Memaparkan catatan dengan label INTELLIFLUENCE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INTELLIFLUENCE. Papar semua catatan

25 Julai 2023

Teruja Betul Main Money Games di MortgageCalculator.org

Teruja Betul Main Money Games di MortgageCalculator.org

Aku rasa banyak je anak-anak yang paling suka main game duit seperti money games, grocery cashier dan sebagainya. Aku sendiri pun kalau ada masa lebih mesti luangkan masa dengan main game online. Lagi best, website tu langsung tak ada iklan, so kita lebih fokus untuk bermain tanpa nak klik pangkah (X) tu ha, itu yang menambah ralit aku ni!

Semalam aku pun tak lengah, terus buka MortgageCalculator.org semata mata nak main game duit kat situ. Gigih eak. Cuma kan, tiap kali nak main game kat situ, aku pastikan Luth tido kalau tidak, memang dia kacaulah. 

Dulu nak main game online ni, kena pergi cyber cafe dulu. Biasalah, orang susah ni mana ada laptop sendiri. Sekarang dah ada laptop sendiri, anytime je boleh main game. Janji wifi kuat je kan. 

Teruja Betul Main Money Games di MortgageCalculator.org

MortgageCalculator.org
Jom main game di MortgageCalculator.org

$ads={1}

Bagi aku game MortgageCalculator.org ni sangat membantu aku mengisi masa lapang. Bila dah buntu otak tak tau nak update apa kat blog, haaa aku bukak laa website MortgageCalculator.org ni dan mulalah bermain. Bukan kena daftar atau kena bayar pun untuk pendaftaran masuk ke, semuanya percuma.

Antara game yang popular di MortgageCalculator :

  • Money Games: counting money and making change. We also have a couple games featured new fangled concepts of money including Bitcoin and the modern day tulips
  • Real Estate Games: buy and sell properties, make a thriving LEGO city, and clean up a mess or germs. You can also build stable structures, or use dynamite to blow up structures. 
  • Food Business Simulation Games: run a coffee shop, grocery store, farm, or another restaurant.
  • Business Simulation Games: build a mining business, run a jewelry shop, become a florist, or become a corporate overlord. 
  • Software Development Games: STEM games teaching children about coding logic along with how software is made and tested, along with an idle clicker game focused on building successful startup businesses
  •  Office Politics Games: whimsical ragdoll clicker game can be used to explain internal competition, conflict resolution & team building, and an endless runner 
  • Other Fun Games: games we like but which did not neatly fit in any of the above categories - recycling, green energy, and a couple food related games
Bagi anda yang tak pernah cuba bermain, anda boleh try Grocery Cashier, ni paling simple sekali, cuma ada masa waktu main tu, anda try aje yang mudah tu dulu. Tapi aku lebih suka Supermarket Numbers, senang tapi agak susah juga nak kira number tu. Kadang tu menguji betul otak nak mengira. 


MortgageCalculator.org
Supermarket Numbers

MortgageCalculator.org
Supermarket Numbers
$ads={2}

Supermarket Numbers ialah permainan latihan aritmetik.Cara nak mainnya pun sangat mudah, baca matlamat berangka di sudut kiri atas permainan. Pada awal permainan kebanyakan blok adalah blok tambahan. Jika blok tidak mempunyai simbol padanya, pengendali berangka lalai ialah penambahan.
Pilih blok yang cuba menambah sehingga matlamat berangka yang ditunjukkan.

Semasa anda maju melalui permainan, blok tambahan ditambah dengan fungsi seperti penolakan, pendaraban dan pembahagian. Anda mesti memilih sekurang-kurangnya satu blok tanpa operator padanya sebelum anda boleh memilih blok pendaraban atau pembahagian. 

Semasa anda memilih blok, persamaan yang ditunjukkan di bawah nombor matlamat berubah untuk mencerminkan pilihan anda. Isi meter troli beli-belah hingga 100% untuk meneruskan ke peringkat seterusnya & bermain melalui semua 10 peringkat.

Memang betul, pelbagai jenis games di MortgageCalculator.org dan ada pilihan yang banyak. Anda korang boleh pilih bermain ikut kesesuaian IQ korang, kalau dah teror tu bolehlah pilih yang susah sikit gamenya tapi sebagai permulaan just main yang 'easy' pun dah okay.

Ha macam mana? Seronok kan? Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian aku hari ni. Buat korang yang belom pernah main game di Plays.org bolehlah cuba luangkan masa 5-10 minit di sini. Confirm boleh release stress korang. Apa tunggu lagi, jom main game di Plays.org!

28 Oktober 2022

Cara Beli Dan Pengiraan Hartanah Di United Kingdom

Cara Beli Dan Pengiraan Hartanah Di United Kingdom

Bismillah.
Assalammualaikum.

Cara Beli Dan Pengiraan Hartanah Di United Kingdom | Eh masih covid lagi ni, buat apa nak beli rumah di luar negara? Entri ni khas untuk korang yang dalam perbincangan nak pindah ke luar negara, mungkin disebabkan hal kerja atau sebaliknya. Lagi eloknya sebelum nak beli rumah di luar negara ni, tak salah sekiranya kita ada ilmu sedikit sebelum membeli.

Beli rumah ni bukannya harga murah kan, apatah lagi matawang pun berbeza. Mungkin harga rumah di luar negara 4x lipat dari harga pasaran Malaysia, betul tak? Harga pasaran pun menangis nak bayar, apatah lagi luar negara.


Beli Hartanah Di Luar Negara, Boleh Ke?


Kali ni aku nak kongsikan sedikit ilmu sebelum membeli rumah di luar negara terutama untuk korang yang nak berpindah ke UK. 


Syarat Kelayakan Beli Rumah Di UK


Syarat pertama sebelum beli rumah di UK, korang perlu tahu sama ada korang layak atau tak untuk beli rumah di UK. Sebenarnya di UK, korang masih boleh beli rumah walaupun bukan warganegara UK atau korang menetap dan bekerja di sana.

Syarat untuk membeli rumah di UK :
  • Warganegara UK
  • Bukan warganegara UK
  • Tinggal dan bekerja di luar negara sebagai ekspariat
  • Seorang pekerja mahir yang menetap di UK dengan 2 kali visa
  • Seorang warganegara asing

Kalau korang dah ada kriteria di atas ni kan, korang bolehlah untuk membuat pinjaman rumah tetapi korang kena memohon pinjaman. Sebenarnya, di sana kalau nak dapatkan pinjaman lagi susah dan lebih mahal bagi penduduk bukan UK.

Bank mana nak bagi pinjaman pada orang bukan warganegara kan. Mungkin juga bank juga sukar nak membuktikan bahawa pemberi pinjaman boleh membayar pinjaman tersebut. Gitu. Kiranya bank satu dunia takkan bagi pinjaman kalau korang tak ada pekerjaan tetap atau bukti yang korang boleh bayar setiap bulan. 

Tetapi, kalau korang nak dapat pinjaman rumah tersebut dengan mudah, korang perlu : 
  • Menjadi pemastautin UK selama sekurang-kurangnya 2 tahun 
  • Mempunyai pekerjaan tetap
  • Memiliki akaun bank UK
  • Mempunyai sejarah kad kredit UK yang baik

Seandainya syarat kat atas ni korang tidak dapat dipenuhi, korang kena keluarkan duit deposit sebanyak 25% dari harga rumah yang korang nak beli. Sama macam kat Malaysia lah, kalau dapat pinjaman yang full 100% cover deposit, korang tak perlu keluarkan deposit. Tetapi, ada je sesetengah bank yang masih nak deposit rumah. 

Cara Pengiraan Loan Rumah Di MortgageCalculator.uk


Menurut indeks Zoopla ZED, purata nilai sebuah rumah di London pada Januari 2017 adalah sekitar £655,000 bersamaan RM3,704,918.42 yang telah meningkat sebanyak 2.23% daripada tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, kalau korang memilih kawasan tengah bandar seperti City of Westminster harga purata £1,172,000 bersamaan RM6,629,258.60 ini jauh lebih mahal daripada jika korang membeli sebuah flat di luar kawasan tengah London. 

Seandainya, syarat di atas korang dah penuhi dan dah sampainya untuk korang tahu cara pengiraan loan rumah di UK. Nak beli rumah ni korang kena tahu juga berapa bajet korang, berapa gaji korang yang layak untuk apply loan.

Macam aku sendiri pun, aku nak buat combine loan dengan suami pun tak lepas disebabkan gaji aku ni dah buat pinjaman kereta. Terpaksalah suami aku sorang je yang buat loan rumah, rezeki anak, dapat jugaklah aku ni sebuah rumah.

Sebab itulah, korang kena kira jumlah yang korang boleh pinjam di UK dengan menggunakan 
MortgageCalculator.uk. Korang kira bayaran balik loan bulanan korang supaya korang tahu jumlah yang mampu untuk dipinjam apabila berpindah rumah, menggadaikan semula tau membeli rumah pertama korang di UK.

Cuba korang tengok gambar dibawah ni : 





Rumah ni berharga £95,000 bersamaan RM537,354.58. Rumah ni mempunyai 1 bilik tidur dan 1 bilik air. Jadi, rumah ni sangat sesuai untuk yang bujang atau pun baru kahwin. Mungkin korang berkenanlah dekat rumah ni, pastu korang nak tahu juga berapa banyak duit yang korang kena bayar per bulan. Kalau aku beli rumah macam ni, jawabnya memang tak jumpa jodohlah. Hahahah jenuh rumah kecik nak duduk berdua.

Jadi, jom kita kira dengan menggunakan MortgageCalculator.uk. Dengan laman web ni, pasti akan memudahkan untuk korang faham loan pinjaman korang. Korang refer pula gambar di bawah ni ye. Kat bawah ni, aku dah kirakan berapa monthly yang korang kena bayar.



Jadi total pinjaman rumah korang ialah sebanyak £148,902.13 bersamaan RM842,244.65. Setiap bulan korang perlu bayar kepada bank sebanyak £358.06 bersamaan RM2025.32. Boleh dikatakan pengiraan loan rumah adalah sama di seluruh dunia. 

Mudah je kan cara pengiraan loan rumah kalau kita guna MortgageCalculator.uk. Kat Malaysia pun lebih kurang je cara pengiraannya. Cuma korang sanggup atau tak untuk membayar pinjaman rumah tu. Korang dah faham dah kan, nak kira loan rumah dengan MortgageCalculator.uk ni? Heheheh simple je, janji korang tahu nak convert matawang UK ke Malaysia.

MortgageCalculator.uk Boleh Guna Untuk Pengiraan Lebihan Pinjaman 


Selain itu, MortgageCalculator.uk ni juga boleh menyemak lebihan bayaran pinjaman. Andai kata, korang ada duit lebih dan nak bayar pinjaman rumah korang lebih dari jumlah sebenar, korang boleh refer di lebihan bayaran pinjaman yang terdapat dalam MortgageCalculator.uk. Contohnya macam di bawah ni : 



Ini adalah total pinjaman per bulan rumah korang ialah sebanyak £454.59 bersamaan RM2576.98 untuk 20 tahun. Kalau ikutkan loan rumah korang yang asal ialah 30 tahun, disebabkan korang ade duit lebih dan nak bayar pinjaman lebih, jadi itulah amount yang korang kena bayar sebulan.

Bila kita dah terbiasa untuk bayar lebih pinjaman korang, dah tentu korang rasa selamat untuk korang duduk di rumah tu. Sudah pastinya, dengan cara ini korang lagi jimat masa untuk habiskan pinjaman rumah korang. Lagi bestnya, interest pinjaman korang pun jadi rendah sebab korang dah bayar lebih. 

Kesimpulan

Bak kata pepatah, "ukur baju di badan sendiri" sebelum nak membeli hartanah di luar negara sekiranya korang bukan warganegara tersebut. Dengan matawang tinggi, risau je kalau korang yang nak berpindah ke sana, tak boleh nak tanggung risiko sekiranya membeli rumah dan akhirnya diiktiraf muflis kalau tak dapat bayar.

Sebelum nak membeli, semak dulu di MortgageCalculator.uk sekiranya berbaloi atau tidak untuk membeli hartanah di luar negara. Melainkan, kalau korang sudah bernikah dengan orang negara tersebut dan korang nak menetap di sana, buatlah pilihan yang bijak ye. 

Selamat maju jaya. 


















21 Oktober 2022

Main Game Memasak Di Culinaryschools.org, Permainan Masak Kanak-Kanak Percuma

Main Game Memasak Di Culinaryschools.org, Permainan Masak Kanak-Kanak Percuma

Bismillah.
Assalammualaikum.

Main Game Memasak Di Culinaryschools.org, Permainan Masak Kanak-Kanak Percuma   | Sekarang ni dah musim cuti sekolah kan? Bagi nak hilangkan bosan anak-anak apa salahnya main game di Culinary Schools, dijamin percuma dan bikin ralit! Sekarang ni dah banyak permainan secara talian, cuma berbayar ataupun tak berbayar.

Manalah tahu sambil main game masak-masak ni, boleh cungkil bakat anak yang selama ini di pendam? Anak-anak ni kalau dia suka main satu jenis game, game itulah yang dimainnya. Sama lah macam aku ni, kalau main game masak-masak bertahun tak pernah delete game tu. 


Main Game Memasak Di Culinaryschools.org


Hari ini aku nak kongsikan dengan korang tentang sebuah website yang best untuk anak-anak korang main game. Mak mak pun boleh main jugak, jangan risau. Dalam website ini terdapat banyak pilihan game memasak yang korang boleh pilih dan main. Aku pun baru tahu kewujudan laman website ini. 

Percuma tau! Kalau anak-anak atau diri korang sendiri yang nak main game, bolehlaj pergi ke website Culinaryschools.org. Siapa yang suka sangat main game memasak, boleh terus main game memasak di Culinaryschools.org.  


Main Game Memasak Di Culinaryschools.org


Dalam banyak-banyak pilihan game memasak yang terdapat di culinaryshools.org ni, aku ada beberapa pilihan yang buat aku seronok dan ralit ketika bermain game tersebut. Kadang tu tak cukup 10minit apabila main game tu. 

Ada beberapa pilihan game yang terdapat di website ni :

1) Cooking and kitchen work
2) Food Education Games
3) Serving Eaters
4) Farming
5) Other Fun Food - themed Games

Main game memasak di Culinaryschools.org ni, ada yang mudah ada juga yang susah. Antara game memasak yang menarik perhatian aku adalah : 


1) Open Restaurant

Open Restaurant ni game ialah permainan restoran isometrik di mana seseorang mesti bertindak sebagai, pelayan, juruwang dan pembersih untuk restoran yang sibuk. Game ni korang cuma perlu melakukan kerja pelayan iaitu cari tempat duduk tetamu, ambil pesanan, menghidangkan makanan dan mengutip bayaran.



Walaupun nampak macam senang tapi susah juga nak sampai ke Day-8 tu tau. Aku sendiri pun dah berapa kali sangkut dekat Day-7. Setiap hari restoran mempunyai jumlah pendapatan sasaran. Pemain yang mencapai matlamat pendapatan mereka beralih ke hari berikutnya. Permainan ini berfungsi di luar talian tetapi mengambil masa kira-kira 30 saat untuk dimuatkan pada mainan awal.


2) Penguin Cafe

Game ni tak adalah susah mana, sesuai je untuk kanak kanak bawah 12 tahun. Aku sendiri pun main sampai ralit apatah lagi diorang kan? Penguin Cafe ni sebenarnya bermain dengan penguin di atas skate dan bergegas untuk melayani tetamu dan memenuhi matlamat harian. Walaupun estetika dalam permainan ini adalah kartun, tahap kesukaran meningkat dengan cepat selepas tahap pasangan pertama.


Ingatkan anak-anak korang untuk bermain permainan ini ganjaran pelanggan membentuk bahagian penting mata pencarian pelayan. Itu menjadikannya penting bagi pelayan untuk mengekalkan sikap positif walaupun sering berhadapan dengan tekanan yang melampau dan pelanggan yang menuntut.

Selain 2 game di atas, korang juga boleh cuba game yang lain. Aku senaraikan di bawah ini dan korang klik pada link tersebut ye.

https://www.culinaryschools.org/kids-games/candy-fiesta/
https://www.culinaryschools.org/kids-games/merge-cakes/
https://www.culinaryschools.org/kids-games/fruit-snake/
https://www.culinaryschools.org/kids-games/airport-rush/
https://www.culinaryschools.org/kids-games/fruit-adventure/
https://www.culinaryschools.org/kids-games/milk-for-cat/
https://www.culinaryschools.org/kids-games/mahjong-solitaire/
https://www.culinaryschools.org/kids-games/onet-fruit-classic/
https://www.culinaryschools.org/kids-games/snakefalls/
https://www.culinaryschools.org/kids-games/plumber-soda/

Baiklah, sampai sini sahaja perkongsian yang aku nak kongsikan hari ni. Sesiapa yang belum pernah lagi masuk laman web ini, aku syorkan korang main dulu kejap. Cuba korang luangkan 5 hingga 10 minit untuk bermain. In shaa Allah mungkin lepas tu korang makin berminat nak bermain!

Apapun, jangan terlalu leka ya! Jangan terlalu ralit sampai tangguhkan kerja yang lain pulak. Untuk yang tengah bercuti tapi tak tahu nak buat apa, jom main game di Culinaryschools.org  dan mainlah game!






























4 Ogos 2022

Jom Ajar Matematik Anak Melalui Board Games

Jom Ajar Matematik Anak Melalui Board Games

Bismillah.
Assalammualaikum.

Jom Ajar Matematik Anak Melalui Board Games | Aku rasa banyak je anak-anak yang tak suka subjek Matematik. Aku sendiri je, paling cukup tak suka dengan Matematik Tambahan. Hahahaha.. Pening kepala nak fikir dan jawab soalan. Sebab itu, subjek Matematik dapat A+ tapi AddMath cuma dapat D je. Hehehehee. Tapi ade je anak-anak yang langsung tak suka matematik. 


Dulu mak ajar matematik, selagi tak dapat jawapan tangan ni kena ketuk dengan pembaris besi. Selagi tak dapat jawapan yang betul, memang sakitlah jari tu. Gitulah mak aku ajar matematik dulu. Cuma zaman sekarang ni dah berbeza, boleh kira pakai kalkulator. Zaman aku dulu, kena beli buku sifirlah, nyanyi lagu sifirlah, macam-macam lagi tau. 

Tapi bila masuk je alam kerja, pengiraan biasa seperti tambah, darab, tolak dan bahagi je yang banyak digunakan. Tak ada pun simbol atau formula yang digunakan. Semuanya yang basic-basic sahaja. Yang penting, nak belajar matematik ni, sifir kena cepat tangkap, tolak dan tambah kena cepat congak. Kalau masih lagi pakai jari, kena ada kalkulator lah kat dalam beg. Hehehe.

Lagi syoknya, anak-anak ni bila kita hantar tuisyen matematik tu ade juga yang memonteng kelas. Bikin geram je kan. Kita nak ajar sendiri pun kadang tu, bukan tak boleh cuma silibus anak-anak ni dah banyak yang berubah. Darjah satu soalannya macam budak darjah enam. Macam mana nak ajar, kalau silibus pun dah pening kepala mak yang nak mengajor ni. 

Sekarang ni, semua benda di hujung jari jer, kalau ko jenis yang tak mampu nak hantar anak ke pusat tuisyen, ha boleh cuba bagi anak anak main game online matematik di board games.  Daripada anak-anak ni main game yang mengarut dan tak bagi faedah, baik main game online matematik lagi bagus dan ada jugalah faedahnya.

Apa kata, ko cuba anak anak main game online tu ha. Confirm anak-anak ko pun suka, dan sudah pastinya nanti ko pun join sekali main game bersama. Ko sambil tengok tu, boleh ajarkan diorang sekali dan terangkan satu persatu. Gamenya pun mudah aje, tak susah mana pun, sesuai untuk anak-anak yang berumur 7-12 tahun. Lagi satu, puas hati main game ni sebab tak ada iklan langsung ye! Memang syok tau. 


Ada pelbagai pilihan game yang anak anak boleh cuba, dari jenis game paling mudah sehinggalah game yang paling susah. Anak-anak lagi suka main game yang jenis ada kartun dan teka teki. Confirm anak-anak jadi leka dan fokus main game gini.

Anak-anak kann cepat jemu, so dengan adanya lebih 50 game dalam calculators.org ni, memang sakanlah anak-anak ni main game. Jadi, ko pun mudahlah dan senang hati nak buat keje dekat rumah tu. Tapi, jangan sampai anak gian pulak nak main game ni, semua masih di bawah pemantauan juga. Kena pandai bagi masa belajar dengan main game.

Baiklah, sampai sini sahaja perkongsian yang aku nak kongsikan hari ni. Sesiapa yang belum pernah lagi masuk laman web ini, aku syorkan untuk ko dan anak-anak main dulu kejap. Cuba korang luangkan 5 hingga 10 minit untuk bermain. In shaa Allah mungkin lepas tu korang makin berminat nak bermain! 

Apapun, jangan terlalu leka ya! 

18 September 2021

Main Game Di Solitaire.org, Seronok Dan Bikin Ralit!

Main Game Di Solitaire.org, Seronok Dan Bikin Ralit!

Bismillah.
Assalammualaikum.

Seronok Main Game Di Solitaire.org, Seronok Dan Bikin Ralit! | Bila stress dengan kerja atau tak kesahlah stress dengan apa apa pun, memang aku akan habiskan masa dengan main game. Bila dah stress, sah sah otak dan badan tak akan fokus nak buat sesuatu kerja. Jadi untuk releasekan stress, aku main game jer. In Shaa Allah jadi normal balik. 
 
Baru-baru ni aku terjumpa satu laman web game ni tau, percuma dan tak ada pop-up ads. Aku jadi sakit hati main game di handphone ni, asyik nak pop-up ads je, tu yang banyak uninstall semua game tu. Orang tengah syok main game, tiba-tiba ada pop-up ads ni, boleh hilangkan mood untuk main game tu tau. Puas jugak aku mencari laman web game yang percuma dan tak ada iklan.

Tapi kan.. ada ke laman web game yang percuma, tanpa sebarang iklan dan tak perlu susah susah untuk download? Hmmm ada ke?

Sebenarnya... memang ada.


Pernah Main Game di Solitaire.org?



Hari ini aku nak kongsi dengan korang tentang sebuah website yang best untuk main game. Dalam website ini terdapat banyak pilihan game yang korang boleh pilih dan main. Aku pun baru juga tahu kewujudan laman website ini. Aku bukanlah seorang yang selalu main game, tetapi sekiranya ada masa terluang, selalu jugalah habiskan masa main game di smartphone aku.

Percuma tau! Kalau korang seorang yang kaki game, bolehlah pergi ke website Solitaire.org Siapa yang suka memang suka sangat main game tu boleh terus main game di Solitaire.org. Percuma dan tak ada iklan.




Games Kegemaran Saya di Solitaire.org


Dalam banyak-banyak pilihan game yang terdapat di Solitaire.org ni, aku ada beberapa pilihan yang buat aku seronok dan ralit bermainnya. Kadang tu sampai berjam main game pun tak sedar tau. Pilih sahaja katogeri yang korang suka. Macam aku pula, aku lebih suka bermain mahjong dan hidden game. Jom main game di Solitaire.org!



Memandangkan aku suka bermain game Mahjong, di sini ada beberapa pilihan game mahjong. Di bawah ni, banyak pilihan mahjong yang boleh korang pilih. Korang jangan risau, sebelum mulakan game ni, korang juga boleh baca cara cara untuk bermain.

Game Panda Mahjong ni ada 50 level dan caranya pun senang. Korang cuma perlu padankan 2 gambar yang sama sahaja sehingga habis. Aku bertahan sampai level 4 je, sebab makin tak cukup masa bila main game ni. Walaupun nampak senang tapi tetap mencabar jugak yek. 

Untuk korang yang belum tahu, sebenarnya permainan mahjong ni bagus untuk merangsang minda dan melengahkan dementia (nyanyuk). Sebab itu, orang tua cina-cina suka main mahjong, bagi mereka dengan bermain mahjong dapat mengurangkan penyakit nyanyok. 



Ada lagi satu game yang aku suka main. Game ni since pregnantkan Luth, aku main sampailah Luth keluar ke dunia ni, iaitu Sudoku Math! Setiap kali ada masa lapang mesti main game ni dalam handphone, seronok dan teruja tau.

Game ni sebenarnya menguji minda. Sangat bagus juga game ni supaya otak kita fikir macam mana nak solve problem. Main game ni bukan setakat main je tapi boleh kuatkan mind juga tau. Cubalah selesaikan masalah Sudoku Math ni!

Baiklah, sampai sini sahaja perkongsian yang aku nak kongsikan hari ni. Sesiapa yang belum pernah lagi masuk laman web ini, aku syorkan korang main dulu kejap. Cuba korang luangkan 5 hingga 10 minit untuk bermain. In shaa Allah mungkin lepas tu korang makin berminat nak bermain!

Apapun, jangan terlalu leka ya! Jangan terlalu ralit sampai tangguhkan kerja yang lain pulak. Untuk yang tengah bercuti tapi tak tahu nak buat apa, jom main game di Solitaire.org  dan mainlah game!





19 Julai 2021

Syok Betul Main Game di Plays.Org, Percuma Dan Tanpa Iklan

Syok Betul Main Game di Plays.Org, Percuma Dan Tanpa Iklan

Bismillah.
Assalammualaikum.

Syok Betul Main Game di Plays.org, Percuma Dan Tanpa Iklan | Time PKPD ni, bolehlah luangkan sedikit masa dengan main game, tak adalah bosan sangat mengadap dinding rumah. Aku? Aku memang dah tentu seorang yang suka main game! Kat handphone pun banyak game daripada apps yang lain. Tapi, yang paling aku tak suka, bila main game tu, iklan manjang. Nak tunggu 10 saat pun boleh sakit jiwa. 

Lagi satu, aku paling tak suka bila nak download game ambil masa yang lama. Aku risau bila tak cukup storage dalam telepon aku ni apabila download game. Korang mesti sama kan? Nak main game tapi tak suka banyak iklan dan kalau boleh tak perlu download. Betul tak? Korang nak tak kalau aku review satu laman web game yang percuma, tak perlu download dan tanpa iklan ketika bermain?



Hari ni aku nak kongsikan pada semua pembaca setia aku tentang satu laman web game dimana semua orang boleh bermain sepuas-puasnya tanpa ada sebarang iklan atau bayaran yang dikenakan. Ye memang betul! Langsung tiada IKLAN dan yang paling bestnya ia adalah PERCUMA! Jom main game di Plays.org

Kalau korang seorang yang kaki game, bolehlah pergi ke laman web Plays.org. Di bawah ni aku tunjukkan katalog game yang terdapat di laman tersebut. Rambang mata nak main game yang mana satu, ada banyak pilihan kan? Macam aku pula suka game jenis Escape, Zombie, Sudoku, Mahjong dan banyak lagi.


Percuma dan Tanpa Iklan!


Selain dari banyak pilihan, korang tak perlu risau pasal nak download. Sebab di sini, korang boleh bermain secara directly tanpa perlu download game tersebut. Tentang, internet pula, game di sini telan internet korang pun. Rasa macam tak bergerak-gerak pun data internet tu. Jadi, korang boleh masuk di laman ni dan main sepuasnya. 

Semua game di Plays.org ini adalah percuma. Tak perlu apa-apa bayaran pun. Seronok kan? Ini kalau di Playstore or Appstore, sesetengah game mesti ada bayaran untuk next level? Betul tak? Kalau di Plays.org ni korang tak perlu bayar apa-apa. Masa aku main, memang tak ada iklan langsung. Cuba game di handphone aku ni, main 1 minit iklan 30 saat, sampai malas nak main game jadinya. 





Game di Plays.org Sudah Lebih 150 Jenis Pilihan 

Kalau korang nak tahu, dalam website ini terdapat lebih 150 pilihan game yang korang boleh pilih dan main. Aku pun baru tahu kewujudan laman ni. Bila bosan di ofis dan bagi menghilangkan rasa mengantuk, aku akan main game di Plays.org. Syok betul!

Selain dari percuma dan tiada iklan, kat sini ada terlalu banyak pilihan. 150 jenis game dan bikin korang rambang mata nak main. Korang tengok sahaja katalog yang ada di gambar di atas tu, berpinar mata ni nak cari mana satu game. 1 katogeri game di Plays.org ni sampai ada lebih dari 10 game dari katogeri tersebut. Seronok main kan? 





Game yang menarik minat aku mestilah game yang berunsurkan escape. Salah satu game yang aku suka main ialah Barbarian Escape: Prehistoric Flying Exit Game. Game ni hanya perlukan kesabaran dan kepantasan korang untuk menghadapi rintangan. Syok betul main game ini sampai tak sedar dekat satu jam lebih aku main.

Korang boleh click sini terus kalau nak main game Barbarian Escape yang macam aku main. Tentu korang pun ralit main game ni, hahahaha. Selain game escape ni, korang juga boleh cuba game baru di https://plays.org/games/ .

Ha macam mana? Seronok kan? Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian aku hari ni. Buat korang yang belom pernah main game di Plays.org bolehlah cuba luangkan masa 5-10 minit di sini. Confirm boleh release stress korang. Apa tunggu lagi, jom main game di Plays.org!