Resepi Kek Marble Sukatan Cawan Lembut Dan Gebu

Resepi Kek Marble Sukatan Cawan Lembut Dan Gebu | Dalam musim PKP ni, pernah tak cuba nak buat kek marble sukatan cawan? Aku memang suka nak buat kek tapi nak resepi yang mudah, contohnya dengan menggunakan sukatan cawan. Sebab di rumah daku tiada penimbang bahan, agak susah jugalah kalau tiada penimbang berat tu.

Bolehlah petang ni buat kek marble, jangan risau aku dah share satu persatu langkah untuk membuatnya. Bahan-bahan pun dah ada di dapur dan tak perlu nak keluar untuk membelinya. 

Penat juga tahu kalau kerap sangat keluar musim PKP ni, dah lah nanti sampai di pasaraya nak beratur lagi. Membazir je waktu kalau bahan-bahan dah ada di rumah. Jom baca sampai habis.

Kek Marble Sukatan Cawan Mudah Untuk Dibuat


Resepi Kek Marble Sukatan Cawan
Resepi Kek Marble

Bahan-bahan untuk membuat kek marble:

  •  Telur 4 biji
  •  Marjeerin 1 cawan
  •  Susu pekat 1 cawan
  •  Tepung gandum 2 cawan
  •  Baking powder 1 sudu kecil
  • Esen vanilla 1 sudu kecil
  • Serbuk koko 2 sudu besar

Cara-cara untuk membuat kek marble:

Ini langkah-langkah untuk membuatnya.

1. Sukat bahan dengan cawan.

Sebelum mulakan mengadun, lebih baik sekiranya kita sukat segala bahan yang diperlukan dengan menggunakan cawan. Cawan tu tak perlu cawan besar ataupun cawan terlalu kecik, guna cawan sedang-sedang sahaja. Tapi guna cawan yang sama ye untuk menyukat. Kalau tak nak guna susu pekat secawan, boleh tukar dengan menggunakan gula.


2. Gaulkan bahan

Mula-mula sekali, masukkan marjerin dan susu pekat di dalam satu bekas. Korang boleh guna whisk je tak perlu guna mixer, jimat sikit elektrik tu. Tapi kalau malas dan mahu cepat, boleh je guna mixer. Korang uli sampai sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi sampai rata.

Resepi Kek Marble Sukatan Cawan
Gaulkan Bahan


3. Masukkan bahan seterusnya

Setelah di pukul rata, korang masukkan esen vanilla. Esen vanilla ni kita masukkan bagi mengurangkan bau hamis telur. Vanilla kan bau wangi, in syaa Allah hamis telur tu akan hilang. Tapi jangan masukkan satu botol pulak. Cukup dengan masuk satu sudu kecil sahaja. Setelah itu, barulah masukkan tepung gandum dan baking powder. Teruskan pukul tau.


Resepi Kek Marble Sukatan Cawan
Asingkan adunan


4. Asingkan adunan

Adunan yang dah siap dipukul tadi tu, korang boleh asingkan kepada dua bahagian ke dalam dua bekas yang berbeza. Separuh adunan korang tak perlu ganggu dan separuh bahagian lagi korang campurkan dengan serbuk koko. Lalu gaulkan bersama-sama. Dua adunan itu akan jadi, satu yang digaulkan dengan koko dan satu lagi tanpa memasukkan pewarna. Biarkan je kosong.

5. Campurkan dua adunan

Setelah itu, korang masukkan dua adunan ni ke dalam loyang. Pastikan loyang ni disapu sekelilingnya dengan marjerin ye. Senang nanti lepas bakar kek tak melekat di loyang. Korang masukkan 1 senduk adunan original dan letak di tengah-tengah loyang. Selepas itu, ambil pula adunan koko 1 senduk dan letakkan di tengah-tengah adunan original tadi. Tindih secara berselang seli sampai habis. Lepas itu, goyang-goyangkan loyang bagi adunan sekata.


Resepi Kek Marble Sukatan Cawan
Ukir di atas adunan


6. Ukir di atas adunan

Part ni mesti korang suka. Korang boleh ambil lidi satay untuk lorekkan seperti di gambar atas. Tapi kalau tak nak ukir, pun boleh je Ikut atas kehendak masing-masing, bagi daku, daku suka adunan tu diukir bagi cantik sebelum dibakar. Nanti bila dah dibakar memang tak boleh buat dah.


7. Siap untuk di bakar

Sebelum nak bakar, pastikan oven dah betul betul panas ye. Suhu 170 degree selama 45 minit dan guna api bawah. Tunggu sampai masak barulah korang hidangkan.

Akhir Kata

Eh! Dah tertarik ke nak buat kek marble sukatan cawan ni? Dah baca kan cara nak membuat kek marble? Mudah tak, ke sebenarnya malas nak membuat. Hehehee. 

Musim PKP ni macam macam jenis makanan di jual secara online tapi sanggup ke nak bayar COD yang kadang tu tak masuk akal. In syaa Allah, air tangan seorang isteri dan ibu ni boleh merapatkan kasih sayang sesama keluarga.

Apa yang penting, ikhlas dan rajin membuatnya. Barulah suami dan anak-anak sayang. Suami dah tak cari dah perempuan lain, hehehe moga di jauhkanlah ye. Selamat mencuba.


Kredit : FB Maisarah Zakariah



4 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama