28 يوليو 2022

Mooncake Sedap Dan Halal Di Renaissance Hotel Johor

Mooncake Sedap Dan Halal Di Renaissance Hotel Johor

Bismillah.
Assalammualaikum.

Mooncake Sedap Dan Halal Di Renaissance Hotel Johor | Aku ni tahu je nama Mooncake tapi tak pernah lagi cuba. Sadis betul! Dalam otak ni fikir, tak halal je! Padahal, mooncake ni halal je dan sekarang peniaga melayu pun dah ada jual mooncake. Ramai pula yang menjual mooncake ni.

Renaissance Hotel Johor


Baru-baru ni, Restoran Cina Wan Li Hotel Renaissance Johor Bahru telah menyediakan pelbagai kuih bulan tradisional yang dibakar dan 'Snow Skin' dalam pelbagai perisa sempena Festival Pertengahan Musim Luruh Cina. Kalau ko nak tahu, ia juga dipanggil Pesta Kuih Bulan, kuih bulan ini akan menambah elemen istimewa perayaan simbolik global untuk pertemuan semula keluarga.

Jadi tahun ni, 16 jenis kuih bulan telah ditawarkan daripada 2 kategori traditional iaitu baked mooncakes dan snow skin mooncakes. Kalau ko nak testing, ko boleh datang di Lobby Hotel. Chef Lim Pei Shi telah menghasilkan kuih bulan tradisi setiap hari dengan menggunakan resepi klasik dan bahan-bahan semulajadi terbaik tanpa pengawet.

Renaissance Hotel Johor

Rasa bertuah juga bila aku ni menyaksikan sendiri demontrasi mooncakes secara langsung bersama-sama media yang lain. Bukan senang juga untuk membuatnya terutama untuk first timer, jadi terkial-kial nak ikut step pembuatan. 

Kalau kat kilang, dah siap dengan machine untuk membentuk mooncakes, tapi masa ditunjuk demo tu, chef menggunakan acuan kayu, sekali ketuk berdegung telinga ni hahahha. Tujuan ketuk ni bagi mengeluarkan doh mooncakes dan kemudian akan dibakar.


Semasa itu, pelakon Aidit Noh telah melakukan demonstrasi mooncakes bersama chef. Nampaklah betapa susahnya nak membentuk dan mengetuk kuih bulan ni. Terkejut kita bila dia ketuk untuk keluarkan kuih bulan tu. Hahahahah

Renaissance Hotel Johor

Renaissance Hotel Johor

Untuk mooncakes bakar tradisi ada 7 jenis iaitu
  • Pure Lotus Paste
  • Lotus Paste with Single Yolk
  • Lotus Paste with Double Yolk
  • Green Tea Paste with Single Yolk
  • Jade Custard
  • Assorted Fruits & Nuts
  • Red Beans
Aku berkenan sungguh dengan mooncakes kacang dan red bean. Sekali makan rasa kacang dan red beannya yang padu. Kuih bulan ni ko tak boleh terus makan sebiji gitu, dia kena makan sikit sikit. Rasa nak makan potong sikit, sebab kalau makan sekali gus dia jadi muak. Al-maklum, kuih bulan ni rasa sedap tetapi padat. 

Renaissance Hotel Johor


Korang juga boleh cuba Snow skin Mooncake dalam pelbagai perisa iaitu:
  • Golden peach truffle
  • Blueberry truffle
  • Strawberry truffle
  • Orange truffle
  • Matcha Truffle
  • Choclate Crunchy Pearl
  • Taro Paste truffle
  • Peppermint trufle
  • Durian truffle
Aku cuba kesemua truffle ni tetapi yang paling aku suka ialah Blueberry Truffle dan Durian Truffle tu. Sedap gilerrrrr tau! Dah la aku ni memang suka betul dengan snow skin mooncakes dari Renaissance Johor Bahru Hotel ni. Makan sejuk-sejuk, sedap sungguh, rasa macam makan aiskrim gitu. Hahahaha.

Kalau ko nak tanya mana paling sedap, aku tak boleh nak jawab sebabnya semua ada rasanya yang tersendiri. Aku paling suka semuanyaaaaaaaaaaa!Ko kena cuba, terutama yang jenis takut nak makan tu, inilah kuih bulan yang paling sedap untuk first timer rasa. Confirm sekali rasa, buatkan ko jatuh cinta berkali-kali. 

Renaissance Hotel Johor

Kalau ko nak rasa testing, ko boleh terus datang ke Lobby Renaissance Hotel Johor ini ya. Kat situ, nak beli terus pun dah boleh dah. Pembelian dari sekarang sehingga 11 September 2022, korang akan dapat tiffany blue box yang cantik dengan pilihan 8 set dengan harga RM128 net untuk snow skin mooncakes, dan 4 pilihan kuih bulan tradisional dengan harga RM128 dan Durian Truffle dengan harga RM148 net

Enjoy the discounts for the purchase of the mooncake on a single receipt: 

10% discount for 𝗘𝗔𝗥𝗟𝗬 𝗕𝗜𝗥𝗗 purchase from now until 11 August 2022
15% discount for purchase above 25 boxes 
25% discount for purchase above 100 boxes 
15% discount for Club Renaissance Johor Bahru 
Up to 20% discount for Marriott Bonvoy Member 

☎️ For any pre-order and more information, please call +6073813333 from 11am to 8pm. 
🚚 𝙁𝙍𝙀𝙀 𝘿𝙀𝙇𝙄𝙑𝙀𝙍𝙔 within 𝙎𝙀𝙑𝙀𝙉 business days for all states except Sabah and Sarawak if order via WhatsApp Business at https://wa.me/c/60127719056 

💻 Renaissance Johor Bahru Hotel’s handcrafted mooncakes also available on Shopee, Lazada, Oddle till 10 September 2022. 

🌐 Visit www.wanlichineserestaurant.com and sign up for exclusive updates and special deals to stay in the know.
5 Cara Hilangkan Selsema Dengan Mudah

5 Cara Hilangkan Selsema Dengan Mudah

Bismillah.
Assalammualaikum. 

5 Cara Hilangkan Selsema Dengan Mudah | Sebenarnya aku ni masih lagi selsema, sampai sakit sebelah muka disebabkan keluar hingus. Nasib baik tak berdarah, tapi kan rasa sakit tu sampai sekarang masih ada. Bagi aku biar aku dapat selsema berbanding batuk. Batuk ni ya Allah perit sakitnya, apatah lagi yang jenis batu kering. Lagi padu sakitnya.

Antara keadaan kesihatan yang paling menjengkelkan individu adalah flu kerana masih ramai tidak tahu cara hilangkan selsema itu. Namun kalian mungkin tidak perlu gusar lagi kerana kami akan membantu anda dengan memberitahu cara melegakan selsema yang betul. 

Hari ni aku nak kongsikan beberapa cara hilangkan selsema dengan mudah. Kalau ko nak info lagi tentang selsema ni, boleh ke Hello Doctor ya! 

5 Cara Hilangkan Selsema Dengan Mudah



Cara Hilangkan Selsema


Apa itu selesema (flu)? 

Untuk pengetahuan anda, selesema atau flu adalah sejenis jangkitan pernafasan bahagian atas (uppper respiratory tract infection). Jangkitan ini adalah disebabkan oleh virus yang akan menjejaskan hidung namun juga boleh mempengaruhi tekak, sinus, trakea, larinks, tiub eustachian serta tiub bronkus. 

