Resepi Kuih Bom Inti Ikan (Paung Goreng Terengganu)

Hari ni nak share kuih paling ganas dan paling bahaya. Hehehe Kuih bom inti ikan atau juga dikenali sebagai paung goreng terengganu  insyaallah tak meletup pun walaupun letup-letup manja. 

Diam-diam  je masuk minyak. Baik betul kuih bom ni dan in syaa Allah hasilnya pun bulat-bulat comel je. Kena betul-betul ikut step ni masa nak goreng.

Baca ini juga : Resepi Kuih Bom Inti Kelapa, Indah Kejadian Sedap Dimakan

Kuih bom inti ikan ni, korang boleh makan di waktu pagi ataupun di waktu petang. Bolehlah bosan-bosan cuba resepi kuih bom ikan. Mana tahu bertambah kasih sayang antara seisi keluarga, ni kalau bagi mak mertua rasa, mahu disayang-sayang lebih menantu dia sorang ni. Daku harap semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

kuih bom inti ikan


Bahan-bahan untuk membuat adunan kuih bom inti ikan : 


> 2 cawan tepung pulut
> 4 sudu besar tpung gandum
> sedikit garam
> 2 sudu kelapa parut/kering (terpulang nak isi pun boleh, tak nak isi pun boleh)
> 1 cawan air  (jangan curah sampai habis nanti lembik, agak-agak kalau tak lekat kat tangan tu ok)


Cara-cara untuk membuat adunan kuih bom inti ikan :



kuih bom inti ikan


Ini langkah-langkah pembuatannya.


1. Satukan bahan

Dalam satu bekas, campurkan tepung pulut dan tepung gandum, kelapa parut/kering dan garam. Gaulkan bersama, kemudian curah air sedikit demi sedikit sehingga tak lekat kat tangan. Adunan ni tak keras dan tak lembik. Macam nak buat kuih onde-onde (kuih buah melaka). Tutup kejap adunan ni dengan kain tau, kalau nak guna plastik, sila elak risau adunan akan menjadi keras.


Bahan-bahan untuk membuat inti kuih bom ikan (inti sambal ikan + kelapa) :


> 3 ekor ikan kembung
> 2 biji bwang besar (sederhana besar)*
> 2 ulas bawang putih*
> sedikit halia*
> 1 sudu kecil halba - nak letak boleh, tak nak letak pun boleh
> 1cawan santan cair
> 1 sudu lada hitam ditumbuk halus
> garam, gula
> 1/2cawan kelapa parut

Cara-cara untuk membuat inti kuih bom ikan (inti sambal ikan + kelapa)  :


Ini langkah-langkah pembuatannya.


#1. Kelapa parut digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan (api perlahan) dan ketepikan.

#2. Ikan kembung dibuang perut dibersihkan dan direbus. Air rebusan jangan dibuang, kemudian ambil isi ikan sahaja.Kisar bahan bertanda sehingga hancur dan masukkan isi ikan tadi dan kisar lagi. Setelah itu, tambah sikit air rebusan ikan tadi jika mesin tak boleh putar.

kuih bom inti ikan


#3. Kemudian menggunakan kuali, panaskan 1 sudu minyak. Masukkan bahan kisar tadi. Masukkan santan, lada hitam garam gula dan masukkan kelapa. Kemudian rasa dah ok. Kacau sebati sehingga agak kering. Siap!

Cara-cara untuk menguli kuih bom ikan :


#1 Bulat-bulatkan doh sebesar kuih onde2/kuih melaka atau nak besar sikit pun boleh. Leperkan diatas tpak tangan, kemudian letak inti ikan, tutup balik dan bulatkan balik. Buat sampai abis adunan.
Lebihan serunding ikan ni bolehla di simpan freezer utk kegunaan akan datang. Nak buat pulut serunding ikan ke, nak buat nasi kerabu ke, nak buat pulut panggang ke dan lain-lain.


Kuih Bom Inti Ikan


#2 Panaskan minyak dlm periuk /kuali. Minyak tu kalau boleh biarlah banyak macam nak goreng cucur pisang tu. Panaskan minyak, kalau dah panas. Nak tau minyak tu panas atau tidak, cuba letakkan sikit aje (secoet) adunan, kalau adunan tu terapung makanya minyak tu dah panas. Tutup api/alihkan sebelah yang takde api. Biar sekejap dalam  2 minit, masukkan doh-doh  tersebut dlm minyak tadi. Jangan dekat-dekat kan ye sebab ia melekat nanti. Dalam 2 minit kemudian baru bukak api dapur/letak kat api. Buka api perlahan ye..

#3 Goreng dalam 3 minit api perlahan kacau-kacau la kuih tersebut, kemudian guna api kuat sikit goreng lagi supaya permukaan kuih bom agak2 kuning dan boleh di angkat.  Kalau lama sangat nanti keras plak kuih ni.

Kesimpulan


Dah tahu cara pembuatan kuih bom inti ikan? Susah ke senang? Lepas ni, bolehlah minum petang dengan kiuh bom ikan yang akan meletop di dalam mulut korang tu. Cukup bahan dan tahu cara nak buat, in syaa Allah menjadi. Dah tak perlu nak membeli, semuanya kita buat dengan air tangan sendiri.

Selamat mencuba!


Kredit : FB Tahrunnisah Jali

3 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama