Memaparkan catatan dengan label KUIH MUIH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUIH MUIH. Papar semua catatan

11 Februari 2023

Resepi Kuih Bom Inti Ikan (Paung Goreng Terengganu)

Resepi Kuih Bom Inti Ikan (Paung Goreng Terengganu)

Hari ni nak share kuih paling ganas dan paling bahaya. Hehehe Kuih bom inti ikan atau juga dikenali sebagai paung goreng terengganu  insyaallah tak meletup pun walaupun letup-letup manja. 

Diam-diam  je masuk minyak. Baik betul kuih bom ni dan in syaa Allah hasilnya pun bulat-bulat comel je. Kena betul-betul ikut step ni masa nak goreng.

Baca ini juga : Resepi Kuih Bom Inti Kelapa, Indah Kejadian Sedap Dimakan

Kuih bom inti ikan ni, korang boleh makan di waktu pagi ataupun di waktu petang. Bolehlah bosan-bosan cuba resepi kuih bom ikan. Mana tahu bertambah kasih sayang antara seisi keluarga, ni kalau bagi mak mertua rasa, mahu disayang-sayang lebih menantu dia sorang ni. Daku harap semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

kuih bom inti ikan


Bahan-bahan untuk membuat adunan kuih bom inti ikan : 


> 2 cawan tepung pulut
> 4 sudu besar tpung gandum
> sedikit garam
> 2 sudu kelapa parut/kering (terpulang nak isi pun boleh, tak nak isi pun boleh)
> 1 cawan air  (jangan curah sampai habis nanti lembik, agak-agak kalau tak lekat kat tangan tu ok)


Cara-cara untuk membuat adunan kuih bom inti ikan :



kuih bom inti ikan


Ini langkah-langkah pembuatannya.


1. Satukan bahan

Dalam satu bekas, campurkan tepung pulut dan tepung gandum, kelapa parut/kering dan garam. Gaulkan bersama, kemudian curah air sedikit demi sedikit sehingga tak lekat kat tangan. Adunan ni tak keras dan tak lembik. Macam nak buat kuih onde-onde (kuih buah melaka). Tutup kejap adunan ni dengan kain tau, kalau nak guna plastik, sila elak risau adunan akan menjadi keras.


Bahan-bahan untuk membuat inti kuih bom ikan (inti sambal ikan + kelapa) :


> 3 ekor ikan kembung
> 2 biji bwang besar (sederhana besar)*
> 2 ulas bawang putih*
> sedikit halia*
> 1 sudu kecil halba - nak letak boleh, tak nak letak pun boleh
> 1cawan santan cair
> 1 sudu lada hitam ditumbuk halus
> garam, gula
> 1/2cawan kelapa parut

Cara-cara untuk membuat inti kuih bom ikan (inti sambal ikan + kelapa)  :


Ini langkah-langkah pembuatannya.


#1. Kelapa parut digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan (api perlahan) dan ketepikan.

#2. Ikan kembung dibuang perut dibersihkan dan direbus. Air rebusan jangan dibuang, kemudian ambil isi ikan sahaja.Kisar bahan bertanda sehingga hancur dan masukkan isi ikan tadi dan kisar lagi. Setelah itu, tambah sikit air rebusan ikan tadi jika mesin tak boleh putar.

kuih bom inti ikan


#3. Kemudian menggunakan kuali, panaskan 1 sudu minyak. Masukkan bahan kisar tadi. Masukkan santan, lada hitam garam gula dan masukkan kelapa. Kemudian rasa dah ok. Kacau sebati sehingga agak kering. Siap!

Cara-cara untuk menguli kuih bom ikan :


#1 Bulat-bulatkan doh sebesar kuih onde2/kuih melaka atau nak besar sikit pun boleh. Leperkan diatas tpak tangan, kemudian letak inti ikan, tutup balik dan bulatkan balik. Buat sampai abis adunan.
Lebihan serunding ikan ni bolehla di simpan freezer utk kegunaan akan datang. Nak buat pulut serunding ikan ke, nak buat nasi kerabu ke, nak buat pulut panggang ke dan lain-lain.


Kuih Bom Inti Ikan


#2 Panaskan minyak dlm periuk /kuali. Minyak tu kalau boleh biarlah banyak macam nak goreng cucur pisang tu. Panaskan minyak, kalau dah panas. Nak tau minyak tu panas atau tidak, cuba letakkan sikit aje (secoet) adunan, kalau adunan tu terapung makanya minyak tu dah panas. Tutup api/alihkan sebelah yang takde api. Biar sekejap dalam  2 minit, masukkan doh-doh  tersebut dlm minyak tadi. Jangan dekat-dekat kan ye sebab ia melekat nanti. Dalam 2 minit kemudian baru bukak api dapur/letak kat api. Buka api perlahan ye..

#3 Goreng dalam 3 minit api perlahan kacau-kacau la kuih tersebut, kemudian guna api kuat sikit goreng lagi supaya permukaan kuih bom agak2 kuning dan boleh di angkat.  Kalau lama sangat nanti keras plak kuih ni.

Kesimpulan


Dah tahu cara pembuatan kuih bom inti ikan? Susah ke senang? Lepas ni, bolehlah minum petang dengan kiuh bom ikan yang akan meletop di dalam mulut korang tu. Cukup bahan dan tahu cara nak buat, in syaa Allah menjadi. Dah tak perlu nak membeli, semuanya kita buat dengan air tangan sendiri.

Selamat mencuba!