Jika dijangkiti, penderita selalunya akan mengalami gejala seperti hidung berair dan hidung tersumbat akibat dipenuhi oleh mukus yang lebih dikenali sebagai hingus. 

Selain itu, wujud juga beberapa simptom flu yang lain termasuklah:

  • Demam
  • Badan letih
  • Badan gigil
  • Sakit otot
  • Sakit kepala
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Bersin
  • Suara serak
  • Hilang selera makan

Ada juga individu yang mengalaminya tanpa sebarang gejala ekoran sistem imun tubuh badan yang kuat dalam melawan jangkitan. Ada pula individu yang mengalaminya pada bahagian rongga telinga atau sinus dan ini dikenali sebagai jangkitan bakteria sekunder. 

Apa punca selesema (flu)? 

Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, punca flu terjadi adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Mungkin ramai yang akan menyangka bahawa ia juga boleh terjadi angkara cuaca terlalu sejuk namun ia tidak tepat. 

Antara jenis virus yang boleh mengakibatkan kondisi selesema ini berlaku adalah seperti berikut: 

  • Rhinovirus
  • Adenovirus
  • Coronavirus
  • Parainfluenza
  • Respiratory Syncytial Virus 

Virus-virus ini boleh merebak melalui titisan air yang tersebar apabila individu dijangkiti bersin, batuk atau berkongsi barangan. Ia juga boleh berpindah melalui sentuhan kulit ke kulit atau kulit ke objek yang telah tercemar dengan virus ini oleh penderita terdahulu. 

Persoalannya, bagaimanakah cara hilangkan selesema yang menyiksa hidup anda ini?

Wujudkah sebarang cara hilangkan selesema? 

Ada yang beranggapan bahawa kondisi ini adalah suatu yang biasa dan tidak kronik serta boleh sembuh dengan sendirinya. Ya, ia mungkin benar namun itu tidak bermakna tiada apa yang boleh dilakukan sebagai cara melegakan selsema yang dialami.

Langkah pertama yang perlu dilakukan jika dijangkiti adalah dengan berjumpa doktor untuk mendapatkan ubatan dan menjalani rawatan. Anda juga boleh cuba untuk lakukan perkara berikut sebagai cara hilangkan selsema: 

Cara hilangkan selsema

Cara Hilangkan Selsema


#1. Minum lebih banyak air 

Air putih adalah sangat bagus untuk memastikan tubuh badan anda kekal berhidrasi selain mengelakkan mukus menjadi terlalu tebal. Selain itu, sebarang jenis cecair seperti jus, sup dan sebagainya juga boleh diambil demi memastikan cecair dalam tubuh badan kekal ideal. 

#2. Ambil lozeng 

Kebiasaannya, jangkitan selesema ini akan turut hadir bersama gejala yang paling tidak selesa iaitu sakit tekak. Untuk melegakan kesakitan pada tekak ini, anda boleh ambil lozeng untuk dihisap melalui oral. 

#3. Mandi stim 

Jika masih tidak berjaya legakan ia, anda juga boleh cuba untuk duduk di dalam kamar mandi dengan pintu tertutup. Kemudian, biarkan air hangat (pastikan tidak terlalu panas) mengalir untuk mencipta suasana mandi stim atau sauna.

#4. Berehat 

Pada hari pertama jangkitan, anda mungkin akan berasa sangat tidak berdaya ekoran gejala-gejala flu yang dihidapi. Oleh itu, berehatlah di rumah dan elakkan untuk hadir bekerja atau bersekolah untuk mengelakkan sebarang jangkitan. 

#5. Rawat gejala secara berasingan 

Setiap gejala-gejala selesema seperti sakit kepala, batuk, bersin dan demam mungkin perlu dirawat secara berasingan. 

Oleh itu, anda boleh misalnya merawat demam dan sakit kepala hanya dengan mengambil ubatan paracetamol. Namun harus diingatkan bahawa setiap pengambilan ubatan atau rawatan haruslah diperakui oleh doktor terlebih dahulu. Oleh itu, jangan terlambat untuk datang berjumpa doktor jika terkena flu kerana bimbang keadaan akan lebih memburuk kelak. Kini anda telah mengetahui cara hilangkan selsema yang berkesan.

26 يوليو 2022

Memang Sedap Betul Restoran Nasi Arab Zaituna Ni

Memang Sedap Betul Restoran Nasi Arab Zaituna Ni

Bismillah.
Assalammualaikum.

Memang Sedap Betul Nasi Arab Zaituna Restoran Ni | Aku ni bukanlah seorang penggemar nasi arab atau pun makanan timur tengah. Tapi kali ni bila rasa nasi arab jb ni dah jadi kejutan budaya pulak. Hehehehe. Ye memang betul sedap! Aku ni pulak jenis, kalau kedai tu ramai yang review mesti nak datang makan. Alhamdullilah, dapatlah juga merasa nasi arab


Zaituna Restaurant

Pertama kali aku ke sini, mesti pandang dulu pelayan kedai ni. Mostly arabian ye guys. Sejuk mata memandang pak arab tu. Tiber. Dah lah hensem, baik pulak tu. Eh! Tetapi customer semuanya melayu. Orang melayu ni lidahnya semua versatile. Semua jenis makan orang melayu makan, dari timur utara sehinggalah barat. Semuanya di makan, janji halal ye dok!

Zaituna Restaurant

Restoran nasi arab ni memang famous di Johor. Follower page fb pun dah lebih 70k tau, review pun best-best je. Itu yang menambahkan lagi keterujaan untuk merasai kat sini. Al-maklum, senanglah nanti kalau mak mertua datang JB boleh bawak makan kat kedai ni. Ko nak tahu tak kedainya? 

Sebelum ko datang sini, aku cadangkan untuk ko buat tempahan terlebih dahulu. Takutlah nanti bila walk-in meja penuh dan semuanya dah dibooking. Naya pak karim, tak pasal kena makan di tempat lain. Nama kedai ni, Zaituna Restaurant yang beralamat di 27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor. Kedainya sederet dengan Menate Steak, sebelum nak ke Menate Steak tu ko mesti lalu depan kedai ni dulu. Memang senang je nak jumpa. 

Zaituna Restaurant

Zaituna Restaurant

Zaituna Restaurant

Zaituna Restaurant

Zaituna Restauran ni mempunyai dua lot kedai dengan berdekorasikan dalaman tema timur tengah tetapi tidak keterlaluan. Ada ruang untuk makan bersila tetapi lebih banyak ruang makan di meja disediakan. Ruang meja makan, bagi aku agak sempitlah jugak. Sebab bila bangun nak ambil makanan tu, jadi bergesel punggung dengan meja sebelah. 

Jadi, aku lebih selesa memilih duduk di meja makan daripada bersila, mahu ada yang duduk melunjur nanti karang, tersentuh kaki orang, ha sudah hahahaha. Sambil makan tu, telinga ko akan dihidangkan dengan irama padang pasir, lagu pak arab da hahaha. Bagi ko kurang nak berbahasa inggeris atau arab tu, jangan risau sebabnya ada staf di situ yang boleh berbahasa melayu dengan fasih.

Menu memang banyak kat sini, terutama appetizer dan salad. Aku dan suami, kitorang pilih nasi arab untuk 2 orang makan. Aku tak suka membazir, biar makan sikit janji habis daripada tak habis. Ko pilih je family sets dulang. Aku amiklah dulang untuk 2 orang RM41 sahaja, dapat 1 ayam, 1 kambing dan 3 jenis nasi arab. Berbaloi kan, kalau tak habis ko boleh takeaway tau.

Zaituna Restaurant

Nasi arab ni menjadi pilihan kami anak beranak. Luth aje 3 kali bertambah nasinya, suami pun lebih kurang juga. First time makan nasi arab yang betul betul orang arab masakkan. Kita ni orang melayu bukannya tak boleh buat, cuma kadang air tangan tu yang buat jadi lain rasanya. 

Lepas tu aku pilih makan kacang berserta roti. Namanya Foul Medammas, katanya famous juga di arab. Cuma tekak melayu aku ni, macam tak berapa suka dengan kacang tu. Tapi roti dia sedap wei. Lembut je walaupun dah sejuk. 

Zaituna Restaurant

Zaituna Restaurant

Lepas tu, aku try juga Kunafa dan Baklava tu. Dahlah terpampang awal awal masuk kedai. Jadi terliur pulak kan. Baklava ni banyak jenis tau ko boleh cuba, aku paling suka yang paling famous kat situ. Cuma aku tak tahu namanya. Kalau nak tapau pun boleh, 1 pcs RM2. Mur mur je.

Bagi aku, rasa berbaloi ko spent sedikit duit untuk makan di restoran nasi arab Zaituna ni. Nasi arabnya dah lah sedap, baklava tu pun sedap! Cuma menyesal tak tapau bawak balik rumah. Kalau ko area Taman Tasek dan berdekatan tu, bolehlah menggunakan servis zaituna restauran delivery. Pilih aje makanan dalam website diorang, siap bayar dan lepas tu berdesup sampai kat rumah ko. Mudah kan?

Berbaloi tau! Rugi tak makan kt sini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman yang tertera di bawah ya.

Zaituna Restoran

Alamat: 27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor. 
No telefon: 013 735 6645
[Waze] : Zaituna Restaurant
Waktu operasi:  11.30 Pagi - 11.00 Malam (Setiap Hari)
Facebook: https://web.facebook.com/zaitunajb




24 يوليو 2022

Senarai Cawangan Inside Scoop Malaysia Beserta No Telefon

Senarai Cawangan Inside Scoop Malaysia Beserta No Telefon

Bismillah.
Assalammualaikum.

Senarai Cawangan Inside Scoop Malaysia Beserta No Telefon | Inside Scoop Malaysia bermula dengan impian untuk membuat aiskrim yang benar-benar segar dan sedap untuk rakyat Malaysia. Cetusan idea oleh Edmund Tan dan isterinya, Lim Shiew Li, Inside Scoop ini telah diilhamkan oleh kecintaan mereka terhadap aiskrim dan  mencipta kenangan yang menggembirakan. 

Inside Scoop Malaysia

Diorang juga berhasrat untuk membuat ais krim yang hebat yang dibuat segar tempatan, mencipta perisa semula jadi yang boleh ditiru dan tekstur ultra-krim yang licin tidak seperti yang dihasilkan secara besar-besaran. Mereka dipandukan oleh falsafahyang menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi yang diperoleh dari seluruh dunia dan diilhamkan oleh citarasa Malaysia mereka, penerokaan makan, pengembaraan dan trend semasa.

Sejak penubuhannya pada 2013, semua aiskrim Inside Scoop Malaysia telah dibuat segar secara tempatan menggunakan bahan-bahan premium, sambil mencabar citarasa Malaysia tanpa rasa takut.Founder ni mula mengaduk aiskrim pada tahun 2013, diorang ni menghabiskan masa berjam-jam menguji dan mengaduk perisa. Inside Scoop Malaysia pertama dibuka di Bangsar lewat 2013 dengan 16 perisa, termasuk Durian dan Coklat Valrhona yang paling laris!

Tidak lama kemudian, pada Julai 2014, cawangan kedua di Damansara Jaya telah dilahirkan. Dan selebihnya, seperti yang mereka katakan, adalah sejarah. Di bawah ni, aku senaraikan cawangan inside scoop Malaysia beserta no telefon tau. Jom kita semak!

Senarai Cawangan Inside Scoop Malaysia Beserta No Telefon

Inside Scoop Malaysia


#1 Kuala Lumpur

KIARA BAY
Lot No. G-20, located on the Ground Floor of Kiara Bay, Karya Bayu Metropolitan, 51, Persiaran Putra Bayu, Kepong, 52100 Kuala Lumpur
+603 977 27597

PAVILION BUKIT JALIL
P3.12.01, Level 3, Pusat Bandar, 2, Persiaran Jalil Utama, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur +60397666735

KL EAST MALL
G1K-01, KL East Mall, Jalan Lingkaran Tengah 2, KL Timur, 53100 Kuala Lumpur
+603 4162 8735

MENJALARA, KEPONG
9, Jalan 3/62A, Bandar Menjalara, 52200 Kuala Lumpur
+603 6262 8735

BANGSAR
9, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
+603 2202 0235

DANAU KOTA, SETAPAK
The Palette Hab Komersial, Jalan Langkawi, Danau Kota, 53100 Kuala Lumpur
+603 4131 8735

SURIA KLCC
OSC02, Concourse Floor, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
+603 2181 8735

B.I.G. PUBLIKA SHOPPING GALLERY
Ben's Independent Grocer Publika Shopping Gallery, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur
+6012 318 5550

THE GARDENS MALL
LG-K22, The Gardens Mall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur
+603 2202 3547

MYTOWN
G-020, Ground Floor, MyTOWN Shopping Centre, Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur
+603 2733 3432

TAMAN SEGAR
20, Jalan Manis 4, Taman Segar, Batu 9, 56100 Cheras, Kuala Lumpur
+603 9134 4735

OLD KLANG ROAD
G3, Avantas Residence, Jalan Klang Lama, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur
+603 7972 9991

SRI PETALING
37, Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur
+603 9054 0713

KIARA 163
GF -7, 163 Retail Park, Jalan Kiara, 50480 Kuala Lumpur
+603 6211 1633

#2 Selangor

ECO MAJESTIC
55-1, Jalan Eco Majestic 10/1A, Eco Majestic, 43500 Semenyih, Selangor
+603 872 59913

BUKIT JELUTONG
Trivo Suria Jelutong, 15G, Jln Bazar P U8/P, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
+603 5889 2735

KLANG
8-G, Lorong Batu Nilam 21A, Bandar Bukit Tinggi 2, 41200 Klang, Selangor
+603 3318 2618

DAMANSARA JAYA
57, Jalan SS 22/19, 47400 Petaling Jaya, Selangor
+603 7490 7735

KOTA KEMUNING
23-G, Jalan Anggerik Vanilla BF31/BF, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor
+603 5525 4735

USJ TAIPAN
27, Jalan USJ 10/1E, Taipan Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor
+603 8081 4735

B.I.G. IPC SHOPPING CENTRE
Ben's Independent Grocer Ikano Power Centre, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya
+6018 364 4735

MAHKOTA CHERAS
7-G, Jalan Temenggung 27/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Cheras, Selangor
+603 9547 9077

PUCHONG
E 26-G, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
+603 8074 0139

SETIA ALAM
9-1-1, Jalan Setia Prima (M) U13/M, Indah 11, 40170 Shah Alam, Selangor
+603 3358 3956

SUNWAY PYRAMID
LG1.33C, Sunway Pyramid Shopping Mall, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
+603 5613 4735

1 UTAMA SHOPPING CENTRE
Lot S203, Second Floor Promenade, 1 Utama Shopping Centre, Lebuh Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
+603 7622 1735

#3 Putrajaya 

IOI CITY MALL, PUTRAJAYA
S-K3, Second Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya
+603 8682 1174

#4 Pahang

EAST COAST MALL, KUANTAN
L2-33A, East Coast Mall, Jalan Putra Square 6, 25200 Kuantan, Pahang
+609 5132 163

#5 Inside Scoop JB

MOUNT AUSTIN, JOHOR BAHRU
41, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru
+607 357 1733

#6 Melaka

TAMAN KOTA LAKSAMANA, MALACCA
4, Jalan KLJ 4, Taman Kota Laksamana Jaya, 75200 Melaka
+6012 337 1138

#7 Penang

QUEENSBAY MALL, PENANG
GF-136/137/138, Queensbay Mall, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
+604 637 4735

SUNWAY CARNIVAL
1F-K16, First Floor, Sunway Carnival Mall, 3068, Jalan Todak, Pusat Bandar Seberang Jaya, 13700, Seberang Jaya, Penang
+604 384 2254

#8 Perak

DE GARDEN, IPOH
DGR-5, De Garden, Zone D, Ground Floor, Persiaran Medan Ipoh, 31400 Ipoh, Perak
+605 5439 640

Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi!

Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi!

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi! | Hari ini dah puasa ke 10. Mesti ibu-ibu di luar sana tengah pening fikirkan biskut apa nak dibuat ketika hari raya. Ye tahu kita tak dapat beraya di kampung disebabkan oleh PKP, tapi janganlah sampai mood raya pun berkurung je dalam hati. Sambutlah hari raya Aidilfitri walaupun bersederhana, in syaa Allah moga Aidilfitri kita itu nanti diberkati oleh Allah SWT.




Pernah tak “Bila lalu je sebelah kedai jual biskut chocolate chip Famous Amos ni, mesti teringin. Bau dahlah wangi, teringat-ingat dekat rasanya yang rangup dan rapuh.” Alamak! Bikin terliur je bulan puasa ni. Kalau ikut resepi ni, memang senang sangat. Semuanya pakai gaul macam tu je. Tak perlu mixer pun. Tapi hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat.

Jom kita tengok cara membuatnya di bawah.



Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos

Bahan-bahan untuk membuat biskut choc chip ala famous amos:


Bahan A

250 gram Butter 
1 1/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur


Bahan B


2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak

*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)


Cara-cara membuat biskut chocolate chip ala famous amos :


1. Bahan A: Kacau Rata

Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja. 250 gram Butter , 1 1/4 cawan brown sugar, 1 sudu kecil esen vanila dan 1 biji telur. Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.


Imej mungkin mengandungi: makanan dan dalam

2. Tambahkan Bahan B

Bila dah kacau, masukkan pula bahan B iaitu 2 1/2 cawan tepung gandum, 1/2 cawan tepung jagung, 1 sudu kecil baking powder ,1 sudu kecil soda bikarbonat, 6 sudu besar minyak dan 2 cawan cip coklat. Cip coklat ni korang masukkan akhir sekali. Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.

3. Sejukkan Adunan

Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

4. Sedia Dibakar

Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya. Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

5. Masukkan Dalam Oven

Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.



Imej mungkin mengandungi: makanan


6. Siap Dan Boleh Disimpan Untuk Hari Raya

Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ni daku saja letak topping almond. Kalau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah.

Nak Resepi Lagi?


Boleh tengok senarai resepi dibawah ini. Daku akan tambah koleksi resepi yang menarik dari semasa ke semasa. 




Bila dah masak, beginilah hasilnya. Nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara. Mudah rupanya nak buat biskut chocolate chip ala Famous Amos ni. Lain kali tak payah beli lagi. Dahlah jimat, dapat pula rasa air tangan sendiri. Memang special!

Daku ucapkan ribuan terima kasih kepada tuan punya resepi yang sudi kongsi resepi biskut chocolate chip ala Famous Amos. Jangan pula dah ada resepi, korang malas untuk mencuba dan membuatnya. Raya nak dekat ni, jom ler kita buat biskut raya. Kalau ramai suka, mana tahu boleh jana pendapatan pula kan?

Selamat mencuba semua!


Kredit : Myra Chaqkey




23 يوليو 2022

Pengalaman Menaiki myBAS Di Sekitar Bandar Johor

Pengalaman Menaiki myBAS Di Sekitar Bandar Johor

Bismillah.
Assalammualaikum.

Pengalaman Menaiki myBAS Di Sekitar Bandar Johor | Sebenarnya memang niat dalam hati ni, nak bawa Luth naik bas. Asyik naik kereta je kemana-mana, jadi aku nak exposekan Luth ni dengan pengalaman naik bas, keretaapi, kapal terbang dan sebagainya. Waktu balik kampung kat Batam, kemain lagi Luth seronok. Mulut tu tak henti henti cakap bot bot. Sepanjang perjalanan naik feri tu kan, laluanya memang banyak kapal. Sampai tak tido dia tu asyik cakap bot sahaja.

myBAS Johor

Aku dah agak dah bila Luth naik bas, mulut tu tak henti cakap bas bas sambil mata melilau cari bas di jalan. Alahai anak, al maklum dah mula nak bercakap ni. Jadi becok pula dia. Kali ni naik bas dengan perkhidmatan myBas Johor. Aku naik dari Larkin Sentral, masa tu nak ke Gelang Patah Sentral. Ko cari di Platform A tau bukan B. Platform ni dekat dekat dengan tandas awam. Ko cari je mesti jumpa.

Untuk pengetahuan, myBAS Johor Bahru terdiri daripada 19 laluan yang dapat memberi perkhidmatan kepada kira-kira 6.4 juta penumpang setahun. Projek ini adalah hasil inisiatif Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) dengan kerjasama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). myBAS Johor Bahru akan menyediakan perkhidmatan kepada 5 koridor di Johor termasuk Kota Tinggi, Masai, Kulai, Gelang Patah, dan Pontian. 

myBAS Johor

Sebanyak 128 bas akan digunakan untuk projek ini yang terdiri daripada kenderaan diesel dan elektrik. Perkhidmatan bagi pelbagai laluan akan dilaksanakan secara berfasa dan dijangka akan dilancarkan sepenuhnya pada tahun ini. 

Projek ini mampu mewujudkan pengangkutan awam yang mampan dan perkhidmatan yang lebih dipercayai dengan jadual perjalanan bas yang baik, pembayaran tanpa tunai, penggunaan bas elektrik berteknologi hijau dengan pelbagai kemudahan serta dapat memberikan pengalaman baik kepada penumpang ketika menaiki pengangkutan awam. 

myBAS Johor Bahru bagi Fasa 1dan Fasa 2 telah bermula pada 31 Mac 2022. Dua lagi fasa akan dilancarkan sepenuhnya pada masa yang terdekat bagi memenuhi pemintaaan di kawasan lain sekitar Johor.

Pengalaman Menaiki myBAS Johor Ke Gelang Patah

myBAS Johor


Cara Membuat Pembayaran myBAS Johor

Kat bawah ini ada 3 cara untuk ko bayar semasa naiki myBAS Johor. Aku lagi prefer menggunakan kad manjalink sebabnya aku tak suka pegang duit kecik ni. Hehehe. Lagi pun bukan susah mana pakai manjalink, tap in dan tap out je. 

a. Sistem pembayaran tanpa tunai

Menghubungkan sekitar JB melalui myBAS - Perkhidmatan bas ini membenarkan penumpang membayar tambang tanpa tunai sewaktu naik dengan menyentuh Kad ManjaLink mereka pada mesin pengimbas kad yang terdapat di dalam bas. - Penumpang PERLU menyentuh kad mereka sewaktu menaiki bas (Tap In) dan PERLU menyentuh sekali lagi sebelum turun dari bas (Tap out). - Tambah nilai boleh dibuat melalui Aplikasi LUGO. 

myBAS Johor


b. Aplikasi LUGO

Aplikasi LUGO ialah salah satu rakan kongsi ManjaLink dan Causeway Link. Maklumat mengenai myBAS Johor Bahru boleh didapati melalui aplikasi tersebut dan penumpang juga boleh menyemak maklumat berkaitan bas yang mereka perlukan. Penumpang boleh menyemak anggaran masa perjalanan, masa ketibaan dan tambang bas mengikut destinasi mereka.  Aplikasi ini tersedia di “Google play Store” dan “App Store” 

Ko download aplikasi LUGO kat playstore tu. Masuk dalam apps dan pilih 'Plan a Trip'. Masukkan lokasi bas yang kita naiki dan lokasi yang ingin dituju, route apa semua..Klik GO. Nanti keluar details perjalanan. Sangat mudah!

c. Kad ManjaLink


Kad ManjaLink ialah salah satu produk dari ManjaLink sebagai rakan kongsi rasmi Causeway Link bagi menyediakan perkhidmatan sistem pembayaran tanpa tunai. Kad ManjaLink juga boleh digunakan untuk semua bas rentas sempadan Causeway Link dan tersedia untuk semua laluan myBAS Johor Bahru dalam masa terdekat. - Kad ManjaLink boleh didapati di semua kaunter Causeway Link di Singapura dan Malaysia.

Nak topup kad ManjaLink pun ada di setiap route utama. Zaman dah maju, orang tak guna cash sangat, lagi utamakan cashless sama macam myBAS ni. Applikasi LUGO pula korang boleh muat turun di App Store dan Play Store. Dalam apps ni, korang boleh dapatkan info seperti tambang bas, waktu perjalanan, dan sebagainya. Ha mudah ke mudah? 

Korang boleh dapatkan kad ManjaLink di lokasi bawah ye. 

#1 JB SENTRAL
Lokasi: JB Sentral Level 1, Jalan Jim Quee 80300 Johor Bahru Johor (In front of Bus Terminal Platform)
Waktu operasi: 5:00 AM - 9.30 PM 

#2 JB SENTRAL CIQ
Lokasi: Jalan Sultan Ibrahim (between Jalan Sawmill & Jalan Tun Abdul Razak), 80300 Johor Bahru, Johor Johor (Beside the Queuing Lane for Causeway Link)
Waktu operasi: 5:00 AM - 9.30 PM

#3 GELANG PATAH BUS AND TAXI TERMINAL
Lokasi: Jalan Sultan Ibrahim (between Jalan Sawmill & Jalan Tun Abdul Razak), 80300 Johor Bahru, Johor Johor (Inside the Bus Terminal)
Waktu operasi: 5:00 AM - 9.30 PM

#4 TF VALUE-MART NUSA BESTARI
Lokasi: 1, Jalan Bestari 7/2 Taman Nusa Bestari 81300 Skudai Johor (Inside the shopping complex) Waktu operasi: 10.30 AM - 9:00 PM

#5 CALTEX @ TAMAN DAYA

Lokasi: Jalan Nipah 2 Taman Daya 81110 Johor
Waktu operasi: 6:00 AM -11:30 PM

Korang jgn risau tau bab tertinggal bas ni! Sebabnya kekerapan perjalanan bas ni adalah pada setiap 40 minit. Confirm korang tak tertinggal bas. Tapi sebelum naik bas ni, korang beli sesiap terus kad ManjaLink untuk memudahkan perjalanan korang. 

Apa yang best dengan myBAS Johor Bahru ni? 

Dah tentu ianya bersih dan selesa. Ada penghawa dingin. Loceng yang berbunyi kuat hanya kat tempat driver. Tidak terlalu bingit sampai ke belakang. Soft je.. Selain itu, myBAS memiliki simbol 'Emergency Exit' yang dilekatkan pada tingkap. Tempat duduk dalam keadaan teratur dan elok. Mesin untuk tap-tap kad ManjaLink dalam keadaan baik dan laju. Tak perlu tunggu lama. Kedudukannya di tempat driver dan di pintu bas bahagian tengah. Driver bas yang ramah dan cekap. Ada time keeper yang memastikan bas sampai tepat masanya.

mybas johor

 
Seronok tau naik bas. Bolehlah mata tu melilau tengok pemandangan luar. Zaman belajar dulu, memang aku suka naik bas. Kadang tu sampai terlelap dan terlepas tempat nak turun. Punyalah syok naik bas sampai tak ingat nak turun. 

Aku ajak mana mana yang ada anak tu, bawalah anak naik bas. Bagi mereka ini merasai pengalaman seronok naik bas. Naik bas ini bukan lapuk! Inilah salah satu inisiatif untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. Jom ler naik myBAS!

Untuk info lanjut, boleh layari:
https://www.causewaylink.com.my/routes-schedules/
FB: Causeway Link
Ig: Causewaylink
No telefon: 07 360 2244
Email: Feedback@causewaylink.com.my

#ombakbergigi #myBAS #CausewayLink #JohorTransport #BasJohor #myBASJohor

19 يوليو 2022

Hukum Cedok Cedok Di Tiktok Adalah Haram Dalam Islam

Hukum Cedok Cedok Di Tiktok Adalah Haram Dalam Islam

Bismillah.
Assalammualaikum.

Hukum Cedok Cedok Di Tiktok Adalah Haram Dalam Islam  | Rasa terpanggil pula nak kongsikan tentang hukum haram jual beli cedok cedok online. 3 hari lepas banyak betul seller tiktok menjual cedok online. Ada yang cedok brooch, chocolate, perfumes dan macam-macam lagi. Dan yang paling aku cukup menyampah bila emas pun ada juga yang menjual secara cedok.

Aku ni hampir nak tercedok sekali sebab tengok cedok chocolate tu banyak betul dapat. Tapi nasib baik aku ni waras lagi lah dan tahu hukum sebelum nak membeli. Kita ni kalau boleh nak menjual dan membeli secara halal, tak nak berunsurkan haram. Ini semua kan nak masuk dalam perut dan jadi darah daging, alangkah baiknya perhatikan hukum dulu sebelum beli.

cedok cedok


Hari tu jugak, aku tertengok dua live cedok ni. Satu DSV yang anjurkan, masa tu nampaklah barang barang yang dia cedok tu berbaloi untuk beli dan siap mention 'sedekah' dan ditambahnya lagi produk. Lepas tu, aku tertengok lah juga cedok emas. Sekali cedok RM1000, uishh sampai Sold Out tau! Aku tergamam, bukan ke dah kira haram tu? Dibuatnya dapat cedok tu tak berbaloi harga cedok, tak ke kira rugi bagi pihak pembeli.

