19 November 2020

10 Makanan Cina Yang Mesti Anda Cuba Di KL

10 Makanan Cina Yang Mesti Anda Cuba Di KL

 

10 Makanan Cina Yang Mesti Anda Cuba Di KL


Suka makan menu masakan cina? Jika ya sudah tentu ada tempat makan 

pilihan masing-masing untuk nikmati menu makanan cina ini tatkala teringin. 

Di Kuala Lumpur sendiri ada banyak pilihan menu chinese food untuk di 

cuba.

Antara menu yang sering mendapat perhatian adalah seperti di bawah ini. 


1. Stir Turnip Fried Cake



Pada yang tidak biasa dengan hidangan ini akan menganggap bahawa 

hidangan ini tidak ubah seperti hidangan fish cake goreng biasa 

pada sekali pandang.

Turnip Cake atau juga dikenali sebagai kek lobak ini dibuat menggunakan 

lobak putih dan juga tepung beras. Ianya boleh dinikmati dalam 

pelbagai cara seperti dimakan terus bersama kicap, akan tetapi 

hidangan ini biasanya dimasak dahulu bagi menambahkan lagi rasanya, 

kek lobak dipotong menjadi beberapa kepingan segi empat tepat dan 

setelah disejukkan, ia digoreng sehingga kedua-dua belah
permukaan kek tersebut menjadi perang keemasan.

 

Hidangan Stir Turnip Fried Cake ini enak apabila dinikmati

semasa ia masih panas anda berkemungkinan akan berasa 

muak apabila ianya telah sejuk. 



2. Yee sang



Yee sang atau dikenali juga sebagai Yusheng merupakan hidangan 

yang terdiri daripada pelbagai jenis salad dan juga ikan. 

Campuran kesemua bahan ini yang membuatkan hidangan ini 

berwarna-warni dan kelihatan cukup menarik untuk dimakan. 


Masyarakat Cina percaya bahawa ikan merupakan pembawa rezeki. 

Hidangan yee sang ini juga telah wujud sejak Dinasti Song lagi dan 

merupakan masakan yang harus dihidangkan semasa upacara keagamaan. 


Bahan yang digunakan untuk membuat yee sang ini ialah potongan 

ikan terutama sekali ikan salmon segar, kacang tanah, lobak putih, 

lobak merah limau purut, daun parsli cina, halia, biji bijian bakar dan 

juga udang kering goreng manakala kuahnya pula diperbuat 

daripada sos plum. 


Pada kebiasaannya, hidangan ini akan dihidangkan apabila menjelang 

sambutan Tahun Baru Cina, dan ia merupakan lambang kemewahan, 

kemakmuran dan kekayaan. 


3. Char Kuey Teow



Hidangan ini sering kali dilihat dijual di mana sahaja bermula dari 

gerai makan yang kecil sehinggalah ke restoran yang terkenal. 

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa hidangan ini merupakan 

salah satu makanan tradisional yang berasal daripada China sejak 

dahulu lagi. Char kuey teow merupakan mee yang dibuat 

menggunakan mee beras yang dimasak bersama kerang, udang 

dan juga telur. Hidangan ini telah dijual oleh para petani dan juga 

nelayan pada zaman dahulu bagi menambahkan sumber 

pendapatan mereka. 


Oleh kerana char kuey teow ini kaya dengan sumber protein 

dan juga zat lain, maka tidak hairanlah apabila ramai pekerja buruh 

pada zaman dahulu amat menggemari hidangan ini kerana ia dapat 

mengembalikan tenaga kepada pekerja buruh untuk kembali bekerja. 


Tauge dan juga sayur-sayuran lain yang dicampurkan kedalam

hidangan ini telah menambahkan lagi rasa char kuey teow ini agar 

ia menjadi lebih enak dan menarik untuk dinikmati. 


4. Moon Cake 



Biasanya, kuih bulan boleh didapati menjelang musim perayaan 

pertengahan musim luruh ataupun perayaan Tahun Baru Cina. 

Kuih ini mempunyai rasa yang sememangnya manis dan boleh 

dimakan begitu sahaja. Kuih ini mempunyai bentuk bulat seperti 

bulan dan juga segi empat yang terdiri kuning telur itik masin 

serta beberapa bahan yang lain. 


Selain itu, kuih ini juga mempunyai pelbagai jenis ini di bahagian 

dalamnya seperti badam, walnut, bijian, pes biji teratai, benih labu, 

kacang merah dan biji tembikai malah terdapat juga inti yang lain 

sesuai dengan peredaran zaman, contohnya pandan, durian dan keladi. 


Pada zaman dahulu, terdapat pelbagai jenis cerita mitos tentang

 kuih ini. Masyarakat cina akan memakan kuih ini sebagai tanda 

memperingati sejarah di mana seorang isteri raja telah 

mengorbankan nyawanya demi rakyatnya. 


5. Dim Sum



Dim sum merupakan sejenis makanan ringan yang berasal daripada 

China yang telah dikenali ramai dan ianya juga sentiasa dihidangkan 

bersama teh cina. Pada kebiasaannya, ia dihidangkan pada waktu pagi 

sehingga waktu tengah hari di kedai makan Cina manakala di kedai 

makan yang khas menyediakan dim sum menghidangkannya sepanjang hari. 


Hidangan ini disediakan dalam bahagian kecil dan termasuklah 

makanan laut, sayur-sayuran, daging, dan juga buah-buahan 

dan pencuci mulut. 


Hidangan ini pada kebiasaannya dihidangkan di dalam bakul 

pengukus kecil ataupun di atas pinggan kecil. Kebanyakan keluarga

yang berbangsa Cina suka berkumpul bersama bagi menikmati

hidangan dim sum ini pada sambutan perayaan khas 

seperti Tahun BARU Cina ataupun Hari Ibu. 


6.  Wantan Mee 



Mee wantan ini merupakan hidangan kantonis yang sememangnya 

terkenal di seluruh Asia. hidangan ini biasanya dihidangkan dalam 

sup panas dan dihiaskan dengan sayur-sayuran berdaun dan juga wantan. 


Antara sayur berdaun yang biasa digunakan adalah kailan. 

Terdapat sejenis ladu yang dikenali sebagai shui jiao biasanya 

dihidangkan bersama bagi menggantikan wantan. 


Ianya juga mengandungi daging, ayam atau udang, dan juga 

daun bawang, namun terdapat juga beberapa orang tukang masak 

yang turut memasukkan bahan tambahan seperti kulat hitam 

dan cendawan. Antara tempat makan mee wantan yang 

halal adalah Restoran Norazlina Chong. 


7. Nasi Ayam Claypot



Nasi ayam claypot ini merupakan hidangan yang selalu dinikmati 

sebagai makan malam yang terkenal di China Selatan dan juga di 

Asia Tenggara. Nasi bagi hidangan ini dimasak menggunakan 

periuk yang diperbuat menggunakan tanah liat bersama dengan 

bahan lain  iaitu ayam, ikan masin, cendawan dan beberapa jenis 

sayur-sayuran bersama sos soya. 


Ikan masin yang terdapat dalam hidangan ini telah menambahkan 

lagi rasa kepada nasi ayam ini. Pada waktu dahulu, hidangan nasi 

ayam ini dimasak dengan dapur yang menggunakan arang, namun 

sekarang hidangan nasi ayam ini dimasak dengan menggunakan dapur 

gas sesuai dengan peredaran masa dan juga bagi mengurangkan masa 

yang diambil untuk menyediakannya. Nak makan menu nasi ayam 

clayport halal boleh singgah ke Sizzling & Claypot di Mid Valley Megamall.


8. Yong Tau Foo



Yong Tua Foo merupakan hidangan yang digemari oleh ramai rakyat 

Malaysia dan hidangan Yong Tau Foo ini dapat dirasakan keaslian 

Hakkanya dengan sos atau kuah yang dihidangkan bersamanya. 


Kepada anda yang sedang mencari pilihan makanan yang belum 

pernah anda cuba, maka hidangan ini merupakan pilihan yang terbaik 

kerana ianya mudah didapati dan harganya sememangnya berpatutan 

dengan rasanya. 


9. Kuih Bakul



Bagi masyarakat Melayu, dodol merupaka antara sajian yang 

sememangnya terkenal, namun bagi masyarakat Cina pula 

terkenal dengan hidangan kuih bakul. Ianya seakan-akan dodol 

namun mempunyai tekstur yang lebih kenyal jika dibandingkan 

dengan dodol. 


Kuih bakul ini juga turut dikenali dengan nama lain iaitu nian gao. 

Proses bagi membuat hidangan kuih bakul ini mengambil masa yang agak 

lama untuk disiapkan. Ia memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga 

hari untuk disiapkan. 


Mengikut sejarah, orang terdahulu mempunyai kepercayaan agar membuat 

kuih bakul ini dan menghidangkan khas kepada ‘Tuhan Dapur’ supaya ia

 tidak memberitahu perkara yang tidak elok kepada maharaja syurga. 


Disamping itu, kuih ini juga membawa simbol yang tinggi iaitu 

‘semakin tahun semakin tinggi’ yang bermaksud semakin masa berlalu, 

semakin majulah mereka ke hadapan. Terdapat pelbagai cara untuk 

menikmati kuih hidangan ini iaitu sama da digoreng dengan ubi keladi atau 

ubi keledek, dimakan bersama isi kelapa dan juga boleh dimakan begitu 

sahaja. 


10. Tang Yuan



Tang Yuan merupakan salah satu pencuci mulut tradisional masyarakat 

Cina yang dibuat dengan menggunakan tepung beras. Mengikut tradisi, 

hidangan biasanya dihidangkan semasa Festival Tanglung ataupun Yuanxiao. 

Namun ia juga sering menjadi pencuci mulut dalam majlis seperti 

majlis perkahwinan.


Kuih ini seakan-akan kuih puteri mandi pada sekali pandang, namun 

terdapat perbezaan antara kedua-dua manisan ini. Contohnya 

Tang Yuan berbentuk seperti bola yang kecil ini biasanya dihidangkan 

dalam mangkuk dan dinikmati bersama sirap manis. Hidangan ini 

biasanya  dinikmati pada musim sejuk dalam bulan Disember jika 

di negara China. 


Itulah dia perkongsian 10 makanan cina yang mesti cuba di KL. 

Tak dinafikan bukan semua orang suka dengan menu makanan 

cina ini tetapi jika terasa nak cuba menu masakan yang baru, 

apalah salahnya.



Paling penting pastikan tempat makan untuk menu yang dipilih itu 

memang ada status halal. Dan jika tak tahu ingin dapatkan menu  

chinese food ini di mana, boleh terus buat pesanan secara atas talian 

melalui aplikasi Foodpanda. 


Berbaloi dan mudah kerana setiap pesanan disertakan sekali 

dengan servis penghantaran sehingga ke depan pintu rumah. 


3 November 2020

Diari Ibu | Kenapa Tak Hantar Anak Pada Pengasuh?

Diari Ibu | Kenapa Tak Hantar Anak Pada Pengasuh?

Assalammualaikum.
Bismillah. 

Diari Ibu : Kenapa Tak Hantar Anak Pada Pengasuh? | Dah 3 minggu bekerja di company lama, tiba tiba isu anak muncul bila seseorang tanya "kenapa tak nak hantar anak pada pengasuh?" Rasa macam dah lali nak hadap soalan ni, hai lah mulut makcik bawang ku sekalian.

Sebenarnya macam ni, daku dan suami ni masih lagi pjj (perhubungan jarak jauh) sepanjang tempoh 1 tahun lebih kawin, cuma 5 bulan sahaja kami serumah. 1 masalahnya, sebab kami ni kerja site. Kerja site ni cukup masa pindah tempat lain, dah siap projek pindah tempat lain. Daku ni kerja site dah 5 tahun, merata tempat dah pergi, kerja site memang nak tinggal bertahun disuatu tempat tu memang payah. PAYAH.

Jadi, kami ni jugak tak satu site waalaupun satu company, suami site melaka, daku ni site johor, dan anak kami ni pulak kat kampung. Bayangkan, besar tak pengorbanan kami ni suami isteri? Ada lagi orang lain yang sama situasi dengan kami malah ada yang lagi besar. 




Meh daku nak explain kenapa daku tak hantar anak pada pengasuh? Luth baru nak masuk 2 bulan, tak reti apa pun lagi, nak hantar pada pengasuh, kenalah cari yang betul betul anggap Luth tu macam anak sendiri dan bukannya nak duit semata. Zaman sekarang ni 10 orang belum tentu 10 orang tu mempunyai perangai sama. Semua berbeza beza dan dengan sekarang banyak jadi kes pengasuh, do you think I want let them to hurt my own child? Dera, pukul, anak mati tersedak susu. Apa yang korang rasa? Anak sendiri mati di tangan pengasuh, ya kalau ianya dah takdir kita tak boleh pertikai, tapi kalau ianya berpunca dari kesalahan pengasuh dan kita ni sendiri ni macam mana? Rasa penyesalan tu sampai ke mati kita rasa.