Kredit : FB Tahrunnisah Jali

10 Februari 2023

Resepi Puding Lumut Butter, Sesuai Untuk Minum Petang.

Resepi Puding Lumut Butter, Sesuai Untuk Minum Petang.

Siapa suka puding, boleh teruskan membaca entri resepi ni. Hehehehe. Mak daku suka buat puding telur tapi tak pernah lagi cuba buat puding lumut butter ni. Mak daku bila dah tahu cara nak buat puding ni, jadi teruja pula nak buatnya. Menu ni sesuai untuk semua majlis, tak kesahlah majlis kenduri ke, majlis kesyukuran ke malah sesuai untuk di santap di petang hari.

Apa salahnya jika korang pun mencuba resepi puding lumut butter ni. In syaa Allah pasti membuka selera ahli keluarga korang. Boring juga asyik dah uli donat atau karipap je kan. Tak salah pun cuba menu yang lain daripada yang lain. Mana tahu boleh tambah skill dapur mak mak kan. Bahan bahan yang digunakan pun, dah tentu ada di dapur korang. 

Jadi, selamat mencuba. Kalau boleh baca resepi ni dengan teliti ye. In syaa Allah daku doakan semoga menjadi masakan korang itu. Bila dah menjadi tu, jangan lupa komen di bawah ye. Hehehehe

Puding Lumut Butter Untuk Santapan Petang


Resepi Puding Lumut Butter

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat puding lumut butter:

  • 5 biji telur
  • 200ml santan
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan gula - ikut selera masing masing jika mahukan manis
  • 1/2 sb garam
  • Serbuk agar agar
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit esen vanilla
  • 100 gram butter
  • 1/2 cawan susu pekat

Cara-cara penyediaan puding lumut butter - LAYER HIJAU:

Ikuti langkah dibawah dengan teratur, jangan gelabah tau. Tenang dan masak seperti biasa. 

#1 Campurkan Bahan

Campurkan dua biji telur, 200ml santan, 4 cawan air, 3/4 cawan gula & 1/2 sb garam ke dalam bekas yang bersih dan kacau sebati. Untuk rasa manis, korang boleh lebihkan gula. Kalau nak kurang manis, korang pun boleh kurangkannya. Ikutlah selera masing-masing ye. 

#2 Kacau Sehingga Sebati

Kemudian, korang masukkan sebungkus serbuk agar-agar, sedikit pewarna hijau dan tuangkan ke dalam periuk. Masak sambil kacau sehingga sebati di atas api yang perlahan. Jangan buka api besar, nanti berketul-ketul. Bila dah mendidih dan menjadi sedikit ketul ketul bolehla tutup api. Korang ketepikan dan sejukkan sekejap ye.

#3 Masukkan Ke Dalam Bekas

Setelah disejukkan, korang boleh tuangkan layer hijau ni ke dalam bekas yang bersih. Kalau tuang ketika panas nanti jadi tak cantik sebab ada mendapan air. Nak cepat sejuk, korang halakan kipas di layer hijau tu.

Cara-cara penyediaan puding lumut butter - LAYER BUTTER:

Ikuti langkah dibawah dengan teratur, jangan gelabah tau. Tenang dan masak seperti biasa. 

#1 Campurkan Bahan

Campurkan 3 biji kuning telur, 100 gram butter, 1/2 cawan susu pekat dan 1 sudu kecil esen vanilla ke dalam bekas yang bersih dan kacau sehingga rata. Kemudian, korang ketepikan dahulu. 

#2 Gaulkan Sehingga Rata

Masukkan satu peket serbuk agar agar bersama 3 cawan air di atas api yang perlahan. Gaulkan sehingga rata. Bila agar-agar dah larut tutup api kejap dan masukkan butter yang diketepikan tadi ke dalam agar agar tadi. Bila dah masuk semua butter tu, korang boleh buka api tadi dengan perlahan dan masak sehingga mendidih ye.

#3 Gabungkan Layer Butter Bersama Layer Hijau

Bila butter tadi dah masak, korang boleh tuangkan sedeikit demi sedikit ke atas layer hijau tadi. Bila dah gabungkan, korang boleh sejukkan ke dalam peti ais. Korang sejukkan sehingga keras dan bolehlah dihidangkan sebagai menu santapan petang.

Kesimpulan

Alhamdulillah, siap juga puding lumut butter. Mudah bukan? Bahan-bahan yang diperlukan pun senang je dapat, tak perlu pun bahan bahan yang susah.. Menu ni juga orang bujang pun boleh cuba. In syaa Allah memantapkan lagi masakan korang sebelum kahwin. Boleh juga pikat hati mak mertua, senyum meleret je mak mertua bila cuba resepi ni.

Jangan malu-malu untuk mencubanya tau. Selagi tak menjadi, kita cuba lagi lagi dan lagi tau. Selamat mencuba dan bila dah menjadi tu, jemputlah komen sebagai sokongan untuk daku terus share tips, petua dan resepi lain yang lebih banyak lagi nanti. 


Sumber : DAFE


27 November 2022

7 Aneka Resepi Lepat Mudah Dan Boleh Di Buat Sendiri

7 Aneka Resepi Lepat Mudah Dan Boleh Di Buat Sendiri

Bismillah.
Assalammualaikum.

7 Aneka Resepi Lepat Mudah Dan Boleh Di Buat Sendiri | Hari ni aku nak kongsikan aneka resepi lepat. Ada macam macam jenis resepi lepat, antaranya ialah lepat ubi, lepat pisang, lepat nangka. Tapi yang paling aku suka ialah lepat pisang dan lepat ubi.