Bawah ni aku kongsikan ya untuk ko fahamkan lagi. Harapnya ko pun sama ambil peduli dan cuba untuk tidak mencedok sekali ya. 

Cedok Cedok Adalah Gharar Diharamkan 


Soalan Di Inbox:


Assalamualaikum, saya nak bertanya soalan berkenaan dengan jual beli masa kini. saya ada tengok yang orang jual guna kaedah cedok cedok secara live dekat tiktok/ig story. apakah hukumnya ya? adakah sah jual beli tersebut? kiranya pembeli tak boleh pilih. penjual akan jual contohnya 1 cedok barang makeup RM 80. pembeli pun decide nak beli 1 cedok. jadi penjual akan cedokkan secara live 1 cedok tersebut. barang yang akan pembeli dapat nanti random apa yang dicedokkan oleh penjual tu. 

Jawapan:


Menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar fahisy yang jelas. Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim) 

Menurut Imam Nawawi, al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti  baju yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual. Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan, tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual. Dan tidak boleh lagi ada pilihan. Jual beli sebegini, menurut Ibn Hajar al-Asqalani sebagai bentuk jual beli jahiliah. 

cedok cedok


Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil, tak sah kerana mengandungi unsur gharar. Rasulullah SAW melarang keras bentuk jual beli gharar (Sahih Muslim). Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah). Bahkan bentuk dan struktur jual beli tersebut sudah dicipta untuk mewujudkan unsur ketidakpastian. 

Gharar ada dua keadaan, sama ada gharar wujud, yang mana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak. Keduanya gharar al-siffah, iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi. 

Cedoh-cedok adalah sama sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar. Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi. 

Hati-hatilah sama ada penjual atau pembeli, kedua-duanya diharamkan terlibat dalam aktiviti seperti ini. Ia adalah amalan jahiliah yang tidak wajar dijadikan bisnes mahupun sengaja nak buat konten. Mungkin ada orang kata, ala, setakat jual 5 ringgit gula2 je.. Oleh kerana by structure ia adalah gharar maka ia tetap haram.

Wallahu a’lam.
Sumber: Muamalat.my

Senarai Cawangan The Alley Di Seluruh Malaysia

Senarai Cawangan The Alley Di Seluruh Malaysia

Bismillah.
Assalammualaikum.

Senarai Cawangan The Alley Di Seluruh Malaysia | The Alley sebenarnya dah lama bertapak kat Malaysia. Cuma aku ni yang belum mencuba menu yang ada di The Alley. Tengoklah nanti kalau ada masa, nak juga mencuba. Tak silap aku dulu viral tau, sampai beratur panjang nak beli air ni.

Eh, korang tahu tak The Alley ni?

the alley penang

The Alley (鹿角巷) sebenarnya satu brand Teh Boba yang popular di Taiwan dan mereka ni bermula pada tahun 2013. Tak silap, dalam website diorang mengatakan, The Alley ni dah ada cawangan hampir seluruh dunia termasuklah US, Perancis, China, Singapura, Malaysia, Korea, Vietnam, Hong Kong, Macau, Australia dan banyak lagi. 

Jadi, The Alley ni buka lah juga cawangan di Malaysia pada tahun 2017. Masa tu kan tengah hot air Teh Boba ni dan sekarang hampir seluruh Malaysia pun ada cawangan The Alley halal ni. Ko boleh tengok senarai cawangan The Alley near me yang aku kongsikan di bawah ni. 

Senarai Cawangan The Alley

the alley penang


#1 Johor

AEON Tebrau City
Alamat: S12, Lot 2, AEON Tebrau City, Jalan Desa Tebrau, Taman Desa Tebrau, 81100, Johor

Eco Botanic, Gelang Patah
Alamat: 28, Jln Eko Botani 3/3, 79100 Gelang Patah, Johor

Kluang 
Alamat: No. 33, Ground Floor, Jalan Langsat, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor

Kulai Indahpura
Alamat: 261, Jln Kenanga 29/8, Taman Indahpura, 81000 Kulai, Johor

Muar
Alamat: No. 23-GF, Jalan Mega, Jln Sakeh, Pusat Perdagangan Mega, 84000 Muar, Johor

Permas Jaya, Masai
Alamat: B-41-G, Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor

Seri Alam, Masai
Alamat: 47-GF, Jalan Suria 1/1, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor

Southkey Mosaic
Alamat: 01-02, Blok F, Komersil Southkey Mozek, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor

Sutera Utama
Alamat: 128GF, Jalan Sutera Tanjung 8/3, Taman Sutera Utama, Skudai, 81300 Johor Bahru, Johor

Aeon Taman Universiti
Alamat: LG 19&19A, AEON, 4, Jalan Pendidikan, Taman Universiti, 81300 Skudai

MidValley Southkey JB
Alamat: Level 3) T-038, The Mall, Mid Valley Southkey, No.1, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor

Mount Austin
Alamat: 49-GF, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Austin Heights, 81100 Johor Bahru, Johor


#2 Kuala Lumpur 

Plaza Arkadia Desa Park City
Alamat: Artea Dream Work Sdn. Bhd., E-G-12, Blok Eaton, Plaza Arkadia, No. 3, Jalan Intisari Perdana, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur

Cheras Traders Square
Alamat: 158-G, Jln Dataran Cheras 9, Cheras Traders Square, 43200 Cheras, Selangor

Kepong
Alamat: 47, Jalan Rimbunan Raya 1, Taman Rimbunan, Kepong, 52100 Kuala Lumpur

Solaris Mont Kiara
Alamat: G, Jalan Solaris 4, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Old Klang Road 
Alamat: RG 03-01 VERVE SUITES KL SOUTH, Jln Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Setapak
Alamat: No. 126-G-3A, 126 Metro Genting Kelang, Jalan Genting Kelang, 53300 Kuala Lumpur

Sri Petaling
Alamat: No. 8, 4, Jln Radin Bagus 8, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

Sunway Velocity
Alamat: Sunway Velocity, 2-06, Lingkaran SV, Jln Cheras, Maluri, 55100 Kuala Lumpur

Wangsa Maju
Alamat: No. 21-GF, Jalan Metro Wangsa, Seksyen 2 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


#3 Selangor

Aman Suria
Alamat: B-G, 12, Jalan PJU 1/43, Aman Suria, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Bukit Tinggi, Klang
Alamat: The Landmark, 1-18, Persiaran Batu Nilam 16, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang

Kota Kemuning
Alamat: 39, Jalan Anggerik Vanilla X 31/X, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor

Puchong Bandar Puteri (PFCC)
Alamat: GF-4, Tower 2 @ PFCC, Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Subang SS 15
Alamat: 84G, Jalan SS 15/4, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

SS 2
Alamat: K.L, 17, Jalan SS 2/75, 47300 Petaling Jaya

Sunway Nexis
Alamat: A-GF-10 Sunway Nexis, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

