Assalammualaikum dan salam sejahtera.

11 Pes Homemade Yang Memudahkan Ibu Moden Memasak Setiap Hari. | PKPP dah diumumkan 10 Jun - 31 Ogos 2020, jadi daku rasa banyak ibu-ibu moden dah kembali bekerja kan? Apa kata ibu-ibu moden cuba buat 11 pes homemade ini di rumah. Daku faham kadang kita sebagai ibu moden ni tak sempat nak masak selepasa balik daripada kerja. Masuk je rumah tengok rumah bersepah pun, kita dah stress bukan? Apatah lagi bila stres balik kerja terus nak memasak di dapur.

Dengan adanya pes homemade ni, in syaa Allah memudahkan hari-hari ibu moden untuk memasak di dapur. Masuk dapur je, keluarkan pes dan masak, eh tak sampai 30 minit pun masak. Bukankah ianya mudah? Hari ni daku nak kongsikan 11 pes homemade yang mudah untuk ibu moden buat dirumah sebelum pergi bekerja.

Pes Homemade? Eh, Memang Senanglah!



Image may contain: food

#1 Pes Homemade Ikan Bakar


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 2 inchi lengkuas
  • 3 inchi halia
  • 5 batang serai
  • 8 biji bawang merah
  • 1 biji bawang holland
  • 1 sudu udang kering
  • Sedikit belacan
  • 8 biji cili padi - boleh tambah kalau mahu pedas
  • 3 biji cili merah
  • 3 helai limau purut

Cara penyediaan :

1. Blender semua bahan sehingga lumat.

2. Tumis dengan minyak yang agak banyak, dan masukkan cili boh 4-5 sudu.

3. Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan asam keping

4. Tumis sehingga pecah minyak dan siap.

5. Nak bakar ikan, lumur je atas ikan tu dan letakkan di dalam aluminium foil, balut bagi kemas dan bakar di atas dapur.


Image may contain: food


#2 Pes Homemade Masak Lemak


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 3 biji bawang besar
  • 8 biji bawang putih
  • Seketul halia - sedang sahaja
  • Sebiji kunyit hidup
  • 12 biji cili hijau (ikut kepedasan)

Cara penyediaan :

1. Blender semua bahan di atas.

2. Masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti ais.

3. Siap untuk digunakan.


Image may contain: food

#3 Pes Homemade Untuk Masak Sup


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 5 kuntum bunga lawang
  • 7 kuntum bunga cengkih
  • 2-3 batang kayu manis
  • 10 biji buah pelaga
  • Sedikit lada hitam
  • 5 biji bawang besar
  • Setengah labu bawang putih
  • 10 sudu rempah sup

Cara penyediaan :

1. Blender semua bahan kecuali rempah 4 beradik (bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis & buah pelaga)

2. Tumiskan rempah 4 beradik di dalam kuali dengan menggunakan minyak.

3. Masukkan bahan yang dikisar dan tumis sampai naik minyak.

4. Angkat, biarkan sejuk dan bekukan.

5. Nak masak nanti masukkan pes, air, ayam atau daging, kentang, garam dan sedikit gula.

6. Taburkan bawang goreng dan daun sup.


Image may contain: food

#4 Pes Homemade Untuk Masak Kari Daging/Ayam


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 5 biji bawang besar
  • 10 biji bawang kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 inci halia
  • 6 sudu besar rempah daging/ayam
  • Rempah 5 sekawan
  • 1 sudu halba

Cara penyediaan : 

1. Blender semua bahan kecuali rempah 5 sekawan.

2. Tumiskan rempah 5 sekawan terlebih dahulu. Kalau yang suka light soup, tak payah gunakan rempah ini. Kemudian dah naik bau, bolehlah masukkan bahan yang dikisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi 2 minit. Akhir sekali, perasakan dengan garam gula dan perasa.

