Cara Beli Dan Pengiraan Hartanah Di United Kingdom

Bismillah.
Assalammualaikum.

Cara Beli Dan Pengiraan Hartanah Di United Kingdom | Eh masih covid lagi ni, buat apa nak beli rumah di luar negara? Entri ni khas untuk korang yang dalam perbincangan nak pindah ke luar negara, mungkin disebabkan hal kerja atau sebaliknya. Lagi eloknya sebelum nak beli rumah di luar negara ni, tak salah sekiranya kita ada ilmu sedikit sebelum membeli.

Beli rumah ni bukannya harga murah kan, apatah lagi matawang pun berbeza. Mungkin harga rumah di luar negara 4x lipat dari harga pasaran Malaysia, betul tak? Harga pasaran pun menangis nak bayar, apatah lagi luar negara.


Beli Hartanah Di Luar Negara, Boleh Ke?


Kali ni aku nak kongsikan sedikit ilmu sebelum membeli rumah di luar negara terutama untuk korang yang nak berpindah ke UK. 


Syarat Kelayakan Beli Rumah Di UK


Syarat pertama sebelum beli rumah di UK, korang perlu tahu sama ada korang layak atau tak untuk beli rumah di UK. Sebenarnya di UK, korang masih boleh beli rumah walaupun bukan warganegara UK atau korang menetap dan bekerja di sana.

Syarat untuk membeli rumah di UK :
  • Warganegara UK
  • Bukan warganegara UK
  • Tinggal dan bekerja di luar negara sebagai ekspariat
  • Seorang pekerja mahir yang menetap di UK dengan 2 kali visa
  • Seorang warganegara asing

Kalau korang dah ada kriteria di atas ni kan, korang bolehlah untuk membuat pinjaman rumah tetapi korang kena memohon pinjaman. Sebenarnya, di sana kalau nak dapatkan pinjaman lagi susah dan lebih mahal bagi penduduk bukan UK.

Bank mana nak bagi pinjaman pada orang bukan warganegara kan. Mungkin juga bank juga sukar nak membuktikan bahawa pemberi pinjaman boleh membayar pinjaman tersebut. Gitu. Kiranya bank satu dunia takkan bagi pinjaman kalau korang tak ada pekerjaan tetap atau bukti yang korang boleh bayar setiap bulan. 

Tetapi, kalau korang nak dapat pinjaman rumah tersebut dengan mudah, korang perlu : 
  • Menjadi pemastautin UK selama sekurang-kurangnya 2 tahun 
  • Mempunyai pekerjaan tetap
  • Memiliki akaun bank UK
  • Mempunyai sejarah kad kredit UK yang baik

Seandainya syarat kat atas ni korang tidak dapat dipenuhi, korang kena keluarkan duit deposit sebanyak 25% dari harga rumah yang korang nak beli. Sama macam kat Malaysia lah, kalau dapat pinjaman yang full 100% cover deposit, korang tak perlu keluarkan deposit. Tetapi, ada je sesetengah bank yang masih nak deposit rumah. 

Cara Pengiraan Loan Rumah Di MortgageCalculator.uk


Menurut indeks Zoopla ZED, purata nilai sebuah rumah di London pada Januari 2017 adalah sekitar £655,000 bersamaan RM3,704,918.42 yang telah meningkat sebanyak 2.23% daripada tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, kalau korang memilih kawasan tengah bandar seperti City of Westminster harga purata £1,172,000 bersamaan RM6,629,258.60 ini jauh lebih mahal daripada jika korang membeli sebuah flat di luar kawasan tengah London. 

Seandainya, syarat di atas korang dah penuhi dan dah sampainya untuk korang tahu cara pengiraan loan rumah di UK. Nak beli rumah ni korang kena tahu juga berapa bajet korang, berapa gaji korang yang layak untuk apply loan.

Macam aku sendiri pun, aku nak buat combine loan dengan suami pun tak lepas disebabkan gaji aku ni dah buat pinjaman kereta. Terpaksalah suami aku sorang je yang buat loan rumah, rezeki anak, dapat jugaklah aku ni sebuah rumah.

Sebab itulah, korang kena kira jumlah yang korang boleh pinjam di UK dengan menggunakan 
MortgageCalculator.uk. Korang kira bayaran balik loan bulanan korang supaya korang tahu jumlah yang mampu untuk dipinjam apabila berpindah rumah, menggadaikan semula tau membeli rumah pertama korang di UK.

Cuba korang tengok gambar dibawah ni : 





Rumah ni berharga £95,000 bersamaan RM537,354.58. Rumah ni mempunyai 1 bilik tidur dan 1 bilik air. Jadi, rumah ni sangat sesuai untuk yang bujang atau pun baru kahwin. Mungkin korang berkenanlah dekat rumah ni, pastu korang nak tahu juga berapa banyak duit yang korang kena bayar per bulan. Kalau aku beli rumah macam ni, jawabnya memang tak jumpa jodohlah. Hahahah jenuh rumah kecik nak duduk berdua.

Jadi, jom kita kira dengan menggunakan MortgageCalculator.uk. Dengan laman web ni, pasti akan memudahkan untuk korang faham loan pinjaman korang. Korang refer pula gambar di bawah ni ye. Kat bawah ni, aku dah kirakan berapa monthly yang korang kena bayar.



Jadi total pinjaman rumah korang ialah sebanyak £148,902.13 bersamaan RM842,244.65. Setiap bulan korang perlu bayar kepada bank sebanyak £358.06 bersamaan RM2025.32. Boleh dikatakan pengiraan loan rumah adalah sama di seluruh dunia. 

Mudah je kan cara pengiraan loan rumah kalau kita guna MortgageCalculator.uk. Kat Malaysia pun lebih kurang je cara pengiraannya. Cuma korang sanggup atau tak untuk membayar pinjaman rumah tu. Korang dah faham dah kan, nak kira loan rumah dengan MortgageCalculator.uk ni? Heheheh simple je, janji korang tahu nak convert matawang UK ke Malaysia.

MortgageCalculator.uk Boleh Guna Untuk Pengiraan Lebihan Pinjaman 


Selain itu, MortgageCalculator.uk ni juga boleh menyemak lebihan bayaran pinjaman. Andai kata, korang ada duit lebih dan nak bayar pinjaman rumah korang lebih dari jumlah sebenar, korang boleh refer di lebihan bayaran pinjaman yang terdapat dalam MortgageCalculator.uk. Contohnya macam di bawah ni : 



Ini adalah total pinjaman per bulan rumah korang ialah sebanyak £454.59 bersamaan RM2576.98 untuk 20 tahun. Kalau ikutkan loan rumah korang yang asal ialah 30 tahun, disebabkan korang ade duit lebih dan nak bayar pinjaman lebih, jadi itulah amount yang korang kena bayar sebulan.

Bila kita dah terbiasa untuk bayar lebih pinjaman korang, dah tentu korang rasa selamat untuk korang duduk di rumah tu. Sudah pastinya, dengan cara ini korang lagi jimat masa untuk habiskan pinjaman rumah korang. Lagi bestnya, interest pinjaman korang pun jadi rendah sebab korang dah bayar lebih. 

Kesimpulan

Bak kata pepatah, "ukur baju di badan sendiri" sebelum nak membeli hartanah di luar negara sekiranya korang bukan warganegara tersebut. Dengan matawang tinggi, risau je kalau korang yang nak berpindah ke sana, tak boleh nak tanggung risiko sekiranya membeli rumah dan akhirnya diiktiraf muflis kalau tak dapat bayar.

Sebelum nak membeli, semak dulu di MortgageCalculator.uk sekiranya berbaloi atau tidak untuk membeli hartanah di luar negara. Melainkan, kalau korang sudah bernikah dengan orang negara tersebut dan korang nak menetap di sana, buatlah pilihan yang bijak ye. 

Selamat maju jaya. 


















15 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Bagus juga ada pengiraan macam ni kan, so tau laa budget kita, takut overbudget, sendiri yang susah nanti...

    BalasPadam
  2. tq atas penerangan ni Om, kalau tak, kita tak tau cara nak beli rumah kat luar kan

    BalasPadam
  3. tq for sharing OM. mahal juga ea rumah kat UK :)

    BalasPadam
  4. menarik juga..tq atas penerangannya

    BalasPadam
  5. Haha kalo byk duit beli dah hartanah kat uk ni ekek..btw bagus ada calculator camni

    BalasPadam
  6. seram baca harga rumah tu haa.. tapi kalau ada modal dan yakin boleh biayai pinjaman tu.. why not kan? mari doa lekas kaya.. haha

    BalasPadam
  7. Kak Net selalu berangan kalau tengok rancangan deko luar negara. Seronoknya lah rumah dorang ni. Kalau nak buat ubahsuai pun kena rujuk majlis perancangan bandar dorang. Takleh suka-suka. Untung siapa yang ada aset rumah luar negara ini sebenarnya.

    BalasPadam
  8. kalau yang betul2 bermastautin di uk lebih mudah nak beli hartanah kat sana. Kalau tiba-tiba aja nak beli buat aset sana, takut syarat tak menepat. Tapi pasti ada cara. Sekarang ramai yg dok intai macam mana nak beli aset luar negara.

    BalasPadam
  9. mahal giler harga sana, tak mampu la nak beli huhu

    BalasPadam
  10. Jika mampu bagus sebenarnya kalau ada banyak aset ni. Kalau ada di luar negara lagi bagus. Memang orang kayalah 😁

    BalasPadam
  11. Panduan yang lengkap bagi yang nak beli rumah kat UK... mana tau kan .. sebab penduduk Malaysia memang ramai pun kat sana kan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Terbaru Lebih lama