7 Tips Redakan Bengkak Susu


Tips Redakan Bengkak Susu


 7 Tips Redakan Bengkak Susu | Bengkak susu adalah satu perkara yang sangat menyakitkan dan boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada emosi ibu. Balik dari hospital hari tu, memang dah rasa dah bengkak susu. Rasa nak tumbuk-tumbuk je tau. Bengkak susu ni memang mimpi ngerilah buat aku. 

Rasa sangat terbeban bila bengkak susu datang melanda. Aku ni baru je merasai pengalaman bersalin anak pertama, kiranya pengetahuan untuk redakan bengkak susu tu memang kosong macam tin kosong. Tak tahu nak buat apa, bayi pula kerja nak tidur, tu yang lagi bertambah emosi. 

Sampai je rumah, terus mengadu dengan mak. "Mak, macam mana nak redakan bengkak susu?". Dari sinilah, mak aku ajar macam-macam. Sebab mak kita kan dah alami dah, mesti mak tahu macam mana nak redakan. 

Siap mak bagi lagi tips cara nak banyakkan susu ibu susu badan dengan berkesan. So far, tips di bawah ni semuanya aku ikut dan alhamdullilah bengkak susu tu dah reda dan rasa sangat payudara ringan. Eh, tidur pun boleh nyeyak tau!

Ibu Alami Bengkak Susu? Ini 7 Tips Redakan Bengkak Susu.


Aku nak kongsikan 7 tips redakan bengkak susu, in shaa Allah berkesan dalam meredakan bengkak susu. Jom baca lebih lanjut lagi.

#1 Kerapkan Susu Bayi

Disebabkan aku menghadapi masalah puting melecet, aku tak bagi sangat bayi menyusu sebab tak tahan dengan keperitan yang aku rasai bila anak daku menghisap susu. Rasa melecet tu hanya ibu yang menyusu je yang tahu. 

Jika ibu mahu redakan bengkak susu, ibu kena kerapa dan penting untuk memastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. In shaa Allah boleh kurang rasa bengkak susu tu.

#2 Urut Payudara Ibu

Urut payudara yang sedang dihisap oleh bayi perlahan-lahan ke arah kawasan puting untuk membantu kelancaran pengaliran susu. Ibu tunggu jelah nanti bila tanda-tanda bayi sedang tumbuh gigi, lagi sakit bila dia gigit. Mahu tak menjerit. 

Kadang aku lebih suka, urut dengan minyak urut dulu barulah bagi bayi hisap, tapi kena pastikan puting susu tu bersih dulu seblum bagi hisap. Kang tak pasal bayi rasa pelik pulak.

Tips Redakan Bengkak Susu





#3 Segera Pam Payudara Ibu

Satu cara untuk redakan bengkak susu ialah dengan segera pam payudara ibu bila terasa berat ketika baring. Ni yang aku hari hari dok ulang rutin yang sama sepanjang 10 hari berpantang. Kiranya 2-3 jam sekali mesti nak pam susu, takut berat dan rasa sakit ketika hendak tidur. Kiranya mimpi ngeri jugalah bila tak pam susu, seksa tau bila nak tidur.

#4 Pakai Bra/Coli Yang Sesuai

Pastikan ianya tidak terlalu ketat atau terlalu longgar hingga boleh menyebabkan tekanan kepada payudara ibu. Sekarang ni, di shopee pun dah juallah bra untuk breastfeeding, boleh pilih samaada nak yang mahal atau murah dan berkualiti atau tidak berkualiti. 

Bila dah mula breastfeeeding, dah tentu ibu nak bra/coli yang mudah untuk buka sebelum susukan bayi. Alangkan masa mengandung pun, ada cara pemakaian baju yang patut dielakkan supaya baby dalam perut tak sakit. 

#5 Tuam Payudara

Satu lagi cara untuk redakan bengkak susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada sebelum memerah susu. Ya, aku memang ikut tips ni, leceh sedikit tapi berkesan. Memang rasa sangat ringan bila tuala panas diletakkan di payudara.

Kalau tak nak baju basah, boleh cuba juga dengan bertuam dengan tungku. Letak batu tungku tu dan tekan perlahan-lahan bagi meredakan bengkak susu.

#6 Mandi Air Panas/Suam

Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabakan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Setakat ni, daku tak lalui lagi susu keluar bila mandi air panas/suam. 

Aku tak berapa pasti dengan tips ni sebab aku tak alaminya lagi. Mungkin ada ibu ibu yang lain, sudah lalui tips ni dan berhasil. Tapi apa salahnya cuba mandi air panas/suam bagi meredakan bengkak susu.


Tips Redakan Bengkak Susu


#7 Letakkan Kobis Dalam Coli

Mak aku cerita, dulu tak ada pump susu eletrik. Bila bengkak susu, mak aku akan letakkan kobis di dalam coli bagi meredakan bengkak susu. Aku tak percaya tapi mak kata, inilah petua melayu dulu-dulu. Setakat ni, aku tak pernah cuba lagi.

Kesimpulan

Alhamdullilah, bila aku ikut 7 tips redakan bengkak susu, aku dah tak alami dah bengkak susu. Jadi, buat ibu yang tiada pengalaman lagi dengan bengkak susu, boleh cuba tips redakan bengkak susu. In shaa Allah memudahkan urusan harian ibu ibu yang baru sahaja bersalin.  Bila bengkak susu ni, memang sangat mengganggu emosi ibu. Selamat mencuba ye ibu!

4 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. wah terbaik tips. pernah guna yang kobis tu.

    BalasPadam
  2. Masa awal2 lepas bersalin alami bengkak susu juga. Tapi urut2 time baby nyusu tu Alhamdulilla lega rasa. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama