Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Carta Pergerakan Bayi? Ini Ibu Mengandung Perlu Tahu. | Amboi seminggu ye daku menghilang. Daku hilang sebab urusan kerja, bayangkan dengan perut 7 bulan ni turun site sebab gantikan kawan site yang bercuti. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan tapi lepas ni tak mahu dah nak amik risiko turun site sebab takut jadi apa apa pada kandungan. Mencegah lagi baik kan?

Hari ni, daku nak kongsikan macam mana nak kira pergerakan bayi? Ibu mengandung yang dah berpengalaman mesti dah tahu kan, entri ni daku kongsi bagi ibu mengandung yang newbie macam daku ni. Tapi sebelum tu, apa itu carta pergerakan bayi? 


1. Apa Itu Carta Pergerakan Janin/Bayi?


Carta pergerakan janin/bayi ialah satu carta pemantauan pergerakan bayi yang perlu dicatat pada buku pink mengandung ibu. Carta ini perlu dilakukan setiap hari tanpa lalai sehinggalah bayi selamat dilahirkan.

2. Bila Carta Pergerakan Janin/Bayi Bermula dan Kenapa?


Kebiasaannya nurse akan terangkan kepada ibu mengandung untuk mulakan pada setiap 9 pagi sehingga 9 malam (12 jam) pada setiap hari. Ini kerana, kita dah bangun pada jam 9 pagi dan mula melakukan rutin harian, ibu-ibu moden ni mesti jam 8 dah masuk pejabat. Betul tak? Jadi, pengiraan carta janin/bayi tetap bermula pada jam 9 pagi.

3. Macam Mana Nak Mengira Carta Pergerakan Janin/Bayi?


Dalam buku pink ibu mengandung pun dah tertulis begini,

"Bermula dari jam 9 Pagi, kira pergerakan janin/bayi anda sehingga sampai 10 kali. Sila catatkan masa setelah genap 10 kali pergerakan SETIAP HARI.

PERHATIAN!! Sekiranya anda tidak merasa 10 kali pergerakan dalam masa 12 jam SEGERA KE HOSPITAL."

Ada petak-petak yang perlu diisi lengkap oleh ibu mengandung iaitu tarikh, masa bermula, tandakan ✔️ pada kotak kecil yang bernombor 1-10 yang mewakili gerakan kuat bayi dan petak masa genap 10 gerakan kuat tersebut.

Pergerakan janin/bayi wajib diambil kira dengan setiapp satu pergerakan yang kuat atau tendangan bayi. Contoh, jika ibu merasakan bayi bergerak kiri kanan atas bawah, itu dikira sebagai satu pergerakan. 30 minit kemudian, ibu merasai bayi bergerak lagi kiri kanan atas bawah itu satu pergerakan yang baru, jadi sudah 2 gerakan. Faham tak?

4. Panduan Untuk Mengira Pergerakan Bayi?


> Menurut kolej pediatrik Amerika dan kebanyakan doktor pakar perbidanan dan sakit puan, mereka mencadangkan agar kiraan sehingga 10 kali pergerakan perlu dilakukan tidak kira sama ada tendangan, gulungan, tumbukan atau pergerakan-pergerakan lainnya dalam tempoh 12 jam.

> Carta kiraan pergerakan bayi lazimnya digalakkan bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 9 malam. Ibu mengandung boleh mula mengira pergerakan bayi dengan memilih waktu di mana baayi ibu mengandung biasanya bergerak aktif. Sehubungan itu, ramai ibu berpendapat, waktu bayi bergerak aktif selepas waktu makan.

> Ketika mengira pergerakan bayi ibu, digalakkan berada di dalam posisi selesa. Ibu mengandung boleh berbaring dengan posisi mengiring ataupun duduk di sofa. Sesetengah ibu suka duduk sambil merehatkan bahagian belakang dan memegang perut ketika mengira.

> Pengiraan pergerakan bayi akan dikira sebagai satu gerakan apabila bayi bergerak kemudian berhenti dalam jangka masa yang agak lama. Jika bayi ibu bergerak, kemudian berhenti selama beberapa saat dan bergerak kembali, itu masih dikira satu pergerakan.

> Satu kali gerakan bersamaan dengan satu kali pusingan. Bayi biasanya bergerak aktif ke kiri dan kanan; atas dan ke bawah dalam satu-satu masa.

> Keadaan itu diambil kira sebagai satu kali gerakan! Setelah beberapa minit, bayi akan bergerak lagi dalam keadaan sama lalu ia dikira sebagai gerakan kali kedua. Berdasarkan pengalaman ramai, carta tendangan bayi mampu dilengkapkan dalam jam 3 petang hingga 4 petang.


5. Cara Mencatat Pergerakan Bayi Sekiranya Terlupa?


Daku sendiri pun bermasalah dengan terlupa untuk tick pada buku pink, bila sibuk kadang tak sempat nak tickkan? Daku pun terbaca post di facebook dengan create group whatsapp dengan husband untuk update setiap kali baby kicking.

> Ibu mengandung boleh bina group whatsapp dengan suami.

> Catat atau update di group tersebut setiap kali ibu mengandung merasakan pergerakan bayi.

> Bila ada masa free, catat semua information di group tadi tu ke dalam buku pink. Since dalam whatsapp ada tarikh dan masa, kan dah mudah untuk tahu bila waktu terakhir baby bergerak. Bila dah cukup 10 pergerakan tu, terus catat masa dalam buku pink.

> Dekat dalam gambar tu, daku update sampai 2 kali kan? Masa tu daku sibuk sampai tak sempat nak update tapi daku rasa pergerakan bayi 2 kali. 


BACA INI JUGA :



Kebiasannya daku akan kira setiap 15 minit atau 30 minit macam tu. Bukannya 15 minit tu rasa sampai 10 kali, itu masih dikira satu pergerakan. Lagi senang, bila rasa pergerakan bayi kuat tu ha baby tengah bergerak lah tu. Mula-mula daku tak faham sangat, tapi bila cari info dan tanya di dalam group info ibu hamil, ooo baru tahu. 

Daku harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan ibu mengandung di luar sana. Semoga bermanfaat. 

5 Ulasan

  1. Saya pun tengok adik saya dok kira pergerakan baby dalam kandungan dia... dah 8 bulan dah dia..

    BalasPadam
  2. 5 tahun lepas buat menda ni, haha. kadang ada jugak rindu tapi bila kena buat, kadang terlupa >.<

    BalasPadam
  3. Nurse ada pesan, seeloknya tick saja dengan pen atau pensil, jangan tampal sticker dan sebagainya hehe

    Lama dah tak tick tick ni, tinggal kenangan semuanya :D

    BalasPadam
  4. Yeay! sama la buat group baby kicking tu. Haha Selalu buat kat wassep, dah sampai hari nak check up baru tandakan. Haha

    BalasPadam
  5. Berguna ilmu ni. Kita yang belum kahwin ni pun seronok baca. comel part whatsapp tu. hehe

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!