4. Siap dan bekukan.

5. Bila nak masak, ambil pes dan masukkan dalam kuali. Masukkan air, air asam jawa dan tambahkan daging/ayam/ikan segar bersama sayur pilihan. Boleh juga dibuat makan dengan mee kari. Bubuh ayam yang dipotong kecil.


Image may contain: food

#5 Pes Homemade Char Kue Teow


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 200 gram kepala dan kulit udang sahaja
  • 500 ml air putih
  • 9 ulas bawang putih dikisar
  • 5 sudu besar cili keirng yang telah dikisar - nak lebih pun boleh
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap mee
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil petis
  • 2 kiub pati ikan bilis/pati udang kering
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit ajinomoto
  • Sedikit minyak

Cara penyediaan :

1. Basuh udang bersih-bersih sebelum ambil kulit dan kepalanya. Rebus kepala dan kulit udang dengan air. Bila mendidih 15-20 minit, tutup api dan biarkan sejuk seketika. Bila dah sejuk, blend kepala dan kulit udang dengan menggunakan air rebusan yang sama, kemudian tapiskan.

2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga naik aroma, masukkan cili kisar. Kacau sehingga garing.

3. Campurkan semua bahan-bahan lain untuk pes dengan air rebusan udang yang telah diblend dan tapis tadi, masukkan dalam tumisan.

4. Renehkan dengan api perlahahan sehingga menjadi pes yang agak pekat. Lagi lama masak lagi bagus sebab pes akan tahan lebih lama. Matikan api jika pes sudah pekat.

5. Biarkan pes sejuk dan bolehlah simpan dalam fridge.


Image may contain: food

#6 Pes Rendang Buatan Sendiri


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit segar
  • 3 batang serai
  • 3 biji buah keras
  • 10 - 15 cili kering
  • 10 biji cili padi
  • 3 inci daun kunyit
  • 1 helai daun limau
  • 50 gram udang kering
  • 50 gram ikan bilis

Langkah-langkah :

1. Kisarkan semua bahan-bahan dengan mesin pengisar samada lumat atau kasar.

2. Sukatan sesuai untuk 500 gram daging lembu atau 1/2 ekor ayam.

3. Untuk mendapat lebih rasa berempah, tambahkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang semasa menumis.

4. Untuk mendapatkan rendang yang lemak, selepas menumis semua bahan-bahan dan daging, masukkan santan.

5. Untuk memekatkan kuah rendang, masukkan kerisik dan digaul rata.


No photo description available.


#7 Pes Asam Pedas Homemade


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 1 cawan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 60 tangkai cili kering
  • 4 labu bawang putih
  • 10 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 4 inci lengkuas
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 4 inci kunyit hidup
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar


Cara-cara penyediaannya :

1. Masukkan bahan yang dikisar dan kacau hingga naik bau dan pecah minyak.

2. Masukkan air asam jawa dan kacau sebati.

3. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan biarkan mendidih dan memekat.

4. Sejukkan sebelum disimpan.



Image may contain: food

#8 Pes Homemade Masak Kicap Berempah


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 20 biji cili kering (goreng ngan minyak sampai garing) 
  • 10 ulas bwg merah 
  • 8 ulas bwg putih *
  • 2 inci halia *
  • 2 sb jintan manis ※
  • 2 sb jintan kasar ※
  • 1 sb lada hitam biji ※
  • 1 sb ketumbar biji ※
  • Bahan bertanda ※ kena goreng tanpa minyak
  • Air asam jawa
  • Minyak, garam, gula, kiub bilis
  • 4 sb Sos cili, sos tiram, kicap manis, kicap masin

Cara penyediaannya :

1. Kisar bahan bertanda * dan bahan bertanda ※ guna minyak cili goreng tadi sampai lumat. Tumis ngan minyak sampai garing dan pecah minyak. Perasakan ngan sos2 tadi. Jgn lupa bubuh garam, gula dan kiub bilis sebiji

2. Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yg kedap udara, pastu leh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yg kering ok.



Image may contain: food

#9 Pes Homemade Nasi Goreng


Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Bawang besar- 2 biji potong 4 je
  • Bawang putih - 4 ulas
  • Cili kering - 10 tangkai atau nak pedas boleh lebih. ( ada juga cili kering jenis pedas gila, jadi pandai-pandai sukat sendiri). Korang potong2 laa cili tu, dalam 2-3 inchi.
  • Belacan - 1 inchi
  • Udang kering - 1 sudu kecil
Cara penyediaanya :

1.Semua bahan-bahan ni prepare dulu.

2. Panaskan kuali, gunakan api kecil dan masukan minyak masak.

3. Masukan semua bahan-bahan tadi, pastikan minyak tu sama paras dengan bahan kita tadi, kalau tidak tak masak.

4. Goreng je semua bahan tu, sampai dia mcm bertukar warna mcm layu sikit. JANGAN GORENG SAMPAI HANGUS WEYH, NANTI PAHIT‼️

5. Lepas da tukar warna dan naik bau, matikan api, kemudian biar dia sejuk, sebab kita nak blend.

6. Da sejuk, blend pakai blender basah tu, kalau blender kering jatuh minyaknya, haha. ( boleh tngk gambar).

7. Masukan, bahan goreng td dalam blender bersama minyak goreng td, sebb kalau letak air cepat rosak.

8. Blender sampai jadi PES, lepastu transfer dalam bekas dan siap!
.

Image may contain: food

#10 Pes Homemade Kuah Rojak


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Cabai kering 2 genggam ( rebus buang biji & blend )
  • Cabai melaka 5 -10biji ( kalau suka pedas ) - blend sx cabai kering
  • Kicap lemak manis 1 botol kecil
  • Sos cili 1 botol kecil
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Belacan 1-2 inci ( bakar & blend sx ngan cabai )
  • Otak udang 1-2 sudu ( kalau suka letak )
  • Pes asam jawa adabi 2 sudu
  • Gula melaka 1 ketul
  • Gula pasir 2 cawan
  • Tepung jagung 2-3 sudu ( boleh ejas )

Cara penyediaannya :

1. Masak cabai blend sampai betul2 masak hilang bau cabai ( sy masak dlm 20 - 30minit ) - boleh tambah2 air

2. Kemudian masukkan kicap,,sos cili,,sos tiram,,gula melaka,,pes asam jawa & otak udang

3. Time ni sy buka api kecik ja & masak lama utk tahan disimpan ( in shaa Allah )

4. Kemudian masukkan gula pasir - masa ni boleh ejas rasa dia

5. Akhir sx masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air ( agak2 jgn pekat sgt kuah tu nt dah sejuk lg pekat )

6. Biar mendidih lg 10-15minit boleh tutup api... SIAP ‼


Image may contain: food

#11 Pes Homemade Sambal Tumis


Bahan-bahan :

  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang besar 2 biji (hiris bulat)
  • Bawang putih 5 ulas
  • Cili kering 4 genggam (potong, rebus, basuh, kisar)
  • Asam jawa
  • Garam, gula, perasa

Cara-cara :

1. Tumis semua serentak sampai pecah minyak dan naik bau.

2. Masukkan asam jawa, garam, gula, perasa dan hirisan bawang. (seimbangkan rasa)

3. Apabila siap, biarkan sejuk. Boleh bekukan.

4. Bila nak makan nanti boleh defrost dan goreng ikan bilis untuk masukkan ke dalam sambal tumis itu. Boleh juga digunakan untuk memasak mee goreng, bihun goreng, dan sebagainya.


Selamat mencuba!

Kredit : Facebook











4 Ulasan

  1. Wahh senang la mcm ni kalau nak masak.. semuanya ada pes dah..

    BalasPadam
  2. İnteresting foods 😊 thanks for your sharing 😊

    BalasPadam
  3. Senang juga buat macam tu ye.. dah sedia pes, nnt time nak masak tinggal guna saja. jimat masa

    BalasPadam
  4. senang kerja kalau buat macam ni. Kejap je masa memasak tu. ^^

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!