Rupanya Emak Pengidap Kanser Serviks Tahap 3

Assalammualaikum semua. Apa khabar, moga korang semua baik-baik aje. Jaga diri, anak-anak dan juga keluarga ye, sekarang ni panas melampau sangat. Nak tidur siang pun rasa tak selesa sebab panas dan bahang yang teramat.

Kalau ikutkan, aku tak nak cerita keadaan emak sekarang ni. Cuma mungkin satu hari nanti aku akan rasa sendiri erti rindu yang tiada penghujungnya dan mungkin juga dengan artikel ni bolehlah jadi ubat untuk melepaskan rindu.

Nak menulis ni pun, gugur juga airmata. Risau dan takut akan sebuah kehilangan besar untuk aku yang bergelar anak ni. Cuma sekarang ni, aku cuba untuk kumpul kekuatan dan sama-sama berikan semangat untuk emak.

Sebelum puasa hari tu, emak mengadu dia sakit senggugut. Emak kata, sakit sangat sampai tak boleh nak bangun. Memang betul, aku perhatikan juga emak ni tiap kali period mesti sakit senggugut yang teramat sangat. Aku fikir mungkin sebabkan fasa nak monopause kan. 


Kanser Serviks Tahap 3
$ads={1}

Mak pun fikir macam tu. Cuma hari tu, macam kena bawak mak ke Hospital Kota Tinggi. Risau je makin teruk. Bila dah cek ape semua kat kecemasan, Doktor kata ketumbuhan dalam rahim. Mungkin fibroid dan mak kena tahan ward masa tu. Sebabnya, darah mak kurang sampai 6. 

Aku dulu beranak Luth pun 3 botol masuk darah. Hari kedua mak kat ward, doktor kata mak bukan fibroid, mak kanser serviks tahap 2. Masa tu, macam nak luruh jantung bila doktor cakap macam tu. Selama ni mak sihat je, makan je macam biasa. Jaranglah sakit.

Emak pun tak ada sakit 3 serangkai (jantung, kencing manis & darah tinggi). Emak cuma ada sawan dan masih makan ubat sampai sekarang. Kiranya dah 28 tahunlah mak makan ubat sawan, lepas je lahirkan aku ni, terus mak dapat sawan. 

Mak kena tahan ward 4 hari macam tu. Aku ni seboleh-boleh kata, tak mungkinlah mak kanser, mungkin mak nak monopause je kot. Tak ape aku kata, kita tunggu nanti check up kat Hospital Sultan Ismail, biar Doktor pakar yang sahkan samada betul atau pun tak. 

Lepas balik dari ward, emak dah start berpantang dari makan makanan kacang, daging dan makanan sejuk. Air pun mak tak minum direct dari Coway. Mak jerang je, lepas tu minum. Aku dan adik-adik yang lain memang tak bagi mak berkuat sangat. Bulan puasa hari tu, sebulan juga mak tak puasa. Sebabnya senggugut dan darah pun makin banyak.

Kesian juga aku tengok mak. Allah je yang tahu perasaan aku masa tu.

5 hari sebelum nak raya, aku bawalah mak check up sekali lagi ke HSI. Doktor buat sekali lagi pap smear dan scan perut. Nak buktikan samaada betul atau tak kanser serviks tu. Seksa juga bila buat ujian pap smear ni, masukkan muncung itik di kemaluan tu. Sakit kot, lagi lagi emak ada ketumbuhan. Jawabnya nanti memang darah non stoplah keluar.

Kanser Serviks Tahap 3


Sekali, doktor pakar cakap "Puan kanser serviks tahap 3, ketumbuhan dalam 5cm besarnya. Sekarang ni saya tengok, dah merebak sikit ke buah pinggang. Sebulan lagi, buat CT Scan kat sini, 2 minggu lepas tu baru boleh tahu kansernya dah merebak kemana. Seandainya, boleh dibuang, saya akan buang. Jika tak boleh dibuang, mungkin puan akan buat Kimoterapi."

Masa tu kan, aku ni yang cuba untuk tak menangis, tiba-tiba airmata tu keluar dengan sendirinya. Aku macam tak boleh nak terima hakikat tau, yang emak ni pesakit kanser. Emak pula jangan cakaplah menangis teresak-esak bila doktor cakap.

Doktor pula terus cakap, "In shaa Allah puan kena kuat. Ini ujian untuk puan, kat luar sana ada orang kanser tahap 4, dia sembuh dan bebas kanser puan. Puan kena kuat demi anak dan suami puan. Awak dik, kena kuatkan semangat mak awak."

Bila doktor cakap macam tu, aku lap airmata dan cuba bagi semangat kat mak. Aku cakap, "Allah uji emak, sebab emak mampu dan kuat dengan ujian ni" Kat luar sana, ade je mak orang kanser servik tahap 3 boleh sembuh macam biasa. Mak kena kuat.

Balik tu, memang mak tak cakap sangat. Merenung je kat tingkap kereta. Adik aku yang ikut masa tu, masing masing meleleh airmata, konon nak tunjuk kuat tapi tak boleh juga tau.