Sedap juga kalau dijadikan juadah minum petang. Pasti menyelerakan. Kuih lepat ni juga boleh dijadikan hidangan untuk berbuka puasa, sudah tentu juadah ni dinantikan setiap kali di bazar ramadan.

Jadi, jom kita lihat resepi lepat mudah yang telah aku kongsikan di bawah ini. Selamat mencuba semua.




Ini Resepi Lepat Mudah Dan Boleh Di Buat Sendiri 


Di bawah ini telah aku senaraikan resepi lepat. Untuk korang yang ingin mencuba resepi mudah ini, sila lihat beberapa resepi lepat di yang telah dipaparkan di bawah.


Aneka Resepi Lepat Mudah

#1 Lepat Nangka

Bahan-bahan :

  • Buah nangka buang biji potong tipis2 
  • 1 cawan tepung jagung 
  • 2 sdb tepung Ang kwe 
  • 1 sdk garam 
  • 5 cawan santan 
  • Gula agak2 ikot suka tahap kemanisan  

Cara penyediaan:

1. Satukan kesemua bahan sebatikan. 
2. Godak dgn api sederhana smpai likat dan meletop-letop. 
3. Kemudian masukkan nangka godak sekejap je. Sampai kilat. Dah masak boleh la di bungkus dgn daun pisang. 
4. Siap masuk peti ais. Sejuk boleh la di makan.

aneka resepi lepat labu


#2 Lepat Labu


Bahan-bahan:

  • 500 gm labu kuning (kukus dan dilecek) 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan tepung tepung beras 
  • 1/2 cawan pati santan 
  • 1 biji kuning telur 
  • 1 tsp garam 
  • Gula secukup rasa ( sy guna brown sugar ) 
  • Kelapa parut + garam ( utk inti ) 
  • Daun pisang layukkan dulu 

Cara-cara:

1. Campurkan kedua-dua tepung + kuning telur + santan + gula ke dalam labu yang telah dilecek. 
2. Jika adunan lembik sangat tambah sedikit tepung. Adunan ni tak terlalu lembik Bubuh adunan 1 @ 2 sudu besar atas daun pisang. 
3. Masukkan inti kelapa ditengah-tengahnya. 
4. Kemudian bungkus seperti buat lepat biasa. Kukus sampai masak.


aneka resepi lepat mudah

#3 Lepat Ubi


Bahan-bahan:

  • 4 cawan ubi parut/kisar(kalau belum parut/kisar dlm 1 1/2 kg ubi)
  • Air secukupnya utk kisar ubi(kalau ubi parut, tak payah guna air ni)
  • 1 1/2 cwn kelapa parut (putihnya saja) 
  • 1/4 cwn santan pekat 
  • 1 1/2 cwn gula pasir 
  • 2 sudu besar tepung ubi 
  • 1 cwn gula merah* 
  • 1/2 cwn air* 
  • 2 helai daun pandan, simpulkan* 
  • (*bahan yg perlu dimasak,sejukkan dulu dan tapiskan) 
  • Secubit garam 
  • Daun pisang secukupnya,-di layurkan dan lapkan bersih 

Cara-cara:

1. Buang kulit ubi, bersihkan dan potong kecil. Buang sekali empulur tengahnya. 
2. Kisar ubi bersama air biasa dan toskan guna kain. Air tadi boleh digunakan semula utk kisar ubi selebihnya. 
3. Dapatkan dalam 4 cawan ubi yg telah diparut/kisar. 
4. Setelah siap, ambil kanji yg terdapat pada air tos ubi tadi(yg keras dibawah dan airnya di buang). Satukan kanji ubi bersama ubi kisar tadi dan gaul sebati. 
5. Masukkan kelapa parut, garam, gula pasir, santan pekat, tpng ubi dan air gula merah yg telah ditapis tadi. Gaul rata semuanya dan ketepikan dulu. 
6. Ambil daun pisang bersih tadi dan sudukan 2 sudu besar ke atas daun. Lipatkan kanan kiri dan bungkus dngn kemas. 
7. Bungkus sehingga habis adunannya. Kukus lepat ubi selama 40 minit dngn api sederhana kuat. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dihidangkan


Aneka Resepi Lepat Mudah

#4 Lepat Jagung


Bahan-bahan:

  • Daun jagung dibersihkan, disapu myak. 
  • Jagung yg dileraikan direbus sekejap, sejukan. 
  • 2 cawan tepong beras 
  • 1 cawan santan 
  • 1/2 gula cawan 
  • 3 cawan air 
  • 1 sudu garam. 

Cara-cara:

1. Campor semua bahan biar sebati dan tak berketul. 
2. Masukkan jgung tadi. Masak adunan ni smpai likat. Tutup api. 
3. Masukan adunan dalam kulit jagung..lipat ikut suka. 
4. Kukus selama 15 hngga 20 minit. Siap.


Aneka Resepi Lepat Mudah

#5 Lepat Pisang


Bahan-bahan:

  • 13 biji pisang berangan/pisang emas 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1/2 cawan kelapa parut putih 
  • 2 sudu besar gula pasir 
  • 2 sudu besar gula merah - menaikkan warna 
  • 1 sudu kecil garam 

Cara cara: 

1. Potong pisang nipis nipis dan lenyek dengan menggunakan garpu sehingga hancur. Jangan terlalu hancur supaya dalam lepat, masih ada rasa ketulan pisang. 
2. Masukkan gula, gula merah dan garam. Kacau rata. 
3. Masukkan tepung gandum dan kelapa parut dan gaul hingga sebati. 
4. Potong daun pisang panjang 15cm x 15 cm dan layur atas dapur gas supaya ianya tidak terkoyak semasa dilipat. Sudukan 2 sudu besar adunan ke atas daun pisang. 
5. Jika suka, letak inti kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Lipat ke kiri dan kanan. 
6. Kemudian lipat pula hujungnya ke bawah, angkat tegak dan lipat pula di hujung satu lagi. 
7. Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Susun kuih lepat dalam pengukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak. 
8. Cucuk bahagian tengah kuih dengan pisau, jika tidak melekat, tandanya ia telah masak. 
9. Bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan.


aneka resepi lepat mudah

#6 Lepat Kacang Hijau


Bahan-bahan:

  • 150gm tepung beras 
  • 50gm tepung jagung 
  • 1cawan gula merah 
  • 1 1/2cawan air 
  • 1/2cawan gula pasir (ikut kemanisan) 
  • 1 1/2cawan santan kotak
  • 1 cawan kacang hijau (direbus dulu) 
  • 1/2sudu kecil garam 

Cara-cara:

1. Satukan tepung beras , tepung jagung , santan dan air dalam satu mangkuk dan gaul hingga sebati. 
2. Tapiskan kedalam periuk dan buka api perlahan masukkan gula, gula merah n garam dan kacau sampai pekat likat jangan behenti kacau. Kalau behenti akan berketul. (masa dah pekat sikit masukkan kacang hijau) 
3. Biarkan sejuk sikit baru masukkan kedalam daun pisang. Boleh kukus dan boleh masukkan kedalam peti sejuk.


Aneka Resepi Lepat Mudah

#7 Lepat Bunga Chica


Bahan-bahan:

  • 500 gm tepung pulut 
  • 200 gm gula pasir @ 1 1/2 cawan 
  • 2 cawan pati santan 
  • 2 helai daun pandan 
  • 1 cawan serbuk bunga cica (bunga dikisar) 

Bahan Inti: 

  • 1 biji kelapa parut (putihnya saja) 
  • Sedikit garam 

Bahan lain: 

  • Minyak masak 
  • Daun pisang secukupnya (jemur atau layur) 

Cara membuatnya: 

1. Masak air, gula pasir dan daun pandan sehingga gula larut. Ketepikan dan biarkan sejuk. 
2. Dalam bekas masukkan tepung pulut, santan dan sendukkan gula yang dimasak tadi sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi doh yang lembut. 
3. Kelapa digaul dengan sedikit garam. 
4. Ambil daun pisang kemudian lenserkan minyak di atasnya. 
5. Letakkan 1 sudu besar tepung tadi dan isikan inti kelapa. 
6. Lipat dengan kemas. Ulang cara tadi sehingga habis 
7. Kukus sehingga masak sekitar 10-15 minit. Jangan terlalu lama sebab air wap akan masuk di dalamnya. 
8. Siap untuk dihidangkan.


Info Ibu Hamil
https://t.me/ibuhamilmalaysia

Info Resepi
https://t.me/ResepiKampungku


Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
https://t.me/bloggersmalaysia

15 Oktober 2022

Resepi Bakwan Indonesia Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Bakwan Indonesia Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Bakwan Indonesia Yang Sedap Dan Mudah | Aku sebenarnya risau jika PKP dilanjutkan untuk fasa 3. Aku dah kebuntuan idea nak masak dan dah boring tak tahu nak buat apa. Nak jumpa suami pun, suami nun jauh di Port Dickson. 

Kang tak pasal dapat saman PKP RM1000, mana nak cari duit. Tetapi ada kebaikan juga jika PKP dilanjutkan. Walaupun tiada bazar ramadhan dan solat terawih, aku mahu beraya juga di kampung. Nak makan ketupat dan lauk-lauk raya.

Tahu tak apa itu Bakwan? 

Bakwan ni bukannya orang tau, ianya sejenis makanan yang sedap di jamu selera ketika waktu pagi atau petang. Orang Indonesia panggil Bakwan tapi kita panggil jemput-jemput sayur, cucur sayur atau pun nama terkini iaitu welcome-welcome sayur. 

Resepi Bakwan Indonesia Atau Jemput-Jemput Malaysia?

Mudah je nak buat, ada bahan dah ikut langkah di bawah, terbentuklah makanan yang bernama Bakwan. Apa yang perlu korang buat? Ikutilah langkah-langkah dan bahan-bahan yang di bawah untuk membuat resepi bakwan Indonesia.

resepi bakwan

Bahan-bahan untuk membuat bakwan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu tepung beras
  • 4 sudu tepung bestari pedas/original (kalau ada, tak ada tak apa)
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Air sejuk
  • 1 1/2 cawan carrot sagat atau potong halus
  • 1 1/2 cawan hirisan kobis
  • 5 tangkai daun bawang
  • 1 labu bawang besar hiris kasar
  • 1 batang lada besar hiris halus

Cara-cara membuat bakwan yang sedap dan mudah : 


Ini pula adalah langkah membuatnya.

1. Sediakan bahan

Korang nak buat resepi bakwan Indonesia ni, kena sediakan bahan yang mencukupi. Kang tengah sedap potong sayur baru tahu tepung tak ada. Sebelum nak memulakan masakan, kena pastikan bahan mencukupi. 

Nanti tak jadi nak masak dan boleh spoil mood tau. Potong sayur-mayur bersesuai dengan keperluan bakwan. Untuk carrot, sagat atau potong halus, kobis di hiris halus, 1 labu bawang besar di hiris kasar dan 1 batang lada merah di hiris halus.


2. Satukan bahan

Mula-mula, masukkan 2 cawan tepung gandum, 1 sudu tepung beras, 4 sudu tepung bestari pedas/original (kalau ada, tak ada tak apa), 1 biji telur, sedikit garam dan sedikit serbuk kunyit ke dalam sebuah bekas. 

Setelah itu, masukkan juga sayur-mayur yang dipotong ke dalam bekas tersebut. Tambah sedikit air sejuk, bagi memudahkan untuk mengadun bahan-bahan yang dicampurkan.

resepi bakwan

 3. Adun Bakwan

Bila dah campurkan air sejuk seperti di atas. Korang boleh aduk-adukkan bahan seperti gambar di bawah. Kacau sampai jadi. Tepung tu jangan terlalu cair atau terlalu pekat. 

Biar jadi sedang-sedang je sebelum nak menggoreng. Pastikan juga perasa dah diletakkan, tak mahu nanti rasa tawar. Biarlah secukup rasa dan sedap di makan.

resepi bakwan


4. Gorengkan.

Macam aku buat jemput-jemput, pastikan minyak betul betul panas sebelum menggoreng. Nanti tak ada lah melekat di kuali. Ambil sedikit demi sedikit, letakkan di dalam minyak yang panas. Rujuk gambar di bawah. 

Nampak cantik je kan? Nak menggoreng tu jangan bagi banyak-banyak, crowded nanti dah tak tahu yang mana masak dulu, atau yang terlebih masak. Lepas dah goreng, jangan lupa angkat dan toskan minyak. 


resepi bakwan




Bahan-bahan untuk membuat sos pencicah :

  •   2 biji lada merah
  •  1 ulas bawang putih
  •  1/2 sudu gula pasir
  •  4 sudu sos cili
  •  4 sudu air panas
  •  atau option lain bubuh cuka makan

Cara-cara membuat sos pencicah: 

Ini pula adalah langkah membuatnya.


1. Tumbuk bagi lumat

2 biji lada merah, 1 ulas bawang putih dan 1/2 gula pasir, 3 bahan ni korang tumbuk guna lesung batu sampai lumat. Kalau tak lumat bolehlah ditapis. Tak sedap nanti banyak lada-lada yang tak ditumbuk lumat. Letak di dalam sebuah bekas tau.

Resepi Bakwan Indonesia


2. Gaulkan bahan

Korang boleh campurkan 4 sudu cili sos dan 4 sudu air panas di bahan yang ditumbuk tadi tu. Gaulkan bagi sebati bahan bahan tu. Jangan lupa rasa tau. 


resepi bakwan


Bakwan dah siap goreng, sos pencicah pun dah ada. Kiranya dah cukup dah satu sajian untuk di jamu selera bersama seisi keluarga. Mudahkan nak buat Bakwan dan sos pencicah? 

Akhir Kata

Apa yang kita perlukan cuma sebuah kerajinan untuk melakukannya. Aku pun dah sediakan bahan keperluan bakwan dan dilengkapi dengan langkah-langkah pembuatan. Jadi apa tunggu lagi? Jom kita cuba buat resepi Bakwan Indonesia yang sedap dan mudah semudah 1, 2 3.


Kredit | Hernee Nazir





14 Ogos 2022

Himpunan Resepi Apam, Rupanya Senang Je Nak Buat.

Himpunan Resepi Apam, Rupanya Senang Je Nak Buat.

Assalammualaikum.
Bismillah.

Himpunan Resepi Apam, Rupanya Senang Je Nak Buat. | Baru baru ni ada jugaklah buat apam dengan mak, tapi tak ingat pulak apam apa. Apam ni kena makan dengan kelapa, baru sedap. Mak nak cuba juga buat apam gula hangus tapi manjang je mak lupa nak buat.

Hari ni, anak mak ni ha, buat entri himpunan resepi apam, nanti ada waktu senang baru kita buat. Apam ni sesuai makan bila bila masa je, bahan nak buat pun senang. Jadi apa kata korang cuba resepi apam di bawah ni. 

Selamat mencuba!



#1 Resepi Apam Pisang Bambam


Bahan-bahan yang diperlukan :

Bahan A

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdk soda bikarbonat (bahan2 A diayak dlu)
  • 1 sdk baking powder

Bahan B

  • 3 biji telor (gred c)
  • 1 cawan pisang
  • 1 cawan gula (saya letak 3/4 cawan jer)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 penutup esen vanila
  • 2 titik cuka msakan (untuk dapatkan bintik2 hitam)
  • kicap pekat untuk dapatkan kaler gelap ckit
  • garam secubit

Cara - cara untuk membuatnya. 

1) Bahan B di blend terlebih dahulu, kecuali pisang.
2) Masukkan yang last lepas diblend bahan-bahan tadi. 
3) Kemudian sediakan bekas,msukkan tepung yg da diayak tadi.
4) Masukkan bahan blend, perap 30 minit.
5) Bole panaskan kukus dan kukus 15 minit.





#2 Resepi Apam Susu Sukatan Cawan


Bahan untuk buat apam susu :

  • Empat biji telur ayam
  • Satu sudu teh esen vanila
  • Satu sudu besar ovalet
  • Empat sudu besar susu pekat
  • Dua cawan tepung gandum
  • Satu cawan gula
  • Pewarna

Cara Membuat Apam Susu :

1) Pukul telur, vanila, ovalet, gula sampai kembang gebu dan putih.
2) Masuk susu pekat dan kembali pukul.
3) Masuk tepung dan kacau sampai sebati.
4) Kalau nak warnakan bahagi kan kepada beberapa bhagian Warnakn sesuka hati mengikut citarasa anda.
5) Akhir sekali, kukus kek apam susu anda selama empat puluh lima minit atau sampai masak.




#3 Resepi Apam Bunga/Apam Mekar


Bahan bahan yang diperlukan : 

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu besar ovalette
  • 3 biji telur
  • 1 cwn gula kastor
  • 3 sudu besar susu manis + 1 cwn air ( kacau sebati)
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara - cara untuk membuatnya :

1) Mesin gula dgn ovalette hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu.
3) Selang seli masukkan air susu dan tpg gandum.
4) Masuk esen vanila. Bahagikan & letak pewarna.
5) Sapu bekas apam dgn minyak masak. Tuang adunan hingga penuh bekas.
6) Kukus dgn api kuat selama 20 minit.



#4 Resepi Apam Lenggang


Bahan-bahan yang diperlukan : 

Bahan A

  • 2 cawan tepung beras 
  • 1-2 sudu makan yis kering
  • 3 sb gula
  • Sedikit garam
  • 3/4 cawan air suam
Bahan B
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan santan pekat

Satukan dan kacau ttup bia 30 mnt

1) Satukan bahan A, kacau dan tutup sehingga 30 minit.
2) Bukak penutup bahan A dan masukkan 1 biji telur
3) 1/2 cawan santan pekat kalau tak ade pakai je susu segar kacau rata adunan
4) Panaskan kuali letak minyak sket atas tisu dan sapukan pada kuali non stick lg bagus
5) Tuang 1 senduk dan lenggangkan kuali korang tu, sebab tu namanye apam lenggang.
6) Tutup pakai penutup periuk sekejap 3 minit.
7) Angkat dan gulung, dan dah siap! Boleh ler cicah dengan sambal ikan bilis. 



#5 Resepi Apam Serabai


Bahan-bahan yang diperlukan : 

  • 2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn nasi
  • 1/2 cwn santan
  • 1 sdk garam
  • 2 sdk gula
  • 1 stgh sudu kecik yis segera
  • 1 1/2 cwn air

Cara - cara untuk membuatnya : 

1) Kisar nasi bersama santan sampai nasi hancur.
2) Masukkan garam, gula, tepung beras dan air kemudian kisar sebati.
3) Masukkan yis segera kemudian gaul dan perapkan beberapa jam.Panaskan acuan serabai, ambil sehelai daun pandan dan diikat kemudian celup ke dlm minyak masak dan sapu sedikit di permukaan acuan.
4) Biar sehingga acuan panas baru dituang sesenduk adunan kemudian ditutup dgn tudung periuk.
5) Biarkan sehingga berlubang-lubang dan sehingga masak, bolehlah di angkat dan dihidangkan sama ada dgn kuah durian mahupun kuah sekaya.


Kuah sekaya

Bahan bahan yang diperlukan :

  • Gula pasir 1cawan stgh (nak manis bole lebihkan)
  • Gula merah 2cawan
  • Telur 4 atau 5biji (kocok pastu tapis
  • Santan
  • Garam sikit
  • Tepung beras (utk pekat kuah)
  • Daun pandan

Cara masak :

1) Masak gula pasir dan gula merah bagi cair.
2) Tapis tuang dlm periuk lain masak sekali letak daun padan,santan ,telur, tepung beras yg dah bancuh.
3) Kacau atas api pelahan sampai likat.



#6 Resepi Apam Solo


Bahan-bahan yang diperlukan : 

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 1/4 cawan minyak
  • 1 paket yis mauripan
  • Secubit garam
  • 2 1/2 cawan air
  • Pewarna ikut suka

Cara-cara untuk membuatnya : 

1) Kecuali pewarna.. Campurkan kesemua bahan2 diatas.. Kacau rata/sebati 
2) Perap adunan dlm bekas bertutup 1/2 jam atau sehingga naik
3) Panaskan kukusan terlebih dahulu hingga mendidih. Acuan sapu minyak. Susun acuan dlm pengukus
4) Adunan perap yg dah naik tadi dikacau rata
5) Tuang sesudu adunan apam dlm acuan tadi. Masukkan inti kelapa (buat bulat2 dulu inti kelapa). Tutup inti dgn adunan tadi. Jangan tuang penuh acuan ye
6) Lebihan adunan bahagikan sikit2. warnakan dgn warna pilihan. Guna sudu kecil ambil sedikit adunan letak atas apam tadi, buat dgn cepat ye sebab adunan apam naik cepat. Boleh lorekkan guna lidi
6) Kukus selama 15 minit. Api sedehana besar

P/s: **Utk adunan warna boleh juga masukkan dlm plastik kecil.. Paipkan atas apam.. Kemudian lorek dgn lidi **Adunan dia sedikit pekat/kental.. Tak pe.. Jangan tambah air



#7 Resepi Apam Balik Sedap & Gebu


Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles

Bahan tabur:

  • Kacang tanah - goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
  • Jagung manis dalam tin
  • Gula halus
  • Marjerin

Cara-cara :

1) Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. 
2) Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.
3) Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
4) Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.
5) Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan kacang, jagung, gula dan majerin.


Selamat mencuba!


  

8 Jun 2022

Resepi Keropok Lekor Terengganu Dijamin Sedap

Resepi Keropok Lekor Terengganu Dijamin Sedap

Resepi keropok lekor terengganu ni kan, aku pun dah lama mengidam nak makan keropok lekor. Rancangannya bulan April ni nak ke Terengganu, nak borong kain batik dan keropok lekor losong. 

Bukannya selalu dapat makan dan berjalan. Sekali, PKP pulak dah. In syaa Allah, aku nak pergi memborongnya setelah habis PKP. Rindu juga nak makan satar, celup-celup tepung di tepi pantai tu. Moga dipermudahkanlah urusan untuk ke sana nanti.

Tapi, susah ke nak buat keropok lekor ni? Dulu, mak aku rajin jugalah buat keropok lekor dengan air tangan sendiri, masa tu abah aku ni selalu bawa balik ikan. Jadi adalah peluang nak membuatnya. Sekarang, nak beli sekilo ikan pun dah ngeri dengan harganya. 

Resepi Keropok Lekor Terengganu Dijamin Sedap


Resepi Keropok Lekor Terengganu


Mahalnya ya rabbi. Geleng kepala dibuatnya, dulu sebut je dengan abah nak makan ikan apa. Tak pernahlah abah tak bawa balik, ikan mahal-mahal tu bagi aku dah puas makan dah waktu dulu. Sekarang semuanya berbeza. Apa kata kali ini kita buat sendiri je keropok lekor?


 Bahan-bahan untuk membuat keropok lekor terengganu: 

  • 8 ekor ikan selayang atau ikan sardin
  • 2 cawan tepung sagu (jika tiada, boleh digantikan dengan tepung ubi)
  • Sedikit garam
  • Sedikit ais

Cara-cara membuat keropok lekor terengganu:

Ini adalah langkah-langkah pembuatan resepi keropok lekor terengganu.

1. Siang dan cuci ikan. 

8 ekor ikan selayang tu tadi, korang boleh bersih dan potong kepala ikan selayang tu. Kalau ambil kepalanya, tak sedap pula nanti. Jadi buang sahaja kepala ikan tu. Tak rugi pun. Anda cuci bersih-bersih ikan selayang tu dan asing-asingkan tulang dengan isi.

Anda kena buang segala tulang-tulang yang melekat di ikan. Kita tak mahu bila makan keropok lekor tu nanti adanya tulang yang boleh tersekat di kerongkong kita. Dah jadi satu masalah pulak.

Resepi Keropok Lekor Terengganu

2. Blend ikan.

Bila dah asingkan tulang dengan isi, korang masukkan ke dalam blender untuk diblendkan. Anda masukkan juga sedikit garam dan beberapa ketul ais. Setelah itu, blend sampai lumat ye. Kenapa masuk ais? Boleh je kalau nak masuk air, tapi kita tak mahu ikan yang kita blend tu terlalu banyak ais dan akan membuatkannya cair. 

3. Satukan bahan.

Ikan yang sudah diblend sehingga lumat, korang masukkan ke dalam bekas. Masukkan juga 2 cawan tepung sagu dan gaul bersama sampai rata. Masa ni, korang boleh tambah atau kurangkan tepung, ikut kesesuaian kita apabila nak menguli. Korang uli sampailah jadi doh, nak tambah atau kurangkan tepung terpulang atas kita, kalau rasa lembik tambahlah tepung, kalau dah terlalu keras tak perlu tambah tepung.

4. Sedia untuk diuli.

Korang taburkan sedikit tepung dipermukaan yang rata bagi memudahkan proses menguli keropok lekor. Korang uli dan gentel keropok lekor tu jadi memanjang ye. Macam bentuk keropok lekor yang biasa kita makan tu, kang buat bentuk bulat, segitiga kang pelik dan orang tak mahu makan pulak. Gentel bagi keropok lekor tu memanjang ye.


Resepi Keropok Lekor Terengganu


5. Sedia untuk direbus.

Bila dah siap menggentel secara memanjang, anda bolehlah sediakan air yang mendidih untuk proses merebus pulak. Jangan masukkan keropok kalau air tak mendidih ye. Tunggu sampai air mendidih, barulah masukkan keropok lekor yang kita dah gentel tadi tu. Anda angkat keropok lekor ni bila keropok timbul di permukaan air. Dah timbul, baru angkat. 

6. Makan secara direbus atau digoreng.

Bila dah siap rebus, korang dah boleh makan keropok lekor terengganu tu dengan cicah sos pencicah atau pun boleh juga potong kecil-kecil untuk menggoreng. Dua-dua cara boleh je untuk makan keropok lekor, kalau korang nak rasa ikan tu makanlah selepas direbus. Makan keropok lekor yang digoreng pun sedap juga. Cuba je dua-dua cara, tak ada masalah pun.


Akhir Kata

Alhamdullilah, selesai dah cara pembuatan resepi keropok lekor terengganu yang dijamin sedap. Bahan-bahan pun mudah je kan? Jadi, anda tak perlu dah nak ke Terengganu, semata-mata nak makan keropok lekor terengganu. Buat sendiri pun dah boleh, ini kalau bagi mak mertua makan confirm jadi anak menantu kesayangan. Serba-serbi makanan semua boleh buat, yang penting adalah kerajinan untuk membuatnya.

Anak-anak dan suami pun suka, tiap petang ada je makanan untuk dimakan di musim PKP fasa 3 ni. Duit pun boleh jimat tau, nak beli pun bukan murah. 5 Ketul RM2, kalau seorang makan dah RM4, kalau ramai dah berapa banyak dah nak keluarkan duit. Sekali-sekala bolehlah beli, kalau selalu. Hmm botak juga kepala.

Selamat mencuba!






30 Mei 2022

Resepi Kuih Bom Inti Kelapa, Indah Kejadian Sedap Dimakan

Resepi Kuih Bom Inti Kelapa, Indah Kejadian Sedap Dimakan

Bismillah.
Assalammualaikum.

Resepi Kuih Bom Inti Kelapa, Indah Kejadian Sedap Dimakan | Berdekah jugak ya tajuk entri kuih bom inti kelapa ni. Tahun lepas aku share tentang kuih bom ikan, hari ni pula aku nak share kuih bom inti kelapa. Kuih ni favourite mak aku. Mak paling suka makan kuih ni, aku ni belajarlah 10 kali dengan mak, mesti rasa tak sama. Kejadiannya pula baling ke dinding, dinding pun pecah. Apatah lagi rasa, kelaut perginya. Sebab tu makanan favourite mak, aku surrender awal awal sebab tak nak buat.




Zaman sekarang ni, orang nak mudah je. Beli dan balik rumah makan. Simple je, tak perlu nak kerah tenaga untuk buat kuih. Tapi tulah, sekali kena pada yang tak sedap, mula nak merungut. Apa salahnya sesekali buat kuih. Kuih ni, korang boleh je makan di waktu pagi ataupun di waktu petang. Waktu lockdown ni lah, nak wujudkan lagi kemesraan dengan keluarga. Boleh ajar anak anak dara atau anak anak bujang buat kuih.

Jangan manjang duduk main tik tok je. Aku harap dengan perkongsian resepi ni akan bagi manfaat kepada korang semua, amin. Selamat mencuba.


Kuih Bom Inti Kelapa? Sedap Dimakan Tau


Bahan-bahan untuk membuat adunan kuih bom inti kelapa :


  • 250 gram tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula
  • Sedikit garam
  • 1 biji kentang saiz besar sikit - direbus & lenyek
  • 1 1/2 cawan air tapis/suam


Cara-cara untuk membuat adunan kuih bom inti kelapa :


Ini langkah-langkah pembuatannya :


1. Satukan bahan


Dalam satu bekas, campurkan tepung pulut dan tepung gandum, gula dan garam. Gaulkan bersama, masukkan kentang yang sudah dilenyek, kemudian curah air sedikit demi sedikit sehingga tak melekat di tangan. Adunan ini jangan terlalu kerasa dan terlalu lembik. Macam nak buat kuih onde-onde (kuih buah melaka).


BACA INI JUGA : KUIH BOM IKAN YANG AKAN MELETUP DI MULUT ANDA.


Bahan-bahan untuk membuat inti kelapa kuih bom :

  • Kelapa Parut
  • Gula Merah
  • Gula pasir
  • Secubit garam
  • Sedikit air


Cara-cara untuk membuat inti kelapa kuih bom :


1. Letakkan sedikit air ke dalam kuali. Masukkan gula merah, gula pasir dan garam.

2. Kacau gula sehingga cair.

3. Masukkan kelapa parut.

4. Masak sehingga warna kelapa menjadi sedikit gelap kemudian tutup api.


Masanya Untuk Menguli Kuih Bom Inti Kelapa.



Cara-cara untuk menguli kuih bom inti kelapa :


#1 Bulat-bulatkan doh sebesar kuih melaka atau nak besar sikit pun boleh. Leperkan di atas tapak tangan, kemudian letak inti kelapa, tutup balik dan bultkan semula. Buat sampai habis adunan.

#2 Kemudian, sebelum disalut dengan bijan, basahkan sikit tapak tangan dengan air. Ambil doh tadi bagi lembap sikit agar memudahkan untuk bijan melekat dengan elok. Kepal-kepalkan sikit doh yang bersalut bijan bagi tujuan kekemasan. Rehatkan doh dalam 1/2 jam.



#3 Panaskan minyak dlm periuk /kuali. Minyak tu kalau boleh biarlah banyak macam nak goreng cucur pisang tu. Panaskan minyak, kalau dah panas. Nak tau minyak tu panas atau tidak, cuba letakkan sikit aje (secoet) adunan, kalau adunan tu terapung makanya minyak tu dah panas. Tutup api/alihkan sebelah yang takde api. Biar sekejap dalam  2 minit, masukkan doh-doh  tersebut dlm minyak tadi. Jangan dekat-dekat kan ye sebab ia melekat nanti. Dalam 2 minit kemudian baru bukak api dapur/letak kat api. Buka api perlahan ye..

#4 Goreng dalam 3 minit api perlahan kacau-kacau la kuih tersebut, kemudian guna api kuat sikit goreng lagi supaya permukaan kuih bom agak2 kuning dan boleh di angkat.  Kalau lama sangat nanti keras plak kuih ni.


CUBA RESEPI MENARIK LAIN




Dah tahu cara pembuatan kuih bom inti kelapa? Susah ke senang? Lepas ni, bolehlah minum petang dengan kiuh bom inti kelapa yang akan meletop di dalam mulut korang tu. Cukup bahan dan tahu cara nak buat, in syaa Allah menjadi. Dah tak perlu nak membeli, semuanya kita buat dengan air tangan sendiri.

Selamat mencuba!



Kredit : ZURA ZUL