Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Resepi Sambal Telur Lada Kering Yang Sedap Hingga Menjilat Jari | Selamat pagi semua! Sebentar lagi dah nak masak lauk tengahari. Dah bosan jugakkan lauk yang sama je. Korang bolehlah ubah menu dengan masak menu yang simple dan mudah di buat. Sebelum ni, kita masak sambal telur kena kupas bawang, blender lada kering. Betul tak? Lambat kalau ikut resepi yang tu.

Tapi sekarang dah ada resepi sambal telur lada kering yang lagi mudah, buanglah jauh-jauh sikap malas tu ye. Sediakan bahan, gorengkan bahan, tumbukkan bahan di dalam lesung batu dan tumiskan bahan. Siap untuk dihidang. Bukankah ianya satu proses yang mudah untuk dilakukan? Resepi ni tak perlu gunakan blender, cuma perlukan lesung batu. Ketuk-ketuk masak, gitu.

Jadi kepada mereka yang berhajat nak makan sambal telur dan tiada blender tapi cuma ada lesung batu, bolehlah cuba resepi sambal telur lada kering yang in syaa Allah sedap dan akan membuat korang menjilat jari dan terigau-igau dibawa mimpi. Bahan-bahan dan cara-caranya telah daku sediakan di bawah. Korang tinggal sediakan bahan dan ikut langkah di bawah satu persatu.

Bahan-Bahan Untuk Membuat Sambal Telur


Di bawah ni adalah barang-barang yang diperlukan :

  • Sedikit lada kering
  • 2 biji telur
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit ikan bilis yang sudah dibuang perut



Cara-Cara Untuk Membuat Sambal Telur Lada Kering


Korang boleh ikut langkah di bawah ni tau.


1. Gorengkan Bahan Terlebih Dahulu

Mula-mula, korang boleh gorengkan lada kering dan toskan bagi jangan berminyak sangat. Setelah itu, gorengkan pula ikan bilis bersama bawang putih, jangan lupa tos minyak tu tau. Tak elok makan makanan yang banyak minyak. Nanti terkena pulak penyakit kolestrol. Kurangkan minyak dalam setiap masakan ye. 




2.  Tumbuk Di Dalam Lesung Batu

Lada kering, ikan bilis dan bawang putih yang telah digoreng dan ditoskan minyak tadi. Korang tumbuk bagi sedang-sedang kasar, jangan sampai halus tau. Nanti dah tak sedap pulak sambal telur lada kering ni tu. Tumbuk tu jangan sampai pecah lesung batu, dah ada kes tau musim pkp ni. Kerap sanagt buat sambal belacan, sampai retak lesung batu.  




3. Tumis Sampai Naik Bau.

Lepas dah tumbuk di dalam lesung batu, korang boleh tumis. Jangan lupa letak minyak. Korang tumis sampai naik bau wangi. Waktu ni, korang tambahlah sos tiram, garam, ajinomoto dan sedikit gula bagi menambah rasa kesedapan sambal telur tu. Jangan terlalu banyak letak perasa tau, kang termasin pulak.Boleh letak jugak maggi cukup rasa, letak seketul terus dalam tumisan tu.

 


4. Pecahkan Telur Dalam Kuali.

Lepas dah letak segala perasa, korang boleh pecahkan 2 biji telur ke dalam lada kering yang korang tumis itu tadi. Jangan kacau sampai pecah kuning telur tu. Korang biarkan sampai nampak telur tu dah garing baru boleh kacau sekeliling bagi sebati.  Tak sedap tau kalau sambal telur tu pecah jadi sambal telur halus. Dah tak rasa dah sebiji telur. 




 5. Sedia Untuk Disantap.

Bila dah rasa segala perasa itu mencukupi dan telur pun dah masak. Tutup api dan korang boleh hidangkan. Tengok gambar bawah ni pun dah bikin terliur. Korang boleh makan dengan nasi putih macam tu je atau pun gorenglah sayur-sayur untuk mencukupkan nutrisi harian kita. Aduh! Terliur daku melihatnya. Boleh jugak sediakan sambal belacan, confirm meletop di dalam mulut korang.



CUBA RESEPI MENARIK LAIN

RESEPI KUE TEOW KUNGFU RINGKAS GILA
TELUR REBUS AIR ASAM VIRAL
RESEPI ROTI STRAWBERI PEANUT BUTTER
IKAN REBUS AIR ASAM
SIAKAP MASAK STIM


Itulah bahan-bahan dan cara membuat sambal telur lada kering yang boleh korang cuba di rumah sepanjang perintah kawalan pergerakan ni. Tak susah mana kan? Semudah satu, dua dan tiga. Betul tak? Korang follow je langkah-langkah di atas tu. Jangan sampai terskip tau. Bahan-bahan pun mudah di dapati didapur dan tak perlu keluar dari rumah untuk mencari bahan. 4 bahan dah cukup untuk membuat satu resepi dan satu lauk yang boleh mengenyangkan seisi keluarga.

Mama-mama, papa-papa, anak dara atau anak teruna tu boleh cuba resepi sambal telur lada kering yang sedap hingga menjilat jari ni. In syaa Allah, bakal mak mertua pun boleh terpikat dengan hanya masak masakan yang mudah tetapi menjilat jari. Jangan bagi reason tak reti masak padahal resepi yang mudah didapati ni bersepah di google. Gunakan teknologi di hujung jari untuk permudahkan urusan harian contohnya cari resepi yang mudah.

Jadi, selamat mencuba!



Kredit : Wan Luqman

5 Ulasan

  1. wah~ senang sangat ikut resepi macam ni... ^^

    BalasPadam
  2. sedapnyaaaaa! Kalau ada ikan bilis ni malam ni jugak buat haha thanks share resipi sedap ni

    BalasPadam
  3. Mudahnya nak buat... tapi mampu tgk je ni, anak² ngan en.husband x makan pedas...
    ~serius mengancam betul gambar tu🤤

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!