Resepi Kuih Bom Inti Kelapa, Indah Kejadian Sedap Dimakan

Bismillah.
Assalammualaikum.

Resepi Kuih Bom Inti Kelapa, Indah Kejadian Sedap Dimakan | Berdekah jugak ya tajuk entri kuih bom inti kelapa ni. Tahun lepas aku share tentang kuih bom ikan, hari ni pula aku nak share kuih bom inti kelapa. Kuih ni favourite mak aku. Mak paling suka makan kuih ni, aku ni belajarlah 10 kali dengan mak, mesti rasa tak sama. Kejadiannya pula baling ke dinding, dinding pun pecah. Apatah lagi rasa, kelaut perginya. Sebab tu makanan favourite mak, aku surrender awal awal sebab tak nak buat.




Zaman sekarang ni, orang nak mudah je. Beli dan balik rumah makan. Simple je, tak perlu nak kerah tenaga untuk buat kuih. Tapi tulah, sekali kena pada yang tak sedap, mula nak merungut. Apa salahnya sesekali buat kuih. Kuih ni, korang boleh je makan di waktu pagi ataupun di waktu petang. Waktu lockdown ni lah, nak wujudkan lagi kemesraan dengan keluarga. Boleh ajar anak anak dara atau anak anak bujang buat kuih.

Jangan manjang duduk main tik tok je. Aku harap dengan perkongsian resepi ni akan bagi manfaat kepada korang semua, amin. Selamat mencuba.


Kuih Bom Inti Kelapa? Sedap Dimakan Tau


Bahan-bahan untuk membuat adunan kuih bom inti kelapa :


  • 250 gram tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula
  • Sedikit garam
  • 1 biji kentang saiz besar sikit - direbus & lenyek
  • 1 1/2 cawan air tapis/suam


Cara-cara untuk membuat adunan kuih bom inti kelapa :


Ini langkah-langkah pembuatannya :


1. Satukan bahan


Dalam satu bekas, campurkan tepung pulut dan tepung gandum, gula dan garam. Gaulkan bersama, masukkan kentang yang sudah dilenyek, kemudian curah air sedikit demi sedikit sehingga tak melekat di tangan. Adunan ini jangan terlalu kerasa dan terlalu lembik. Macam nak buat kuih onde-onde (kuih buah melaka).


BACA INI JUGA : KUIH BOM IKAN YANG AKAN MELETUP DI MULUT ANDA.


Bahan-bahan untuk membuat inti kelapa kuih bom :

  • Kelapa Parut
  • Gula Merah
  • Gula pasir
  • Secubit garam
  • Sedikit air


Cara-cara untuk membuat inti kelapa kuih bom :


1. Letakkan sedikit air ke dalam kuali. Masukkan gula merah, gula pasir dan garam.

2. Kacau gula sehingga cair.

3. Masukkan kelapa parut.

4. Masak sehingga warna kelapa menjadi sedikit gelap kemudian tutup api.


Masanya Untuk Menguli Kuih Bom Inti Kelapa.



Cara-cara untuk menguli kuih bom inti kelapa :


#1 Bulat-bulatkan doh sebesar kuih melaka atau nak besar sikit pun boleh. Leperkan di atas tapak tangan, kemudian letak inti kelapa, tutup balik dan bultkan semula. Buat sampai habis adunan.

#2 Kemudian, sebelum disalut dengan bijan, basahkan sikit tapak tangan dengan air. Ambil doh tadi bagi lembap sikit agar memudahkan untuk bijan melekat dengan elok. Kepal-kepalkan sikit doh yang bersalut bijan bagi tujuan kekemasan. Rehatkan doh dalam 1/2 jam.



#3 Panaskan minyak dlm periuk /kuali. Minyak tu kalau boleh biarlah banyak macam nak goreng cucur pisang tu. Panaskan minyak, kalau dah panas. Nak tau minyak tu panas atau tidak, cuba letakkan sikit aje (secoet) adunan, kalau adunan tu terapung makanya minyak tu dah panas. Tutup api/alihkan sebelah yang takde api. Biar sekejap dalam  2 minit, masukkan doh-doh  tersebut dlm minyak tadi. Jangan dekat-dekat kan ye sebab ia melekat nanti. Dalam 2 minit kemudian baru bukak api dapur/letak kat api. Buka api perlahan ye..

#4 Goreng dalam 3 minit api perlahan kacau-kacau la kuih tersebut, kemudian guna api kuat sikit goreng lagi supaya permukaan kuih bom agak2 kuning dan boleh di angkat.  Kalau lama sangat nanti keras plak kuih ni.


CUBA RESEPI MENARIK LAIN




Dah tahu cara pembuatan kuih bom inti kelapa? Susah ke senang? Lepas ni, bolehlah minum petang dengan kiuh bom inti kelapa yang akan meletop di dalam mulut korang tu. Cukup bahan dan tahu cara nak buat, in syaa Allah menjadi. Dah tak perlu nak membeli, semuanya kita buat dengan air tangan sendiri.

Selamat mencuba!



Kredit : ZURA ZUL


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Cantik betul kejadian kuih bom inti kelapa tu. Samalah Kak Amie, sampai kawan usik nak buat kuih bom pun kena masuk kelas masakan ke? Hehehee... dah masuk kelas masakan, barulah tahu serba sedikit rahsia nak buat kuih bom yang sedap, lembut, cantik dan tak meletup ketika digoreng!

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!