Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Resepi Kerabu Maggi Ala Thai, Serupa Di Kedai Thailand | Semenjak PKP ni, rata-rata kedai makan Thailand hampir ke semuanya tak buka. Siapa je yang tak suka dengan masakan Thai? Rakyat kita sendiri pun berlumba-lumba masuk ke negara Thailand semata-mata nak merasai kenikmatan makanan mereka. Apatah lagi Hatyai dari Malaysia tak sampai 3-4 jam kan? Sebab tu ramai orang kita masuk ke sana.



Pernah tak korang makan kerabu maggi thai? Sedap kan? Pagi ini daku nak kongsikan resepi kerabu maggi ala thai yang mudah bak serupa di kedai Thailand. Janji ada bahan-bahan, dah boleh dah start buat kerabu maggi. Bolehlah buat untuk berbuka puasa petang nanti. Jangan risau, bahan-bahan yang akan digunakan nanti mudah je dan senang nak dicari. Tak perlu nak beli sampai ke Thailand, kat Malaysia pun dah ada dah.

Jom cuba buat!


Imej mungkin mengandungi: makanan



Ada Maggi Thai? Jom Buat Kerabu Maggi Ala Thai




Bahan - bahan untuk membuat Kerabu Maggi Ala Thai :


  • 1 paket maggi thai
  • 1/2 batang sosej - potong serong
  • 1 batang isi ketam - potong serong
  • Bawang besar - hiris secara baji dan nipis
  • Tomato - belah 6
  • Kobis - hiris halus
  • Daun ketumbar - hiris
  • Sedikit udang
  • Sedikit sotong
  • Sedikit limau nipis (optional)
  • Cili padi - tumbuk (optional)
  • Air gula


Imej mungkin mengandungi: makanan



Cara - cara untuk membuat Kerabu Maggi Ala Thai :


Ikuti langkah di bawah dengan teratur.


#1 Rebus / Celur Bahan-Bahan

Pertama sekali, korang kena didihkan air di dalam periuk. Rebuskan maggi terlebih dahulu, bila dah agak lembut barulah diangkat. Selepas itu, masukkan sosej, isi ketam, bawang, tomato, kobis, daun ketumbar, udang, dan sotong untuk dicelur. Kemudian, toskan semua bahan bahan itu.

Imej mungkin mengandungi: makanan


#2 Masukkan Bahan Yang Lain

Letakkan perencah di dalam mangkuk dan masukkan bahan yang ditos ke dalam pinggan yang ada perencah tadi. Ambik sedikit air rebusan tadi dan gaul sekali bersama maggi.


#3 Bubuh Perencah

Akhir sekali, masukkan sedikit air gula. Bagi yang mahukan kepedasan dan extra masam, boleh masukkan cili padi tumbuk dan perahan air limau. Kalau tak nak pun tak apa sebab rencah maggi ni sememangnya dah cukup pedas dan masam.

Kalau ada yang bertanya, dimana nak beli maggi ini? Kebiasaannya ada di pasaraya biasa seperti KipMart atau Jusco. Kalau nak lagi sedap, boleh juga tambah sedikit sos tiram mengikut citarasa masing-masing.



Nak Resepi Lagi?


Boleh tengok senarai resepi dibawah ini. Daku akan tambah koleksi resepi yang menarik dari semasa ke semasa. 




Eh mudahnya resepi ni? Tak susah mana kan nak buat kerabu maggi ala Thai ni kan? Jadi macam mana? Bolehlah korang cuba buat resepi ni. Selamat mencuba semua!


Kredit : DAPURSHAIANNE



5 Ulasan

  1. Sedapnyaaaa! kalau pergi kedai Thai memang suka makan kerabu ni dngan Som Tam. Lepasni nak try la buat sendiri hehe.
    Thanks share recipe.

    BalasPadam
  2. sedapnya rindu nak makan kan :)

    BalasPadam
  3. tak pernah makan... T^T nanti la nak cuba buat.

    BalasPadam
  4. nampak sedap, tak pernah makan, rasa nak buat tapi cam tak pernah tengok lak megi thailand tu.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!