Kanser Serviks Tahap 3

$ads={2}

Semalam, aku bawa mak ke HSI untuk buat CT Scan. Sebelum proses tu semua, aku cakap "Mak kena kuat, kena buat macam biasa. Jangan lembik-lembik. Kesian Luth kat rumah tunggu mak". Kat CT Scan tu ramai jugalah yang buat, ada yang kaki tak ada. Ada yang kanser juga, semua buat CT Scan untuk tengok samaada dah makin merebak ataupun tak.

Lama jugalah tunggu giliran mak semalam. Dalam 1 jam macam tu, barulah mak masuk dalam bilik untuk buat CT Scan. Dalam hati, mintak mintak mak kuat buat ujian tu. Tiba-tiba mak keluar, mak kata air ubat ni tak boleh masuk dalam tangan, sebab tangan dah bengkak.

Dah terpaksalah tukar dan pasang jarum kat tangan lain. Lepas tu, barulah emak masuk buat sekali lagi. Tunggu punya tunggu, mak keluar terus ke bilik air. Lama juga tu dalam bilik air, aku fikir mesti mak ni tukar pampers sebab banyak darah keluar.

Rupanya, emak ni buang air besar, sebabnya bila buat CT Scan, memang akan masuk satu rod ke laluan dubur untuk pastikan tiada masalah di usus besar. Patutlah mak sampai buang air besar. Nanti aku ceritakan lagi tentang CT Scan ni ya.

In shaa Allah, 30 May ni barulah aku dan emak tahu lebih tepat lagi tentang sakit emak. Aku doa, mintak Allah ni permudahkan kanser mak. Kalau boleh dibuang, buang aje lah. Untuk sekarang ni, aku dan adik beradik cuba buat mak sentiasa happy dan tak bersedih lagi.

Mati itu pasti, tapi selagi boleh bertahan untuk hidup, kena teruskan dan tetap kuatkan semangat. Jangan fikir mati, nak mati ni bila masa-masa aje boleh. 

Doakan emak ye semua!

12 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Allahuakbar....semoga allah berikan kesembuhan dan permudahkan segala urusan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih SA, in shaa Allah moga Allah kabulkan doanya.

      Padam
  2. Allahuakbar...beratnya ujian but, Allah tau mak kuat..sbb tu Dia uji.
    Allah sayang, sbb tu Dia uji...mengalir air mata MA baca.. kuat semangat yer.. kanser ni kena kuat semangat, fikir positif.. in sya Allah..
    MA doakan mak kuat & semoga semuanya dipermudahkan & moga mak sihat mcm biasa balik.. aamiin.....

    BalasPadam
  3. Allahuakbar. Semoga mak sis kuat dan tabah menghadapi ujian ni.

    Mak saya pun seorang bekas pejuang kanser. Bila doktor bagitau ada sel kanser, memang rasa nak gugur jantung dan nangis jugak tapi kiteorang adik-beradik taknak tunjuk depan mak sbb mak jenis yg cepat seriau dan lemah semangat bila bab2 pegi hospital. Jadi kiteorang kena tunjuk kuat, tunjuk positif je, selalu bagi kata2 semangat. Kalau ditakdirkan mak kena buat kimo, kat sini cabaran terbesar bukan je utk dia tapi utk anak2 yg menjaga mak. Jadi sis dan adik-beradik kena kuat depan mak, bagi dia kata2 semangat sbb dia perlukan utk mengharungi rawatan kimo tu yang kadang2 ambik masa berbulan2. Selalu gembirakan dia, pujuk dia makan dan bagi dia bersemangat utk habiskan rawatan.

    Semoga Allah permudahkan urusan mak sis dan sis sekeluarga, semoga mak sis sembuh dari penyakit kanser serviks, Ameen Ya Rabbal Alameen... 🤲🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, OM pun kena kuatkan semangat dan kenalah tahan air mata ni. Kalau anak2 pun dh lembik, lagilah mak kita kan. In shaa Allah OM akan ikut apa yang Carneyz katakan. Terima kasih juga untuk doanya..

      Padam
  4. Stay dengan mak la, semampu yang boleh. Mak saya juga kanser dulu, breast cancer. Fikir yang baik-baik je. Memang dia akan rasa lemah semangat. Saya doakan OM dan adik beradik tabah, dan segala urusan rawatan dipermudahkan. Semangat kena kuat, orang tahap 4 pun boleh sembuh, semua kuasa Allah. Doa je banyak-banyak.

    BalasPadam
  5. Allahuakbar...semoga mak OM diringankan kesakitannya.

    BalasPadam
  6. Allahuakbar, memang takut untuk kehilangan orang yang disayangi terutamanya emak...

    Semoga emak Shu terus kuat melawan penyakitnya Dan sembuh Dari kanser yang dihadapi..Aamin! Sebagai anak, tetaplah kuat Dan support mak Dari segi mental paling penting.. InshaAllah, semuanya kuasa Allah, usaha Dan terus berdoa 🌹

    BalasPadam
  7. bertabah la dan semoga dipermudahkan segala urusan...moga juga diberi kesembuhan juga....aamiin

    BalasPadam
  8. Allahu.. semoga sis dan keluarga kuat hadapi ujian ye..

    BalasPadam
  9. Semoga dipermudahkan urusan, diberikan kesembuhan.. Semoga Allah sentiasa melindungi.. Aamiin

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama