Assalammualaikum.
Bismillah.
Resepi Sotong Stim Limau Ala Thai, Menyesal Tak Cuba Buat! | Siapa peminat seafood kat sini? Nak nak seafood tu adalah sotong. Biasanya menu utama kat rumah ialah sambal sotong, betul tak? Siapa je tak muak bila sotong asyik masak menu yang sama. Boring dah.
Bismillah.
Resepi Sotong Stim Limau Ala Thai, Menyesal Tak Cuba Buat! | Siapa peminat seafood kat sini? Nak nak seafood tu adalah sotong. Biasanya menu utama kat rumah ialah sambal sotong, betul tak? Siapa je tak muak bila sotong asyik masak menu yang sama. Boring dah.
Apa kata kali ni, kita cuba menu sotong stim limau ala thai. Bahan utama pun mudah nak dapat dan cara pembuatan pun tak sampai 1 jam. Kukus, buat sos, gaul dan siap untuk dihidang. Mudah macam abc kan?
Jom hari ni daku ajar korang semua untuk buat sotong stim limau ala thai, pasti sedap! Bila dah menjadi tu, rajinkanlah jari untuk komen diruangan bawah ye. Selamat mencuba semua!
Ada Dalam Peti Ais? Jom Buat Sotong Stim Limau Ala Thai.
- 1kg atau setengah kilo sotong
- 7-8 ulas bawang putih
- 8-9 biji lada kecil
- 3 biji limau nipis
- Sedikit daun ketumbar
- 1 atau 1/2 kiub pati ayam
- 3 sudu besar kicap sotong
- 2 sudu besar gula
Cara - cara untuk membuat sotong stim limau ala thai :
Ikuti langkah di bawah dengan teratur.
#1 Sedia Bahan
Pertama sekali, korang sediakan semua bahan bahan yang diperlukan untuk membuat sotong stim limau ala thai. Nanti bila tak cukup bahan jadi kerja pulak nak beli kat pasar, dah makan masa berjam pulak nak buat resepi ni. Cincang halus bawang putih dan lada kecil, kalau nak rasa pedas boleh letak lebih ye lada kecil tu.
#2 Kukus Sotong
Kemudian, sotong tu boleh potong sedang sedang ye, jangan terlalu kecil. Basuh bersih bersih bagi hilang bau hanyir dan barulah kukus sotong dalam 7 minit. Kukus ni jangan letak air dan kukus sehingga masak, angkat dan letak tepi.
#3 Buat Sos
Akhir sekali, panaskan 1 cawan air. Masukkan kiub pati ayam, gula dan lepas tu tutup api dapur. Korang tunggu sehingga suam dulu dan masukkan cili, bawang putih, asam limau dan daun ketumbar. Korang rasa dulu ye, kalau tak cukup masam tambah limau nipis. Kalau tak masin boleh tambah kicap sotong dan kalau tak cukup manis, tambahlah gula. Bila sos dah secukup rasa, boleh tuangkan sos atas sotong tadi. Siap!
Nak Resepi Lagi?
Boleh tengok senarai resepi dibawah ini. Daku akan tambah koleksi resepi yang menarik dari semasa ke semasa.
- Resepi Daging Masak Merah Ala Thai KanKunKap, Jom Cuba!
- Dah Cuba Homemade Prosperity Burger Ala McDonalds? Ini Resepinya!
- 11 Pes Homemade Yang Memudahkan Ibu Moden Memasak Setiap Hari.
- Resepi Sizzling Yee Mee Tanpa Hot Plate Yang Menggetarkan Lidah Anda.
- Himpunan 9 Resepi Nasi Goreng Yang Sedap, Mudah dan Cepat Dibuat.
- Jangan Buang Ketupat Raya, Jom Buat Lontong Goreng Yang Lazat.
- Resepi Tart Nenas Gebu Gebas Sukatan Cawan Yang Mudah
- Memang Macam Di Indonesia, Ini Resepi Nasi Ayam Penyet Anda Patut Try!
- 4 Resepi Ikan Masin Ala Orang Kampung, Confirm Terliur!
Eh mudahnya resepi ni? Tak susah mana kan nak buat sotong stim limau ala thai ni kan? Jadi macam mana? Bolehlah korang cuba buat resepi ni. Selamat mencuba semua!
Kredit : Ayadieeya
5 Ulasan
sedapnyaaaa
BalasPadamSedap ni, nak buat nanti la
BalasPadamsedapnya
BalasPadamwahhh nampak best ni!! nanti ada kesempatan nak try buat
BalasPadamdah kecur liur rasa kemasaman dia ni
BalasPadamSila tinggalkan comment korang disini!