Assalammualaikum & hello there! 

7 Tanda Bersalin Semakin Dekat Yang Perlu Ibu Mengandung Ambil Tahu | Sebenarnya, daku ni sedang menghitung hari nak bersalin. Hari ni dah 38 minggu 2 hari bermakna ada lagi 1 minggu 5 hari sebelum due date. Nurse ada bagitahu, 36 minggu ke atas bila bila masa sahaja baby boleh keluar kalau dia mahu. Semenjak nurse bagitahu macam tu, terus daku kata kat suami ‘Abang, better balik kampung awallah, risaulah takut bersalin sorang-sorang kat rumah’. Itu yang suami hantar balik kampung 12 hari yang lepas.


Untuk ibu mengandung anak sulung, mana ada pengalaman nak tahu bila waktunya bersalin. Betul tak? Dari situ daku dah alert dengan 7 tanda bersalin. Ibu mengandung mana yang tak risau, cuak, takut bila dah dekat masa untuk bersalin.   Selagi baby tak keluar, selagi itulah risau tau. 

Fuh rasa berdebar je kan jantung ni, tak sabar dah nak jumpa si comel yang selama 9 bulan mendiami rahim. Jadi, entri ini khas untuk ibu mengandung anak pertama yang masih tak tahu tanda bersalin dekat. Dibawah ini daku sudah senaraikan 7 tanda bersalin semakin dekat. 


APA ITU BERSALIN?

Bersalin atau kelahiran anak merupakan proses pada peringkat akhir kehamilan, iaitu janin keluar dari rahim ibu mengandung. Ia akan bermula dengan rahim mengecut setiap 10-30 minit dan proses pengecutan akan berlaku selama 40 saat. Proses pengecutan rahim akan meningkat setiap 2 minit secara perlahan. Setelah pangkal rahim membuka 10cm, bayi akan dikeluarkan melalui vagina.


7 TANDA BERSALIN SEMAKIN DEKAT YANG PERLU IBU MENGANDUNG AMBIL TAHU!



#1 Kontraksi (Mengeras) Yang Lebih Kerap Dan Konsisten

Sepanjang mengandung, ibu mengandung akan merasakan perut mengeras. Ada yang sejam sekali, ada yang 30 minit sekali. Tetapi, ianya tidak berapa konsisten. Apa yang ibu mengandung perlu perhatikan adalah kontraksi yang konsisten iaitu setiap 10 min atau 20 minit dan sangat sakit. Masa kontraksi pula antara 30 saat ke 90 saat. Cuba perhatikan ye!


#2 Kerap Buang Air Kecil

Disebabkan kepala bayi semakin menghampiri pintu pelvis, ibu mengandung akan semakin kerap ingin membuang air kecil. Ini kerana, kedudukan kepala bayi yang rendah dan memberikan lebih banyak tekanan kepada pundi kencing ibu mengandung. Daku sendiri pun tengah alami, setiap sejam mesti nak terkencing je. Padahal minum air tak ada lah sampai 3-4 liter tapi tetap nak terkencing.


#3 Badan Berasa Letih

Mak daku pun cakap, bila nak dekat bersalin memang rasa badan letih je. Tu yang kadang asyik nak baring dan tidur. Jadi, ibu mengandung akan berasa susah untuk bergerak dan susah tidur pada minggu-minggu akhir kehamilan dengan perut ibu mengandung yang besar. Ia menyukarkan pergerakan ibu mengandung, menekan pundi kencing dan organ lain. Selain itu, ibu mengandung cuba cari posisi yang paling selesa untuk tidur dan dapatkan rehat yng secukupnya.


#4 Rasa Seperti Bayi ‘Terjatuh’

Jika ini adalah anak pertama, ibu mengandung mungkin akan rasa ringan dibahagian bawah tulang rusuk dan memudahkan ibu mengandung bernafas. Tetapi pada masa yang sama rasa berat dibahagian pinggul mula terasa. Itu kadang bila dah duduk bersila, daku nak bangun pun rasa ya Allah beratnya nak bangun. Kalau boleh memang tak nak duduk bawah, nak duduk je atas kerusi, ha senang bila nak bangun.


#5 Keluar Cecair Mukus

Cecair mukus berkumpul dibahagian serviks sewaktu kehamilan. Secara mudahnya ini adalah tanda bersalin keluar lendir. Kebiasannya keluar lendir coklat. Cuba perhatikan tanda ni, kalau dah keluar betullah tu dah nak dekat bersalin.

 

#6 Bukaan Serviks

Seterusnya, jika ibu mengandung semakin dekat untuk bersalin, serviks akan merengang dan membuka laluan untuk kepala bayi keluar. Proses ini dikenali sebagai effacement. Ukuran mudah adalah beberapa sentimeter bukaan tersebut. Pada kebiasaannya jika telah terbuka sebanyak 3cm, ibu mengandung boleh dimasukkan ke dalam wad bagi mendapatkan pemantauan seterusnya. Tetapi, jika sudah terbuka lebih 3cm, boleh dikatakan beberapa jam sahaja lagi sudah boleh bersalin.


#7 Air Ketuban Pecah

Antara tanda tanda bersalin yang paling nyata adalah pecahnya air ketuban. Ini disebabkan cecair amnion yang melindungi bayi dalam kandungan ibu mengandung telah pecah. Ada yang keluar dengan banyak seperti air pancut, ada yang keluar sedikit demi sedikit. Apa apa pun segeralah ke hospital kerana dah tak lama dah ibu mengandung akan bersalin.


Dah tahu 7 tanda bersalin semakin dekatkan? Jadi, suami atau bakal bapa perlulah ambil kira juga. Ini kerana suami perluu sentiasa berasa di sisi ibu mengandung bagi memberi sokongan dari pelbagai sudut, emosi, rohani dan fizikal. Take noted juga ye para suami. Daku doakan buat ibu mengandung yang lain, semoga dipermudahkan urusan bersalin. 



1 Ulasan

  1. Braxton hicks tu paling tak tahan bila dah dekat2 nak bersalin..huhu

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!