Assalammualaikum & hello there!



CARA PAKAI SURGICAL MASK DENGAN BETUL | Kes influenza dah makin berleluasa, ditambah pula dengan virus terbaru. Penting sebenarnya pemakaian mask untuk pastikan berkurangnya tersebar virus virus yang mudah berjangkit.

Ada yang cakap kalau untuk mencegah jangkitan dari kuar, kita pakai Mask Colour di luar dan putih di dalam tapi bila kita pula yang sakit dan selsema, kita pakai Mask Colour di dalam dan putih diluar.
Sebenarnya hanya ada 1 cara saja penggunaan surgical mask ini..iaitu Colour Mask di LUAR dan Putih di Dalam!

Standard surgical mask mempunyai 3 lapisan dimana lapisan luar melindungi daripada habuk zarah besar. Lapisan tengah pula melindungi daripada zarah2 kecil. Manakala lapisan dalam ialah lapisan lembut berfungsi untuk menyerap kelembapan pernafasan kita. 3 lapisan ini seperti one-way-flow protection.



Harap sesiapa yang keliru cara penggunaan Surgical Mask selepas ini tidak keliru sudah ya. Sempena musim wabak influenza & coronavirus ini, dinasihatkan semua kalangan umur untuk memakai surgical mask untuk melindungi diri anda dan orang lain.

P/S MACAM PAKAI SANSUT BA, YANG BERWARNA DILUAR, YANG KURANG WARNA DIDALAM 😆