Memang Sedap Betul Restoran Nasi Arab Zaituna Ni

Bismillah.
Assalammualaikum.

Memang Sedap Betul Nasi Arab Zaituna Restoran Ni | Aku ni bukanlah seorang penggemar nasi arab atau pun makanan timur tengah. Tapi kali ni bila rasa nasi arab jb ni dah jadi kejutan budaya pulak. Hehehehe. Ye memang betul sedap! Aku ni pulak jenis, kalau kedai tu ramai yang review mesti nak datang makan. Alhamdullilah, dapatlah juga merasa nasi arab


Zaituna Restaurant

Pertama kali aku ke sini, mesti pandang dulu pelayan kedai ni. Mostly arabian ye guys. Sejuk mata memandang pak arab tu. Tiber. Dah lah hensem, baik pulak tu. Eh! Tetapi customer semuanya melayu. Orang melayu ni lidahnya semua versatile. Semua jenis makan orang melayu makan, dari timur utara sehinggalah barat. Semuanya di makan, janji halal ye dok!

Zaituna Restaurant

Restoran nasi arab ni memang famous di Johor. Follower page fb pun dah lebih 70k tau, review pun best-best je. Itu yang menambahkan lagi keterujaan untuk merasai kat sini. Al-maklum, senanglah nanti kalau mak mertua datang JB boleh bawak makan kat kedai ni. Ko nak tahu tak kedainya? 

Sebelum ko datang sini, aku cadangkan untuk ko buat tempahan terlebih dahulu. Takutlah nanti bila walk-in meja penuh dan semuanya dah dibooking. Naya pak karim, tak pasal kena makan di tempat lain. Nama kedai ni, Zaituna Restaurant yang beralamat di 27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor. Kedainya sederet dengan Menate Steak, sebelum nak ke Menate Steak tu ko mesti lalu depan kedai ni dulu. Memang senang je nak jumpa. 

Zaituna Restaurant

Zaituna Restaurant

Zaituna Restaurant

Zaituna Restaurant

Zaituna Restauran ni mempunyai dua lot kedai dengan berdekorasikan dalaman tema timur tengah tetapi tidak keterlaluan. Ada ruang untuk makan bersila tetapi lebih banyak ruang makan di meja disediakan. Ruang meja makan, bagi aku agak sempitlah jugak. Sebab bila bangun nak ambil makanan tu, jadi bergesel punggung dengan meja sebelah. 

Jadi, aku lebih selesa memilih duduk di meja makan daripada bersila, mahu ada yang duduk melunjur nanti karang, tersentuh kaki orang, ha sudah hahahaha. Sambil makan tu, telinga ko akan dihidangkan dengan irama padang pasir, lagu pak arab da hahaha. Bagi ko kurang nak berbahasa inggeris atau arab tu, jangan risau sebabnya ada staf di situ yang boleh berbahasa melayu dengan fasih.

Menu memang banyak kat sini, terutama appetizer dan salad. Aku dan suami, kitorang pilih nasi arab untuk 2 orang makan. Aku tak suka membazir, biar makan sikit janji habis daripada tak habis. Ko pilih je family sets dulang. Aku amiklah dulang untuk 2 orang RM41 sahaja, dapat 1 ayam, 1 kambing dan 3 jenis nasi arab. Berbaloi kan, kalau tak habis ko boleh takeaway tau.

Zaituna Restaurant

Nasi arab ni menjadi pilihan kami anak beranak. Luth aje 3 kali bertambah nasinya, suami pun lebih kurang juga. First time makan nasi arab yang betul betul orang arab masakkan. Kita ni orang melayu bukannya tak boleh buat, cuma kadang air tangan tu yang buat jadi lain rasanya. 

Lepas tu aku pilih makan kacang berserta roti. Namanya Foul Medammas, katanya famous juga di arab. Cuma tekak melayu aku ni, macam tak berapa suka dengan kacang tu. Tapi roti dia sedap wei. Lembut je walaupun dah sejuk. 

Zaituna Restaurant

Zaituna Restaurant

Lepas tu, aku try juga Kunafa dan Baklava tu. Dahlah terpampang awal awal masuk kedai. Jadi terliur pulak kan. Baklava ni banyak jenis tau ko boleh cuba, aku paling suka yang paling famous kat situ. Cuma aku tak tahu namanya. Kalau nak tapau pun boleh, 1 pcs RM2. Mur mur je.

Bagi aku, rasa berbaloi ko spent sedikit duit untuk makan di restoran nasi arab Zaituna ni. Nasi arabnya dah lah sedap, baklava tu pun sedap! Cuma menyesal tak tapau bawak balik rumah. Kalau ko area Taman Tasek dan berdekatan tu, bolehlah menggunakan servis zaituna restauran delivery. Pilih aje makanan dalam website diorang, siap bayar dan lepas tu berdesup sampai kat rumah ko. Mudah kan?

Berbaloi tau! Rugi tak makan kt sini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman yang tertera di bawah ya.

Zaituna Restoran

Alamat: 27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor. 
No telefon: 013 735 6645
[Waze] : Zaituna Restaurant
Waktu operasi:  11.30 Pagi - 11.00 Malam (Setiap Hari)
Facebook: https://web.facebook.com/zaitunajb




4 تعليقات

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Saya suka nasi arab. Kalau restoran Zaituna ni dekat, memang selalu nak terjah situ heheheee.

    ردحذف
  2. Terliur lah makyong baca. Minggu ni balik jb nak pergi laaa

    ردحذف
  3. Memang sedap nasi arabnya, tapi Sis lebih suka jenis-jenis baklava dia, mengile tengok bersusun semua..

    ردحذف

إرسال تعليق

Sila tinggalkan comment korang disini!

أحدث أقدم