Assalammualiakum.
Bismillah.

4 Resepi Ikan Masin Ala Orang Kampung, Confirm Terliur! | Lama juga tekak ni tak pekena ikan masin masak gulai bersama nenas. Daku makan ni masa mengandungkan Luth 3 bulan lepas. Pekena pulak dengan nasi panas, lagi menyengat rasanya. Ikan masin ni kalau kena dengan cara masak memang sangat sedap. Apatah lagi, menu ikan masin tu ala orang kampung. Fuhh lagi sedap.

Tengahari ni kalau ada ikan masin, ha boleh cuba. Kita tukar pula selera makan hari ni. Kita cuba masak ala orang kampung dengan menggunakan ikan masin. Pasti sedap!


Masakan Ala Orang Kampung Menggunakan Ikan Masin, Jom Try!



#1 Kari Terong Ikan Masin

BAHAN-BAHANNYA 

  • 3 biji terung ungu
  • 4 - 5 ketul tulang ikan masin kurau yang masih ada isinya
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
  • 1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 camca besar sos cili
  • 2 camca besar cili kisar
  • 1/2 inci halia*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)
  • 2 camca besar penuh rempah kari ikan dibancuh dengan 1/3 cawan air hingga menjadi pes
  • 200 ml santan, sederhana cair
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa


BAHAN-BAHAN TUMIS 

  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji bawang merah, hiris


CARA MEMBUATNYA

1) Tulang ikan masin dicuci bersih dan rendam 4 - 5 jam, toskan. Terung dikerat 2 setiap 1, kemudian belah 2 setiap keratan. Setiap keratan dibelah 2 lagi tapi jangan sampai putus, rendam dalam air yang dimasukkan sedikit garam, tujuan untuk mengelakkan terung bertukar warna. Ketepikan.

2) Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 1/3 cawan. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga wangi. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato dan bahan2 tumbuk halus, kacau rata dan masak hingga cili garing. Tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga rempah wangi dan naik minyak.

3) Masukkan pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya, anggaran 700 ml. kacau rata dan biarkan mendidih. Masukkan kiub ikan bilis dan terung (toskan dulu air rendamannya), biarkan terung separuh masak, boleh masukkan tulang ikan masin kurau, kacau perlahan dan biarkan mendidih.

4) Tuang santan, kacau dan perasakan dengan garam secukupnya. Akhir sekali masukkan tomato, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan kari terung dengan nasi putih, sambal belacan, telur dadar dan ulam-ulaman. 



#2 Ikan Sepat Masin Goreng Cili

Bahan-bahan:

  • 1 ekor sepat masin
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 5 tangkai cili kering
  • 3 biji cili api merah
  • Segenggam ikan bilis
  • Sedikit kicap
  • 1 sudu sos tiram


Cara memasak:

1) Rendam/bersihkan ikan sepat, kemudian potong kecil dan cuci bersih ikan bilis

2) Goreng ikan bilis garing, seterusnya goreng ikan masin tadi, asingkan

3) Rendam cili kering, potong/gunting kecil-kecil

4) Boleh tumbuk atau hiris cili padi.

5) Gorengkan cili kering agak garing

6) Asingkan sedikit miyak gorengan tadi atau boleh guna minyak lain jika nak

7) Masukkan ikan masin dan ikan bilis goreng tadi dengan bawang.

8) Tambahkan kicap dan sesudu sos tiram.

🚩 Kalau nak bersambal boleh guna lebih banyak cili padi. Boleh tumbuk semua bahan dan tumiskan dengan api perlahan, kemudian masukkan ikan bilis dan ikan masin.



#3 Gulai Ikan Kering Nenas Kelantan Style

Bahan-bahan :

  • 2 ekor ikan kering (sy guna ikan cencaru)
  • 1/2 biji nenas
  • 3 biji bawang merah (blend)
  • 2 ulas bawang putih (blend)
  • 1 inci lengkuas (blend)
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • lada hijau
  • 1/2 biji santan
  • 1 biji timun

Cara-cara penyediaan :

1) Masukkan semua bahan yang diblend

2) Biarkan mengelegak masukkan santan

3) Biarkan mengelegak

4) Kemudian, masukkan ikan masin , nenas, timun, lada.

5) Masukkan gula secukup rasa

6) Jika kurang masin (tambah garam) sbb ikan dh masin.

7) Biarkan mendidih seketika dan siap.



#4 Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Bahan-Bahan :

  • Ikan masin- (terubuk,talang,duri dan yg sewaktu dengannya)
  • Air asam jawa/ asam keping
  • Bawang besar - dihiris
  • Cili besar merah - dihiris
  • Tomato- dibelah 4
  • Gula dan serbuk perasa

Bahan ditumbuk kasar :

  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Cili besar merah
  • Cili padi merah/ hijau


Cara menyediakan :

1) Ikan terubuk masin dipotong mgikut saiz yg kita nak pastu rendam setengah jam.

2) Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan terubuk hingga masak. Ketepikan.

3) Panaskan sedikit minyak di dlm kuali, tumis bahan yang di tumbuk kasar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.

4) Masukkan air asam jawa. Kacau hingga rata.

5) Masukkan gula dan serbuk perasa secukup rasa. Saya tak letak garam sbb ikan terubuk tu dah masin.

6) Masukkan bawang besar yg dihiris, cili besar merah dan tomato, masak sehingga layu sedikit.

7) Akhir sekali masukkan ikan terubuk goreng tadi. Gaul sehingga rata.

8) Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.


🚩 Ikan masin direndam dalam 30 minit - ikut suka kemasinan. Kalau mau kurang masin kena rendam lama sedikit.


CUBA RESEPI MENARIK LAIN




Fuhh! 4 resepi ikan masin di atas ni masak dengan gaya ala orang kampung dah cukup menarik, bukan? Jomlah cuba masak bila ada waktu kelapangan. Confirm kena dengan selera korang. Selamat mencuba.

Sumber : facebook

5 Ulasan

  1. Ya Allah sedap2 nya semua, terbau2 dan terasa2!

    BalasPadam
  2. yang no. 3 tu pernah makan tapi tak kena dengan tekak..yg no. 2 & 4 tu awesomeeeee

    BalasPadam
  3. sungguh mengiurkan ye, haha. Aduhlah sedapnyaaaaaa, tengok.

    BalasPadam
  4. Tetiba hidung terhidu bau ikan masin...masyalah..murah tapi kena gaya masak amat menyelerakan....thanks untuk resepi...lain dari yang selalu buat...boleh cuba nanti ni...

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!