USJ, Taipan
Alamat: Unit 1-05, Wisma Conlay, 1, Jalan USJ 10/1, Taipan Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor


#4 Kedah

Aman Jaya, Sungai Petani
Alamat: 15, Jalan Jati 1/1, Pusat Perniagaan Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah


#5 The Alley Melaka

Kota Laksamana
Alamat: 55, Jalan KLJ 10, Taman Kota Laksamana Jaya, 75200 Melaka


#6 Negeri Sembilan

Aeon Mall Nilai
Alamat: Lot KF02, AEON Nilai Mall, No. 2, Persiaran Pusat Bandar, Putra Point

Seremban Gateway
Alamat: 5B-G, Gerbang Seremban, off, Jalan Sungai Ujong, 70200 Seremban, Negeri Sembilan


#7 The Alley Penang

Icon City
Alamat: No 7, Jalan Icon City, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Nagore Square
Alamat: No.48, Jalan Nagor, 10500 Georgetown, Pulau Pinang


#8 Perak

De Garden
Alamat: GR-15 & 16, Ground Floor Zone B, De Garden, No.3, PSRN Medan Ipoh 31400 Ipoh Perak

Ipoh Soho
Alamat: Block D-G-15, Soho Ipoh 2, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh Perak

Sitiawan
Alamat: No.1, Jalan Sentral 1, Sitiawan Sentral, 32000 Sitiawan Perak


#9 Sabah

Suria Sabah Shopping Mall
Alamat: KIOSK-1-J4, First Floor, Suria Sabah Shopping Mall, No.1, Jalan Tun Fuad Stephens, 88000 Kota Kinabalu, Sabah


#10 Sarawak

Milan Square
Alamat: SL 11, Grd & 1st Floor, Milan Square, Jalan Wan Alwi 93350 Kuching Sarawak


#11 Pahang

Skyavenue, Resort World Genting 
Alamat: T2C - 02A, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Kuantan
Alamat: 23, Lorong, 82, Jalan Seri Kuantan, 25250 Kuantan, Pahang







18 يوليو 2022

Cara Centerkan Total Pageviews Dan Besarkan Saiz Font Di Blog

Cara Centerkan Total Pageviews Dan Besarkan Saiz Font Di Blog

Bismillah.
Assalammualaikum.

Cara Centerkan Total Pageviews Dan Besarkan Saiz Font Di Blog | Macam dah lama je tak buat tutorial blog kan. Bila tukar template blog, benda pertama yang aku settlekan cepat ialah cara centerkan total pageviews. Bila dah centerkan barulah nampak kemas. Jadi bila orang datang blogwalking mesti mata akan terpandang kat total pageviews blog kan.

Baca ini juga: Kepentingan & Cara Letak Sitemap Dalam Blog

Bagi aku total pageviews benda penting yang perlu ada pada sidebar blog selain about me. Bila client singgah blog, senang sikit dia nak tengok pageviews blog kita. Lagi mudah lah blog ko nak dapat job. Meh lagi aku ajarkan ko, mudah jer. Senang untuk ko follow step step centerkan total pageviews di blog. 

Cara Centerkan Total Pageviews Dan Besarkan Saiz Font Di Blog



Centerkan Total Pageviews



Ko ikuti langkah di bawah ini ya. Mudah jer. 

1. Login blog macam biasa.

2. Klik pada Theme > Edit Html > Jump to Widget Stat1

3. Kemudian, cari html code yang aku gariskan macam dalam gambar di bawah. Ko cari style='display: none;'

Cara Centerkan Total Pageviews

4. Bila dah jumpa code tu, ko tukar dengan code ni ye. style='font-size: 23px;

5. Ikut ko lah nak letak font size tu besar mana, kalau aku 20-23 dah memadai dah. Tak kecik sangat dan tak besar. 

6. Lepas tu, kita ko tambahkan <center> pada <div class'widget=content'> dan </center> pada hujung code html tu. Kalau ko tak faham, ko boleh tengok gambar di bawah ni. Ko tengok pada garisan yang dah aku gariskan tu, in shaa Allah mudah lah untuk ko faham. 

Cara Centerkan Total Pageviews 

Macam mana? Mudah je kan. Aku harap tutorial ni mudahkan urusan ko untuk centerkan total pageviews. Kalau ada tutorial yang ko tak reti tu, ko boleh komen di bawah. Kot kot aku tahu dan boleh bantu.

Semoga bermanfaat. 

7 Jenis Pokok Yang Boleh Halau Nyamuk Di Rumah

7 Jenis Pokok Yang Boleh Halau Nyamuk Di Rumah

Bismillah.
Assalammualaikum.

7 Jenis Pokok Yang Boleh Halau Nyamuk Di Rumah | Cukup rimas bila nyamuk banyak kt rumah. Apatah lagi jenis rumah yang tak reti nak berkemas, terutama tong-tong yang dah dipenuhi dengan air. Itu yang mudah jentik-jentik nak hidup. Pakai ubat nyamuk pun tak jalan, sebab nyamuk terlalu banyakkan. 

Sekarang ni, macam-macam jenis cara untuk halau nyamuk. Guna ubatlah,tanam pokoklah. Eh macam-macamlah cara. Cuma aku lagi suka dengan cara menanam pokok di luar atau di dalam rumah. Sejuk mata memandang bila tanam pokok.

Tapi, ko tahu tak pokok apa yang boleh halau nyamuk di rumah? Kali ini aku nak kongsikan 7 jenis pokok yang boleh halau nyamuk di rumah. Jom kita teruskan membaca. 

Ada ke pokok halau nyamuk? 

Nyamuk seperti makhluk lain, akan tertarik kepada persekitaran dengan perkara yang diperlukan untuk hidup – ini termasuklah tumbuhan tertentu. Mungkin sukar untuk dipercayai, tapi hakikatnya nyamuk tidak hidup dengan darah yang dihisapnya – hanya betina yang menggigit dan menjadikan ia makanan untuk telurnya. 

Apabila dewasa, nyamuk memakan nektar tumbuhan tertentu seperti keladi, papirus, teratai dan keladi bunting. Jadi mengeluarkan tumbuhan-tumbuhan ini daripada halaman anda pastinya dapat membantu mengurangkan nyamuk di rumah. 

Jika itu tumbuhan yang disukai nyamuk, ada ke pokok yang boleh menghalau nyamuk? Jawapannya ya, selain semburan ubat nyamuk, ada beberapa tumbuhan yang boleh jadi penghalau nyamuk. 

Umumnya, nyamuk ‘mencari’ mangsa – manusia dan haiwan lain – dengan merasakan haba dan pergerakan tubuh. Ada juga dengan cara ‘menghidu’ karbon dioksida yang dikeluarkan daripada liang-liang pori badan. 

Terdapat sesetengah tumbuhan yang mempunyai bauan yang kuat sehingga boleh menutup bau anda dan/atau mengelirukan nyamuk. Bagi mereka yang mahukan jalan penyelesaian secara semula jadi, tidak mahu menggunakan spray dan tidak mempunyai alahan, sudah pasti tumbuhan penghalau nyamuk ini jawapan terbaik untuk anda! 

Pokok halau nyamuk outdoor & indoor. Untuk baca lebih lanjut tentang jenis pokok yang boleh halau nyamuk di rumah, ko boleh singgah Hello Doctor okay! Berikut beberapa jenis pokok yang boleh dijadikan pilihan: 

Pokok halau nyamuk indoor

7 Jenis Pokok Yang Boleh Halau Nyamuk Di Rumah


#1 Serai wangi 

Citronella atau dalam istilah saintifiknya Cymbopogon nardus adalah bahan popular untuk menghalau nyamuk semula jadi. Menariknya, serai ini juga boleh ditanam di halaman rumah anda.

Berdasarkan penyelidikan, produk topikal yang dihasilkan daripada tumbuhan ini dapat bertahan sebagai pelindung nyamuk untuk tempoh sekitar 2 jam – ini kerana minyak akan menyejat dengan cepat. 

Jadi menanam serai wangi di kawasan rumah anda adalah penyelesaian terbaik bagi menjauhkan serangga menggigit ini daripada diri dan keluarga. Jika anda ingin menanam tumbuhan ini, pastikan ia ditanam di kawasan yang sewajarnya. Ini kerana serai wangi boleh membesar sehingga 6 kaki tinggi dan 6 kaki lebar. 

Tetapi jangan tersalah serai pula ya. Serai yang biasa digunakan dalam masakan itu berbeza dengan serai wangi. Nama botani serai masakan itu adalah Cymbopogon citratus atau lemongrass – boleh juga digunakan untuk menghalau nyamuk, namun tidak sehebat serai wangi. 

7 Jenis Pokok Yang Boleh Halau Nyamuk Di Rumah

#2 Pudina 

Dikenali sebagai Mentha x piperita, tumbuhan ini jika dibiarkan boleh membiak dengan banyak. Tetapi usah risau, ia tidak invasif seperti tumbuhan lain dalam keluarga pudina. Minyak yang dihasilkan daripada tumbuhan ini bukan sahaja bagus untuk menghalau nyamuk, tetapi juga boleh membantu melegakan ketidakselesaan akibat gigitan nyamuk yang gatal. 

Daun pudina mempunyai aroma yang kuat, menyegarkan dan menenangkan untuk manusia tetapi tidak bagi serangga menggigit ini. 

Pokok halau nyamuk outdoor 

7 Jenis Pokok Yang Boleh Halau Nyamuk Di Rumah


#3 Lavender 

Aroma lavender membantu menghalang nyamuk. Malah berdasarkan kajian, minyak pati lavender dapat menangkis kebanyakan spesies nyamuk untuk tempoh antara 6 hingga 8 jam. Jika anda menanam tumbuhan wangi ini di sekitar kawasan rumah anda, ia juga boleh menarik perhatian pendebunga bagi membantu memperbanyakkan limpahan bunga ungu. 

Berminat untuk menanam lavender? Pastikan jarak antara tanaman kira-kira 2 hingga 3 kaki – bagi membolehkan ia tumbuh dan membiak dengan baik di bawah sinaran matahari.

7 Jenis Pokok Yang Boleh Halau Nyamuk Di Rumah


#4 Daun selasih 

Basil, nama saintifiknya Ocimum basilicum sering digunakan dalam masakan untuk menghasilkan sos pesto dan salad yang lazat. Di samping itu, ia juga berguna dalam menjauhkan nyamuk. Tumbuhan ini secara semula jadi akan mengeluarkan aromanya, jadi daunnya tidak perlu dihancurkan atau diproses dalam apa jua cara. 

Daun selasih adalah toksik pada larva nyamuk – jadi letakkan ia berhampiran kawasan tadahan air bagi menghalang nyamuk daripada bertelur. 

Pokok halau nyamuk outdoor 

7 Jenis Pokok Yang Boleh Halau Nyamuk Di Rumah


#5 Bunga tahi ayam 

Pokok bunga ini secara azalinya cantik dengan warna yang sangat menyerlah. Pun begitu, Lantana Camara amat tidak disukai nyamuk kerana baunya yang agak busuk – lebih-lebih lagi jika ia dihancurkan sehingga lumat. 

Anda boleh meletakkan pokok bunga tahi ayam yang kecil di dalam rumah. Namun, jika baunya agak mengganggu, letakkan ia di luar rumah berdekatan dengan bekas takungan air – pasu atau baldi, mahupun saluran longkang.

7 Jenis Pokok Yang Boleh Halau Nyamuk Di Rumah


#6 Geranium 

Nama saintifiknya Pelargonium radula biasa ditemui dalam ubat nyamuk dan lilin. Tumbuhan ini turut dikenali dengan gelaran seperti pokok halau nyamuk atau pokok jari lima. Bau kuat daripada tumbuhan ini menutupi bau penarik lain. 

Tumbuhan ini mudah dijaga dan dapat dibiakkan dengan cara keratan batang. Walau bagaimanapun, ia perlu berada di kawasan teduh dan tidak boleh diletakkan terus di bawah sinaran matahari terik. 

7 Jenis Pokok Yang Boleh Halau Nyamuk Di Rumah


#7 Marigold 

Berada dalam keluarga bunga tahi ayam, pokok marigold mempunyai sebatian yang dapat menghalau beberapa jenis serangga. Tumbuhan ini mudah untuk dijaga dan menghasilkan bunga yang cantik. Sudah tentu baunya yang kuat berperanan dalam menghalau serangga dan pepijat.

Kebersihan persekitaran 

Selain pokok halau nyamuk outdoor atau indoor, menjaga kebersihan kawasan persekitaran rumah juga merupakan cara kawalan nyamuk terbaik. Pastikan tiada air yang bertakung, terbiar di rumah anda. 

Ini kerana pelbagai penyakit bawaan nyamuk boleh menjangkiti seperti malaria, demam denggi, ensefalitis atau virus Zika. Mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat!.

17 يوليو 2022

Cara Dapatkan Statement Bank Hong Leong

Cara Dapatkan Statement Bank Hong Leong

Hari ni daku nak ajar korang semua cara dapatkan statement bank hong leong melalui hong leong connect. Bila PKP ni, kita dah jadi rimas nak berhadapan dengan suasana sesak di bank. Betul tak?

Ramai orang ingat bila nak dapat hong leong bank statement, kena pergi bank baru boleh dapatkannya. Kalau korang rajin nak beratur dan hadap Covid19, dipersilakan. Lagi pun sekarang ni, semua benda boleh dapat hanya di hujung jari sahaja. Dimana sahaja korang boleh dapatkan bank statement 

Baca sini: Duit Tabung Haji

statement bank hong leong


Cara Dapatkan Statement Bank Hong Leong Melalui Hong Leong Connect


1. Korang login Hongleongconnect macam biasa. 

2. Seterusnya klik pada Statement/Invoice seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

statement bank hong leong


3. Klik pada online statement. Rujuk juga gambar di bawah.


statement bank hong leong



4. Korang perasan tak Download Statement. Korang muat turun (download) statement tersebut. Kalau macam daku, bank hong leong ni banyak akau. Akaun sendiri, akaun company dan akaun anak. Korang klik pada akaun yang korang nak okay. 


statement bank hong leong

5. Seterusnya, bila dah klik download statement. Secara automatik, bank statement akan dimuat turun. Boleh rujuk di gambar bawah. 


statement bank hong leong


6. Dah siap! Gambar di bawah ni adalah contoh bank statement hong leong bank.


statement bank hong leong




Semoga info penyata bank hong leong ini memberi manfaat dan membantu korang.