IBERET FOLIC 500 KHAS UNTUK IBU MENGANDUNG - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: IBERET FOLIC 500 KHAS UNTUK IBU MENGANDUNG

AFB Feeds

27 Mac 2020

IBERET FOLIC 500 KHAS UNTUK IBU MENGANDUNG

Assalammualaikum & hello there!

Entri kali ni, Om nak kongsi tentang satu ubat yang Om amalkan semenjak kurang darah disebabkan mengandung tetapi sebelum mengandung memang ada masalah dengan kurang darah. Kalau betul-betul tak jaga, memang akan jadi masalah dengan kandungan dan ibu mengandung sendiri pun mempunyai risiko untuk ditahan wad angkara tak cukup darah merah.

Nak ke tidur wad?

Mula daftar buku merah tu, memang dah jadi procedure untuk ambil darah dan air kencing bagi ibu mengandung. Sample air kencing tu nak tentukan sama ada pregnant atau tak tapi boleh juga untuk check kencing kotor. Manakala untuk sample darah, nak tentukan sama ada ibu tersebut mempunyai masalah kurang darah atau tidak.

Siapa yang pernah alami masalah kurang darah ketika mengandung, memang tahu betapa bahaya. Kena ingat kita ni nak berkongsi darah dengan kandungan. Kena 'take noted' untuk ibu mengandung yang newbie tu.

Harga depends pada farmasi, ada yang jual RM20 tapi ada yang jual 2x ganda.

Nak tahu ubat apa Om guna?

Nama ubat ni ialah IBERET FOLIC 500, sejenis ubat khas untuk ibu hamil dengan tujuan meningkat hemoglobin atau HB dalam darah. Ubat ini terkandung Iron 3x dari tablet biasa iaitu 105mg Iron dan juga mempunyai Folic Acid, Vitamin C, Vitamin B & highly ferrous-contain.


Masa nurse cadangkan pelik jugak bunyi dan tak pernah nampak ubat ni. Nurse kata nak stop ubat yang hospital bagi pun boleh dan start makan ubat tu untuk next checkup. Setiap kali check up memang dia akan check darah kita. WAJIB!

Bawah ni adalah kadar penurunan HB Om :

25/2/20 - 10.4
10/3/20 - 10.3
26/3/20 - 11.1

Refer pada HGB tau.

Tetapi, Om tak rasa sangat pun simptom macam pening, loya, rasa nak pitam. Mungkin rasa penat tu disebabkan kemalasan diri sendiri kot. I dont know. Kena jaga tau, sebab bahayanya tak cukup darah ni boleh jadi masalah masa nak bersalin. Silap-silap ibu mengandung boleh meninggal.

Macam mana nak cara pengambilan ubat ni?

1. Untuk orang tidak mengalami alahan ubat, boleh makan tablet ni ketika perut masih kosong iaitu selepas subuh atau 2 jam sebelum sarapan pagi. Om ambil cara macam ni, tapi ubat ni ya rabbi kelat sungguh.

2. Untuk orang yang bermasalah dengan alahan ubat, boleh makan semasa perut kosong tapi waktunya berbeza iaitu 2-3 jam selepas makan malam. 

Kesan sampingan ubat ini ?

Apa yang Om rasa bila lepas makan ubat ni tapi ianya depends pada individu.

1. Kerap buang air besar - sehari tu boleh 2-3 kali berak. 
2. Najis berwarna hitam - itu tanda HB dah meningkat.
3. Baby bergerak lebih aktif - baru nak masuk 5 bulan memang tak nak duduk diam.
4. Selera makin bertambah - bergantung pada individu dan usia kandungan


Kita ikhtiar untuk sesuatu tak jadi masalah dan Allah sangat suka. Buat ibu mengandung yang ada masalah HB Low, Om totally recommended ubat ni, kalau makan ubat hospital confirm dan dah sah-sah kena berpantang untuk tidak minum-minuman berkaffien, bergas, coklat. Tapi dengan makan ubat ni in syaa Allah, masih boleh lagi minum berkaffien tapi kena ingat, terlalu kerap sangat pun tak boleh jugak tau minum. Too risk for your baby. Nak ambil biarlah bersederhana. 

In syaa Allah, next entri Om nak cerita tentang HB Low pulak. 



5 ulasan:

  1. wah tahniah om! jaga diri baik baik :D

    BalasPadam
  2. tahniahhh..sha mkn ubat obimin..beli dkt farmasi..yg ubt dr kk tu langsung xdpt telan..sakit kpla jadinya

    BalasPadam
  3. Tahniah OM.

    HB rendah memang bahaya. Untuk ibu dan juga anak. Jaga diri ya

    BalasPadam
  4. Dulu anak pertama ada HB rendah. Memang sengsara kena marah nurse. hikhikhik

    BalasPadam
  5. Semoga dipermudahkan semua urusan ya! ^^

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Edited by OmbakBergigi.com