Bismillah.
Assalammualaikum.
Assalammualaikum.
Kerabu Maggi Yang Simple Tapi Rasa Padu | Kerabu maggi ni dah jadi kegilaan bagi peminat masakan Thailand. Pernah tak korang buat resepi kerabu maggi thai? Sedap kan? Kali ni aku nak kongsikan resepi kerabu maggi yang simple tapi rasa padu. Buat di rumah ni lagi best sebab boleh makan bertambah-tambah. Betul tak?
Janji ada bahan kerabu maggi, dah boleh dah mula cara buat kerabu maggi. Bolehlah buat untuk makan malam nanti kerabu maggi thai ni. Jangan risau, bahan-bahan yang akan digunakan nanti mudah je dan senang nak dicari. Tak perlu nak beli sampai ke Thailand, kat Malaysia pun dah ada dah.
Tak pernah buat kerabu maggi? Meh cuba
Bahan - bahan untuk membuat Kerabu Maggi :
- 1 paket maggi thai
- 1/2 batang sosej - potong serong
- 1 batang isi ketam - potong serong
- Bawang besar - hiris secara baji dan nipis
- Tomato - belah 6
- Kobis - hiris halus
- Daun ketumbar - hiris
- Sedikit udang
- Sedikit sotong
- Sedikit limau nipis (optional)
- Cili padi - tumbuk (optional)
- Air gula
Cara - cara untuk membuat Kerabu Maggi :
Ikuti langkah di bawah dengan teratur.
#1 Rebus / Celur Bahan-Bahan
Pertama sekali, korang kena didihkan air di dalam periuk. Rebuskan maggi terlebih dahulu, bila dah agak lembut barulah diangkat. Selepas itu, masukkan sosej, isi ketam, bawang, tomato, kobis, daun ketumbar, udang, dan sotong untuk dicelur. Kemudian, toskan semua bahan bahan itu.
#2 Masukkan Bahan Yang Lain
Letakkan perencah di dalam mangkuk dan masukkan bahan yang ditos ke dalam pinggan yang ada perencah tadi. Ambik sedikit air rebusan tadi dan gaul sekali bersama maggi.
#3 Bubuh Perencah
Akhir sekali, masukkan sedikit air gula. Bagi yang mahukan kepedasan dan extra masam, boleh masukkan cili padi tumbuk dan perahan air limau. Kalau tak nak pun tak apa sebab rencah maggi ni sememangnya dah cukup pedas dan masam.
Kalau ada yang bertanya, dimana nak beli maggi ini? Kebiasaannya ada di pasaraya biasa seperti KipMart atau Jusco. Kalau nak lagi sedap, boleh juga tambah sedikit sos tiram mengikut citarasa masing-masing.
Nak Resepi Lagi?
Boleh tengok senarai resepi dibawah ini. Daku akan tambah koleksi resepi yang menarik dari semasa ke semasa.
- Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi!
- Kek Pisang Coklat Cluster Kayangan, Bualan Netizen di Facebook.
- 9 RESEPI MASAKAN SAYUR, TAK KERING IDEA NAK MASAK APA
- RESEPI KEK MARBLE LEMBUT GEBU DENGAN GUNA SUKATAN CAWAN
- RESEPI KUIH BOM IKAN YANG AKAN MELETUP DI DALAM MULUT ANDA
- TAK PERLU KE TERENGGANU, INI RESEPI KEROPOK LEKOR YANG SEDAP SEPERTI DI TERENGGANU
- Resepi Bakwan Indonesi Yang Sedap Dan Mudah Semudah 1,2,3
- Resepi Sambal Telur Lada Kering
- Resepi Kue Teow Kungfu Ringkas Gila
Eh mudahnya resepi kerabu maggi ni? Tak susah mana kan nak buat kerabu maggi? Jadi macam mana? Bolehlah korang cuba buat resepi ni. Selamat mencuba semua!
Kredit : DAPURSHAIANNE
Sedapnyaaaa! kalau pergi kedai Thai memang suka makan kerabu ni dngan Som Tam. Lepasni nak try la buat sendiri hehe.
BalasPadamThanks share recipe.
So yummy :)
BalasPadamsedapnya rindu nak makan kan :)
BalasPadamtak pernah makan... T^T nanti la nak cuba buat.
BalasPadamnampak sedap, tak pernah makan, rasa nak buat tapi cam tak pernah tengok lak megi thailand tu.
BalasPadamPerghh mengoda betul.. nak cuba laa nanti.. kena beli megi siam tu dulu baru sedap...
BalasPadamSedapnya kerabu maggi. Banyak rencahnya tu. Pasti terlajak sedap!
BalasPadamuih..sedap uii kerabu maggi ni.Dengan tahap kepedasan maksima, confirm licin
BalasPadamSedapnya. Terliur tengok gambar.
BalasPadamSelama ni memang order je. Tak pernah lgi buat sendiri. Nanti boleh lah cuba ❤
Catat Ulasan
Sila tinggalkan comment korang disini!