini Kenapa Pentingnya Buku Pink Ibu Mengandung. | Hari tu masa awal-awal aku buka buku pink, memang agak dugaan sedikit. Aku tak serumah dengan suami disebabkan kerja kami berdua ni, aku menetap di rumah abang kandung di dalam kem tentera. 

Semasa datang ke klinik tentera, nurse bagitahu selain isteri, anak dan ibu bapa kepada tentera, kena daftar luar dari kem tentera. Bila hadirkan diri di klinik keramat KL, klinik tersebut kata, mereka tak tempat yang aku stay, begitu juga dengan klinik kesihatan KL.

Aku bincang dengan suami, nak cuba buka buku pink di port dickson dengan menggunakan alamat hostel suami. Alhamdullilah, boleh juga buka buku pink. Suka atau tak terpaksalah aku ni berulang-alik setiap kali nak check up, rasanya ada dalam 4 kali check up. 

Semasa aku buka buku pink, kandungan dah mencecah 12 minggu. Nurse kata, lagi elok datang sewaktu usia kandungan 10 minggu dan tak boleh lebih daripada 13 minggu. Tapi depends pada klinik kesihatan juga, ada yang 9 minggu dah buka buku pink, ada yang 13 minggu baru nak buka. 

Jadi, ko kena make sure yang ko betul-betul pregnant dan sudah check dengan test mengandung. Nak lagi mudah, ko kena tahu cara kira kitaran haid ko sendiri. 


Bila Nak Waktu Sesuai Nak Buat Buku Pink?

Selalunya klinik kesihatan akan suggest buka buku pink antara 8-12 minggu usia kandungan. Cadangan aku, once UPT positive dalam 5-6 minggu kandungan, boleh scan dulu untuk pastikan kondisi kandungan sebab makin banyak kandungan luar rahim yang datang hospital dah pecah sebab tak detect awal. Kalau klinik kesihatan terlalu ramai patients, boleh je scan di klinik swasta bagi mereka yang mampu.

Sebenarnya, Penting ke Buku Pink Ibu Mengandung?

Ye, bukan pink ni sangat penting untuk ibu hamil. So nanti bila ko mengandung untuk kali kedua, ko mesti dan wajib simpan buku pink yang pertama ni. Sebabnya nanti susah nak detect ko masalah apa ketika mengandung yang kali pertama tu. 

1. Profile dan masalah kesihatan ibu mengandung.

Sebenarnya, buku pink ni ada profile dan masalah kesihatan ibu mengandung, siap dengan sejarah penyakit keluarga si ibu. Dari situ kita boleh screen siapa yang berisiko untuk dapat kencing manis, darah tinggi dan lain-lain. 

2. Ada sejarah rekod kelahiran terdahulu.

Dalam buku pink juga kita akan rekod sejarah kelahiran terdahulu. Pernah keguguran atau tak? Pernah cser? Berapa kali? Ni kandungan ke berapa? Anak semua berapa kilo berat? Ada komplikasi sepanjang mengandung/ketika bersalin? 

Contoh, macam anak ko tak gerak ketika mengandung. Dalam buku pink ni, memang dah siap lengkap dengan carta pergerakan janin. Janin tak gerak dan menyebabkan kematian pun, buku pink mesti kena catat oleh nurse supaya jadi sejarah rekod mengandung ko yang dulu tu. Sebab tu pentingnya buku pink ni.

3. Boleh detect Hemoglobin darah

Macam aku sendiri, sebelum kahwin memang ada masalah dengan darah rendah. Itu yang masa mengandung kena makan ubat iberet folic 500, ubat ni ubat tambah darah. 

Bila buka buku pink, memang kita akan ambil darah untuk cek sama ada kita ada masalah darah rendah atau tinggi. Dari situ kita boleh detect adakah ibu kekurangan Hemoglobin, atau ada jangkitan penyakit yang boleh bahayakan bayi dalam kandungan.


4. Pemeriksaan melalui buku pink

Pergilah mana-mana klinik dan hospital kerajaan, kalau tak bawa buku pink mesti kena marah. Doktor dan juga nurse akan membuat pemeriksaan ibu melalui buku pink. Ada ibu mengandung yang sebelum ni mengandung tak ada apa-apa sakit. Tapi lepas doktor periksa rupanya thyroid bengkak, ada ketulan payudara, ada jantung bocor dan sebagainya.

5. Diawal buka buku pink, nurse akan buat scan :

  • ada berapa kanting/baby? 1,2,3,4? Kalau lebih dari satu, berapa kantung uri?
  • pastikan kedudukan/posisi kandungan (adakah dalam atau luar rahim?)
  • ukur saiz janin & tentukan tarikh due date (adakah tally tarikh due date based on persiod vs scan)
  • nampak jantung baby tak? atau tak ada hearbeat?
  • detect ada tak sebarang abnormality seperti cyst, fibroid dan sebgainya yang boleh mengganggu/menjejaskan kandungan

6. Nurse akan dokumenkan progress

Di dalam nuku pink juga, nurse akan dokumenkan progress kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan secara berkala. Kiranya ada masalah atau tak sepanjang check up. Ada yang mula-mula ok tapi bila masuk trimester kedau atau ketiga mula dapat Hb rendah, kencing manis, bayi kecil, pertumbuhan bayi terbantut dan sebagainya.

7. Rekod hari pertama period

Jangan lupa ye sentiasa rekodkan tarikh hari pertama period terakhir untuk memudahkan kiraan minggu kehaliman dan due date kandungan. Nanti masa buka buku pink nurse akan tanya dan jangan curi tarikh. 

Kesimpulannya

Ini hanya sebahagian dari kegunaan dan kepnetingan buku pink ibu mengandung. Kiranya ibarat seperti kad pengenalan (IC) yang perlu ibu mengandung bawa kemana-mana sahaja, in case apa-apa kecemasan berlaku, macam ko dah tahu tanda bersalin tu, buku pink ni akan jadi rujukan penting nurse dan doktor. Jangan main-main tau. 

Contoh kes yang berlaku kepada ibu muda. Ibu muda ni datang untuk membuat buku pink tapi tak ingat tarikh last period. Bila scan kandungan, average ukuran kandungan dah 32 minggu lingkungan 8 bulan. Tapi tak pernah scan langsung dan tak ambil sebarang vitamin sepanjang kehamilan dan lagi syoknya lupa tarikh last period. 

Sebab tu, aku mesti dan wajib download app period tracker. Aku jenis period tak tetap dan mudah terlupa bila last tarikh period. Semenjak guna, apps period tracker dari situ daku tahu bahaya juga bila lambat period sebelum kahwin.





Bayangkanlah kalau kandungan ibu muda tadi sebenarnya 36 minggu tapi saiz bayi 32 minggu. Bayi ibu muda ni mungkin kecil dari usia tau mungkin juga ada masalah pertumbuhan terbantut. Itulah disebabkan kita tak tahu usia kandungan sebenar, tarikh due date pun boleh lari. Bila due date dah lari, inilah punca kadar kelahiran stillbirth (lahir mati) meningkat secara mendadak.

Elak selagi kita boleh elak, sebab ianya melibatkan nyawa. Jangan sesekali melengah-lengah untuk membuka buku pink. Sebenarnya, aku tiada niat untuk menakutkan atau menyalahkan mana-mana pihak. Cuma aku nak bagi kesedaran untuk ibu ayah yang mungkin belum faham pentingnya rekod kesihatan ibu mengandung atau buku pink ni.

Sumber : FB Dr Hana


3 Julai 2022

3 Cara Berpantang Lepas Bersalin Dalam Islam

3 Cara Berpantang Lepas Bersalin Dalam Islam

Bismillah.
Assalamualaikum.

3 Cara Berpantang Lepas Bersalin Dalam Islam | Tiber je nak cerita tentang cara berpantang selepas bersalin. Padahal aku ni dah lama dah bersalin. Biasanya, perempuan akan cari info berpantang ni sampai dapat. Al-maklum kadang ada juga yang nak tahu cara berpantang sendiri. 

Apakah perkara yang benar-benar dapat membantu si ibu untuk sembuh dalam tempoh selepas bersalin? Ikuti artikel ini untuk tahu berkenaan dengan pantang larang selepas bersalin mengikut Islam! Kalau nak baca lebih lanjut, boleh ke Hello Doktor okay. 

Berpantang selepas bersalin. Ajaran islam atau adat orang melayu? 

Islam adalah agama yang mudah. Tiada pantang larang yang berupa urutan, mandi herba ataupun calitan di dahi yang wajib dilaksanakan seusai bersalin. Tambahan pula, 60 hari tempoh berpantang bagi wanita selepas bersalin yang sering disebut-sebutkan di dalam ajaran agama Islam merupakan tempoh maksimum seorang wanita itu berada dalam keadaan nifas. 

Tempoh tersebut bergantung kepada mazhab yang dipegang oleh seseorang individu muslim itu. Mazhab Hanbali sebagai contoh, menetapkan 40 hari sebagai tempoh maksimum bagi pengeluaran darah nifas selepas bersalin manakala mazhab Syafie pula menetapkan 60 hari sebagai tempoh maksimum. 

cara berpantang sendiri

Jadi, apakah pantang larang selepas bersalin mengikut Islam yang perlu dipatuhi? 

Perlukah anda melaburkan masa dan wang kepada kaedah bertungku untuk mengecutkan rahim atau berurut bagi mengembalikan tenaga dan figura badan selepas bersalin? 

Jawapannya, tidak. Ada pun tidak dilarang sama sekali bagi seseorang individu itu untuk mengamalkan kaedah yang disenaraikan di atas, namun ia bukanlah sesuatu yang diwajibkan dalam ajaran agama Islam.

Sebagai contoh, amalan bertungku yang sering dikatakan sebagai satu kaedah penting bagi mengecutkan saiz rahim. Hakikatnya, tanpa kaedah tersebut, rahim seorang wanita itu akan mengecut secara semula jadi. 

Baca sini: Persatuan Suri Rumah Malaysia

Hormon oksitosin dan refleks daripada penyusuan badan boleh membantu mempercepatkan proses tersebut. Amalan bertungku bukanlah wajib tetapi ia dapat membantu mengurangkan sakit rengat (seakan-akan senggugut) kesan daripada proses pengecutan rahim. 

Tempoh berpantang selepas bersalin menurut sains 

Tempoh pospartum bagi seorang wanita kebiasaannya berlanjutan sehingga 8 minggu (56-60 hari) selepas bersalin bermula daripada saat bayi dilahirkan. Ia merupakan tempoh yang sukar bagi si ibu memandangkan mereka mengalami perubahan emosi, fizikal dan dalam masa yang sama perlu menjaga bayi yang baru dilahirkan. 

3 komponen utama yang perlu dititikberatkan adalah: 

  • Rehat yang cukup
  • Pemakanan seimbang
  • Penjagaan faraj terutamanya buat mereka yang mengalami kekoyakan sewaktu bersalin 

Terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan bagi memastikan kesihatan ibu berada pada tahap yang optimum semasa dalam tempoh berpantang selepas bersalin. 

Minum air secukupnya

Banyak komplikasi dan keadaan kesihatan yang sering berlaku disebabkan oleh kekurangan air. Seusai bersalin, ibu perlu minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air sehari bagi memenuhi kehendak badan untuk menyusukan anak. 

Susu ibu mengandungi komponen air yang tinggi jadi pengambilan air pada kadar tersebut menjadi kepentingan, terutamanya jika si ibu aktif melakukan senaman. Pernah dengar tak mitos yang mengatakan jika ibu minum terlalu banyak air boleh menyebabkan urat kembang? Jika ia merujuk kepada urat di kaki yang lebih dikenali sebagai varicose vein, ia bukan disebabkan oleh pengambilan air yang banyak mahupun “angin” masuk ke dalam urat manusia. 

Sukar untuk kita simpulkan mengapa catuan air perlu untuk wanita bersalin pada masa dahulu kala. Namun jika dilihat pada akses untuk mendapatkan air bersih yang sukar buat mereka (ambil air di perigi, jerang air dengan teknik yang betul), itu berkemungkinan merupakan salah satu faktor mengapa mitos ini timbul. 

Ia lebih merujuk kepada kepayahan untuk mendapatkan sumber air dan bukanlah berteraskan kajian sains. 

Amalkan pemakanan seimbang 

Perlu ke anda berpantang makanan? Secara amnya, penjagaan pemakanan perlu dilakukan seumur hidup. Tiada larangan spesifik jika gaya pemakanan seimbang diamalkan oleh ibu seusai bersalin. Namun, kenapa banyak pantang larang pemakanan yang timbul dalam kalangan orang melayu? 

Ada individu yang melarang pengambilan makanan “sejuk” seperti sayur-sayuran (timun dan bayam), buah-buahan (tembikai, betik dan jambu) kerana ia boleh menyebabkan simptom menggigil dan demam selepas tempoh bersalin. Betul ke? Tiada bukti yang menunjukkan pengambilan makanan tersebut boleh menyebabkan demam. Jika anda mendapat simptom tersebut, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor memandangkan ia berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan selepas bersalin. 

cara berpantang sendiri

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, saranan sukatan pemakanan untuk ibu selepas bersalin sama seperti populasi umum iaitu menggunakan konsep suku-suku-separuh. Sayur-sayuran dan buah-buahan penting buat mereka kerana ia mempunyai kandungan serat yang tinggi. Masalah sembelit boleh dielakkan dengan pengambilan makanan tersebut. 

Ia juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin A, B, C, zat besi, garam galian seperti kalium, natrium dan asid folik. Jika anda berpantang dengan hanya mengambil bubur, ia jelas menunjukkan bahawa ibu akan kekurangan nutrisi. Ambil makanan yang berkhasiat dan jika anda ingin berpantang, elakkan mengambil makanan ringan dan makanan berminyak. 

Jalani kehidupan secara aktif

Jika anda ingin mengamalkan diet selepas tempoh bersalin bagi mendapatkan bentuk badan yang lebih langsing, lakukannya secara bersederhana. Jika anda ingin mengamalkan senaman, lakukannya secara bersederhana. 

Tidak semestinya mereka yang sudah bersalin perlu terlantar di atas katil sepanjang hari, sehingga tamat tempoh berpantang. Jika anda tidak mempunyai pembantu sewaktu tempoh berpantang, buatlah kerja rumah. Ia merupakan salah satu cara yang mudah buat para ibu untuk kekal aktif terutamanya jika mereka tidak mempunyai pembantu sewaktu tempoh tersebut.

22 Jun 2022

Kenapa Perlu Minum Air Gula Ketika Hamil?

Kenapa Perlu Minum Air Gula Ketika Hamil?

 Assalammualaikum & hello there!

Kenapa Perlu Minum Air Gula Ketika Hamil? | Setiap ibu mengandung pasti akan gerun bila terdengar kisah tentang minum air gula. Minum air gula atau Ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) kini wajib atas arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk ibu mengandung yang berisiko kencing manis. 

Ini adalah mimpi ngeri untuk ibu mengandung yang baru pertama kali mengandung seperti daku. Bila nurse kata, 'minggu depan minum air gula ye', mahu terkulat-kulat biji mata. 

Suami siap cakap, minum air gula apalah sangat. Erghh boleh pula suami cakap macam tu. Geram je tau. Kita ni dok pikir sedap ke tak air gula tu, lepas minum confirm muntah ke? 

Sebab denganr orang kata, air gula bukannya sedap. Lagi teruk, bila dah termuntah lepas minum air gula, nanti kena ulang balik. Nightmare tau!

Kenapa Perlu Minum Air Gula Ketika Hamil?

minum air gula ketika hamil


Siapa yang wajib minum air gula?

  • Wanita dalam kategori obese dimana BMI mereka lebih dari 30
  • Wanita dengan sejarah diabetes gestasi
  • Wanita yang pernah hamil bayi besar
  • Wanita dengan keluarga yang mempunyai sejarah kencing manis
  • Wanita berumur 25 tahun ke atas
  • Wanita yang pernah mengalami keguguran atau bayi meninggal dalam kandungan


Proses minum air gula?

Ibu mengandung perlu berpuasa sehari sebelum ujian dijalankan bermula 10 malam dan pergi ke klinik keesokan harinya mengikut tarikh dan masa temujanji. Hanya dibenarkan minum air kosong. Pengambilan darah yang pertama dilakukan sebelum minum air gula. Bacaan gula ini dikenali sebagai bacaan gula ketika berpuasa (Fasting blood sugar).

Kemudian, ibu mengandung harus minum air gula (75mg glukosa di dalam 200ml air kosong). Sesetengah klinik swasta pula mungkin akan memberi air glukosa yang telah dicampurkan dengan perisa oren atau blackcurrent. 

Tidak dibenarkan untuk makan dan minum sebelum darah diambil untuk kali kedua selepas 2 jam. Boleh beritahu jururawat untuk berehat dan berbaring jika rasa tidak selesa dan loya. Jika muntah sebelum ujian darah kali kedua dilakukan, ujian ini mungkin perlu diulang semula pada tarikh yang lain. 


Tips untuk survive ketika ujian air gula?

  1. Minum air gula apabila ia masih suam.
  2. Tarik nafas, kalau perlu, picit hidung atau tahan nafas dan minum dengan cepat kalau tidak mungkin akan rasa loya dan jelak.
  3. Kumurkan mulut selepas minum untuk membuang rasa gula dalam mulut.
  4. Jika rasa nak muntah, bawalah berehat sama ada duduk atau baring. 


Keputusan saringan air gula?

Ujian MGTT memerlukan darah diambil sebanyak dua kali. Kali pertama dikenali fasting blood sugar dimana bacaan gula dalam darah yang normal ketika berpuasa adalah antara 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L. Kali kedua, darah diambil dua jam selepas minum air gula (2 hour post prandial), keputusannya mestilah 7.8 mmol/L atau kurang daripada itu

Jika bacaan normal selepas minum air gula lebih dari 7.8 mmol/L, pemeriksaan yang lebih lanjut akan dilakukan iaitu  ujian Blood Sugar Profile (BSP) dan besar kemungkinan ibu mengandung ini sudah mengalami diabetes sebelum hamil lagi. 

Jika keputusan BSP adalah normal, ibu mengandung akan terus mengamalkan diabetic diet sehingga bayi dilahirkan dan jika BSP menunjukkan tahap glukos dalam darah terlalu tinggi, doktor akan memulakan penggunaan insulin sebagai rawatatn 'gestational diabetes'.


minum air gula ketika hamil


Risiko elak diri daripada ujian minum air gula?

Golongan ibu yang mengelak daripada melakukan ujian minum air gula ketika hamil mungkin akan mengalami penyakit kencing manis tanpa disedari. Ketika mengandung, hormon kehamilan merupakan faktor utama kenapa insulin tidak cukup di dalam tubuh wanita yang mengandung.

Jika insulin tidak mencukupi ini akan mengakibatkan tahap glukos dalam darah ibu mengandung adalah tinggi. Glukos yang tinggi akan menyebabkan masalah ke atas bayi seperti : 

  1. Keguguran kelahiran pramatang Polyhydramnios (air ketuban yang banyak),
  2. Makrosomia (bayi besar)
  3. Sudden fetal death (kematian bayi dalam kandungan secara tiba-tiba)
  4. Masalah jantung dan tulang belakang bayi

Glukos yang tinggi juga akan menyebabkan masalah ke atas ibu mengandung seperti : 

  1. Sentiasa kerap kencing
  2. Sering lapar dan dahaga
  3. Kenaikan berat badan 
  4. Merasa penat dan tidak bertenaga
  5. Risiko kelahiran secara Caesarean section
  6. Risiko mengidap penyakit kencing manis di masa hadapan

Bagi mengelak masalah di atas kepada ibu mengandung, ibu mengandung mestilah berusaha untuk menjaga kesihatan dari peringkat sebelum hamil lagi. Ibu mengandung perlu jalani hidup yang sihat, lakukan pemeriksaan kesihatan, pastikan juga tiada kencing manis, darah tinggi dan masalah tiroid. 


BACA INI JUGA :


Akhir Kata

Jadi, jangan sesekali berfikir untuk mengelak daripada melakukan ujian minum air gula ketika hamil. Jangan jadi selfish! Kadang disebabkan pentingkan diri sendiri, nyawa anak dalam kandungan jadi taruhan. Bukan selalu pun minum air gula. 

Setiap kali mengandung sahaja, kalau tiap kali check up minum air gula dah sah-sah wanita kat Malaysia ni tak mahu mengandung.

Siapa je yang nak minum air gula dengan kerap? Kalau sedap tak apa lah juga, ni air gula pekat likat dan melekat di dinding mulut. Mahunya tak muntah. Aku harap ibu mengandung di luar sana, lakukan ujian air gula ni untuk anak-anak kita, inilah dinamakan amanah dan tanggungjawab kita sebagai hamba yang sudah berkhawin. 

Ingat tau, jangan muntah!