Point kedua, daku kerja satu negeri dengan anak, kenapa nak hantar pada pengasuh kalau boleh balik setiap minggu? Rumah mak nak ke tempat kerja lebih kurang 1 jam 30 minit, kalau nak balik hari memang tak larat, itu yang daku pilih balik samada 3 hari sekali atau hari sabtu petang baru balik. Makcik bawang ni sedap je bercakap sebab dia tak rasa apa yang kita lalui dan tempuh.

Dalam hidup ni, pengorbanan untuk mengubah ke arah kebaikan tu perlu pun dibuat. Bukannya kita suka suka. Macam kami ni, inilah pengorbanan terbesar dalam hidup berpisah seketika dengan anak. Orang lain ada je setahun 2 tahun tak jumpa anak disebabkan kerja. Kita ni boleh buat apa, tak kerja duit datang dari mana, langit ke? Ada juga yang cakap, kenapa suami je yang tak kerja? Hai lah malas lah daku nak cakap banyak.

Fikirlah eak, Malaysia ni bukannya macam amerika ke australia ke, gaji berpuluh ribu. Malaslah nak cakap banyak. Nak kata, silakan. Yang dapat pahalanya daku bukan kamu yang mengata tu. Hehehehe. 

23 Oktober 2020

Cash Out Kali Pertama Google Adsense.

Cash Out Kali Pertama Google Adsense.

Assalammualaikum.
Bismillah.

Cash Out Kali Pertama Google Adsense. | Selepas 10 tahun dalam dunia blogging, semalam dapat berita gembira. Berita ni lah yang dinanti nantikan, kiranya penat lelah selama ni dengan blogging akhirnya membuahkan hasil. Hasil apa pulak ni?

Siapa je tak senyum bila dapat email macam di bawah tu. Senyum meleretkan? Dah tentu happy, bila dapat merasai pengalaman cash out pertama dari google adsense. Fuhh mahunya tak happy. Sebenarnya pada bulan September, daku telah mencapai bayaran minimun threshold. Tetapi, daku hanya dapat payment pada bulan Oktober sebab daku telah melepasi tarikh pembayaran pada bulan September iaitu pada setiap 21-26 setiap bulan.


Cash Out Kali Pertama Google Adsense. 


Seandainya nilai threshold korang dah mencapai 100usd sebelum 21-26 hari bulan, maka pembayaran akan dilakukan pada bulan yang sama juga. Pihak Google akan menghantar emel untuk memberitahu supaya membuat pembayaran di dalam akaun Adsense korang.



Alhamdullilah, esok lusa dapatlah merasa duit penat lelah blogging ni. Syukur yang tak terhingga. Jadi, pada blogger yang lain, jadikan entri ni satu semangat untuk korang merasai cash out pertama korang ye. Daku doakan semoga korang berjaya!


19 Oktober 2020

Macam Ni Ke Perasaan Bila Jauh Dengan Anak?

Macam Ni Ke Perasaan Bila Jauh Dengan Anak?

Assalammualaikum.
Bismillah.

Macam Ni Ke Perasaan Bila Jauh Dengan Anak?
| Hari genap berpantang 44 hari dan hari ni juga hari pertama kerja di tempat baru. Tak ada lah tempat baru sangat pun, sebenarnya daku bekerja semula di company pertama yang daku kerja. Berhenti pun lepas setahun 7 bulan tinggal company tu. Tak silap masa sebulan sebelum berkahwin, daku ambil keputusan untuk berhenti. 

Alhamdullilah, rezeki dengan company lama tu macam tak disangka sangka. Call bos untuk risik kerja dan terus dapat. Alhamdulillah syukur. Jadi bermula jugalah journey hitamkan balik kulit muka yang dah setahun lebih cerah ni. Eh tibe! Lagi pun bos lama ni kalau boleh suruh start kerja 5/10 hari tu, masa tu ngam ngam sebulan berpantang, so mak tak bagi bekerja lagi. Mak kata biarlah lepas berpantang, tu yang ambil tarikh hari ni. Itupun mak dah pesan macam macam dah, mak mana tak risaukan anaknya.

Begitu juga daku.

Ibu mana yang sanggup berpisah dengan anak. Yelah 9 bulan 10 hari dalam perut, tiba tiba kena berpisah dengan sebab bekerja. Husband lagilah sadis, tempat kerja kat melaka, 2 minggu sekali baru balik, itupun sabtu malam balik johor, ahad malam balik semula ke melaka. Betul juga, pengorbanan ni memerlukan kekuatan untuk bertahan. Kalau tak kuat untuk bertahan, memang tak ada istilah pengorbanan.




Luth Isyraf, daku tinggalkan dengan mak di kampung. Hati kuat mengatakan untuk tidak hantar rumah pengasuh selagi Luth tak besar. Daku takut nak hantar pengasuh disebabkan pelbagai kes pengasuh. Takut jadi apa apa, daku ni yang menyesal tak sudah. Sebab itu, kami ni ambil keputusan untuk tinggalkan di rumah mak, dan mak pun setuju. Husband juga setuju untuk bagi upah penat mak jaga cucu, upah jaga cucu dengan duit nafkah untuk mak, lain lain. 

Kadang orang suka salah faham kat sini. Ambil kesempatan untuk bagi mak kepenatan jaga cucu. Mak pun kata daripada bagi orang mengasuh baik mak yang mengasuh lagi terjamin, mak juga cakap mak tak mintak untuk diupah. 

Hari ni sehari berjauhan dengan anak, macam ni ke perasaan? Sedih bila tengok gambar anak. Walaupun rumah mak dengan tempat kerja hanya 1 jam 30 minit, hati ni Allah je yang tahu betapa berbelah baginya perasaan. Itu pun bawa bantal kepala Luth sebab takut rindu pulak. Tak dapat nak jaga, dapat bau pun jadilah. 

Tak sabar nak balik ahad ni. Luth tunggu ibu ye. 

17 Oktober 2020

LIRIK LAGU DATO SRI SITI NURHALIZA | SIAPA TAK MAHU (Official Music Video)

LIRIK LAGU DATO SRI SITI NURHALIZA | SIAPA TAK MAHU (Official Music Video)



Kata orang
Kalau dah sayang
Jangan kau mudah
Nak naik berang

Dalam cinta 
Kena berjaga
Jangan kau mudah
Ingin buruk sangka

Tanya sama hati, apalah yang dicari
Nanti jawab hati, hanya cinta abafi

CHORUS

Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu

Siapa tak mahu
Dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu
Siapa tak mahu

Kata orang
Kalau nak senang
Jangan berkira
Dengan pasangan

Salah faham
Jangan diundang
Luahkan kata
Jujurlah caranya

ULANG CHORUS

Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu

Siapa tak mahu
Dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu
Siapa tak mahu

Bulat air kerana pembentung
Bulat sayang kerana disanjung
Baik acuan, cantik kuihya
Baik budi begitulah kasihnya

ULANG CHORUS

Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu

Siapa tak mahu
Dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu
Siapa tak mahu

9 Oktober 2020

Dah Cuba Popia Bergedil? Ini Resepinya.

Dah Cuba Popia Bergedil? Ini Resepinya.




Assalammualaikum.
Bismillah.

Dah Cuba Popia Bergedil? Ini Resepinya. | Bosan jugak bila minum petang cuma air teh o. Hari ni daku nak kongsikan resepi popia bergedil. Biasanya orang buat bergedil daging je kan, bergedil daging atau ayam selalunya boleh dimakan cicah sambal kicap atau pun makan bersama mee hoon sup. Perghh tiba tiba terliur pulak sebab dah lama tak pekena!

Tapi, korang pernah cuba tak, popia bergedil? Popia bergedil ni cuma salut dengan kulit popia dan goreng di minyak panas. Mudahkan? Ha apa kata baca resepi ni dulu dan cuba. In syaa Allah menjadi. Selamat mencuba semua!


 Jom Cuba Buat Popia Bergedil, Pasti Sedap!



Bahan - bahan  untuk membuat popia bergedil :

  • Ubi kentang digoreng dan dilenyek sampai lembut
  • Daun sup/bawang dihiris halus
  • Isi ayam digoreng, garam sikit dan digunting halus
  • Bawang goreng
  • Bawang putih digoreng dan ditumbuk
  • Lada cili/merah ikutlah rentak rasa

Cara - cara untuk membuat popia bergedil :


Ikuti langkah di bawah dengan teratur.

1) Masukkan bahan bahan semua tadi bersama lada sulah sikit dan gaulkan sampai sebati sehingga sekata.

2) Ambil kulit popiah kecil, lipat sikit bahagian atas dan letak inti dan gulungla bergedil bersama kulit popia tadi.

3) Kalau kulit popia tak lekat, letak air di bahagian yang tak letak tu.

4) Panaskan api seperti biasa sebelum digoreng

5) Pukul 3 biji telur dalam mangkuk lain dan ambil bergedil popia tadi dan celupkan bergedil tadi dan terus masuk kuali untuk digoreng.

6) Nampak kekuningan terus angkat dan bolehlah dihidang dan taburlah sedikit daun sup.








Nak Resepi Lagi?


Boleh tengok senarai resepi dibawah ini. Daku akan tambah koleksi resepi yang menarik dari semasa ke semasa. 



Eh mudahnya resepi ni? Tak susah mana kan nak buat popia bergedil ni kan? Jadi macam mana? Bolehlah korang cuba buat resepi ni. Gerenti, suami dan anak anak pun sayang.  Selamat mencuba semua!


Kredit : Dapur Anie



3 Oktober 2020

Diari Ibu : Makin Tak Cukup Tidurlah Pulak.

Diari Ibu : Makin Tak Cukup Tidurlah Pulak.

 Assalammualaikum.
Bismillah. 

Diari Ibu : Makin Tak Cukup Tidurlah Pulak. | In syaa Allah 3 hari lagi cukup dah sebulan bersalin. Luth sekarang pun dah makin cerdik. Dah tahu masa nak mandi, tidur pun suka berkepit. Tiap malam mesti nak mengempeng sampai terlelap dan berbantalkan lengan. Itulah tempat kegemaran Luth bila dia nak tidur. Alahai anak ibu ni.




Dulu masa pregnantkan Luth, tak pernah skip waktu tidur. Pantang ada waktu terluang mesti nak tidur je. Dari awal pregnant sampai ke hujung, manjang nak tidur. Tapi sekarang! Boleh kira tau berapa jam je dapat tidur sebab nak besarkan Luth. 

Waktu siang tu kadang sibuk sikit nak tidur pun kadang sampai terlupa. Malam pulak bila badan dah penat nak tidur nak rehat, Luth suka merengek minta mengempeng. Nak tidur sekali masa mengempeng risau Luth tertindih badan daku ni. Al maklum ler bila dah tidur. 

Betullah, bila dah jadi ibu ni memang kena korbankan semuanya untuk anak. Sebab tu dalam berpantang ni jangan stress! Kalau stress, takut anak jadi mangsa. Bersabarlah wahai ibu.

1 Oktober 2020

Baru Sehari Dah Naik Di Carian Pertama Google!

Baru Sehari Dah Naik Di Carian Pertama Google!

Assalammualaikum.
Bismillah.

Baru Sehari Dah Naik Di Carian Pertama Google! | Amboi, pagi ni gigihlah dok google lagu iman troye, eh rupanya entri blog dakulah yang jadi carian pertama google, patutlah views entri lagu ni mencecah sampai 500 views padahal baru sehari je publish.



Alhamdullilah, rezeki dapat lagi entri yang ada di carian pertama google. Nanti daku share tips ye! Good luck semua. 

30 September 2020

LIRIK LAGU IMAN TROYE |  Teman (Official Vertical Lyric Video)

LIRIK LAGU IMAN TROYE | Teman (Official Vertical Lyric Video)


INTRO
Dan jika kau berkenan 
Jadikan ku teman

VERSE
Rama-rama hinggap di bunga taman
Langitan biru di takluk awan
Senangnya bila berdua-duaan
Saat berjauh rindu-rinduan

Mudah-mudahan ku dipertemukan
Dengan si dia yang ku idamkan
Kini aku kesunyi-sepian
Berbantal panjang sebagai teman

PRE CHORUS
Oh cinta yang indah mekar
Kini gugur bila dibiar
Ku tertanya-tanya mengapa hanya sementara

CHORUS
Aku pilih pilih lagi
Pilih pilih hati
Puas ku mencari

Bergilir gilir ganti
Gilir gilir janji
Yang dimungkiri

Ku pilih pilih lagi
Pilih pilih hati
Puas ku mencari

Dan jika kau berkenan
Jadikan ku teman (Teman teman teman)
Berteman dan meneman
Bukan sekadar kawan (Teman teman teman)

VERSE 2
Ku timang menimang dalam fikiran
Haruskah ku terus mengimpikan
Adakah kita akan berkekalan
Mungkinkah kita tak sehaluan

BRIDGE
Gugur di biar...

POST CHORUS
Dan jika kau berkenan
Jadikan ku temanmu dan bukan
Bukan sekadar kawan
Oh bukan
Bukan sekadar kawan