Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Tak Perlu Ke Terengganu, Ini Resepi Keropok Lekor Yang Sedap Seperti Di Terengganu.  | Lama juga dah tak makan keropok lekor, kan? Daku pun dah mengidam nak makan keropok lekor. Rancangannya bulan April ni nak ke Terengganu, nak borong kain batik dan keropok lekor losong. Bukannya selalu dapat makan dan berjalan. Sekali, PKP pulak dah. In syaa Allah, daku nak pergi memborongnya setelah habis PKP. Rindu juga nak makan satar, celup-celup tepung di tepi pantai tu. Moga dipermudahkanlah urusan untuk ke sana nanti.

Tapi, susah ke nak buat keropok lekor ni? Dulu, mak daku rajin jugalah buat keropok lekor dengan air tangan sendiri, masa tu abah daku ni selalu bawa balik ikan. Jadi adalah peluang nak membuatnya. Sekarang, nak beli sekilo ikan pun dah ngeri dengan harganya. Mahalnya ya rabbi. Geleng kepala dibuatnya, dulu sebut je dengan abah nak makan ikan apa. Tak pernahlah abah tak bawa balik, ikan mahal-mahal tu bagi daku dah puas makan dah waktu dulu. Sekarang semuanya berbeza. Apa kata kali ini kita buat sendiri je keropok lekor?


Pergi Ke Terengganu, Semata Nak Makan Keropok Lekor?


Bahan-bahan untuk membuat keropok lekor : 


> 8 ekor ikan selayang atau ikan sardin
> 2 cawan tepung sagu (jika tiada, boleh digantikan dengan tepung ubi)
> Sedikit garam
> Sedikit ais

Cara-cara membuat keropok lekor :


Ini adalah langkah-langkah pembuatan keropok lekor.


1. Siang dan cuci ikan. 

8 ekor ikan selayang tu tadi, korang boleh bersih dan potong kepala ikan selayang tu. Kalau ambil kepalanya, tak sedap pula nanti. Jadi buang sahaja kepala ikan tu. Tak rugi pun. Korang cuci bersih-bersih ikan selayang tu dan asing-asingkan tulang dengan isi. Korang kena buang segala tulang-tulang yang melekat di ikan. Kita tak mahu bila makan keropok lekor tu nanti adanya tulang yang boleh tersekat di kerongkong kita. Dah jadi satu masalah pulak.



2. Blend ikan.

Bila dah asingkan tulang dengan isi, korang masukkan ke dalam blender untuk diblendkan. Korang masukkan juga sedikit garam dan beberapa ketul ais. Setelah itu, blend sampai lumat ye. Kenapa masuk ais? Boleh je kalau nak masuk air, tapi kita tak mahu ikan yang kita blend tu terlalu banyak ais dan akan membuatkannya cair. 




Keropok Lekor, Boleh Makan Secara Goreng Atau Direbus.



3. Satukan bahan.

Ikan yang sudah diblend sehingga lumat, korang masukkan ke dalam bekas. Masukkan juga 2 cawan tepung sagu dan gaul bersama sampai rata. Masa ni, korang boleh tambah atau kurangkan tepung, ikut kesesuaian kita apabila nak menguli. Korang uli sampailah jadi doh, nak tambah atau kurangkan tepung terpulang atas kita, kalau rasa lembik tambahlah tepung, kalau dah terlalu keras tak perlu tambah tepung.




4. Sedia untuk diuli.

Korang taburkan sedikit tepung dipermukaan yang rata bagi memudahkan proses menguli keropok lekor. Korang uli dan gentel keropok lekor tu jadi memanjang ye. Macam bentuk keropok lekor yang biasa kita makan tu, kang buat bentuk bulat, segitiga kang pelik dan orang tak mahu makan pulak. Gentel bagi keropok lekor tu memanjang ye.




5. Sedia untuk direbus.

Bila dah siap menggentel secara memanjang, korang bolehlah sediakan air yang mendidih untuk proses merebus pulak. Jangan masukkan keropok kalau air tak mendidih ye. Tunggu sampai air mendidih, barulah masukkan keropok lekor yang kita dah gentel tadi tu. Korang angkat keropok lekor ni bila keropok timbul di permukaan air. Dah timbul, baru angkat. 



6. Makan secara direbus atau digoreng.

Bila dah siap rebus, korang dah boleh makan keropok lekor tu dengan cicah sos pencicah atau pun boleh juga potong kecil-kecil untuk menggoreng. Dua-dua cara boleh je untuk makan keropok lekor, kalau korang nak rasa ikan tu makanlah selepas direbus. Makan keropok lekor yang digoreng pun sedap juga. Cuba je dua-dua cara, tak ada masalah pun.




CUBA RESEPI MENARIK LAIN




Alhamdullilah, selesai dah cara pembuatan keropok lekor yang sedap seperti di Terengganu. Bahan-bahan pun mudah je kan? Jadi, korang tak perlu dah nak ke Terengganu, semata-mata nak makan keropok lekor. Buat sendiri pun dah boleh, ini kalau bagi mak mertua makan confirm jadi anak menantu kesayangan. Serba-serbi makanan semua boleh buat, yang penting adalah kerajinan untuk membuatnya.

Anak-anak dan suami pun suka, tiap petang ada je makanan untuk dimakan di musim PKP fasa 3 ni. Duit pun boleh jimat tau, nak beli pun bukan murah. 5 Ketul RM2, kalau seorang makan dah RM4, kalau ramai dah berapa banyak dah nak keluarkan duit. Sekali-sekala bolehlah beli, kalau selalu. Hmm botak juga kepala.

Selamat mencuba!



Kredit : FB Ilham Media


8 Ulasan

  1. now i really miss eating keropok lekor kt terengganu.

    BalasPadam
  2. Wah....keropok lekor. fav! bolehlah nak cuba kalau rajin. hehe

    BalasPadam
  3. boleh dibuat sendiri time PKP ni.. yum yumm

    BalasPadam
  4. Aslm OM, minta tolong copy & paste link makanan tradisional mengikut syarat no 4 seperti dalam post blog mama. letak di resepi OM ye. TQ OM

    BalasPadam
  5. nampak macam senang je.. nak cuba juga nanti..

    BalasPadam
  6. aritu buat keropok lekor ari megi, not bad juga. yang ni cam senang je, nnt beli ikan, saya try. peminat setia keropok lekor ni

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!