7 Jenis Pokok Yang Boleh Halau Nyamuk Di Rumah

Bismillah.
Assalammualaikum.

7 Jenis Pokok Yang Boleh Halau Nyamuk Di Rumah | Cukup rimas bila nyamuk banyak kt rumah. Apatah lagi jenis rumah yang tak reti nak berkemas, terutama tong-tong yang dah dipenuhi dengan air. Itu yang mudah jentik-jentik nak hidup. Pakai ubat nyamuk pun tak jalan, sebab nyamuk terlalu banyakkan. 

Sekarang ni, macam-macam jenis cara untuk halau nyamuk. Guna ubatlah,tanam pokoklah. Eh macam-macamlah cara. Cuma aku lagi suka dengan cara menanam pokok di luar atau di dalam rumah. Sejuk mata memandang bila tanam pokok.

Tapi, ko tahu tak pokok apa yang boleh halau nyamuk di rumah? Kali ini aku nak kongsikan 7 jenis pokok yang boleh halau nyamuk di rumah. Jom kita teruskan membaca. 

Ada ke pokok halau nyamuk? 

Nyamuk seperti makhluk lain, akan tertarik kepada persekitaran dengan perkara yang diperlukan untuk hidup – ini termasuklah tumbuhan tertentu. Mungkin sukar untuk dipercayai, tapi hakikatnya nyamuk tidak hidup dengan darah yang dihisapnya – hanya betina yang menggigit dan menjadikan ia makanan untuk telurnya. 

Apabila dewasa, nyamuk memakan nektar tumbuhan tertentu seperti keladi, papirus, teratai dan keladi bunting. Jadi mengeluarkan tumbuhan-tumbuhan ini daripada halaman anda pastinya dapat membantu mengurangkan nyamuk di rumah. 

Jika itu tumbuhan yang disukai nyamuk, ada ke pokok yang boleh menghalau nyamuk? Jawapannya ya, selain semburan ubat nyamuk, ada beberapa tumbuhan yang boleh jadi penghalau nyamuk. 

Umumnya, nyamuk ‘mencari’ mangsa – manusia dan haiwan lain – dengan merasakan haba dan pergerakan tubuh. Ada juga dengan cara ‘menghidu’ karbon dioksida yang dikeluarkan daripada liang-liang pori badan. 

Terdapat sesetengah tumbuhan yang mempunyai bauan yang kuat sehingga boleh menutup bau anda dan/atau mengelirukan nyamuk. Bagi mereka yang mahukan jalan penyelesaian secara semula jadi, tidak mahu menggunakan spray dan tidak mempunyai alahan, sudah pasti tumbuhan penghalau nyamuk ini jawapan terbaik untuk anda! 

Pokok halau nyamuk outdoor & indoor. Untuk baca lebih lanjut tentang jenis pokok yang boleh halau nyamuk di rumah, ko boleh singgah Hello Doctor okay! Berikut beberapa jenis pokok yang boleh dijadikan pilihan: 

Pokok halau nyamuk indoor

7 Jenis Pokok Yang Boleh Halau Nyamuk Di Rumah


#1 Serai wangi 

Citronella atau dalam istilah saintifiknya Cymbopogon nardus adalah bahan popular untuk menghalau nyamuk semula jadi. Menariknya, serai ini juga boleh ditanam di halaman rumah anda.

Berdasarkan penyelidikan, produk topikal yang dihasilkan daripada tumbuhan ini dapat bertahan sebagai pelindung nyamuk untuk tempoh sekitar 2 jam – ini kerana minyak akan menyejat dengan cepat. 

Jadi menanam serai wangi di kawasan rumah anda adalah penyelesaian terbaik bagi menjauhkan serangga menggigit ini daripada diri dan keluarga. Jika anda ingin menanam tumbuhan ini, pastikan ia ditanam di kawasan yang sewajarnya. Ini kerana serai wangi boleh membesar sehingga 6 kaki tinggi dan 6 kaki lebar. 

Tetapi jangan tersalah serai pula ya. Serai yang biasa digunakan dalam masakan itu berbeza dengan serai wangi. Nama botani serai masakan itu adalah Cymbopogon citratus atau lemongrass – boleh juga digunakan untuk menghalau nyamuk, namun tidak sehebat serai wangi. 

7 Jenis Pokok Yang Boleh Halau Nyamuk Di Rumah

#2 Pudina 

Dikenali sebagai Mentha x piperita, tumbuhan ini jika dibiarkan boleh membiak dengan banyak. Tetapi usah risau, ia tidak invasif seperti tumbuhan lain dalam keluarga pudina. Minyak yang dihasilkan daripada tumbuhan ini bukan sahaja bagus untuk menghalau nyamuk, tetapi juga boleh membantu melegakan ketidakselesaan akibat gigitan nyamuk yang gatal. 

Daun pudina mempunyai aroma yang kuat, menyegarkan dan menenangkan untuk manusia tetapi tidak bagi serangga menggigit ini. 

Pokok halau nyamuk outdoor 

7 Jenis Pokok Yang Boleh Halau Nyamuk Di Rumah


#3 Lavender 

Aroma lavender membantu menghalang nyamuk. Malah berdasarkan kajian, minyak pati lavender dapat menangkis kebanyakan spesies nyamuk untuk tempoh antara 6 hingga 8 jam. Jika anda menanam tumbuhan wangi ini di sekitar kawasan rumah anda, ia juga boleh menarik perhatian pendebunga bagi membantu memperbanyakkan limpahan bunga ungu. 

Berminat untuk menanam lavender? Pastikan jarak antara tanaman kira-kira 2 hingga 3 kaki – bagi membolehkan ia tumbuh dan membiak dengan baik di bawah sinaran matahari.

7 Jenis Pokok Yang Boleh Halau Nyamuk Di Rumah


#4 Daun selasih 

Basil, nama saintifiknya Ocimum basilicum sering digunakan dalam masakan untuk menghasilkan sos pesto dan salad yang lazat. Di samping itu, ia juga berguna dalam menjauhkan nyamuk. Tumbuhan ini secara semula jadi akan mengeluarkan aromanya, jadi daunnya tidak perlu dihancurkan atau diproses dalam apa jua cara. 

Daun selasih adalah toksik pada larva nyamuk – jadi letakkan ia berhampiran kawasan tadahan air bagi menghalang nyamuk daripada bertelur. 

Pokok halau nyamuk outdoor 

7 Jenis Pokok Yang Boleh Halau Nyamuk Di Rumah


#5 Bunga tahi ayam 

Pokok bunga ini secara azalinya cantik dengan warna yang sangat menyerlah. Pun begitu, Lantana Camara amat tidak disukai nyamuk kerana baunya yang agak busuk – lebih-lebih lagi jika ia dihancurkan sehingga lumat. 

Anda boleh meletakkan pokok bunga tahi ayam yang kecil di dalam rumah. Namun, jika baunya agak mengganggu, letakkan ia di luar rumah berdekatan dengan bekas takungan air – pasu atau baldi, mahupun saluran longkang.

7 Jenis Pokok Yang Boleh Halau Nyamuk Di Rumah


#6 Geranium 

Nama saintifiknya Pelargonium radula biasa ditemui dalam ubat nyamuk dan lilin. Tumbuhan ini turut dikenali dengan gelaran seperti pokok halau nyamuk atau pokok jari lima. Bau kuat daripada tumbuhan ini menutupi bau penarik lain. 

Tumbuhan ini mudah dijaga dan dapat dibiakkan dengan cara keratan batang. Walau bagaimanapun, ia perlu berada di kawasan teduh dan tidak boleh diletakkan terus di bawah sinaran matahari terik. 

7 Jenis Pokok Yang Boleh Halau Nyamuk Di Rumah


#7 Marigold 

Berada dalam keluarga bunga tahi ayam, pokok marigold mempunyai sebatian yang dapat menghalau beberapa jenis serangga. Tumbuhan ini mudah untuk dijaga dan menghasilkan bunga yang cantik. Sudah tentu baunya yang kuat berperanan dalam menghalau serangga dan pepijat.

Kebersihan persekitaran 

Selain pokok halau nyamuk outdoor atau indoor, menjaga kebersihan kawasan persekitaran rumah juga merupakan cara kawalan nyamuk terbaik. Pastikan tiada air yang bertakung, terbiar di rumah anda. 

Ini kerana pelbagai penyakit bawaan nyamuk boleh menjangkiti seperti malaria, demam denggi, ensefalitis atau virus Zika. Mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat!.

1 تعليقات

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. eh..pokok biasa biasa je...cuma pokok geranium dan lavender tu tak hidup kat bumi pontian ni rasanya

    ردحذف

إرسال تعليق

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

أحدث أقدم